7 Tips Mengatasi Masalah Anak Sembelit Teruk Supaya Tak Takut Buang Air Besar

Pernah dengar tak anak-anak alami masalah sembelit teruk sampaikan takut nak buang air besar di tandas? Bila jadi macam ni mak-mak terpaksa fikirkan tips dan cara nak mengatasi masalah sembelit teruk ni supaya anak tak takut lagi nak membuang. Mana lah tak fobia kalau sampaikan ada yang kena korek lubang punggung! Ya, memang ada. Sebenarnya situasi macam ni memang biasa terjadi di kalangan anak-anak.

Setiap kali nak buang air besar je kecoh satu rumah. Anak menangis-nangis sebab sakit, takut dan tak selesa. Mak ayah pun pening sebab buntu taktau apa nak buat. Memanglah kesian tapi nak tak nak kena keluarkan juga. Larat ke nak hadap keadaan macam ni selalu?

 

Apakah punca sembelit teruk dikalangan kanak-kanak. tanda-tanda sembelit dan tips untuk atasi masalah sembelit ni supaya anak tak takut nak buang air besar.
Ketahui punca sembelit, tanda-tanda sembelit dan tips atasi sembelit teruk dikalangan kanak-kanak.

 

Punca Sembelit Dikalangan Kanak-Kanak

 

Ada banyak punca kenapa sembelit teruk ni terjadi antaranya:

 

  1. Diet/ Pemakanan

Kebanyakan kanak-kanak terlalu banyak makan makanan terproses (processed foods), makanan segera (fast foods) dan juga makanan rapu (junk foods). Makanan begini mengandungi banyak bahan pewarna, perisa dan pengawet. Makanan begini juga mengandungi kandungan zat dan fiber yang rendah.

Selain tu, kurang minum air boleh menyebabkan najis jadi lebih keras. Malah, perubahan pemakanan contohnya peralihan daripada susu badan kepada susu formula, atau mula makan makanan separa pepejal juga boleh sebabkan bayi mengalami sembelit.

 

2. Menahan Daripada Membuang

Ramai kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 2 tahun yang lebih suka bermain dan sayang sangat nak tinggalkan permainan mereka. Menyebabkan diorang lebih suka tahan daripada membuang air besar di tandas. Kalau di tandas awam, anak-anak mungkin tak nak membuang kerana disebabkan perasaan tak selesa, malu dan takut.

 

3. Ketidakselesaan/ Ketakutan

Kanak-kanak yang pernah alami sembelit mungkin mengelak nak pergi ke tandas sebab takut dengan kesakitan dan ketidakselesaan semasa membuang. Masalahnya apabila ditahan, najis akan berkumpul dengan lebih banyak dan menjadi besar di bahagian rektum. Ini menyebabkan proses membuang air besar jadi lebih susah dan situasi ni akan berulang lagi.

 

4. Perubahan Rutin

Rutin yang berubah boleh menyebabkan anak mengelak untuk ke tandas. Contohnya apabila pergi outing atau holiday, ada anak-anak yang tak selesa nak guna tandas lain sebab tak sama macam yang di rumah.

 

5. Kurang Pergerakan Fizikal

Anak-anak yang kurang bergerak atau bersenam asyik tengok tv je daripada pagi sampai malam lebih mudah nak kena sembelit berbanding anak yang kerap berlari dan bermain.

 

6. Masalah Kesihatan

Perubahan selera makan contohnya akibat sakit perut boleh mempengaruhi pemakanan anak dan menyebabkan sembelit berlaku.

 

7. Pengambilan Ubat

Sesetengah ubatan dan supplement yang mengandungi zat besi yang tinggi boleh menyebabkan sembelit.

 

8. Keadaan Fizikal

Begitu juga kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal di bahagian pinggang ke bawah dan mengalami kesukaran bergerak juga lebih mudah mengalami sembelit.

 

Tanda-Tanda Kanak-Kanak Mengalami Sembelit

 

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

 

Sembelit boleh jadi sangat merunsingkan. Boleh tengok kan dalam video yang saya kongsikan ni macam mana buntunya Puan Farahana ni nak atasi masalah sembelit teruk anak dia tu sampaikan suami dia terpaksa seluk! huhu

Apabila berlakunya sembelit, anak-anak akan mengalami simptom-simptom seperti:

  • Sakit perut
  • Kembung perut
  • Loya
  • Hilang selera makan
  • Menangis dan menjerit ketika membuang
  • Mengelak untuk pergi ke tandas dan buat aksi mengepit punggung, menyilang kaki, bermuka merah, berpeluh, menangis)
  • Terkincit atau ada kesan najis di seluar dalam
  • Beremosi dan tak senang duduk (general crankiness)

 

Tips Untuk Atasi Masalah Sembelit

 

Ada beberapa cara yang boleh membantu mengelakkan dan mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak antaranya ialah:

 

1. Diet/ Pemakanan

Sediakan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang serta kaya dengan fiber. Sebolehnya setiap kali makan pastikan ada karbohidrat (nasi), protein (lauk), sayuran dan buah-buahan. Kalau anak jenis yang susah nak makan sayur, boleh buat jus buah atau jus sayur. Buahan yang mengandungi sorbitol seperti prune, mangga, pear dan sayuran, brokoli, kacang peas serta bijiran boleh membantu melancarkan pembuangan.

 

2. Lebihkan Minum Air

Pastikan juga anak kerap minum air dalam sehari. Boleh sediakan botol air dan sentiasa letakkan berhampiran dengan anak. Boleh suakan kepada anak contohnya setiap 1 jam sekali. Sambil main pun boleh minum. Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan sembelit seperti makanan berlemak.

 

3. Bersenam

Pastikan setiap hari anak keluar bermain selama 30 atau 60 minit. Banyak bergerak membantu kelancaran usus dan memudahkan pembuangan. Untuk anak yang lebih kecil seperti bayi dan toddler, boleh cuba baringkan anak, pegang kedua-dua belah kaki dan gerakkan kaki dia seperti tengah kayuh basikal.

 

4. Perbaiki Rutin Ke Tandas

Galakkan anak untuk menggunakan tandas dengan lebih kerap dalam sehari. Bawa anak ke tandas setiap kali selepas makan atau bila anak ada tanda-tanda seperti hendak ke tandas. Gunakan tandas cangkung atau potty training bowl sebab kedudukan mencangkung membantu menolak najis keluar dengan lebih mudah. Temankan anak semasa dalam tandas dan galakkan anak meneran selama lebih kurang 10 minit.

Dalam masa yang sama cipta pengalaman yang menarik dan lebih positif supaya anak gembira pergi ke tandas. Sediakan mainan kesukaan yang anak boleh pegang hanya ketika dalam tandas. Juga boleh berikan galakan atau reward seperti sticker bila anak berjaya ke tandas.

 

5. Penggunaan Ubat

Bawa anak untuk pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar sekiranya bila dah cuba semua tips lain yang ada tapi anak tetap alami sembelit teruk dengan agak kerap, atau tetap tak dapat buang air besar dalam tempoh banyak hari. Doktor mungkin akan cadangkan ubat yang bersesuaian. Kalau dah ambil ubat pun tak berkesan juga, mungkin doktor akan buat pemeriksaan lanjut untuk kenal pasti apa masalah sebenar yang anak hadapi.

 

6. Tukar Susu Formula

Bagi anak yang sudah atau baru mula minum susu formula, mungkin boleh kurangkan kepekatan susu semasa membancuh. Atau tukar kepada jenama lain yang mungkin lebih sesuai dengan perut anak.

 

7. Pengambilan Supplement

Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin C, magnesium, Vitamin B5 (pantothenic acid) dalam pemakanan harian boleh menyebabkan sembelit. Oleh itu pengambilan supplement boleh membantu mengisi kelompongan vitamin dalam diet harian anak. Dalam masa sama kuatkan sistem imun anak. Yelah anak-anak kita ni makan kadang-kadang memilih. Cerewet pulak tu. Jadi pemakanan anak jadi tak seimbang sebab dia makan apa yang dia suka saja.

 

Meal Shakes Minuman Snek Perisa Vanilla Lengkap Dengan Multivitamin, Mineral Dan Kaya Fiber

 

Meal Shakes adalah minuman berperisa vanilla yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kanak-kanak yang sedang membesar dengan pesat. Meal Shakes ni ibarat multivitamin drink. Yang bestnya lagi, Meal Shakes sesuai sangat untuk anak-anak yang selalu alami masalah sembelit sebab dalam kaya dengan serat/ fiber!

Risau anak tak nak minum?

Don’t worry! Meal Shakes ni versatile sangat tau. Boleh dibancuh mengikut selera anak-anak kita. Biasalah anak-anak ni memang ramai yang picky eater. Meal Shakes ni sedap memang kebanyakan kanak-kanak mesti suka. Tapi kalau susah sangat jugak, boleh bancuh dalam susu, campurkan dalam ceral sarapan pagi anak-anak, taburkan atas aiskrim, buat fruit shake ataupun milk shake dan macam-macam cara lagi. Anak pun tak perasan.

Meal Shakes mudahkan anak yang selalu sembelit buang air besar
Meal Shakes kaya dengan fiber bantu kurangkan masalah anak yang sembelit

 

Untuk ibu ayah yang anaknya ada masalah sembelit, saya recommend sangat untuk cuba Meal Shakes ni. Bukan je sesuai untuk anak-anak tapi untuk seisi keluarga. 1 family boleh minum. 1 canister Meal Shakes 544gram berharga RM113.75. Meal Shakes mengandungi laktosa mungkin tak sesuai untuk anak-anak yang lactose intolerance. Nak minum Meal Shakes disarankan dibancuh sejuk dan ianya bukanlah pengganti susu formula.

Ok boleh hubungi saya segera untuk dapatkan Meal Shakes yang best ni. Confirm anak-anak suka percayalah!

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu