6 Tips Atasi Sembelit Cara Semulajadi Untuk Orang Dewasa Dan Ibu Dalam Pantang

Seksanya sembelit tu sampaikan rasa tak tenang hidup dan serba tak kena selagi tak dapat membuang. Setuju? Hari ni saya nak share tips atasi sembelit cara semulajadi untuk orang dewasa dan ibu dalam pantang. Saya perasan bila musim perayaan je akan ada ramai customers yang cari vitamin untuk lancarkan pembuangan ni. Mungkin sebab faktor pemilihan pemakanan yang lain dan dalam kuantiti yang banyak berbanding biasa, proses penghadaman dalam usus tu sedikit terganggu.

Saya sendiri pun kadang-kadang hadapi perkara yang sama. Biasalah bila hari raya terutamanya contohnya masa raya puasa dan raya haji yang lepas, perut memang ada haywire sikit. Ada banyak sangat makanan dan kita pun makan macam-macam. Semua benda kalau boleh nak rasa. Seimbang ke tak seimbang ke itu semua dah tak ingat dah!

 

6 Tips Atasi Sembelit Untuk Orang Dewasa & Ibu Dalam Pantang
6 Tips Atasi Sembelit Untuk Orang Dewasa & Ibu Lepas Bersalin

Tips Mengelakkan Sembelit Dan Melancarkan Pembuangan Najis

 

Sebelum ni saya pernah share tips elak sembelit dalam pantang. Kali ni saya nak share beberapa lagi tips berguna yang boleh menggalakkan pembuangan yang lancar. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Minum air yang banyak setiap hari – untuk melembutkan najis supaya najis tak tersekat dalam usus.

2. Makan makanan yang berserat atau kaya dengan fiber – pastikan setiap hari anda ada makan buah dan sayur dalam kuantiti yang optimum. Sebaiknya sebelum waktu makan nasi, makan buah dulu.  Boleh amalkan makan buah prune, jagung, oren, oat, kekacang, bijiran dan sebagainya.

3. Makan dalam kuantiti yang seimbang – Pastikan hidangan makanan kita dalam kuantiti yang seimbang, cukup karbohidrat, protein, sayur dan buah. Sebaiknya dalam pelbagai warna dan rasa. Kalau makan terlebih karbohidrat contohnya, mungkin najis lebih keras.

4. Banyakkan bergerak – Pergerakan fizikal terutamanya bahagian bawah badan membantu usus berfungsi dengan lebih baik dan aktif. Hasil buangan seterusnya dapat bergerak ke bawah untuk dibuang.

5. Makan makanan atau minum minuman yang kaya dengan magnesium dan kalsium – Ini kerana magnesium membantu melembutkan najis dan kalsium membantu kelancaran fungsi usus.

6. Makan 6 kali sehari – Yaa itulah yang sebaiknya. Makan waktu sarapan, brunch, makan tenghari, minum petang, makan malam dan supper. Paling koman pun makan lah 3 kali sehari pada waktu makan utama. Sebabnya, bila kita konsisten makan pada waktu yang tetap beberapa kali sehari setiap hari secara tak langsung kita dapat melatih diri makan dalam kuantiti yang berpadanan dan usus mempunyai cukup masa untuk memproses setiap batch makanan yang masuk ke perut secara teratur.

 

Vitamin Untuk Bantu Atasi Seksa Sembelit Dan Lancarkan Pembuangan Air Besar

 

Ada beberapa vitamin yang boleh membantu mengurangkan seksa akibat sembelit. Antaranya ialah:

 

1.Herblax 120 biji RM52.50

  • Bertindak sebagai julap lembut yang membantu menyingkirkan lendir dan kotoran dalam usus.
  • Fokus untuk detoksifikasi dan memelihara kesihatan usus untuk mengelakkan punca penyakit.
  • Menggalakkan penyerapan nutrien berkhasiat dengan lebih berkesan oleh usus.

 

2.Ostematrix 120 biji RM61.00

  • Memperbaiki fungsi saraf dan otot seterusnya melancarkan pergerakan usus dalam menggerakkan bahan buangan.
  • Mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan.

 

3.Lecithin 180 biji RM52.50

  • Memecahkan lelemak yang terkumpul dalam badan dan makanan yang dimakan seterusnya mengurangkan perlekatan antara makanan yang diproses.
  • Menjadikan hasil buangan lebih lembut, ringan dan mudah digerakkan untuk ditolak keluar daripada usus.

 

4.Alfalfa Complex 330 biji RM53.75

  • Kaya dengan fiber dan mineral yang membantu memecahkan perlekatan antara makanan yang diproses dalam usus dan membolehkan ianya dibuang dengan mudah.
  • Sangat bermanfaat untuk penghidap gastrik dan meredakan usus yang radang atau luka.
  • Membantu membuang angin dalam usus dan badan.

 

Inilah 4 vitamin yang recommended untuk siapa yang selalu susah nak buang air besar atau alami sembelit. Setiap vitamin ada fungsi khusus masing-masing dan bukannya bermanfaat untuk sembelit saja tapi ada banyak manfaat untuk kesihatan keseluruhan badan. The best is ambil semua vitamin yang dicadangkan. Atau boleh juga ambil ikut susunan daripada nombor 1 hingga nombor 4.

Terutamanya ibu-ibu yang bakal bersalin atau baru bersalin yang tengah dalam pantang, saya faham sangat seksanya kalau sembelit tu. Boleh menangis dalam bilik air bila nak membuang. Hubungi saya untuk dapatkan vitamin-vitamin di atas untuk persediaan dan hentikan seksa sembelit segera!

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang 🙂

Your Shaklee Health Parner & Business Leader,

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu