7 Cara Kenal Pasti Waktu Subur Bagi Wanita Merancang Untuk Hamil Cepat

Sekiranya merancang nak hamil ataupun trying to conceive (TTC), pengetahuan tentang cara kenal pasti waktu subur bagi wanita dan pasangan adalah sangat penting. Ini kerana proses persenyawaan yang berlaku pada waktu paling subur setelah persetubuhan, boleh membantu meningkatkan lagi peluang untuk kehamilan berlaku dengan jayanya.

Saya masih ingat masa mula-mula dah bersedia nak mengandung dulu. Beberapa bulan sebelum tu, saya banyakkan membaca tentang cara mengenalpasti most fertile window. Rupanya ada beberapa perubahan pada badan wanita yang boleh dijadikan petunjuk bilakah waktu terbaik untuk bersama dengan suami.

Bila dah tau, saya pun kongsi maklumat yang sama dapat dengan suami supaya kami dapat sama-sama saling mengingkatkan dan bekerjasama. Dalam tempoh beberapa bulan sebelum tu juga saya lebih menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan sihat untuk tingkatkan kesuburan.

 

 

Kredit imej: Astroglide

 

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur mungkin hanya perlu gunakan kaedah kiraan hari subur ataupun jangkaan hari ovulasi berpandukan kalendar. Tapi untuk wanita yang mempunyai kitaran haid bermasalah dan tak teratur, kaedah-kaedah lain mungkin lebih praktikal dan membantu dalam menentukan tempoh paling subur ataupun bilakah ovulasi akan berlaku.

 

Cara Menentukan Waktu Subur Wanita Yang Sedang Usaha Untuk Mengandung

 

Sebenarnya terdapat beberapa cara tau yang kita boleh gunakan untuk kenal pasti bilakah wanita paling subur dan waktu paling tepat untuk bersama dengan suami. Antara kaedah yang ada ialah:

 

1. Kaedah Kalendar (Ovulation Calculator)

Kebanyakan wanita memang tahu dan amalkan guna kaedah kalendar ni. Kaedah ni sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Kita boleh tanda tempoh kesuburan ataupun fertile window dalam kalendar. Sebagai contoh bagi wanita yang kitaran haidnya 30 hari, tempoh hari suburnya adalah lebih kurang diantara hari ke 12 hingga hari ke 18 selepas haid.

Bagi pasangan yang sedang ikhtiar untuk hamil, boleh lakukan hubungan seks sekerap yang boleh dalam tempoh fertile window berkenaan. Bagi pasangan yang mengamalkan family planning pula, elakkan daripada bersama pada hari-hari fertile window. Nak mudah, boleh install aplikasi ovulation calculator ataupun search saja di Google. Yang penting, perlu selalu ingat dan catatkan tarikh hari pertama haid setiap bulan.

 

2. Basal Body Temperature (BBT)

Basal body temperature adalah suhu badan pertama pada waktu pagi sebaik saja kita bangun tidur atau sekurang-kurangnya kita telah tidur nyenyak selama 3 jam. Bacaan basal body thermometer ni fungsinya untuk tentukan waktu tepat bila ovulasi berlaku. Thermometer ni boleh simpan rekod memori suhu badan.

Cara gunanya ialah setiap pagi pada waktu yang sama sebaik celik mata daripada tidur, tanpa terus bangun, terus ambil suhu badan bawah lidah atau mana-mana bahagian mengikut arahan cara guna thermometer. Lagi bagus kalau lepas tu terus catatkan dalam buku nota supaya kita dapat tengok graf perubahan suhu tu.

Suhu badan daripada hari pertama haid hingga sebelum pengovulan berlaku, adalah rendah. Semasa pengovulan berlaku, suhu badan akan menjunam sedikit sebelum melonjak lebih tinggi hingga akhir kitaran haid. Sekiranya mengandung, suhu badan akan kekal tinggi dan haid tidak berlaku. Sekiranya tak mengandung, suhu badan akan kembali jatuh dan haid berlaku.

 

3. Perubahan Kelikatan Cecair Serviks (Cervical Mucus Changes)

Kita juga boleh kenal pasti tempoh subur melalui perubahan fizikal yang berlaku pada tubuh badan. Antaranya perubahan kelikatan cecair yang keluar daripada serviks. Pada sebelum waktu subur, cecair serviks berwarna jernih tapi tak banyak. Bila menghampiri waktu subur, cecair serviks masih jernih tapi semakin banyak dan menjadi sangat likat. Kalau kita tarik, susah nak putus. Manakala bila kesuburan semakin berkurang dan menghampiri haid, cecair serviks bertukar kepada warna putih telur separuh masak dan mudah putus atau pecah.

 

4. Perubahan Pembukaan Vagina Ataupun Serviks

Seiring dengan perubahan kelikatan cecair serviks, pembukaan vagina juga berubah bila menghampiri tempoh kesuburan. Ketika waktu subur, serviks lebih mudah disentuh, lembut, mudah dibuka, berair (banyak cecair serviks) dan tinggi libido. Manakala ketika bukan waktu subur, selain perubahan kelikatan cecair vagina di point nombor 4 di atas, serviks juga jadi lebih keras, sukar disentuh dan dibuka.

 

5. Ovulation Pain (Mittelschmerz)

Sebahagian wanita akan mengalami ovulation pain ataupun dikenali sebagai Mittelschmerz yang bermaksud ‘middle’ dan ‘pain’ dalam Bahasa Jerman. Ovulation pain ni mungkin boleh jadi rasanya kurang selesa sedikit di bahagian abdomen sebab rasa memulas, ataupun seperti senggugut, ataupun seperti sakit bersalin tapi tidak sekuat sakit bersalin yang sebenar.

 

6. LH Surge Ovulation Kit

Bagi mereka yang malas nak pening-pening ataupun kitaran haid tak teratur, boleh guna LH Surge Ovulation Kit. Cara gunanya sama macam home pregnancy test kit juga. Cuma perlu buang air kecil pada kit yang disediakan. Daripada keputusan bacaan yang diberikan, kita boleh jangka temboh subur dan hari pengovulan berlaku. Jadi suami isteri boleh bersama dalam tempoh tersebut. Ovulation kit ni boleh dibeli di farmasi. Cuma mungkin boleh jadi costly kalau asyik nak buat test berkali-kali.

 

7. Saliva Ovulation Predictor Untuk Mengesan Perubahan Air Liur

Ketika menghampiri tempoh subur, perubahan hormon juga dapat dikesan melalui air liur. Air liur hanya perlu dititiskan ke atas kit yang diberikan dan keputusan boleh diperolehi setelah memerhati sample yang diambil menggunakan mikroskop khusus yang terdapat dalam kit. Saliva ovulation predictor ini boleh didapati di farmasi juga. Cuma harganya mungkin sedikit mahal.

 

Haa ada banyak kaedah kan? Jadi boleh pilih dan guna kaedah yang anda rasa selesa, praktikal, serta sesuai dengan situasi dan keadaan serta bajet anda. Sebenarnya ada lagi beberapa perubahan fizikal lain yang boleh dikenal pasti bila ovulasi hampir berlaku. Contohnya payudara menjadi lebih sensitif dan mudah teransang, kekuatan deria bau, rasa dan penglihatan dan lain-lain. Tapi kadang-kadang selalunya sukar nak perasan sebab perubahannya tak begitu jelas.

 

Pengalaman Saya Menentukan Waktu Subur Untuk Hamil

 

Personally, masa kali pertama trying to conceive (TTC) dulu memang saya excited sangat. Saya kahwin muda tapi merancang pula sebab nak stabilkan kewangan dan bersedia mental fizikal dulu. Jadi bila dah tetapkan bila nak mula berusaha untuk mengandung, beberapa bulan sebelum tu saya dah siap beli pregnancy book sebagai rujukan dan basal body thermometer untuk catat suhu badan.

Saya guna kaedah nombor 1 hingga nombor 5 di atas. Alhamdulillah tak lama lepas tu saya hamil anak pertama. Bila dah pregnant pula, saya terus amalkan ambil vitamin untuk ibu mengandung dan tambah pengetahuan tentang kehamilan, penjagan bayi dan perkembangan kanak-kanak. Pentingnya ada ilmu dan bersedia sebab sebaik lahirnya cahayamata, itulah permulaan kepada satu tanggungjawab baru yang sangat besar perlu kita pikul ke akhir hayat.

Nak jadi ibu dan bapa ni, kena rajin membaca untuk tambah ilmu-ilmu yang berkaitan. Bila ada pengetahun, proses TTC, mengandung, bersalin, berpantang dan menjalankan amanah yang seterusnya akan menjadi lebih mudah insyaAllah. Okay lah, selamat berusaha bagi anda yang sedang cuba untuk tambah zuriat. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan pasangan masing-masing dan mereka yang anda rasakan boleh dapat manfaat daripadanya.

This Post Has 2 Comments

  1. Kesuburan kedua suami isteri adalah salah satu faktor kehamilan. Kalau salah seorang sahaja subur seorang lagi kurang bukan tidak boleh hamil tapi agak susah.
    Afiffuddin recently posted…Pinjaman Peribadi Bank RakyatMy Profile

    1. Betul. Kalau ada masalah kesuburan mungkin proses persenyawaan boleh dibantu guna kaedah IVF dan sebagainya.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu