13 Tips Cara Cegah Dan Kawal Asthma Kanak-Kanak Supaya Tidak Melarat

Kalau tak cegah dan tak kawal dengan cara yang betul dan segera malah dibiarkan melarat, asthma memang boleh mengancam nyawa terutamanya bagi kanak-kanak. Pernah tak tengok anak kena serangan asma ataupun ataupun lelah sampaikan tercungap-cungap sebab sukar nak bernafas, batuk tak berhenti-henti sampai sakit perut, tak lalu makan dan minum, muka pun pucat dan hanya mampu terbaring tak bermaya?

Saya pernah alami situasi yang lebih kurang macam tu. Memang perasaan masa tu rasa sangat panik, risau, sedih dan buntu! Tapi syukur lah disebabkan tindakan pantas terus bawa anak jumpa doktor, keadaan anak terkawal dan semakin baik.

Bila anak dah mula nak bercakap, minta itu ini, muka pun dah merah, dah mula nak main dan bergelak ketawa memang rasa lega sangat. Kalau dah namanya budak-budak, memang mudah nak sakit. Sekejap demam, batuk, selsema. Puratanya kalau tak sebulan sekali, 2 bulan sekali mesti kena. Paling kurang pun ada la sakit-sakit demam manja tu. Kalau tak teruk memang saya monitor je. Unless nampak tak kurang baru bagi ubat.

 

Cara kawal dan cegah penyakit asthma (lelah) dikalangan anak-anak tersayang
13 Langkah Cegah Dan Kawal Asma (Lelah) Dikalangan Kanak-Kanak

 

Anak-anak saya selain ada mild eczema, Si Abang ada allergic rhinitis. Senang cakap ala-ala allergy atau resdung. Pagi-pagi memang dia rajin bersin. Tapi Si Adik ni memang risau sikit. Pantang main air atau berbasah-basah sikit cepat laaa dia berkahak ala-ala nak semput. Dia tu memang rajin menolong basuh pinggan kat dapur. Dah biasa diajar kat sekolah buat kerja rumah sendiri.

Sepanjang membesarkan anak-anak ni diorang jarang sekali sakit teruk-teruk. Si Abang pernah admitted sekali sebab bronchiolitis dan dehydration. Si Adik admitted sekali sebab bronchiolitis dan dalam masa sama kena denggi. Disebabkan history bronchiolitis ni la saya jadi extra berjaga-jaga kalau anak selsema lama dan rajin terbatuk-batuk pagi dan malam.

Memang saya risau lebih sikit sebab takut berulang. Saya usaha nak cegah dan kawal daripada sampai terkena sampai ke tahap Asthmatic. Doktor pun ada kata kalau berulang kena masalah berkaitan paru-paru atau dah biasa kena asthma waktu kecil, peluang nak kena asthma lagi di masa depan lebih besar. Sebolehnya saya nak elakkan anak-anak daripada jadi penghidap asthma tetap.

Tapi Alhamdulillah setakat hari ni sesekali anak semput biasa saja tapi taklah sampai tahap lelah. Moga berkekalan sihat-sihat je sampai besar. Amin.

 

Apakah Asma (Asthma) Ataupun Lelah?

 

Penyakit asma ataupun lelah merupakan penyakit immunology yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran bernafas. Ini disebabkan semasa pesakit diserang asma, keradangan dan spasm pada lapisan dinding laluan udara menyebabkan bronkiol dalam paru-paru jadi sempit. Jadi bila bernafas, selalunya penghidap asma mengalami pernafasan bersiul (wheezing), dada rasa sempit atau ketat dan sukar untuk bernafas terutamanya kalau dalam keadaan aktif seperti bersenam.

Waktu otot mengejang, saluran udara mengecil dan mengganggu pernafasan. Bila jadi macam ni, paru-paru akan kekurangan udara. Pada tahap kronik ini boleh menyebabkan pengsan. Mengikut kajian, penyakit asma ni tak boleh diubati. Tapi imun sistem yang kuat sangat membantu mencegah dan mengawal masalah asma. Kanak-kanak yang diserang asma sejak kecil selalunya akan sembuh sendiri bila usia makin meningkat. Bagi yang menghidap asma tahap sederhana atau kronik, mungkin mengambil masa lebih lama untuk bebas daripada asma. Tapi ada juga sebahagian yang akan terus mendapat asma hingga tua.

 

Punca-Punca Serangan Asthma

 

Ada beberapa faktor yang boleh jadi trigger kepada serangan asma. Antaranya seperti:

  • Alahan ataupun allergies
  • Udara sejuk
  • Senaman
  • Jangkitan pernafasan
  • Aspirin dan ubatan
  • Dan lain-lain

 

Simptom-Simptom Asthma

 

Antara simptom-simptom asma yang biasa ialah seperti:

  • Batuk pada waktu pagi dan malam
  • Nafas bersiul (wheezing)
  • Hidung dan tekak berlendir
  • Nafas pendek macam tak lepas
  • Rasa ketat dan sempit pada dada
  • Dalam keadaan yang serius, anak mungkin tercungap-cungap semasa bernafas, sukar bernafas hinggakan abdomen tersedut masuk ke dalam rusuk, sukar bercakap dan makan minum. Pada tahap ini, perlu segera bawa anak ke bahagian kecemasan untuk rawatan segera oleh pihak perubatan.

 

Biasanya rawatan yang dilakukan doktor kepada penghidap asma adalah mengikut umur kanak-kanak. Antara rawatan biasa ialah chest percussion, sedut kahak, nebulizer, bantuan oksigen, penggunaan inhaler dan pengambilan ubat-ubatan.

 

Langkah Pencegahan Penyakit Asthma

 

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengawal dan mengelakkan serangan asthma ialah:

1. Kenalpasti dan jauhi punca-punca alahan yang boleh menjadi trigger contohnya habuk, ais, debunga dan sebagainya. Ambil extra precaution contohnya dengan memakai mask ataupun topeng muka semasa mengemas atau berjalan-jalan. Elakkan minuman berais dan pilih makanan yang suam.

2. Elakkan kulit terdedah kepada keadaan basah dan lembab dalam tempoh lama. Segera keringkan anggota badan yang basah.

3. Pakai baju lengan panjang, seluar panjang dan tutup dada pada hari sejuk, pada waktu malam dan ketika berada dalam bilik beraircond. Elakkan daripada kesejukan.

4. Sekiranya anak dijangkiti selsema dan batuk, awasi dan elakkan daripada melarat dan berlarutan dalam tempoh yang lama. Dapatkan rawatan doktor segera sekiranya lambat sembuh.

5. Sekiranya anak sentiasa bergantung dengan ubat, kenalpasti ubat yang mungkin tidak sesuai dengan anak dan sentiasa merujuk dengan doktor.

6. Jaga persekitaran terutama tempat tinggal supaya sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Begitu juga dengan permainan dan perkakasan anak-anak.

7. Kuatkan sistem imun anak dengan amalan gaya hidup sihat seperti memberi pemakanan seimbang dan berkhasiat, menggalakkan bersenam ikut keupayaan anak, gembirakan anak dengan aktiviti yang menyeronokkan, galakkan anak minum air kosong yang mencukupi dan menyediakan makanan tambahan untuk anak setiap hari.

8. Galakkan peredaran udara dalam bilik dan rumah. Elakkan persekitaran stuffy.

9. Elakkan haiwan berbulu. Atau elakkan daripada memasuki bilik tidur dan selalu bersihkan bulu haiwan yang melekat pada perabot.

10. Elakkan penggunaan karpet berbulu tebal atau at least kerapkan vakum untuk elakkan habuk berkumpul.

11. Jaga kebersihan tempat tidur.

12. Elakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia seperti spray serangga, pewangi udara dan sebagainya.

13. Ibu ayah, berhentilah merokok, apatah lagi merokok depan anak. Jangan!

 

Testimoni Vitamin Untuk Atasi Masalah Asthma Dikalangan Kanak-Kanak

 

Sejak usia baru 5 bulan anak kena demam dan selsema yang teruk setiap 2-3 bulan. Setiap kali kena neb meronta-ronta sampaikan trauma tengok topeng dan mesen neb di klinik. Masa umur 1 tahun doktor sendiri suggest bagi fish oil dekat anak. Sebagai ikhtiar supaya anak tak bergantung dengan nebulizer dalam jangka masa panjang. Sejak usia setahun setengah sampai sekarang dah 4 tahun dah tak pernah kena sedut gas. Selamat tinggal kepada topeng dan mesen nebulizer!

Ikhtiar merawat asthma dikalangan kanak-kanak menggunakan supplement minyak ikan kaya DHA
Mengikut kajian minyak ikan sangat bagus untuk kawal masalah asthma, kuatkan sistem imun, kuatkan paru-paru dan perbaiki masalah pernafasan.

 

Waktu anak umur 2 tahun selalu kena viral induced wheeze. Bila ikhtiar dengan minyak ikan Omega Guard dah 9 bulan anak tak admitted ke hospital!

Anak sampaikan takut makan ubat guna syringe dan kalau kena ambil nebulizer. Tapi bila amal Omega Guard selsema cepat kering dan tak melarat!

Minyak ikan untuk cairkan dan keringkan kahak anak-anak.
Omega Guard bantu cairkan dan keringkan kahak.

 

Kalau makan atau minum benda sejuk anak senang sangat batuk. Sejak makan minyak ikan Omega Guard dah takde batuk dan selsema. Badan pun lebih sihat dan aktif tak cepat penat!

Minyak ikan untuk legakan asma, batuk dan selsema anak-anak.
Omega Guard bagus diamalkan berterusan untuk atasi batuk, selsema dan asma pada anak-anak.

 

Walaupun saya sangat jaga pemakanan seimbang dan boleh kata 80% makanan yang anak-anak saya makan adalah daripada makanan yang saya masak, saya jaga persekitaran mereka, tapi mungkin sebab ikhtiar saya bagi Omega Guard, Vitamin C dan Multivitamin sejak kecil turut menyumbang dalam membantu anak-anak membesar dengan lebih sihat. Memang saya recommend sangat, a must have in every home!

 

Makanan tambahan lengkap untuk kesihatan keseluruhan dan pencegahan penyakit kanak-kanak.
Set vitamin kanak-kanak untuk kesihatan minda, kuatkan sistem imun, cegah demam, batuk, selsema, sembelit, asma dan banyak lagi!

 

Untuk pembelian Set Vitamin Kanak-Kanak segera, boleh terus buat pembelian sekarang. Klik sini! Hubungi saya segera setelah membuat bayaran, untuk maklumkan tentang pembelian dan saya akan beri panduan cara makan vitamin yang betul. Atau, boleh hubungi saya di 019 269 2301 sekiranya anda perlukan konsultasi terlebih dahulu.

Anak-anak masih kecil. Badan fragile. Tak macam kita orang dewasa lebih kuat. Saya tak boleh nak halang mereka daripada jatuh sakit. Bila ingat-ingat balik pengalaman anak-anak kena tahan di wad hospital dalam tempoh yang lama buat saya serik juga.

Tapi sebagai ibu, boleh cuba ikhtiar kuatkan sistem imun. At least bila tak sihat tu tak lah teruk sangat dan tak lah lama sangat serta tak lah kerap sangat. Pentingnya perkasakan sistem imun anak-anak. Bila anak sihat, mak pun senang hati. Kalau tak sihat, susah hati!

 

 

Daftar sebagai ahli Shaklee sekarang untuk penjimatan pembelian 15~25%!

Your Shaklee Health Partner & Business Leader,

Hazrina Nasir

ID 951651

019.269.2301

This Post Has 8 Comments

  1. baby 9mo bole consume x? mcm mana cara nk consume?

    1. Sebaiknya supplement diberi kepada anak berumur setahun ke atas. Untuk baby bawah setahun, susu ibu yang terbaik.

  2. ada apa2 effect ke kalau bagi baby 10bulan?

    1. Omega Guard ni vitamin semulajadi. InsyaAllah memang selamat. Tapi untuk baby bawah setahun digalakkan breastfeed banyak2.

  3. Anak saya sebelum tu asthma dia pun teruk juga. Tetapi lepas pakai Omega Guard, keadaan dah sembuh banyak.

    1. Alhamdulillah, Omega memang elok untuk kuatkan paru2 dan kuatkan sistem imun kan 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu