Krim Bebas Paraben Serta Steroid Untuk Ruam Bayi, Kulit Kering, Sensitif Dan Gatal

Herbal Blend Multi-Purpose Cream ni adalah salah satu produk wajib ada simpan di rumah atau dibawa masa travel. Sebabnya krim pelbagai guna bebas paraben dan steroid ni ibarat first aid kit handy. Yang boleh digunakan untuk bantu atasi masalah kulit yang ringan seperti ruam bayi, kulit kering, kulit sensitif dan kulit gatal-gatal. Dalam masa sama sangat mudah nak bawa ke mana-mana. Bahkan sesuai untuk sekeluarga daripada baby, sampailah ke orang tua-tua. Semua orang boleh pakai.

Ibubapa yang ada anak kecil, wajib sentiasa simpan satu dalam handbag. Dan kalau nak pergi bermalam ke mana-mana samada pergi balik kampung atau bercuti-cuti ke oversea, boleh bawa krim ni sekali. Maklumlah kan anak-anak ni sekejap terjatuh, terluka, termelecet bagai. Selain tu kena gigit nyamuk lah, naik bintik-bintik lah, kemerahan lah, allergy lah etc. Dan adat anak-anak memang senang demam dan kena jangkitan penyakit seperti Chicken Pox sebagainya.

Boleh kata krim Herbal blend ni teman setia dan penyelamat keadaan dan sangat membantu mengurangkan ketidakselesaan. Sangat sesuai digunakan untuk membantu rawatan awal. Yang paling saya suka sangat, krim ni bebas steroid, tiada paraben, berasaskan ekstrak tumbuhan semulajadi dan of course selamat. Kiranya memang tak risau kalau nak guna pada anak kecil.

 

Herbal Blend Multi-purpose Cream Shaklee untuk memperbaiki masalah kulit yang ringan seperti kulit kering, mild eczema, ruam bayi, kulit menggelupas, gatal-gatal gigitan serangga, parut nipis, kulit kasar, gigitan nyamuk, kudis dll.
Krim serbaguna Herbal Blend Shaklee untuk memperbaiki masalah kulit yang ringan seperti kulit kering, mild eczema, ruam bayi, kulit menggelupas, gatal-gatal gigitan serangga, parut nipis, kulit kasar, gigitan nyamuk, kudis dll.

 

Kelebihan Dan Kebaikan Herbal Blend Multi-Purpose Cream

 

Krim Herbal Blend ni salah satu produk hot-seller Shaklee. Mana tak nya. Kalau lama takde stok, sekali restock tak sampai berapa jam terus habis. Punya lah takut masing-masing kalau keputusan stok dalam tangan. Memang krim ni jadi favorite kebanyakan orang sebab sesuai untuk semua peringkat umur. Dan harganya pun sangat mampu milik. Antara kelebihan dan kebaikan krim serbaguna Herbal Blend ni ialah:

  • Krim yang melegakan dan nyaman ni dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Nyaman, bermenthol dan tak melekit serta mudah menyerap masuk ke dalam kulit.
  • Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemarry.
  • Mesra dan sesuai untuk kulit sensitif kerana krim ni bebas daripada bahan kimia bahaya jadi tak perlu risau akan kesan sampingan jangka panjang.
  • Dijamin halal.
  • Bebas steroid, paraben, alcohol, bahan kimia bahaya, pewarna dan pewangi tiruan.
  • Aroma lembut dan menenangkan.
  • Sesuai untuk semua golongan.

 

Krim Herbal Blend sesuai untuk bayi hingga orang dewasa.
Kegunaan krim Herbal Blend merangkumi penggunaan untuk bayi hingga ke orang dewasa.

 

Fungsi Dan Manfaat Bahan-Bahan Dalam Herbal Blend Multi-Purpose Cream

 

Bahan-bahan dalam krim serbaguna Herbal Blend ni diformulasi daripada ekstrak tumbuhan, bebas daripada bahan kimia bahaya serta insyaAllah selamat untuk penggunaan jangka panjang tanpa kesan sampingan bahaya.

 

Ekstrak Sage

  • Menggalakkan pembaharuan sel dan meningkatkan peredaran darah.
  • Kaya dengan kalsium dan Vitamin A yang penting untuk proses pembaharuan sel.
  • Memperbaiki penampilan kulit.
  • Baik untuk memperbaiki masalah parut.

 

Horse Chestnut

  • Kaya dengan saponin yang membantu mengekalkan kesegaran dan kelembutan kulit.
  • Mengandungi sejenis saponin yang dipanggil escin yang mempunyai sifat anti-inflamasi iaitu membantu mengurangkan keradangan pada kulit.
  • Menguatkan dinding kapilari darah.
  • Mengurangkan kemerahan, kegatalan dan kulit kering.

 

Yarrow

  • Digunakan lebih 3000 tahun dahulu untuk merawat luka luaran dan menghentikan pendarahan.
  • Mempunyai sifat anti-inflamatori iaitu membantu memperbaiki masalah berkaitan kerengsaan dan keradangan kulit seperti eczema.
  • Mempunyai sifat antibakteria.
  • Membantu meredakan luka kecil dan mengelakkan jangkitan.
  • Membantu menyejukkan dan menurunkan suhu badan.

 

Rosemarry

  • Mempunyai bahan yang membantu membunuh bakteria, kulat dan virus pada kulit menjadikannya sangat sesuai digunakan ke atas luka kecil, kesan terbakar ataupun kulit bermasalah seperti eczema, dermatitis, psoriasis dan acne.
  • Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan penyembuhan kulit.
  • Membantu melembabkan kulit dan menggalakkan peredaran darah pada kulit.

 

Testimoni Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

 

Berikut adalah beberapa testimoni daripada pengguna yang berpuas hati dengan Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee:

 

Testimoni 1

Kulit anak Umie sensitif. Dekat ketiak jadi berair kemerahan. Bila rajin sapu krim ketiak jadi lega dan makin putih.

Testimoni 2

Baru 3 hari sapu Herbal Blend pada pipi baby, terus nampak kesan. Ruam susu terus hilang!

Testimoni 3

Anak gatal-gatal dekat kulit sebab kena allergy. Bila sapu Herbal Blend, kulit cepat lega. Doktor pun dah tak bagi ubat sapu dan dia kata krim ni bagus.

 

 

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Dengan Harga Mampu Milik

 

Berapa harga krim serbaguna Herbal Blend ni? Sangat murah dan mampu dimiliki semua. Harga untuk 4oz tiub krim ni adalah cuma RM37.50 saja tak termasuk kos pos. Jadi tak mustahil kalau nak dapatkan setiap ahli keluarga seorang 1. Boleh juga dibuat sebagai hadiah atau buah tangan kalau melawat baby baru lahir. So apa lagi, jom stand by at least 1 tiub di rumah. Boleh hubungi saya di 019 269 2301 atau terus buat pembelian dan bayaran segera di sini. Beli sekarang!

 

Herbal Blend Shaklee dibuat daripada herba, selamat untuk bayi hingga dewasa, bebas paraben, alkohol dan steroid.
Krim Herbal Blend dibuat daripada herba, selamat untuk bayi hingga dewasa, bebas paraben, alkohol dan steroid.

 

 

Your Shaklee Independent Distributor & Business Mentor,

Ina

ID 951651

www.wasap.my/60192692301

 

Rencana ini tidak bertujuan mendiagnosis, merawati, atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan. 

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu