Petua & Tips Berguna Untuk Ibu Bila Anak Demam, Batuk, Selsema Dan Sakit Tekak

Saya perasan kebelakangan ni sejak hari raya yang lepas banyak betul dengar cerita kanak-kanak yang tak sihat. Orang dewasa pun sama juga! Jadi saya nak kongsikan petua dan tips berguna dan membantu untuk ibu gunakan bila anak demam panas, batuk, selsema dan sakit tekak. Bila anak tak sihat, perlu lebih penjagaan dan perhatian supaya cepat sembuh.

Mungkin sebab cuaca yang makin panas dan kering, ditambah pula dengan aktiviti berhari raya, anak-anak makan macam-macam jenis makanan, berjumpa dengan ramai orang, terdedah dengan persekitaran luar dan sebagainya. Peluang untuk dapat jangkitan kuman dan virus lebih tinggi.

Kuman dan virus sekarang ni lain macam sikit. Tak macam dulu-dulu. Demam biasa saja pun kena berjaga-jaga lebih dan cepat-cepat bawa anak ke hospital untuk check darah dan pemeriksaan lanjut. Tambah-tambah lagi kalau dah demam asyik on off high fever melebihi seminggu. Jangan tunggu-tunggu. Kalau ke klinik, dah ambil ubat pun tak OK juga, pergi check semula lebih daripada 1 tempat kalau boleh.

 

Petua & Tips Untuk Legakan Anak Yang Demam Panas, Selsema, Batuk & Sakit Tekak
Petua & Tips Untuk Anak Yang Demam Panas, Selsema, Batuk & Sakit Tekak

Kredit: Google Image

 

Anak saya pun baru-baru ni terpaksa cuti sekolah hampir 2 minggu sebab high fever. Setiap hari dia baring dan tidur saja. Masa bawa ke klinik, doktor suruh check darah dan denggi. Tapi Alhamdulillah semua ok dan negative. Tapi walaupun masa dah sihat, memang jelas nampak dia masih tak bertenaga dan cepat letih. Anak saya ni jarang sakit. Apatah lagi demam lama macam ni. Memang pelik dan merisaukan sangat.

Cakap tentang demam ni, ada budak yang sampai masuk ICU dengan peluang untuk survive 50-50 saja. Sebabnya, otak dah dijangkiti kuman. Yang terbaru, ada seorang baby ni terkena jangkitan paru-paru tanpa simptom-simptom yang jelas. Tau-tau je dah terlewat. Sungguh mengejutkan dan tak sangka. Tapi yelah itu semua asbab saja. Sebenarnya memang ajal dah tiba.

Walau bagaimanapun, adalah lebih bagus untuk kita ambil extra precaution serta lebih peka sebagai ikhtiar untuk pelihara kesihatan anak-anak.

 

Tips Dan Petua Untuk Anak Yang Demam, Batuk, Selsema Dan Sakit Tekak

 

Kanak-kanak memang paling mudah terkesan bila cuaca berubah-berubah ni apatah lagi bayi. Kalau musim panas, selalunya anak-anak bermula dengan demam. Diikuti batuk, sakit tekak, sakit kepala, jangkitan paru-paru dan sebagainya. Kalau musim hujan, selalunya anak-anak bermula dengan selsema. Kemudian diikuti dengan batuk berkahak, sakit tekak, demam, asthma, semput dan sebagainya. Lebih kurang je. Tapi kuman ni macam-macam jenis tau.

 

Petua Untuk Kurangkan Kahak

  • Antara petua yang saya selalu guna kalau anak batuk berkahak dan batuk tak berhenti sebab tekak gatal, saya selalunya bagi sesudu kecil madu yang diperah jus limau nipis atasnya. Bagus untuk kurangkan gatal dan cairkan kahak.
  • Malam bila nak tidur, saya sapu kapur yang dibancuh cair dengan perahan jus limau nipis. Sapu pada bahagian tekak atau leher anak. Tapi sapu nipis saja tak perlu tebal sebab kapur tu panas. Boleh ulang-ulang sapu bila kapur kering.
  • Sebelum tidur pastikan pakaikan stokin, baju lengan panjang dan dada mesti bertutup. Boleh sapu minyak panas, salap mengewap atau minyak bawang putih pada kaki. Boleh juga sapu pada dada, leher dan belakang badan. Suhu dalam bilik pun setkan sederhana, ventilation baik dan kelembapan terkawal, tak kering sangat.

 

Petua Untuk Turunkan Panas Badan

  • Kalau anak demam, boleh sapu badan dan kepala anak dengan air asam jawa. Sediakan pada kepekatan sederhana tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sebab asam jawa ni bantu sejukkan badan. Lumur pada badan dan biarkan kering. Boleh ulang bila kering.
  • Boleh juga guna kuning telur. Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk tu, dibuang telur putihnya dan dililinkan yang kuning pada dahi secara membulat. Biarkan kering. Telur tu akan serap panas tu keluar. Boleh juga buat pada pusat. Ini fungsinya lebih kurang macam kool fever lah. Tapi ni kool fever tradisional cara orang lama-lama.
  • Selain tu boleh juga jerlum badan dan kepala anak dengan air perahan daun bunga raya.
  • Kalau demam agak tinggi selalunya saya letakkan 5 towel basah. 1 di kepala, 2 di setiap celah ketiak, 2 di setiap celah peha.

 

Petua Untuk Kurangkan Sakit Tekak

  • Kalau orang dewasa boleh lah cuba segala macam petua. Tapi kalau dengan budak-budak susah nak minta masukkan sebarangan benda dalam mulut. So basically galakkan anak minum air sebanyak dan sekerap yang boleh. Setiap 15 minit suakan air kosong. Kalau dia tak lalu, bagi je apa-apa air kegemaran untuk anak minum contohnya jus epal, jus tembikai, jus oren dan sebagainya.
  • Selain tu, boleh beri air madu campur perahan lemon. Elakkan ais dan beri air pada suhu biasa.

 

Petua Cairkan Hingus Dan Legakan Hidung Tersumbat

 

  • Boleh sapukan pada betis dan tapak kaki dengan minyak panas atau minyak bawang putih, serta sapukan juga pada dada dan belakang badan. Lepas tu boleh urut tulang hidung dan dahi anak dengan salap mengewap seperti Vicks untuk melonggarkan rongga tersumbat.
  • Beri anak minum air suam dan sup. Kalau anak yang dah besar sikit boleh beri sup yang berempah atau pedas sekiranya dia suka.
  • Sediakan air panas dalam mangkuk dan masukkan salap mengewap dalam air tersebut. Biarkan anak hidu steam agar masuk ke hidung.
  • Kalau bayi kecil, boleh gunakan semburan air garam. Dapatkan nasihat dan cara penggunaan yang betul daripada doktor dahulu. Sembur sekiranya diperlukan. Kemudian sedut hingus menggunakan penyedut hingus. Buat juga chest percussion pada waktu yang sesuai terutamanya masa baru bangun daripada tidur. Pelajari teknik yang betul daripada physiotherapist.

 

Tips Tingkatkan Sistem Imun Dan Galakkan Penyembuhan Segera

 

Dalam masa sama daripada awal boleh beri anak makan Vitamin Omega Guard, Vitamin C, Multivitamin Vita-Lea for Children, Meal Shakes, Nutriferon dan Herbal Blend. Tujuannya untuk tingkatkan sistem pertahanan badan anak untuk melawan jangkitan dan mengawal jangkitan supaya tidak makin melarat.

 

Set Vitamin Kesihatan Kanak-Kanak Premium untuk kuatkan imun anak yang demam, batuk, selsema, sakit tekak dll
Set Vitamin Kesihatan Kanak-Kanak Premiun lengkap untuk kuatkan imun dan keseihatan kesleuruhan kanak-kanak

 

Bila tak sihat, anak tak lalu makan. At least bila cukup nutrisi, badan lebih kuat dan lagi cepat baik. Jadi tak perlu bergantung kepada ubat lama-lama. Kalau nak tau, minyak ikan elok untuk bantu cairkan kahak dan elak daripada melarat kepada asthma. Herbal Blend pula boleh guna untuk sapu pada kulit sebab mengandungi herba yang bantu sejukkan badan yang demam dan pelihara kulit daripada kering.

Bila anak tak sihat banyakkan bagi makanan lembut atau apa saja makanan yang anak suka. Dan doktor pernah pesan dulu kalau tak lalu makan takpe, yang penting kena bagi banyak minum air. Bagi saja apa-apa-apa yang anak suka. Tak perlu rigid sangat. Lagipun masa ni lah kena bagi anak happy so that kurang meragam dan cepat baik. Sebab kalau tak nak makan minum, kena masuk wad lah jawabnya.

Ohh ubat pun saya bagi kalau dah nampak tak kurang atau dah mula nak demam. Kesian kalau tak bagi nanti lama anak nak menahan sakit. Lagipun nak elak daripada jangkitan makin melarat. Selalunya saya akan simpan suppository juga untuk guna bila demam terlalu tinggi pada waktu malam. Bukan apa, sebelum tidur tu kita takut tak tersedar kalau suhu naik mendadak. Bahaya untuk otak anak.

 

Testimoni Vitamin-Vitamin Set Kesihatan Kanak-Kanak Premium

 

Testimoni Herbal Blend Multipurpose Cream

 

Testimoni Herbal Blend
Krim Herbal Blend bantu sejukkan suhu badan anak demam.

 

Testimoni Nutriferon

 

Testimoni Nutriferon
Nutriferon bertindak sebagai panadol bantu turunkan suhu badan anak demam panas.

 

Testimoni Nutriferon
Nutriferon untuk perisai pertahanan badan anak. Elakkan demam, batuk, selsema berlarutan.
Testimoni Nutriferon
Nutriferon kuatkan sistem imun untuk cegah demam, batuk, selsema, demam sekeluarga.

 

Testimoni Omega Guard

 

Testimoni Omega Guard
Minyak ikan kaya Omega 3 kuatkan imun anak selalu demam, batuk dan selsema.

 

Testimoni Omega Guard
Doktor saran amalkan minyak ikan untuk kawal masalah batuk berkahak.

 

Testimoni Chewable Vitamin C

 

Testimoni Chewable Vitamin C
Vitamin C bantu kuatkan sistem imun anak selalu demam, batuk dan selsema.

 

Testimoni Vita-Lea for Children

 

Testimoni Vita-Lea for Children
Vita-Lea for Children bantu tambah selera makan, lengkapkan nutrisi, kuatkan imun dan atasi sembelit.

 

Testimoni Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea Iron Formula bantu kuatkan sistem pertahan badan anak dan cegah daripada mudah demam, batuk, selsema etc.

 

Samada petua atau tips moden asalkan bermanfaat dan boleh membantu kesihatan boleh digunakan kedua-duanya. Rasanya ramai ibu dah tau petua dan tips saya share ni. Tapi untuk ibu muda atau pertama kali nak jadi ibu, boleh lah simpan untuk rujukan kalau perlu nanti. Dalam masa ikhtiarkian tingkatkan sistem imun anak dengan pengambilan makanan tambahan setiap hari. Imun siste yang kuat dapat bantu mengurangkan kebarangkalian anak jatuh sakit dan mempercepatkan penyembuhan sekiranya tak sihat insyaAllah.

Boleh dapatkan Set Kesihatan Kanak-Kanak Premium untuk fokus tingkatkan sistem imun dan kesihatan anak secara keseluruhan ini segera melalui link ini untuk terus buat order dan bayaran atau hubungi saya di 019 269 2301.

 

 

Pengedar Shaklee & Mentor Bisnes Anda,

Ina

ID 951651

www.wasap.my/60192692301

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply to Wan norasiah Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu