Supplement Untuk Bantu Perbaiki Masalah Haid Tak Lancar Dan Tingkatkan Kesuburan Wanita

Masalah kitaran haid tak lancar ataupun haid berpanjangan sangatlah common dikalangan orang perempuan. Kalau dulu saya ingatkan ramai wanita dewasa je kena. Tapi rupanya seawal umur remaja lagi pun dah ramai yang alami masalah ni. Kalau dibiarkan berlarutan, masalah irregular period ni mungkin boleh sebabkan masalah kesuburan. Dan majoriti wanita berkahwin yang hubungi saya, diorang merancang nak anak tapi hadapi masalah sukar nak hamil. Supplement seperti GLA Complex dapat membantu memperbaiki masalah haid tak teratur ni dan dalam masa sama tingkatkan kesuburan.

 

Perbaiki Masalah Tak Datang Haid Dan Tingkatkan Kesuburan Dengan Nutrien Yang Betul
Perbaiki Masalah Irregular Period Dan Ketidaksuburan Dengan Nutrien Yang Betul

Kredit: Google Image

 

Punca Haid Tak Teratur

 

Ada banyak sebab kenapa kitaran haid boleh jadi tak teratur. Antaranya ialah stress, kurang rehat, masalah hormon tak seimbang, pemakanan, perubahan berat badan mendadak, kegemukan etc. Semua punca ni menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan yang seterusnya menyebabkan haid jadi tak stabil. Tapi kali ni saya cuma nak sentuh berkenaan macam mana kegemukan ataupun obesity mempengaruhi dan mengganggu kitaran haid dalam badan orang perempuan.

Selalunya kalau ada customer yang contact saya bertanyakan supplement untuk bantu seimbangkan hormon untuk perbaiki masalah haid tak teratur ni, bila ditanya-tanya diorang kata sebelum ni period OK. Tapi lepas tu period tak regular dan jadi masalah besar sebab susah nak pregnant. Nak-nak pulak baru kahwin ataupun dah quite sometimes dah kahwin. Tapi belum ada rezeki. Tension lah kan orang asyik tanya dan cakap macam-macam.

Bila jumpa doktor pakar, doktor pulak kata OK takde masalah. Cuma hormon tak seimbang. That’s why susah nak pregnant. Dan biasanya, doktor akan suruh cuba turunkan berat badan dulu nak tengok macam mana. Sebab doktor akan detect punca masalah step by step. Kalau tak okay juga doktor akan cadangkan rawatan seterusnya. Selalunya customer yang datang dekat saya, adalah yang alami situasi macam ni lah, iaitu terlebih berat badan.

Haa disinilah tekanan bermula. Nak-nak pulak kalau berat tu dah bertahun-tahun tak turun. Bukan mudah nak hilangkan sekelip mata. Nangis!

Btw, macam mana boleh jadi macam ni?

 

Bagaimana Kegemukan Dan Obesiti Mengganggu Kitaran Haid Dan Kesuburan

Dalam badan orang perempuan naturally ada hormone estrogen yang pelihara rahim kita so that ianya sentiasa ideal untuk perkembangan fetus. Tapi bila berat kita bertambah even dalam tempoh beberapa bulan je, badan kita akan kumpulkan fat cell yang akan hasilkan sejenis estrogen yang dipanggil estrone. Fat cells ni menyerupai kehamilan menyebabkan ovulasi tak berlaku.

Senang kata hormon jadi haywire. Darah pun terus memenuhi dinding uterus sebab ingatkan ada baby dalam perut. Ianya berkumpul sampaikan 1 tahap bila tiba-tiba period datang, darah haid keluar dengan sangat banyak atau berterusan tak berhenti (bahaya tau!). Dann cycle ni akan berulang-ulang. Itu yang ada orang period datang 2 3 bulan sekali, setahun 2 3 kali etc.

Masalah haid tak teratur ni juga boleh menyebabkan masalah lebih serius seperti cyst, fibroid dan sebagainya. Yang kita risau, bila dah overweight tu akan ada banyak masalah lain jugak yang datang especially kalau dibiarkan dalam tempoh masa yang lama. Tekanan darah tinggi, sakit lutut, sakit tumit, kencing manis etc. Baju tak muat dan takde baju nak pakai tu pun masalah jugak tu.

Kadang-kadang, ada je orang yang berjaya mengandung walaupun ada masalah hormone tak seimbang dan period tak teratur ni serta dalam keadaan berat badan berlebihan. Mungkin rezeki kan. Tapi walau bagaimanapun perlu ingat. Berat badan berlebihan masa hamil juga boleh menyebabkan kehamilan yang berisiko.

Eh tapi orang yang terlalu kurus pun boleh hadapi masalah yang sama tau. Jadi bukanlah bermakna mesti kurus dan ramping. Ada orang badan besar tapi berat ideal. So, apa yang penting sama-sama kita watch out berat badan kita supaya BMI kita sentiasa normal supaya kesihatan kita pun lebih baik. Sebolehnya kalau kita hamil pun lebih baik dalam keadaan fizikal badan kita dalam keadaan sihat yang optimum.

Masalah haid ni tdak terjadi kepada orang yang dah kahwin saja. Yang belum kahwin malah remaja belasan tahun pun ramai yang kena. Apa-apa pun kalau rasa badan ada masalah, rujuklah dengan doktor pakar ya.

 

GLA Complex Ikhtiar Semulajadi Untuk Perbaiki Masalah Tak Datang Haid

 

Bagi wanita yang ada masalah haid tak teratur, sebaiknya jumpa lah doktor pakar untuk check apa masalah sebenar. Masalah dalaman ni ada macam-macam. Kadang-kadang memang perlu rawatan perubatan tak cukup dengan bantuan ubatan saja. Kadang-kadang masalah biasa saja. Tapi takut kalau tanoa sedar ada ketumbuhan berbahaya dalam badan.

Manakala bagi wanita yang haidnya berpanjangan lagilah tak boleh ambil ringan. Haid berterusan boleh sebabkan tumpah darah dan kehilangan darah yang banyak. Untuk masalah ni memang tak boleh dibiarkan. Mesti dapatkan nasihat dan pemantauan daripada orang yang pakar.

 

Faedah GLA Complex untuk kesihatan
Manfaat GLA Complex untuk kesihatan.

 

Dalam masa yang sama untuk bantu seimbangkan hormone dan perbaiki kesihatan dalaman wanita, boleh amalkan supplement GLA Complex. GLA Complex ni fungsinya seakan Evening Primrose Oil ataupun EPO. Tapi kelebihan GLA ialah ianya 3 kali ganda lebih berkesan berbanding EPO. GLA Complex Shaklee juga diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu gamma linolenic acid daripada sumber biji bunga borage, Vitamin E dan juga minyak bunga matahari.

Untuk tindakan yang lebih menyeluruh, boleh amalkan GLA Complex bersama-sama dengan Vivix tonik berasaskan botani yang kaya antioksidan. Vivix membantu memperbaiki bahagian badan bermasalah hingga ke peringkat DNA sel. Seterusnya dapat membantu memperbaiki dan melindungi sel yang rosak, menguatkan imun dan mengelakkan serangan radikal bebas, mencegah kerosakan daripada merebak dan mengawal serta mencegah penyakit daripada menjadi lebih serius.

Amalkan kedua-kedua vitamin ni secara berterusan. InsyaAllah bukan saja dapat membantu memperbaiki masalah tapi juga dapat memberi pelbagai manfaat serta menggalakkan kesihatan seluruh badan.

 

Testimoni GLA Complex Dan Vivix Membantu Memperbaiki Masalah Haid dan Kesuburan

 

Testimoni 1

Alhamdulillah dah period lepas sebulan amalkan GLA Complex. Sebelum tu dah 5 bulan tak datang bulan. Thanks you sangat-sangat!

Testimoni GLA Complex Shaklee baiki masalah irregular period.
Testimoni GLA Complex Shaklee untuk masalah haid tak stabil.

 

Testimoni 2

Sebelum kahwin haid tak lancar. Bila amal GLA Complex dan Vivix, Alhamdulillah dah datang period. Dan rezeki lepas kahwin, terus melekat (mengandung). Alhamdulillah.

Kombinasi GLA Complex dan Vivix untuk perbaiki hormon tak seimbang dan perbaiki masalah kesuburan wanita.
GLA Complex dan Vivix untuk bantu seimbangkan hormon dan perbaiki sistem kesuburan.

 

Testimoni 3

Period dah keluar dengan banyak lepas amalkan GLA Complex. Sebelum ni dah try macam-macam produk tapi tak pernah berkesan.

GLA Complex bantu wanita hadapi masalah tak datang bulan.
GLA Complex bantu perbaiki masalah tak datang bulan dikalangan wanita.

 

Testimoni 4

Hari tu saya memang tak period. Perut selalu sakit macam nak period. Sampai berbulan-bulan macam tu. Tapi lepas minum period haid terus jadi lancar.

Vivix bantu selesaikan masalah sakit period pain dan haid tak teratur berbulan-bulan.
Vivix bantu selesaikan masalah sakit perut dan tak datang haid berbulan-bulan.

 

Testimoni 5

Syukur betul haid kali ni kurang sakit pinggang kalau tak tu nak jalan rasa macam nak patah pinggang. Baru satu minggu makan GLA Complex tapi dah rasa kesan positif. Memang bagus.

GLA Complex dan Vitamin C ikhtiar untuk legakan sakit perut dan sakit pinggang disebabkan senggugut masa datang bulan.
GLA Complex dan Vitamin C ikhtiar untuk legakan sakit pinggang sebab senggugut masa datang haid.

 

Saya pernah tengok dalam tv, seorang doktor pakar (saya tak ingat siapa) sendiri ada mencadangkan salah satu supplement yang mesti diamalkan oleh orang perempuan sejak daripada muda ialah yang mengandungi gamma-linoleic-acid. GLA Complex Shaklee adalah sumber gamma-linolenic-acid daripada bahan semulajadi yang selamat dan berkesan.

Hubungi saya di 019 269 2301 untuk dapatkan GLA Complex dan Vivix atau klik link ini untuk terus buat order dan bayaran sendiri sekiranya anda ingin dapatkan Set Stabilkan Haid Premium segera.

 

 

Jadi ahli hari ini untuk dapatkan produk pada harga jimat sehingga 25%!

Your Shaklee Independent Distributor & Business Leader,

Ina

ID 951651

www.wasap.my/60192692301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu