6 Persediaan Sebelum Rancang Untuk Hamil Dan Nutrien Penting Untuk Tingkatkan Kesuburan

Teringat hari tu ada seorang kawan saya kata dia rancang nak hamil lagi tahun depan. Dia tanya saya apa vitamin-vitamin yang perlu diambil sebagai persediaan sebelum mengandung dan boleh bekalkan badan dia dengan nutrien penting yang boleh tingkatkan kesuburan rahim. Tak lain tak bukan dia nak ikhtiar supaya peluang untuk hamil lebih tinggi dan tubuh badan dia dapat menjalani proses kehamilan yang lancar selama 9 bulan 10 hari. Serta bayi dalam kandungan juga dapat berkembang dengan baik insyaAllah.

Orang kata kalau bercita-cita nak ada ramai anak, elok lah mengandung masa umur 20an. Masa tu tahap kesuburan masih tinggi, kudrat badan pun lebih kuat untuk berbadan dua sambil jaga anak-anak yang berderet-deret, badan pun masih sihat, risiko penyakit dan kehamilan pun kurang insyaAllah. Memang berbeza sangat rasanya kalau kita dah berumur 30an. Tambah-tambah lagi kalau masa umur ni lah baru nak mengandung banyak kali sebab nak kejar umur. Mana nak kejar anak-anak lagi.

Kalau dulu saya tak endah sangat dengan kata-kata ni. Tapi sebagai seorang ibu yang kini dah pun berumur 30an juga, saya tak dapat nafikan memang ada betulnya kata-kata tu. Sejauh mana ‘fit’ pun dan betapa kita menjaga kesihatan masa usia 20an, memang tetap ada rasa perbezaan dan kurangnya once dah cecah umur 30an. Apatah lagi kalau dah masuk 40an.

 

Persediaan sebelum hamil dan nutrien penting untuk bantu tingkatkan kesuburan suami isteri.
Penting sebenarnya buat persediaan terutamanya daripada segi kesihatan dalaman untuk tingkatkan kesuburan dan kesihatan sebelum kehamilan berlaku.

Kredit: Google Image

 

Tapi tu lah, kita merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang. Selagi ingin hamil, selagi terdaya, cuba je lah kan. Kalau ada rezeki sekiranya diizinkan Allah, Alhamdulillah! Yang penting, kita buat preparation sebaik boleh supaya kita dapat menjalani kehamilan yang lancar. Seperti yang saya pernah share dalam entry Merancang Untuk Hamil? 5 Perubahan Terhadap Diet Ibu Mesti Lakukan. Adalah penting untuk kita amalkan pengambilan nutrien tertentu sebelum proses kehamilan berlaku.

 

6 Persediaan Umum Sebelum Merancang Untuk Cuba Hamil

 

Dalam tempoh ekurang-kurangnya tempoh 2 hingga 6 bulan sebelum kehamilan berlaku, adalah penting kita sebagai isteri dan ibu untuk buat beberapa persediaan terutamanya terhadap penjagaan tubuh badan. Antaranya ialah:

1. Amalkan Pemakanan Yang Menyihatkan Dan Seimbang Setiap Hari – Elakkan makanan terproses, makanan segera, makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet, pewarna, perisa, yang dijerukkan, yang tinggi kandungan garam dan minuman manis. Lebihkan makan sayuran dan buah-buahan serta mengambil protein daripada sumber ikan.

2. Amalkan Gaya Hidup Aktif – Beriadah atau bersenam dapat membantu menyeimbangkan hormon, menggalakkan berat badan seimbang, mengurangkan kadar stress, menggalakkan penghasilan hormon gembira dan memperbaiki fungsi sistem badan. Elakkan aktiviti lasak apabila semakin hampir dengan tempoh trying-to-conceive (TTC).

3. Pelihara Berat Badan Yang Ideal – Kegemukan, obesiti ataupun kurus melampau boleh mengganggu keseimbangan hormon, menyekat fungsi sistem dalaman badan daripada berjalan lancar, menurunkan tahap kesuburan dan seterusnya boleh merendahkan peluang kehamilan. Berat badan yang tak normal boleh menyebabkan kehamilan yang berisiko terhadap ibu dan bayi.

4. Kawal Pengambilan Kafein Dan Alkohol – Kedua-dua jenis minuman ini boleh menyekat penyerapan nutrien baik ke dalam badan. Pengambilan berlebihan terutamanya alkohol boleh mengganggu kesuburan dan mengancam perkembangan bayi dalam kandungan sekiranya mengandung.

5. Amalkan Pengambilan Asid Folik Sekurang-Kurangnya 2 Bulan Sebelum Hamil – Sebaiknya pastikan ibu sudah pun mula consume supplement Folic Acid 400 mcg setiap hari sebagai persediaan supaya ovari dapat menghasilkan ovum yang sihat sebelum persenyawaan berlaku. Pengambil Folic Acid dapat menurunkan risiko bayi terkena neural tube defect seperti spina bifida dan juga mengurangkan risiko serangan jantung, stroke, cancer dan diabetes.

6. Dapatkan Nasihat Dan Rawatan Pakar – Sekiranya ada masalah sukar hamil atau sejarah kehamilan berisiko, berpenyakit atau sebagainya, pastikan dapatkan nasihat dan rawatan doktor pakar juga.

 

Supplement Untuk Memperbaiki Dan Meningkatkan Kesuburan Ibu Atau Isteri Yang Ingin Hamil

 

​Vitamin Set Kesuburan Premium Shaklee ni adalah sangat disarankan untuk diambil oleh para isteri ataupun ibu yang merancang hendak mengandung. Malahan bagi wanita yang mempunyai masalah kesuburan juga, set vitamin yang lengkap ini adalah ikhtiar yang dapat membantu memperbaiki masalah ketidaksuburan dan meningkatkan peluang untuk berjaya hamil sekiranya diamalkan secara konsisten dan sabar insyaAllah.

Setiap vitamin yang saya cadangkan di bawah mempunyai kepentingan dan cara tindakan yang tersendiri. Pengambilan set vitamin yang paling lengkap adalah terbaik untuk tindakan menyeluruh.

 

Vitamin Set Kesuburan Premium Shaklee Berserta Harga Retail Untuk Bukan Ahli

 

Set Vitamin Kesuburan Premium untuk suami isteri yang berikhtiar hendak mendapatkan zuriat.
Set Vitamin Kesuburan Premium sesuai untuk suami isteri yang berikhtiar nak meningkatkan kesuburan.

 

1. Vita-Lea Iron Formula 120 biji RM93.75

  • Multivitamin lengkap dengan semua vitamin dan mineral asas yang diperlukan badan setiap hari.
  • Membekalkan Asid Folik yang diperlukan ibu hamil.
  • Diperkaya dengan zat besi (iron) dan membantu mencegah low Hb (hemoglobin rendah) dan risiko anemia.
  • Memastikan perjalanan seluruh fungsi organ dan sistem badan yang efficient.
  • Mengandungi zink yang dapat memperbaiki masalah prostate, kualiti sperma dan kemampuan seks lelaki. Dan juga membantu proses ovulasi dan penguncupan uterus berjalan dengan lancar.
  • Meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga segera dll.

 

2. B Complex 120 biji RM58.75

  • Membekalkan kumpulan Vitamin B yang lengkap kepada badan untuk memelihara dan memperbaiki fungsi sel dalam badan.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Membantu tumbesaran, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
  • Mengelakkan anemia dan keletihan.
  • Meredakan ketegangan saraf dan mengurangkan tekanan.
  • Memelihara kesihatan mata, rambut, salur darah, kesihatan kardiovaskular dll.

 

3. Sustained Release Vitamin C 180 biji RM97.50

  • Meningkatkan sistem imun tubuh ibu dan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan dan serangan penyakit.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan risiko parut serta masalah kulit kusam ketika hamil.
  • Memelihara kesihatan kulit, salur darah, gigi, tulang, sistem kardiovaskular ibu dan bayi dalam kandungan dll.

 

4. ESP Soy Protein 850g RM161.25

  • Membantu menyeimbangkan hormon dan memperbaiki kitaran haid serta memperbaiki kesuburan.
  • Memelihara kesihatan serta menguatkan otot rahim untuk melindungi bayi sepanjang tempoh kehamilan.
  • Meningkatkan sistem imun dan menggalakkan penghasilan telur ovum yang sihat.
  • Menggalakkan penghasilan kulit, rambut, kuku yang cantik dan sihat.
  • Memperbaiki dan melindungi sel dan tisu tubuh yang luka atau rosak.
  • Meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga serta mengurangkan rasa lapar.
  • Menguatkan memori dan memeliharan kecantikan.

 

5. Alfalfa Complex 330 biji RM57.50

  • Membantu mencuci darah, usus dan membuang toksin seluruh badan, baik untuk detoks.
  • Menggalakkan penyerapan nutrien penting ke dalam badan dengan lebih berkesan dan membantu memperbaiki kelancaran fungsi dalaman badan.
  • Menggalakkan penghadaman dan pembuangan yang lancar.
  • Memelihara keseimbangan hormon dan bertindak sebagai ‘jamu moden’ untuk meningkatkan kesuburan.
  • Membantu mengawal berat badan dan menyingkirkan lemak berlebihan dalam badan.
  • Baik untuk memperbaiki masalah gastrik, asthma, allergy, ekzema, resdung dll.

 

6. GLA Complex 60 biji RM91.25

  • Membantu memperbaiki ketidakseimbangan hormon dan masalah haid tak teratur.
  • Memberi tenaga dan meningkatkan keintiman serta kesuburan.
  • Memelihara dan menyiapkan rahim untuk proses persenyawaan dan kehamilan.
  • Memelihara kesihatan rambut, kulit, otot, hati, minda dan menggalakkan awet muda.
  • Mengawal kenaikan berat badan dan menggalakkan pelangsingan.
  • Memelihara prostat dan urethra serta meningkatkan kesuburan lelaki dll.

 

7. Vitamin E Complex 120bj RM156.25

  • Meningkatkan tenaga dan libido lelaki dan wanita.
  • Melindungi sperma dan ovum daripada kerosakan akibat radikal bebas dan menggalakkan penghasilan sperma dan ovum yang sihat dan kuat.
  • Meningkatkan sistem imun dan memelihara sel daripada serangan radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko keguguran.
  • Memelihara kesihatan otot, kulit, organ dalaman, sistem reproduktif, jantung dll.

 

8. Vivix 150ml RM475

  • Membantu memperbaiki dan melindungi sel rosak seluruh badan hingga ke peringkat DNA sel.
  • Memberi tenaga kepada mitokondria sel termasuklah sperma untuk lebih berupaya berenang dan bertahan supaya proses persenyawaan lebih berjaya.
  • Memperbaiki kesuburan dan fungsi keseluruhan fungsi dalaman badan serta meningkatkan kesihatan.
  • Antioksidan kuat yang membantu melindungi, memperbaiki dan menghalang serangan radikal bebas dan punca penyakit.
  • Menghalang dan mengawal penyakit daripada merebak.
  • Menggalakkan penuaan yang sihat.
  • Memelihara kecantikan dan menggalakkan awet muda.
  • Menggalakkan penyembuhan luka dengan segera dll.
  • Memelihara kesihatan kardiovaskular, tekanan darah, kandungan gula dalam darah dll.

 

Kelebihan vitamin Shaklee ni, tiada apa-apa bahan kimia bahaya, diperbuat daripada bahan semulajadi, selamat dan terbukti berkesan secara klinikal. Jadi setiap vitamin ni menyediakan nutrien tertentu yang dapat membantu pemulihan daripada dalam secara perlahan-lahan tanpa kesan sampingan bahaya jangka panjang disamping meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Dan yang bestnya, set ni boleh diamalkan suami isteri tau. Yelah, takkan isteri je nak jaga badan. Suami pun sama kena pelihara sistem reproduktif lelaki juga supaya dapat hasilkan sperma yang kuat dan sihat. Lagi untung, setiap vitamin ni boleh diteruskan makan sampai lah masa mengandung, berpantang, dan menyusukan baby. Jadi memang jimat sangat.

Saya sarankan, amalkan vitamin Set Kesuburan Premium Shaklee ni sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan dan adalah lebih baik diteruskan juga untuk manfaat kesihatan jangka panjang. Produk ini adalah makanan tambahan sahaja dan sekadar membantu. Jikalau ada masalah kesihatan dan kesuburan, dapatkan juga nasihat dan rawatan doktor pakar. Seterusnya bila dah mengandung, boleh teruskan memelihara kesihatan diri dan kandungan dengan Set Kehamilan Premium Shaklee pula.

Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan zuriat dan ingin berikhtiar dengan Set Kesuburan Premium Shaklee ini secara konsisten, boleh hubungi saya untuk order dan konsultasi di 019 269 2301 atau klik sini untuk membuat pembelian dan pembayaran segera.

 

 

Dapatkan produk berserta diskaun 15%~25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini! 🙂

Pengedar Shaklee & Mentor Bisnes Anda,

Ina 

ID 951651

www.wasap.my/60192692301

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu