Amalan Gaya Hidup Sihat Dan Pengambilan Vitamin

Assalamualaikum,

 

Gaya hidup sihat adalah satu langkah yang sangat positif untuk dijadikan amalan dalam kehidupan. Ia dapat membantu meningkatkan cara bagaimana kita melihat sesuatu perkara dan membuat keputusan dalam kehidupan harian.

Mengekalkan berat badan yang ideal, memilih makanan yang menyihatkan, dan mendapatkan rehat yang secukupnya; semuanya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup dan seterusnya membantu memanjangkan hayat seseorang.

Dalam membina gaya hidup sihat, adalah lebih mudah sekiranya kita bermula dengan memfokuskan kepada usaha perubahan yang lebih kecil dan ditingkatkan daripada semasa ke semasa.

Amalan gaya hidup sihat boleh dipupuk sejak kecil/
Keluarga sihat, lebih ceria dan bahagia.

 

Antara Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Utama

 

Pengambilan Vitamin Atau Supplement Harian

Dalam dunia yang serba moden sekarang, kita terdedah kepada faktor-faktor kekurangan nutrien. Contoh paling mudah adalah diet harian yang kita ambil setiap hari mungkin tidak cukup seimbang untuk memenuhi keperluan nutrien dalam badan. Ada orang kurang makan sayur, kurang makan buah, kurang protein dan sebagainya.

Berikan nutrien kesihatan kepada anak-anak juga.
Vitamin untuk kanak-kanak boleh membantu menguatkan sistem imun anak-anak kita.

Kalau makan pun mungkin yang dimakan asyik sayur yang sama, lauk yang sama dan buah yang sama. Sedangkan kita memerlukan pengambilan jenis makanan yang pelbagai. Belum dikira lagi zat dalam makanan yang dah musnah akibat proses memasak dan sebagainya.Oleh itu, pengambilan vitamin harian dapat menampung kekurangan nutrien dalam diet harian.

 

Kekalkan Kecergasan

Kita perlu kekalkan gaya hidup yang aktif dan cergas untuk kesihatan badan. Ini kerana kekurangan pergerakan fizikal merupakan antara penyumbang utama punca sakit jantung. Gaya hidup aktif seperti berjalan, turun naik tangga, berkebun dan sebagainya dapat mengoptimumkan pergerakan fizikal badan. Bersenam dan bersukan adalah cara yang paling efektif untuk kekal cergas.

Berbasikal adalah menyeronokkan!
Beraktiviti bersama keluarga juga salah satu cara meluangkan masa bersama!

 

Pengambilan Makanan Seimbang

Kita perlu pastikan makanan yang kita ambil bagi setiap hidangan adalah lengkap sumber nutriennya. Bukan saja mesti ada nasi, tapi sayur dan buah pun mesti ada. Kita digalakkan mengambil makanan yang pelbagai jenis, rasa dan warna setiap hari. Setiap hidangan makanan juga perlulah diambil dalam kuantiti yang sepatutnya dan tidak berlebihan atau kekurangan.

Pemilihan makanan yang bersih, segar, sihat, selamat dan semulajadi adalah jauh lebih baik berbanding pengambilan makanan segera ataupun makanan terproses yang kurang khasiatnya.

Makan secara sihat
Contoh pemakanan seimbang

 

Rehat Secukupnya

Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya setelah seharian bekerja. Tidur yang cukup dapat mengekalkan fungsi dalam badan pada tahap yang optimum. Tidur yang cukup juga dapat mengekalkan kecergasan minda dan fizikal kita untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih bertenaga dan ceria.

Tidur boleh merehatkan minda dan badan
Tidur dan rehat yang cukup sangat penting untuk pulihkan tenaga badan.

 

Minum Air Secukupnya

Kita digalakkan untuk minum 3L air sehari untuk memastikan sistem dalam badan dapat berfungsi dengan optimum. Air yang secukupnya dapat mengekalkan kecergasan badan dan mencuci badan daripada bahan kumuh yang tidak diperlukan lagi.

Banyakkan minum air terutamanya bila hari panas.
Pastikan badan dapat air yang secukupnya setiap hari.

 

Kurangkan Pengambilan Sesetengah Nutrien

Memastikan badan mendapat nutrien yang secukupnya adalah bagus. Tapi sekiranya berlebihan pula boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu sesetengah nutrien misalnya garam, makanan dengan kandungan lemak atau gula yang tinggi; perlulah diambil dengan berhati-hati dan terkawal. Sekiranya berlebihan, akan mendedahkan kita kepada risiko penyakit kronik.

Garam berlebihan boleh sebabkan masalah jantung.
Garam berlebihan memudaratkan kesihatan.

 

Vitamin ataupun supplement bukan pengganti kepada pemakanan seimbang. Jangan salah faham. Kita perlu mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan gaya hidup sihat. Tetapi dalam masa yang sama pengambilan vitamin dapat membantu menampung kekurangan nutrien daripada diet harian tersebut.

Pengambilan vitamin secara konsisten setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu! 🙂

 

 

Your Trusted Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu