Get Clean Water Pitcher Penapis Air Terbaik Yang Mudah Alih, Efektif Dan Lebih Murah

Biasanya kita selalu tengok water filter yang dipasang terus di dapur rumah kan? Tapi biasa tengok jag penapis air mudah alih macam Get Clean Water Pitcher yang terbaik ni? Bukan saja sangat efektif dalam menyediakan air minuman yang bersih dan selamat tapi dengan harga yang lebih murah. Brand yang famous sekarang ni adalah macam Cuckoo dan Coway. Tapi harganya berkali-kali ganda mahal. Tak semua orang mampu nak pakai.

Padahal zaman sekarang ni penapis air dah jadi satu keperluan wajib bagi setiap rumah. Tapi atas pelbagai sebab, masih ramai yang belum dapat guna. Mungkin sebab kurang berkemampuan, tinggal di asrama, selalu on travel dan sebagainya. Walaupun sekarang dah boleh bayar secara bulanan tapi bagi golongan berpendapatan rendah, jumlah bayaran tu masih lagi tinggi bagi mereka. Ada juga yang berkemampuan, tapi sibuk kerja asyik out station sana-sini jadi tak dapat juga minum air yang betul-betul bersih secara berterusan.

Walau bagaimanapun, dengan jag mudah alih, Get Clean Water Pitcher ni yang sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, kita takkan terputus bekalan air minuman yang bersih daripada bahan kimia berbahaya dan klorin.

 

Jag penapis air Get Clean sediakan bekalan air minum yang bersih pada kos murah tapi dengan kualiti terbaik.
Kita boleh pastikan anak-anak dan keluarga sentiasa dapat bekalan air minum yang bersih tanpa kotoran dengan kos yang lebih murah.

Kredit: Google Image

 

Bendasing Tersembunyi Pada Air Bersih

 

Kalau diluar negara dulu, nak minum air kosong kami cuma ambil dan minum air di sinki saja. Punya lah bersih. Sedap dan sejuk pulak tu. Sebab air yang keluar daripada kawasan pergunungan. Tapi kita di Malaysia kalau tak tapis, sekurang-kurangnya wajib masak. Air dalam bilik air tu kalau dibiarkan mengalir ke atas kain putih, sekejapan saja dah nampak mendapan karat atas kain. Itu belum termasuk bendasing lain yang tersembunyi dalam air tu. Untuk jangka masa panjang, air yang sebenarnya kotor ni boleh menjejaskan kesihatan.

Sebenarnya bukan saja karat, tapi bahan kimia seperti racun perosak, logam berat dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat dalam air yang kita sekeluarga minum setiap hari. Lagipun 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman.

 

Order jag water filter Get Clean yang terbaik menyingkirkan kotoran dalam air dengan kos lebih murah sekarang!
Dapatkan jag water filter Get Clean yang murah, ringan, mudah, alih dan cantik yang menyediakan air minum bersih berkualiti tinggi.

 

Ramai juga orang ada kesedaran tentang pentingnya minum air bersih. Tapi ada kekangan tertentu nak install penapis air di rumah. Namun begitu, penapis air Get Clean Water Pitcher ni sangat memudahkan dan selesa digunakan. Jom tengok video review Get Clean Water Pitcher daripada Shaklee Corporation sendiri.

 

 

Kelebihan Dan Keistimewaan Jag Penapis Air Mudah Alih Get Clean Water Pitcher Shaklee

 

Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis 303 Liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. Kita boleh menikmati air dan bumi yang lebih bersih dan sihat serentak!

 

Penapis air Get Clean Water sediakan air minuman bebas bahan tercemar.
Penapis air Get Clean Water sediakan air minuman bertapis yang bersih daripada pencemaran.

 

Hanya daripada sebuah jug air, kita dapat menikmati air minum yang lebih bersih dan sihat serta selamat secara tersedia selama 365 hari. Ini kerana Get Clean Water Pitcher direkacipta dengan beberapa kelebihan antaranya:

 

1. Sangat mampu milik – Berharga berkali ganda lebih murah jadi kita cuma spend beberapa sen saja bagi seliter air.

2. Mudah alih – Mempunyai rekabentuk yang mudah diubah-ubah kedudukannya serta mudah diangkat sebab ringan.

3. Rasa air yang sedap – Air yang sudah ditapis adalah terbukti lebih bersih dan semestinya lebih sedap diminum.

4. Tidak memerlukan kuasa elektrik – Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras.

5. Menjimatkan kos – Tak perlu dimasak jadi sangat menjimatkan elektrik.

6. Menjimatkan masa – Boleh terus dituang apabila hendak minum.

7. Cantik dan kemas – Rekabentuknya menarik dan sesuaikan dihidangkan terus untuk tetamu.

8. Air yang terbukti bersih dan berkualiti – Kualiti air yang diminum terbukti bebas daripada logam berat yang berbahaya, karat dan juga klorin.

 

Menandingi Jenama Terkemuka Lain

 

Selain itu apa yang membuatkan Get Clean Water Pitcher terbukti berkualiti  dan selamat ialah:

  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  • Disahkan dapat menuras 303 Liter (80 gelen) air bagi setiap turasan – dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
  • Sistem penuras jag air berblok – Karbon isian semula yang pertama.

 

Perbandingan kelebihan penapis air Get Clean Water Pitcher dengan jenama lain.
Jag penapis air Get Clean Water pitcher membersihkan air dengan berkesan menandingi penapis berjenama lain.

Siapa Perlukan Jag Penapis Air Get Clean Water Pitcher Shaklee?

 

Semua orang ataupun semua rumah disarankan mesti ada 1 jag penapis air mudah alih ni. Sebab apa tau, ianya sangat mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh digunakan secara optimum. Saya sarankan, individu-individu ni wajib dapatkan penapis air ni antaranya:

1. Ibu yang mempunyai bayi kecil yang menyusu atau sudah makan makanan pepejal – Ibu ayah, tanpa ragu semestinya lah kita sentiasa nak berikan yang terbaik untuk baby kita kan? Kalau nak bancuh susu anak atau nak minum air, dengan adanya water pitcher ni kita tak risau kalau bekalan air mineral ataupun drinking water yang kita bawa masa travel dah habis.

2. Warga emas – Bagi ibu ayah kita yang dah tua dan kurang mampu bergerak atau sakit, water pitcher ni boleh diletakkan di bilik atau wad hospital.

3. Mereka yang selalu travel atau beraktiviti – Memandangkan penapis air ni mudah alih, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana, kita boleh masukkan dalam beg atau bakul bila nak travel jauh atau outing. Boleh bawa pergi berkebun, piknik, outstation, bercuti dan sebagainya.

4. Dan ramai lagi.

 

Penapis air Get Clean Water Shaklee menjamin dan memberi peluang kepada pengguna untuk terus dapat bekalan minuman air bersih tanpa halangan setiap masa di mana-mana saja. Untuk buat pembelian jag penapis air Get Clean sekarang, boleh klik sini. Atau anda boleh hubungi saya di 019 269 2301 untuk order.

 

 

Pengedar Sah Shaklee & Mentor Bisnes Online Anda,

Ina ID 951651

www.wasap.my/60192692301

 

*Rencana ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawati atau mengubati. Anda seharusnya berjumpa dengan pakar perubatan dan kesihatan untuk mendapatkan nasihat perubatan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu