Cara Semulajadi Atasi Gastrik, Angin Dan Pedih Perut Yang Mustajab

Ramai rupanya orang yang alami gastrik, angin, pedih perut, pedih ulu hati, ketidakhadaman dan yang seangkatan dengannya. Boleh kata dalam seminggu memang ada saja orang yang hubungi saya tanya tentang cara bagaimana atasi masalah-masalah berkenaan secara semulajadi dan mustajab menghilangkan sakit tanpa kesan sampingan jangka panjang.

Selalunya saya akan tanya serba sikit tentang latar belakang kesihatan dan gaya hidup prospek yang bertanya. Saya akan tanya juga samada dia dah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Sebabnya gastrik ni kadang-kadang boleh jadi simptom yang berpunca daripada penyakit lain. Kalau memang betul gastrik saja takpelah. Cuma kita risau kalau sepatutnya dia perlu dapatkan nasihat pakar untuk kenal pasti punca penyakit dan rawatan yang betul.

 

Cara atasi sakit gastrik, angin dan pedih perut dengan kaedah semulajadi yang selamat tanpa kesan sampingan jangka panjang.
Cara semulajadi dan selamat tanpa kesan sampingan jangka panjang untuk atasi sakit gastrik, angin dan pedih perut.

 

Apakah Gastritis?

 

Gastritis ataupun biasanya kita sebut gastrik (gastric) adalah keadaan dimana inflamasi, gangguan ataupun penipisan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (acute) ataupun secara berperingkat-peringkat (gradually).

 

Apakah Punca Gastritis?

 

Gastrik boleh berpunca daripada gangguan akibat penggunaan alkohol berlebihan, muntah kronik, stress, atau penggunaan sesetengah ubatan seperti aspirin atau ubat anti-radang yang lain.

Gastrik juga boleh disebabkan oleh:

  • Helicobater pylory (H.pylori): Sejenis bakteria yang tinggal dalam mukus pada lapisan perut. Tanpa rawatan, ianya boleh menyebabkan ulcer dan pada sebahagian orang boleh membawa kepada kanser perut.
  • Bile reflux: Aliran cairan daripada hempedu berpatah balik ke dalam perut daripada saluran hempedu.
  • Jangkitan: Yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

Sekiranya gastritis tidak dirawat, ianya boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan boleh menyebabkan terjadinya kanser perut.

 

Simptom-Simptom Gastritis

 

Tanda-tanda gastrik adalah berbeza-beza pada setiap individu. Ada ramai orang yang langsung tak alami apa-apa tanda. Tapi antara tanda-tanda gastrik yang biasa ialah:

  • Loya dan sakit perut yang berulang
  • Kembung perut
  • Sakit pada abdomen
  • Muntah
  • Ketidakhadaman
  • Rasa pedih atau mencucuk dalam perut ketika diantara waktu makan atau pada waktu malam
  • Sendu
  • Hilang selera makan
  • Muntah darah atau bahan seperti serbuk kopi
  • Najis berwarna hitam dan likat seperti tar

 

Cara Atasi Gastrik Yang Mujarab Dengan Menggunakan Vitamin Berasaskan Bahan Semulajadi Tanpa Bahan Kimia Sintetik Berbahaya

 

Sebelum ni saya pernah konsikan tentang 13 Tips Kurangkan Gastrik, Punca Pedih Ulu Hati Dan sakit Perut. Kali ni saya nak fokus kongsikan maklumat tentang vitamin Set Gastrik Shaklee.

Sekiranya anda amalkan vitamin Set Gastrik Shaklee yang semulajadi secara konsisten dan menjalani gaya hidup yang sihat terutamanya amalan pemakanan sihat serta mengikut nasihat yang disarankan doktor, insyaAllah tak mustahil masalah berkaitan gastrik yang dialami boleh berkurangan, dapat dikawal, malah terus sembuh.

 

Set Penawar Gastrik Shaklee
Vitamin Set Gastrik Shaklee

 

Berikut adalah vitamin-vitamin yang disarankan untuk masalah gastrik, pedih ulu hati, ulcer perut, angin, ketidakhadaman dan yang berkaitan dengannya:

1. Peppermint Ginger Plus – Rasa berangin. Membantu mengurangkan loya, pedih ulu hati, simptom selsema dan demam, memberi keselesaan dan memanaskan badan, melancarkan penghadaman, buang angin pada usus dll. Boleh telan, kunyah, hisap atau dihancurkan dan minum seperti teh herba.

2. Garlic Complex – Membantu mengurangkan masalah angin yang lebih kronik dengan cara menyingkirkan angin seluruh badan, mengawal tekanan darah tinggi, menurunkan kolestrol, antibiotik semulajadi, menguatkan sistem imun, mengawal jangkitan penyakit seperti selsema.

3. Alfalfa Complex – Mengandungi fiber dan membantu melancarkan pencernaan dan pembuangan, mencuci darah seluruh badan, menyingkirkan toksin dan membersihkan usus, menutupi lapisan perut yang luka dan mengurangkan inflamasi, mengandungi saponin yang menyerap lelemak berlebihan dalam badan untuk disingkirkan. Kaya dengan mineral dan galian yang memberi manfaat untuk kesihatan sel badan.

4. Esp Soy Protein – Membantu mengurangkan hyperkativiti perut, perut sensitif dan rasa pedih perut. Memberi rasa kenyang berpanjangan dan tak cepat lapar. Memberi rasa lebih bertenaga. Mengandungi low GI yang sesuai untuk penghidap kencing manis (diabetes). Membantu mengawal tekanan darah tinggi. Menggalakkan penghasilan sel kulit, rambut, kuku serta membantu pemulihan sel yang luka dan rosak. Baik untuk kuatkan sistem imun, kesuburan, kecantikan, awet muda, kesimbangan emosi dan menguatkan memori. Recommended untuk penghidap gastrik yang sukar untuk berpuasa. Dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dan minum.

5. Ostematrix – Pil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Membantu melancarkan pergerakan saraf usus dan memudahkan penghadaman serta pembuangan. Melembutkan najis agar mudah disingkirkan daripada dalam usus. Melapisi lapisan perut yang luka dan mengurangkan hyperaktiviti perut. Membantu menggalakkan keseimbangan emosi dan meredakan tekanan.

6. Vivix – Tonik antioksidan yang kaya dengan compound resveratrol dan polyphenols yang bertindak memperbaiki fungsi sel dan melindungi sel rosak hingga ke peringkat DNA. Mencegah serangan radikal bebas ke atas sel yang lemah. Menghalang jangkitan dan kerosakan sel sekitar yang menjadi punca permulaan penyakit. Merencatkan tindakan kuman H.pylori yang menyebabkan gastrik, radang, ulser dan kanser usus ataupun kanser perut. Baik untuk mencegah penyakit kronik, memberi tenaga, menguatkan sistem imun, antipenuaan, detoks, kencing manis, gout, darah tinggi, stroke dll. Serta melindungi tubuh dan menggalakkan kesihatan keseluruhan.

 

Testimoni Supplement Untuk Gastrik

 

Dah ambil ESP selama 3 tahun. Dah takde gastrik kalau tak dulu sampai tak boleh jalan. Parut jerawat makin pudar. Selulit berkurang. Boleh rasa beza kalau minum dengan tak minum. Dah lama tak rasa lemau badan.

ESP Soy Protein bantu leakan pedih perut sebab gastrik.
ESP Soy Protein bantu kurangkan pedih perut sebab gastrik.

 

Sebelum ni perut macam bungi gendang sebab berangin, badan pun rasa letih selalu. Lepas amal Peppermint Ginger Plus dengan Ostematrix perut dah kembali normal, badan rasa ringan, rasa macam dah sembuh dan dah boleh pergi kerja.

Ostematrix kurangkan keaktifan perut dan Peppermint Ginger Plus kurangkan pedih ulu hati.
Peppermint Ginger Plus bantu kurangkan pedih ulu hati dan Ostematrix kurangkan perut hyperactive dan perut sensitive.

 

Baru-baru ni kena gastrik yang agak kronik. Saya dah hampir 10 tahun kena gastrik. Masa hari yang sakit tu saya mengerekot macam udang. Bila google saya terjumpa pasal ESP sebagai penawar gastrik. Kebetulan memang ada ESP dalam almari. Saya paksa diri minum ESP ikut arahan. Esoknya dah kurang gastrik dan sekarang dah hilang terus sakit gastrik. Kalau makan ubat hampir 5 hari baru ok. Tapi dengan ESP cepat je elok. Kalau tau awal-awal lagi saya konsisten amalkan ESP.

ESP Soy Protein bantu kurangkan gastrik kronik.
ESP Soy Protein bantu kurangkan sakit penghidap gastrik kronik.

 

Pada keadaan biasa gastrik selalunya terjadi disebabkan amalan gaya hidup kita sejak muda. Kalau boleh jagalah pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat sejak muda. Paling mudah, elakkan makan lambat. Jangan biar perut berlapar! Kalau dah mula ada tanda-tanda macam nak develop gastrik tu cepat-cepatlah perbaiki apa patut. Sekali dah kena gastrik, kalau dibiarkan akan mudah berulang lagi dimasa akan datang.

Alhamdulillah dah ramai yang cuba amalkan supplement set gastrik dan dapat kesan positif. Set yang terbaik adalah kesemua vitamin yang disebutkan di atas. Sebab setiap 1 ada peranan khusus dan penting masing-masing. Kalau anda berminat nak dapatkan set vitamin gastrik ni segera, boleh terus order dan buat pembelian di sini! Maklumkan kepada saya lepas selesai buat bayaran untuk saya beri panduan cara makan vitamin yang betul.

Atau, boleh juga hubungi saya di 019 269 2301 untuk dapatkan konsultasi dan ketahui cara macam mana nak beli dengan harga yang lebih jimat.

 

 

Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang untuk penjimatan pembelian 15%~25%!

You Shaklee Health Partner & Business Leader,

Hazrina Nasir

ID 951651

019.269.2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu