9 Tips Mudah Memelihara Dan Tingkatkan Sistem Imun Untuk Melawan Jangkitan Serta Mengawal Penyakit

Tahap kesihatan tubuh badan kita dipengaruhi oleh kekuatan sistem imun. Sebab tu lah sangat penting untuk kita memelihara dan menguatkan sistem pertahanan badan supaya dapat melawan jangkitan serta mengawal masalah penyakit yang dialami. Kita boleh amalkan tips mudah yang boleh dilakukan secara konsisten setiap hari. Walaupun mungkin kita tak dapat nak mengelak 100% daripada kuman pembawa penyakit, sekurang-kurangnya kita dapat rendahkan risiko terkena jangkitan.

 

Pelihara kesihatan untuk mencegah penyakit.
Jom perkasakan sistem pertahanan badan sebagai ikhtiar untuk lebih sihat dan gembira.

 

Apakah Sistem Imun?

 

Sistem imun ialah sistem pertahanan badan yang berfungsi melindungi badan daripada jangkitan penyakit atau membantu badan melawan serangan penceroboh asing seperti virus, bakteria, protozoa, parasit, protein asing, sel kanser dan sebagainya.

Ia adalah satu sistem yang sangat canggih dan terbaik yang dicipta oleh Allah untuk melindungi badan manusia daripada sebarang penyakit berbahaya. Secara ringkas, sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ seperti nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus.

 

Sistem pertahanan tubuh manusia.
Sistem imun badan manusia adalah satu sistem yang advanced dan complex ciptaan Allah.

 

Source: Google Image

 

Sistem imun adalah satu sistem yang sangat kompleks dalam badan kita. Kalau tengok dalam gambar di atas, itu semua adalah komponen sistem imun.

Bakteria baik ada dalam sistem penghadaman untuk bantu kita terus hidup dengan sihat. Bila kita bersin sebab terhidu habuk, itu adalah sebahagian daripada mekanisme sistem imun. Bila nyamuk gigit menyebabkan kulit kita gatal, itu adalah respon sistem imun.

Atau bila kita salah makan dan berlaku cirit-birit itu juga adalah tindakan sistem imun untuk mengeluarkan bahan beracun daripada badan. Begitu juga bulu hidung yang berfungsi menangkap habuk serta kotoran agar tidak mengganggu pernafasan dan lain-lain.

 

Cara Memelihara Sistem Imun?

 

Kita boleh pelihara sistem imun daripada luaran dan juga dalaman. Antara cara yang kita boleh buat ialah:

1. Jaga kebersihan diri dengan selalu membersihkan diri, memakai pakaian bersih dan melindungi anggota badan dengan menggunakan alatan yang sesuai pada keadaan tertentu seperti baju lengan panjang, cermin mata, topi atau payung, UV cream, losyen, kasut dan sebagainya.

2. Jaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran supaya sentiasa bersih daripada sampah sarap dan tak menjadi tempat pembiakan atau penularan wabak penyakit.

3. Ambil pemakanan yang segar, seimbang dan menyihatkan seperti makanan yang dimasak sendiri di rumah. Bila kita sediakan makanan sendiri, kebersihan lebih terjaga dan zat makanan juga lebih terpelihara. Elakkan atau kurangkan membeli makanan yang diragui kebersihannya. Begitu juga makanan terproses dan makanan segera yang kurang zat dan tak seimbang.

4. Sebagai seorang ahli masyarakat, jalankan tanggungjawab social dengan bersama-sama menjaga alam sekitar. Elakkan dan kurangkan menambahkan lagi kesan pencemaran kepada air, udara dan tanah. Amalkan budaya 3R – Reduce, Recycle, Reuse.

5. Amal gaya hidup aktif seperti bersenam sebab boleh bantu sistem badan kita berfungsi dengan lebih cergas dan efisyen.

6. Elakkan stress so that lebih banyak hormone kegembiraan dihasilkan dan boleh bantu menguatkan mental dan fizikal serta memelihara emosi. Kalau tak semangat, sedih, lemah memanjang mulalah rasa nak sakit ye dak?

7. Selalu berfikiran positif dan banyakkan bersyukur. Dengan ini fikiran kita lebih tenang dan dapat mengelakkan ketegangan saraf yang boleh memakan banyak tenaga, menyebabkan kelesuan serta mengganggu kesihatan kardiovaskular. Hidup juga akan jadi lebih proaktif dan produktif.

8. Minum air kosong banyak-banyak supaya organ dalaman badan dapat berfungsi dengan lancar dan boleh detoks serta cuci segala kekotoran hasil buangan badan tu keluar.

9. Ambil makanan tambahan untuk boostkan sistem imun kita dan tambah lagi segala vitamin dan minerals yang diperlukan dalam badan so that sentiasa cukup untuk maintain dan repair sel-sel badan kita yang sentiasa terancam tu.

 

Dunia dah semakin tercemar. Ada banyak perkara yang kita tak dapat elak dan kawal contohnya menghirup udara kotor, terkena pancaran UV yang lebih akibat ozon yang menipis, dan makanan yang kita makan hari ni dah kurang zatnya tak macam zaman dulu-dulu. Sayur, buah, ikan dan ayam pun tak terlepas daripada terkena kesan pencemaran ni. Oleh itu, amalkan gaya hidup sihat dalam pelbagai aspek secara konsisten dan berdisiplin.

Triple Protection Steps

 

Secara ringkasnya daripada tips yang saya kongsikan di atas, untuk menguatkan sistem pertahanan badan terdapat 3 langkah perlindungan yang dapat kita ambil iaitu:

Langkah pertama – Menggunakan produk penjagaan dan pembersihan diri dan juga rumah yang bebas daripada bahan kimia sintetik bahaya. Boleh tukar kepada produk organik dan semulajadi yang lebih selamat contohnya set produk pencucian rumah Get Clean.

Langkah kedua – Mengamalkan kebersihan diri dan rumah sebaik boleh seperti yang tersenarai dalam 9 Tips Mudah Memelihara Dan Menguatkan Sistem Imun Untuk Melawan Jangkitan Serta Mengawal Penyakit ini.

Langkah ketiga – Mengamalkan pengambilan immune booster supplement untuk mempertingkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit.

 

Kita perlu berikhtiar untuk lebih sihat. Walaupun mungkin tak mudah terutamanya bagi mereka yang sudah sedia mempunyai isu kesihatan, kita cuba lakukan secara berperingkat mana yang termampu sebaik yang boleh. Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu memperbaiki kesihatan dan mengekalkan tahap kehidupan yang lebih berkualiti dan ceria.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu