Kurus Cara Sihat Dan Selamat Dengan Produk Pelangsingan Cinch Inch Loss Set

Ada banyak produk kurus, pelangsingan, penurunan berat badan or whatever you call it yang ada dalam pasaran. Tapi tak semuanya adalah daripada bahan semulajadi yang selamat. Produk Cinch Inch Loss Set adalah slimming produk yang fokus kepada pengurangan inci. Apa benda ni?

Iyelah kan kalau badan kita lebih berat badan, mestilah lilitan inci tu lebih besar ye dak? Jadi kita cubalah kurangkan lilitan tu 🙂

Ok boleh faham dah kan?

 

Set kurus Shaklee daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia bahaya
Set Kurus Shaklee yang selamat tanpa bahan kimia bahaya

 

50 Tahun Menerajui Sains Nutrisi

 

Memandangkan Shaklee adalah syarikat yang dah lama menerajui bidang nutrisi, saintis Shaklee sangat memahami bagaimana nutrisi memberi kesan kepada fungsi dalam badan. Menghilangkan berat badan boleh jadi sukar kalau tak kena caranya, sungguhpun ia nampak mudah.

Oleh itu dengan pengalaman selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menghasilkan rangkaian produk Cinch yang diformulasi khas untuk membantu menjadikan pelangsingan lebih mudah dan selamat serta berkesan.

 

Cinch Inch Loss Plan

 

Bagaimana Cinch Boleh Jadi Sangat Berkesan?

Ramai orang nak kurus, dan ramai orang sangkakan mengelak daripada makan adalah cara terbaik untuk kurus. Tapi sebenarnya pemikiran begini adalah salah. Kita perlu makan sebab kita perlu pelihara dan bina otot. Barulah tubuh kita ada tenaga dan keupayaan untuk bekerja lebih keras membakar lekemak dalam badan. Nutrisi yang tepat seperti Cinch sangat membantu.

 

Minuman protein shake daripada soya untuk turunkan berat badan
Minuman protein shake daripada soya untuk kuruskan badan

 

Kenapa?

  • Cinch mengekalkan jisim otot tanpa lemak
  • Hilangkan berat daripada lemak
  • Terbukti secara klinikal
  • Diperkasa dengan Leucine
  • Membantu mengawal kelaparan
  • Meningkatkan tenaga
  • Menyokong metabolisma dan memberi kepuasan kepada pengguna
  • Minuman protein yang diperkaya dengan leucine khas untuk membantu pengurangan berat badan.
  • Cinch Energy Tea Mix membantu tingkatkan metabolisme dan cepatkan pembakaran lemak

 

Cinch Energy Tea Mix bantu boost tenaga dan cepatkan pembakaran lemak dalam badan
Cinch energy Tea Mix bantu tingkatkan metabolisme, boost energy dan bakar lemak!

Leucine, Bahan Penting Dalam Cinch

 

Apakah Leucine Dan Kepentingannya?

Leucine adalah salah satu asid amino penting yang tidak dapat dibina oleh badan. Leucine perlu diperolehi melalui makanan yang kita makan. Ianya adalah salah satu daripada rangkaian asid amino 3 serangkai disamping isoleucine dan valine.

Leucine membantu memastikan tulang, otot dan kulit sihat disamping menggalakkan penyembuhan segera tisu-tisu badan. Ia menghalang kerosakan ataupun pengecutan otot oleh badan ketika waktu yang runcing (contohnya aktiviti lasak ataupun kecederaan yang mencabar keupayaan otot).

Dan dalam masa yang sama mengawal kadar tenaga dalam badan. Ia juga membantu mengawal peningkatan kadar gula dalam darah dan meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran.

 

Kesan Kekurangan Leucine

Kekurangan Leucine dalam badan akan menyebabkan simptom-simptom hypoglycemia contohnya seperti kepeningan, kecelaruan fikiran, sakit kepala, tekanan perasaan, tidak terurus dan sebagainya. Walau bagaimanapun, memandangkan leucine terdapat dalam pelbagai bentuk protein tumbuhan dan haiwan, kejadian kekurangan leucine adalah sangat jarang berlaku.

 

Sumber Leucine

Leucine terdapat dalam makanan yang kaya dengan protin contohnya ikan, daging, haiwan ternakan, cottage cheese, bijian, kekacang, beras perang dan gandum.

 

Kesan Leucine Terhadap Pelangsingan Ataupun Weight Lost

Oleh kerana leucine mengawal kadar gula dalam darah dan peningkatan gula dalam darah dikaitkan dengan peningkatan berat badan, para pengkaji sangat berminat dengan leucine sebagai pembantu dalam penurunan berat badan.

Dalam satu kajian pada tahun 2006 yang diterbitkan dalam ‘Journal of Nutrition’, leucine yang diambil bersama protin dan karbohidrat adalah sangat efektif dalam merawat obesiti.

Dalam satu lagi kajian pada tahun 2006 yang diterbitkan dalam ‘The American Journal of Clinical Nutrition’, merumuskan kerjasama antara leucine, protin dan karbohidrat merangsang perkembangan otot pada orang dewasa dan lelaki berusia.

 

Dalam percubaan awal, saintis Shaklee menguji formula proprietari yang dipertingkatkan dengan leucine. Program ini yang dipertingkatkan dengan pemakanan leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Mereka yang menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu