12 Tips Berhenti Merokok Cara Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

Merokok membahayakan kesihatan! Ramai orang tahu fakta ni dan sebab tu lah ramai juga orang yang pasang azam tiap-tiap tahun nak cuba stop smoking! Ada banyak cara nak berhenti merokok. Tapi ramai juga yang belum tahu atau belum cuba tips cara berhenti merokok cara cara semulajadi yang selamat dan berkesan. Memang ramai orang yang tahu keburukan dan kesan akibat merokok. Tapi nak buang habit merokok ni bukanlah senang.

Tambah-tambah lagi kalau dah bertahun-tahun hisap rokok tiap-tiap hari. Sebab ketagihan merokok ni bukan senang nak lawan. Tapi kalau dah nekad bersungguh-sungguh nak berhenti jadi perokok tegar, dengan disiplin yang tinggi terhadap diri sendiri mesti boleh punya lah. Sebab dah ramai pun orang yang memang dah bebas daripada belenggu rokok! Tak mustahil pun!

 

12 Tips berhenti merokok yang berkesan!
Stop smoking dengan Vivix!

Bagaimana Rokok Menyebabkan Ketagihan

 

Dalam rokok terdapat sejenis bahan kimia yang dipanggil nicotine. Nikotin boleh sebabkan ketagihan bila masuk ke dalam paru-paru melalui asap tembakau yang kita hidu. Ini meningkatkan  sejenis bahan kimia dalam otak yang dipanggil neurotransmitters, yang berfungsi mengawal mood dan kelakuan. Salah satu neurotransmitters itu ialah dopamine, yang boleh memperbaiki mood dan mencetuskan perasaan seronok. Kesan daripada nikotine dalam tembakau inilah yang menyebabkan seseorang boleh ketagih dengan rokok.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

 

See, brother kat atas ni merokok sejak umur 14 tahun OMG! Dia sendiri dah cuba macam-macam tapi memang susah kan nak berhenti tapi akhirnya berjaya juga jumpa cara yang serasi dengan dia yeay!

 

Kesan Buruk Terhadap Kesihatan Akibat Merokok

 

Tak payah lah saya cerita banyak. Rata-rata memang ramai orang tau dah merokok tu langsung tak membawa apa-apa kebaikan. In fact di kotak rokok yang dibeli tu sendiri memang dah ada gambar-gambar menakutkan yang menunjukkan kesan akibat merokok. Walaupun tujuannya untuk meningkatkan kesedaran oran ramai tapi biasalah memang adat kebanyakan orang selagi tak terkena memang susah nak datang kesedaran tu.

 

Merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya kanser!
Kesan buruk terhadap kesihatan akibat merokok.

 

Owh banyak sangat keburukan merokok ni tapi antaranya yang biasa kita dengar ialah:

  • Stroke
  • Masalah dalam mulut – periodontitis (gusi rosak), mulut berbau, gigi rosak
  • Serangan jantung
  • Masalah pernafasan – sesak nafas, jangkitan pada organ dan saluran pernafasan
  • Kanser paru-paru
  • Masalah kesuburan – mati pucuk, kualiti sperma rendah, mengurangkan libido (nafsu seks)
  • Badan dan rambut berbau busuk
  • Menjejaskan kesihatan orang sekeliling (perokok sekunder) yang turut menghidu asap rokok
  • Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan
  • Memburukkan lagi masalah kesihatan lain seperti kencing manis, asthma, darah tinggi dan sebagainya
  • Dan lain-lain

 

12 Tips Cara Berhenti Merokok Cara Semulajadi Yang Selamat Dan Berkesan

 

Jadi sekiranya anda masih seorang perokok, teruskan niat dan berjuang untuk cuba berhenti merokok. Ada banyak cara nak berhenti merokok termasuklah menggunakan ubatan dan juga nicotine replacement therapy.

Tapi hari ni saya nak kongsikan tips berhenti merokok dengan cara yang semulajadi, selamat dan berkesan. Boleh cuba berhenti merokok yang saya kongsikan ni. Bagi yang dah cuba tapi tak berjaya, well cuba lah lagi!

 

1. Cari sebab kukuh kenapa mesti berhenti! – Untuk rasa bersemangat dan bermotivasi, cuba cari sebab yang kuat kenapa anda mesti berhenti hisap rokok. Boleh jadi sebab isteri sedang mengandung dan nak pastikan anak dalam kandungan berkembang dengan baik. Atau sebab nak kelihatan lebih muda dan bebas penyakit kronik. Atau sebab nak jimat duit. Yee rokok ni membazir!

2. Be prepared – Buat persediaan sebelum mula berhenti merokok sebab biasanya perokok akan mengalami nicotine withrawal symptom dan ketagihan yang teruk. Kalau tak kuat semangat mesti awal-awal dah mengalah. Sebelum mula boleh cuba dapatkan kaunseling, hypnosis, aplikasi, hadiri kelas quit-smoking dan sebagainya.

3. Dapatkan Sokongan Individu Terdekat – Beritahu keluarga, rakan-rakan dan juga sesiapa yang rapat dengan anda tentang niat anda nak berhenti merokok. Diorang boleh bantu bagi sokongan moral dan ingatkan anda untuk kekal nekad bila semangat tengah down. Boleh juga sertain kumpulan sokongan atau berjumpa dengan kaunselor. Anda boleh dapat kenalpasti dan berpegang kepada strategi berhenti merokok yang dikongsikan dalam sesi kanseling.

4. Take A Break! – Ada orang merokok sebab nicotine memberikan rasa tenang. Tapi sebenarnya ada banyak cara lain nak melapangkan fikiran seperti bersenam, mendengar muzik kegemaran, berjumpa dengan kawan-kawan, pergi bercuti, pergi berurut ataupun melakukan hobi yang anda suka. Cuba elakkan situasi yang tegang diminggu-minggu pertama anda mula berhenti merokok.

5. Jauhi Alkohol Dan Pencetus Rasa Ketagih Yang Lain – Elakkan ataupun kurangkan minum alkohol ketika baru mula berhenti merokok. Kalau biasa merokok lepas minum kopi, cuba beralih kepada teh. Kalau biasa merokok lepas makan, cuba buat suatu perkara yang lain seperti gosok gigi, kunyah gula-gula getah, pergi berjalan-jalan, message kawan-kawan atau lain-lain.

6. Bersihkan Rumah – Buang ataupun simpan semua tempat habuk rokok, mancis dan lighters. Basuh semua pakaian, karpet, tuala, sarung tilam dan bantal dan lain-lain material yang ada bau asap rokok. Guna pewangi udara untuk hilangkan bau rokok yang sangat familiar. Kalau biasa merokok dalam kereta, well bersihkan kereta juga! Hilangkan perkara-perkara yang boleh ingatkan anda terhadap rokok.

7. Cuba Dan Cuba Lagi! – Selalunya bila nak buat sesuatu perkara, kebanyakan orang akan cuba-cuba dulu sebelum betul-betul dapat capai targer. So setiap kali tengah cuba berhenti merokok dan tiba-tiba rasa macam nak merokok balik, ingatkan diri sendiri target dan kenapa nak berhenti at the first place. Tingkatkan komitmen untuk berhenti merokok. Sebaiknya letakkan tarikh supaya target tercapai.

8. Bersenam! – Menjalani hidup aktif dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin dan nicotine withdrawal symptoms. Bila terasa nak merokok, cepat-cepat pergi berriadah. Jogging ke, kayuh basikal ke, berkebun ataupun apa-apa je lah. Kalori yang terbakar boleh membantu mengelakkan kenaikan berat badan akibat berhenti merokok.

9. Makan Buah Dan Sayur! – Kalau boleh elakkan berdiet masa nak berhenti merokok. Sebab ini boleh membuatkan usaha berhenti tu lebih mencabar. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein terutamanya bila rasa ketagih. Mengunyah makanan yang berkhasiat boleh bantu kawal berat badan dan menyihatkan badan.

10. Tetapkan Reward Untuk Diri Sendiri – Untuk rasa lebih termotivasi, sediakan hadiah ataupun ganjaran untuk diri sendiri. Yang paling best ialah jumlah duit yang selalunya anda guna untuk beli rokok, boleh simpan dalam tabung. Mesti seronok bila tengok duit tu makin banyak. At the end of the day nanti boleh beli hadiah untuk diri sendiri.

11. Ingat, Berhenti Merokok Memanjangkan Hayat – Tidak merokok memberikan banyak manfaat kesihatan. Selepas 20 minit, degupan jantung kembali kepada normal, selepas 1 hari paras karbon monoksida dalam darah kembali ke paras asal, selepas 2 atau 3 minggu mengurangkan risiko diserang sakit jantung dan dalam tempoh jangka panjang, mengurangkan risiko diserang kanser paru-paru dan pelbagai kanser lain.

12. Pengambilan Antioksidan Kuat! – Merokok menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel dalam tubuh. Walau bagaimanapun, antioksidan yang sangat kuat boleh melindungi sel dan tisu tubuh dengan cara mencari dan menyerang radikal bebas sebelum kerosakan sel berlaku. Namun begitu, pemakanan yang kita ambil seharian mungkin tak mengandungi kandungan antioksidan yang cukup yang diperlukan badan.

 

Vivix Antioksidan Hebat Daripada Bahan Botani Bantu Berhenti Merokok Cara Semulajadi!

 

Apakah Vivix ni? Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ni dalam entry Tonik Antipenuaan Hebat Vivix Pelihara Kesihatan Keseluruhan, Cegah dan Kawal Penyakit Kronik, Vivix adalah cecair tonik pekat yang dibuat daripada gabungan bahan botani seperti anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.

 

Vivix bagus untuk mencegah penyakit kronik.
Manfaat Vivix untuk kesihatan keseluruhan.

 

Vivix mengandungi polifenol dan resveratrol yang kaya dengan sifat antioksidan untuk melawan radikal bebas. Dengan hanya sesudu teh sehari saja produk Shaklee yang paling eksklusif ni mampu melindungi sel dan tisu dalam tubuh hingga ke peringkat DNA. Vivix memberikan banyak manfaat kesihatan keseluruhan antaranya memperbaiki darah tinggi, mengawal kencing manis, mencegah kanser, meningkatkan tenaga dan banyak lagi.

Untuk tujuan berhenti merokok pula, dah ramai yang cuba berikhtiar dengan Vivix. Ada macam-macam feedback yang dah diterima dan ada yang dah berjaya stop smoking for good!

 

Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix!

 

Oklah tak payah nak cakap panjang-panjang. Jom kita baca himpunan testimoni mereka-mereka yang dah cuba berikhtiar dengan Vivix ni.

 

Testimoni 1

Heavy smoker yang mula merokok sejak umur 14 tahun sudah 2 tahun berjaya berhenti merokok lepas berikhtiar dengan Vivix. Sebelum tu dah bertahun-tahun cuba macam-macam tapi tak berjaya! Dengan Vivix, ketagihan merokok hilang dan rokok rasa tak sedap!.

Testimoni berhaya berhenti merokok dengan Vivix walaupun sebelum tu dah cuba macam-macam!
Testimoni perokok tegar berjaya berhenti merokok!

 

Testimoni 2

Emak perokok tegar sejak usia belasan tahun. Lepas seminggu amalkan Vivix emak complain rokok rasa pahit macam hempedu dan dia langsung tak boleh hisap rokok! Lepas tu seminggu tak beli dan tak sentuh langsung rokok. Selera makan bertambah dan badan makin berisi.

Testimoni anak ikhtiarkan untuk emak dia berhenti merokok.
Testimoni emak sendiri dah tak suka merokok!

 

Testimoni 3

Suami berhenti merokok walaupun tak sampai sebulan amalkan Vivix. Adik ipat dah kurang merokok lepas ambil Vivix.

Suami dulu susah nak berhenti merokok. Lepas minum Vivix bila merokok rasa pahit semacam dan hisap separuh je. Akhirnya buang rokok walaupun masih ada separuh kotak dan langsung tak beli dah.

Lepas minum Vivix dah tak smoking sebab rasa pahit.

 

testimoni_quit_smoking_vivix
Testimoni rokok rasa pahir lepas amalkan Vivix.

 

Alhamdulillah ramai yang dah berjaya berhenti merokok hasil berikhtiar dengan Vivix. Rokok sememangnya langsung tak memberi apa-apa faedah terutamanya kepada kesihatan. Duit pun banyak habis. Tapi yang pastinya Vivix boleh bagi badan jadi lebih sihat! Masih belum terlambat nak cuba berikhtiar dengan Vivix. Kalaupun rasa tak sayang dengan diri sendiri, ingat-ingatlah orang-orang yang kita sayang. Ibu, ayah, abang, kakak, adik dan juga orang yang bergantung dengan kita, isteri dan anak-anak terutamanya. Tak sayang diorang juga ke?

Fikir-fikirkan lah 🙂

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu