Produk Kolagen Terbaik Yang Berkesan Untuk Kulit

Assalamualaikum,

 

Memang banyak produk berasaskan kolagen dipasaran. Tapi mana satu produk kolagen yang paling berkesan dan terbaik untuk kulit? Yelah dah beli mestilah nak tengok hasilnya samada betul ke kolagen ni bagus atau tak. Sama ada punggung makin montok? Payudara makin anjal? Kulit makin gebu dan lembut? Garis halus kedut makin nipis? Jeragat dan eyebag makin kurang?

Produk kolagen terbaik untuk kulit
Produk kolagen paling berkesan untuk kulit

 

Nama pun makan collagen mestilah nak tengok kesan keberkesanannya. Ada macam-macam jenis collagen sekarang ni. Bukan je dalam bentuk supplement, tapi lipstik collagen pun ada. Agaknya bila guna bibir akan jadi mungil dan pouty. Eh comel jugak tu 😀 Memang hot stuff betul! Ada macam-macam jenama. Ada murah ada mahal. Ada untuk makan ada untuk pakai luaran.

Tapi dalam banyak-banyak tu…

‘Produk kolagen yang macam mana yang terbaik patut kita pilih?’

‘Mana satu yang bagus?’

‘Mana satu yang paling berkesan?’

 

Jenis-Jenis Produk Berasaskan Collagen

 

Kesan kekurangan collagen dalam badan
Kesan kekurangan kolagen dalam badan

 

Pelbagai jenis produk collagen ada dalam pasaran yang terdiri daripada bermacam-macam bentuk dan rupa. Jom tengok apa kelebihan dan kekurangan masing-masing.

1. Kolagen berbentuk pil dan tablet

Kebanyakan pil dan tablet tidak hadam dengan mudah dalam saluran penghadaman dan seterusnya memberikan sangat sedikit atau hampir tiada manfaat. Orang yang sudah berumur akan mendapat manfaat paling sikit sebab sistem penghadaman mereka yang dah tak berapa efisyen.

Kebanyakan pengeluar membelanjakan wang lebih kepada pemasaran produk berbanding dengan memastikan sejauh mana produk mereka memberi manfaat kepada pengguna.

2. Krim kolagen

Kulit adalah organ badan yang paling besar yang berfungsi melindungi tubuh badan daripada terdedah kepada bahan kimia dan pencemaran alam setiap hari. Krim kolagen mempunyai manfaat yang sedikit memandangkan sifat krim yang tidak dapat meresapkan kolagen jauh ke dalam kulit.

Seterusnya menyebabkan kolagen tidak dapat memberikan kesan seperti yang diharapkan oleh pengguna.

3. Kapsul

Kapsul selalunya dimuatkan dengan formulasi serbuk kolagen yang mana kapsul akan terhadam dan kolagen akan dilepaskan di bahagian sistem penghadaman makanan. Keberkesanan sistem penghadaman seseorang pengguna dapat menentukan sejauh mana produk tersebut memberi manfaat kepada pengguna.

Sesetengah kapsul diformulasikan untuk melepaskan serbuk kolagen di bahagian usus supaya zat dapat diserap sebanyak mungkin. Tapi kadang kala kapsul terlerai ketika masih diperingkat awal penghadaman. Jadi, tak sempat nak diresap masuk ke dalam sistem badan tapi zat dah musnah awal-awal lagi.

4. Serbuk kolagen

Ramai orang tak sedar sebenarnya sistem badan kita cuma ‘makan’ cecair. Setiap makanan yang kita makan akan melalui proses pencernaan bermula daripada dalam mulut lagi. Makanan akan di proses menjadi sekecil-kecilnya bermula dengan digigit, dikunyah, dicampurkan dengan air liur yang membantu melembutkan tekstur makanan.

Seterusnya air liur membasahkan makanan yang telah hancur sehinggalah makanan sesuai untuk ditelan dan akhirnya diserap zatnya. Produk kolagen dalam bentuk serbuk akan dicampurkan dengan air ataupun jus sebelum diminum. Sistem penghadaman seterusnya akan mengambil tugas menyerap kolagen untuk digunakan dalam badan.

5. Cecair kolagen

Kolagen dalam bentuk cecair adalah yang paling bagus dan berkesan berbanding kolagen dalam bentuk yang lain. Cecair kolagen perlu melalui proses penghadaman yang paling sedikit memandangkan keadaannya yang sudah sedia untuk diserap masuk ke dalam badan. Oleh itu ianya boleh diserap secepat yang mungkin sebaik masuk ke dalam mulut.

 

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee Yang Terbukti Memberi Kesan Seawal 8 Minggu Pengambilan

 

Bahan-bahan dalam kolagen Shaklee
Ramuan Collagen Powder Shaklee

 

1. Daripada sumber premium

Terdapat 2 sumber kolagen yang utama iaitu daripada haiwan seperti lembu ataupun ikan laut dalam. Kolagen yang berkualiti tinggi semestinyalah daripada sumber ikan laut dalam. Kolagen RSS Shaklee mengandungi 4mg proprietari RSS (Res Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Ini menjadikan Kolagen RSS sangat berkualiti tinggi kerana sumber yang digunakan adalah yang paling kurang terdedah dengan pencemaran alam dan lebih asli.

2. Bermolekul ringan dan mudah diserap

Kolagen RSS Shaklee bermolekul sangat ringan, 1000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan sangat berkesan!

Molekul kolagen yang sangat ringan memudahkan penyerapan

3. Daripada 7 bahan utama yang membantu keberkesanan

Kolagen RSS Shaklee dihasilkan daripada 7 bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan Kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalaman ke luaran.

4. Serbuk mudah larut dalam air minuman

Kolagen RSS Shaklee adalah dalam bentuk serbuk. Walaupun begitu, Kolagen RSS ini mempunyai keistimewaan yan mana ianya mudah larut dalam air dan makanan. Setiap hidangan dipek dalam dalam satu sachet untuk memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja dengan selamat dan mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendaki.

5. Terbukti berkesan melalui ujian klinikal

Keberkesanan Kolagen RSS Shaklee terbukti dalam ujian klinikal meningkatkan penampilan kulit hanya dalam masa 8 minggu. Tapi ramai je yang dah guna kata dalam masa kurang seminggu pun dah boleh rasa perbezaan. Produk yang terbukti berkesan adalah lebih jimat dan murah sebab harga yang dibayar berpatutan dengan kualiti produk. Bukan je berkesan, tapi Kolagen RSS Shaklee ni selamat berasaskan bahan semulajadi.

Collagen Powder Shaklee terbaik untuk kulit
Produk kolagen Shaklee terbukti berkesan terbaik untuk kulit

 

Collagen Powder Shaklee bukan saja sesuai untuk wanita, tapi juga untuk lelaki. Kolagen berkurang bila usia makin meningkat. Makanan tambahan berasaskan kolagen dapat bantu kurangkan dan lambatkan tanda-tanda berkaitan penuaan macam sakit sendi lutut, cepat letih, mata kering, sakit sengal saraf, pigmentasi dan macam-macam lagi.

Pengambilan Collagen Powder dengan Vivix Shaklee adalah kombinasi terbaik untuk pemeliharaan kesihatan dalaman hingga luaran. Sebaiknya amalkan daripada muda dan boleh juga hadiahkan untuk mak ayah supaya diorang pun dapat rasa nikmat kesihatan berpanjangan. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ok 😉

 

Klik sini! Untuk terus membuat pembelian dan pembayaran secara online melalui sistem eSell Shaklee.

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has 10 Comments

  1. salam,nak tanya,bos,adakah kolagen ini berkesan untuk menghilngkan jerawat bagi remaja

    1. Kalau masalah jerawat remaja boleh ambil B Complex, Vitamin C, Alfalfa Complex dan Zinc (kalau muka sangat berminyak). The best is rujuk distributor personally untuk suggestion yang lebih tepat.

  2. Salam sis, nak tanye. Betul kah kolagen akan nampak hasilnya dalam masa 14hari setelah diambil tanpa henti?

    1. Salam. Collagen Powder Shaklee memang ada bukti klinikal akan nampak kesan lepas guna 8 minggu. Tapi ramai yang dah cuba ada yang baru seminggu dha mula rasa kesan. Kalau yang lagi cepat ni berbeza2 ikut individu.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu