Set Bersalin Untuk Pemulihan Dalaman Secara Semulajadi Ibu Dalam Pantang

Pemulihan kesihatan dalaman ibu dalam pantang selepas melahirkan anak tak boleh dipandang enteng. Samada bersalin normal apatah lagi bersalin secara pembedahan. Sebab tu lah daripada dulu lagi produk set bersalin antara barangan penting yang mesti disediakan ibu hamil sebaik masuk trimester 3 kehamilan lagi. Apatah lagi kalau lepas bersalin tu berpantang sendiri pulak. Lagilah perlu persediaan rapi dan penjagaan yang berhati-hati.

Daripada peringkat akil baligh, hamil, bersalin, breastfeeding dan seterusnya menopause. Dan waktu hamil adalah antara fasa kemuncak badan mengalami perubahan hormon yang pesat. Perubahan biologi ni berlaku untuk menyiapkan tubuh ibu agar sesuai bagi menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi dalam rahim daripada kandungan kecil sampailah besar.

Para ibu juga mengalami perubahan fizikal yang hebat masa hamil. Segala sel, tisu, organ dan urat saraf turut terkesan. Yelah kan bayangkan rahim kita yang sekecil penumbuk , boleh membesar sampai ke saiz buah tembikai. Sebab tu lepas bersalin, sangat penting bagi ibu berpantang untuk pulihkan kesihatan dalaman setelah 9 bulan 10 hari menjalani proses kehamilan.

Set bersalin untuk ibu menyusu badan.
Set berpantang lengkap ni juga membantu membanyakkan susu badan dan sangat mesra untuk bayi menyusu badan.

 

Jadi untuk membantu menggalakkan pemulihan yang cepat lepas bersalin, boleh amalkan vitamin set bersalin Shaklee. In fact, boleh mula ambil vitamin Shaklee semenjak sebelum hamil lagi. Bermula dengan set kesuburan, set kehamilan dan seterusnya set bersalin ataupun set menyusu. Setiap peringkat yang dialami ibu, memerlukan nutrien penting tertentu untuk menyokong kesihatan ibu dan juga bayi.

 

Kelebihan Dan Khasiat Vitamin Set Bersalin Ataupun Berpantang Shaklee

 

Set berpantang premium shaklee
Set berpantang premium Shaklee, set vitamin lengkap untuk pemulihan dalaman dan kecergasan ibu baru lepas bersalin.

 

Fokus vitamin yang dicadangkan dalam set bersalin Shaklee ialah untuk pulihkan tenaga dalaman dan kembalikan kesihatan tubuh ibu seperti sedia kala. Masa hamil dan bersalin badan ibu dah bekerja keras, jadi masa berpantang ni lah ibu perlu fokus untuk recover seoptimum mungkin.

Seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi Shaklee, antara vitamin yang perlu diambil oleh ibu baru lepas melahirkan anak ialah:

 

1. Vivix

  • Tonik antioksidan berasaskan bahan botani yang kaya dengan nutrien polyphenols dan resveratrol, bertindak memperbaiki sel rosak dan melindungi sel seluruh badan hingga ke peringkat DNA.
  • Mempercepatkan pemulihan luka dan mengembalikan fungsi normal badan ke tahap optimum.
  • Meningkatkan metabolisme dan mencergaskan badan.
  • Menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas dan menguatkan sistem imun.
  • Menghalang penuaan sel sebelum waktuya dan menggalakkan kesan awet muda.
  • Baik untuk detoksifikasi dan mengawal berat badan.
  • Membantu mencegah penyakit kronik dan kanser.
  • Menguatkan memori, memelihara kecantikan dan kesihatan seluruh badan.

 

2. ESP Energizing Soy Protein

  • Kaya dengan asid amino protein perlu yang penting untuk fungsi tubuh yang sempurna dan menjadikan tubuh lebih sihat.
  • Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu seterusnya membantu mengurangkan kepenatan ibu dengan rutin baru menguruskan anak.
  • Menggalakkan penghasilan tisu-tisu baru yang sihat seterusnya membantu pemulihan sel dan luka yang tercedera akibat proses bersalin terutamanya jika bersalin pembedahan (Caeserian) atau ada vaginal tear.
  • Protein adalah nutrien penting untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan.
  • Kaya dengan kalsium yang membantu menampung kehilangan kalsium yang banyak pada tulang ibu ketika hamil dan menyusu, menggalakkan kesihatan urat saraf, menyeimbangkan hormone, meredakan emosi yang tak stabil dan mengurangkan sembelit.
  • Menggalakkan penghasilan rambut, kulit dan kuku yang baru seterusnya mengembalikan tona kulit dan menjadikan wajah nampak lebih sihat dan bermaya.

 

3. Multivitamin Vita-Lea Iron Formula

  • Mengandungi kesemua vitamin dan mineral lengkap yang diperlukan oleh badan untuk menampung sebarang kekurangan nutrien dalam badan ibu dan menggantikan nutrien yang hilang sepanjang tempoh mengandung dan menyusu.
  • Menggalakkan pemulihan sel dan kesihatan tubuh secara menyeluruh.
  • Mengandungi zat besi untuk menggalakkan penghasilan sel darah merah yang sihat setelah kehilangan banyak darah semasa bersalin. Seterusnya mengelakkan anemia atau kekurangan darah.
  • Membantu memberi tenaga dan meguatkan tubuh yang lemah.

 

4. B-Complex

  • Membantu memberikan rasa bertenaga dan mengelakkan kelesuan, keletihan pada ibu.
  • Melancarkan peredaran darah pada kulit dan mengembalikan keserian wajah pada kulit ibu akibat kehilangan darah dan tak cukup tidur.
  • Menggalakkan keseimbangan emosi dan mengurangkan stress. Seterusnya membantu mengelakkan meroyan ataupun post-partum depression.
  • Meredakan ketegangan urat saraf, memelihara sistem kardiovaskular dan jantung.

 

5. Sustained Release Vita-C

  • Membantu menguatkan sistem imun ibu pada badan yang masih lemah agar tidak mudah dijangkiti penyakit. Seterusnya menguatkan sistem imun bayi juga.
  • Bertindak sebagai anti-histamine semulajadi untuk mengurangkan simptom selsema, allergy, batuk dan mengurangkan kebergantungan kepada ubat. Alternatif selamat untuk ibu menyusu badan.
  • Memelihara kesihatan tulang, gigi, kulit dan gusi ibu serta bayi.
  • Memperbaiki sel-sel kulit yang luka dan kemerahan.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, memelihara kecantikan dan untuk awet muda.
  • Mengurangkan kesan stress.

 

6. Ostematrix

  • Membekalkan kalsium yang diperlukan setiap hari oleh tubuh dan menggantikan kalsium dalam badan yang hilang semasa kehamilan dan penyusuan.
  • Memelihara kesihatan tulang, sistem saraf, gigi, sistem kardiovaskular dan seluruh fungsi asas tubuh.
  • Melancarkan pergerakan usus dan membantu mengelakkan sembelit pada ibu dalam pantang untuk memudahkan pembuangan.
  • Meredakan ketegangan saraf, mengurangkan rasa kebas-kebas, sengal-sengal dan lenguh-lenguh anggota badan.
  • Menggalakkan ketenangan emosi dan mengurangkan stress serta mencegah sakit kepala.
  • Membantu tidur yang lebih nyenyak dan memberi kelegaan dan kecergasan pada badan.

 

7. Alfalfa Complex

  • Ibarat jamu kacip Fatimah moden yang berfungsi memelihara dan memulihkan kesihatan dalaman wanita.
  • Menyeimbangkan hormone, merapatkan alat sulit dan memperbaiki kesuburan.
  • Kaya mineral yang menggalakkan pemulihan luka dan menampung kekurangan zat dalam badan.
  • Mengandungi saponin yang bertindak sebagai span yang menyerap lelemak berlebihan serta menggalakkan pengurangan berat badan.
  • Bertindak sebagai agen detoks lembut untuk buang toksin dalam badan, melancarkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan memudahkan pembuangan.
  • Bersifat galactogouge yang menggalakkan penghasilan susu badan.
  • Baik untuk kesihatan kulit, mencegah keputihan, bau badan, allergy, resdung, asthma, gastrik dan sebagainya

 

8. Zinc Complex

  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman (rahim), koyakan pada vagina (vaginal tear) semasa proses meneran bayi ketika bersalin normal dan juga jahitan luka pembedahan C-section (sekiranya bersalin secara pembedahan).
  • Menggalakkan fungsi enzim dan hormon yang seimbang untuk fungsi tubuh yang menyeluruh.
  • Menguatkan sistem imun tubuh, mengawal allergy.
  • Mengurangkan keguguran rambut akibat perubahan hormon selepas bersalin.
  • Memperbaiki masalah kulit.

 

Optional – Tips Untuk Kurus Cepat!

 

Kalau ibu baru lepas bersalin, memang biasalah tanya ibu mana-mana pun mesti kata nak cepat kurus! 1 tips yang terbaik untuk cepat-cepat dapatkan berat badan ideal sebelum masuk kerja, susukan baby dengan susu badan. Sebab apa tau, bila breastfeed lelemak akan terbakar dengan sangat banyak. Dalam masa sama boleh lengkapkan set vitamin berpantang di atas dengan set kurus bajet Shaklee. Cuma perlu tambah:

 

9. Lecithin

  • Memelihara kesihatan kulit dan rambut.
  • Memelihara kesihatan jantung, kardiovaskular, organ dalaman badan.
  • Bertindak sebagai pemecah lelemak degil dalam badan dan memudahkan lelemak disingkirkan ke luar badan.
  • Meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Baik untuk kesihatan minda dan meningkatkan memori (mencegah nyanyuk).
  • Membantu mengurangkan bengkak susu dan mengelakkan sembelit.

Atau

10. Omega Guard

  • Memelihara kesihatan minda ibu dan menggalakkan keseimbangan emosi serta pemikiran rational.
  • Membekalkan DHA yang baik untuk perkembangan otak kepada bayi melalui susu ibu.
  • Baik untuk kesihatan jantung, kardiovaskular dan mengawal tekanan darah serta merendahkan kolestrol.
  • Meningkat metabolisme dan menggalakkan pembakaran lelemak pada tahap optimum.
  • Menguatkan sistem imun dan membantu mencegah selsema, batuk dan demam.
  • Memelihara kesihatan saraf, sendi dan pergerakan.
  • Mengurangkan inflamasi, bengkak dan kesan kemerahan.

 

Testimoni Set Berpantang Shaklee

 

Testimoni 1

Badan bertenaga, luka jahitan cepat tanggal, rahim cepat kecut, susu badan meriah. Saya amal set bersalin paling lengkap dengan kombinasi Vivix. – Puan Shima Zainal

Testimoni set bersalin terbaik dan semulajadi sesuai untuk ibu menyusu.
Testimoni set berpantang Shaklee

 

Testimoni 2

Badan bertenaga, tak pucat, nampak sihat sampai nurse tegur macam orang tak berpantang pun. boleh mandikan anak dan memasak. Luka cepat sembuh dan susu badan banyak. Jaundis anak pun cepat turun. Saya amal set pantang basic. – Puan Nurul Aqidah Azahar

Vitamin Shaklee untuk baru bersalin.
Vitamin untuk kembalikan kecergasan dan tenaga masa dalam pantang.

 

Testimoni 3

Luka pada breast, bengkak yang pecah dan bernanah sampai terpaksa buat minor surgery untuk elak jangkitan kepada baby. Set pantang Shaklee dan Vivix legakan luka dengan cepat, kurangkan bengkak susu dan elak susu tersumbat.

Set pantang untuk ibu bersalin secara pembedahan.
Cadangan vitamin-vitamin terbaik untuk legakan luka pembedahan dengan cepat.

 

Testimoni 4

Amalkan Vivix sebab luka akibat jahitan bersalin sangat menyakitkan dan tak selesa. Lepas 3 hari terus hilang rasa sakit. – Puan Ainul Fadzilah Mustafa

Legakan jahitan bersalin dengan Vivix
Vivix membantu legakan jahitan lepas bersalin dengan cepat.

 

Testimoni 5

Kesan stretch mark pada perut dah hilang dan kulit makin cantik hasil amalkan ESP Soy Protein dan Vitamin C. – Puan Yani Ismail

Cara untuk hilangkan stretch mark lepas bersalin.
ESP dan Vitamin C untuk hilangkan stretch mark dan masalah kulit lepas pantang.

 

Testimoni 6

Tonik berpantang Vivix membantu memberi rasa sangat sihat, jalan pun laju, anak langsung takde jaundice. Saya minum 3 botol dalam masa 40 hari. Memang beza bila amal Vivix dengan berpantang tanpa Vivix.

Luka bersalin cepat sembuh dengan Vivix
Vivix tonik kesihatan terbaik untuk pemulihan ibu dalam pantang.

 

Testimoni 7

Orang tegur sebab nampak macam orang bukan dalam pantang sebab amal double dos set bersalin Shaklee yang lengkap sekali dengan Vivix, Lecithin dan Omega Guard.

Review set berpantang Shaklee
Banyaknya vitamin dia ambil. Sebab tu cepat sihat. Sebab badan dapat bekalan booster nutrien untuk proses pemulihan badan.

 

Disamping komitmen kehidupan yang lain, seorang ibu memainkan peranan penting dalam rumahtangga. Nak membesarkan anak-anak daripada kecil ke besar, lama lagi ibu nak kena guna badan tambah-tambah kalau merancang untuk hamil lagi pada masa depan. Kesihatan rahim mesti dijaga dengan rapi untuk menjamin kehamilan seterusnya yang sihat dan lancar.

Pengurusan tempoh berpantang yang baik juga dapat mengelakkan postpartum depression. Dalaman ibu yang sihat, membantu ibu kembali bertenaga dan mampu menjalankan rutin harian termasuklah menjaga bayi dengan baik. Ibu yang sihat mental dan fizikal akan lebih gembira. Secara tak langsung keluarga akan menjadi lebih ceria dan anak-anak dapat membesar dalam persekitaran yang bahagia.

Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin dan berpantang tak lama lagi, boleh dapatkan vitamin set bersalin Shaklee ni daripada saya. Konsultasi berterusan special untuk anda! Hubungi saya cepat kalau nak tau macam mana nak dapatkan set lengkap ni dengan harga jimat 😉

 

Your Shaklee Independent Distributor & Business Leader,

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

 

*Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu