Kenapa Perlu Makan Vitamin?

Assalamualaikum,

 

Ada orang tanya… ‘Perlu ke makan vitamin? Kenapa? Satu kepentingan ke ambil supplement ataupun makanan tambahan ni? Nenek moyang kita dulu okay je hidup sihat sampai sekarang. Diorang tak kenal pun apa benda vitamin ni semua. OK je pun. Saya sendiri pun bukanlah sakit. Buat apa nak makan pill dan tablet ni semua?’

Kata seseorang…

Tapi cuba kita fikir balik. Zaman dulu atok nenek kita hidup dengan menggunakan sumber-sumber semulajadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Mana ada amal makanan segera yang kaya dengan pewarna, perisa dan pengawet semua ni. Diorang rajin amalkan ulam, jamu dan rempah ratus dalam kehidupan harian.  Sebab tu diorang hidup sihat dan panjang umur.

Perlu ke makan vitamin?
Vitamin adalah keperluan tapi vitamin bukan untuk ganti makanan sebenar.

 

Lagipun hidup di kampung happy je takde banyak masalah. Suasana aman damai, udara dan air bersih. Orang dulu banyak guna fizikal. Bukan kerja mengadap internet atau handphone. Memang berbezalah dengan kehidupan moden zaman sekarang. Orang sekarang usia muda lagi dah menghidap macam-macam penyakit kronik. Diri sendiri dan anak-anak pun setakat demam, batuk selsema tu dah macam bestfriend dah.

Persoalannya…

Kenapa mudah sangat jatuh sakit?

 

Kelebihan Pengambilan Vitamin Dalam Meningkatkan Tahap Kesihatan

 

Banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan masyarakat sekarang. Kehidupan sekarang tak sama macam zaman dulu.

 

1. Kurangnya Kualiti Zat Makanan

Buah yang kita makan hari ni dah tak sama khasiatnya dengan buah yang sama 50 tahun dulu. Ini kerana buah-buahan dan sayuran membiran nutrien dalam tanah. Petani zaman dulu amalkan penanaman bergilir. Lepas menuai hasil tanaman, mereka akan tanam pula tanaman daripada jenis lain. Tapi zaman sekarang disebabkan permintaan yang tinggi, petani jarang dapat buat macam ni.

Sebaliknya mereka guna baja kimia dan sebagainya untuk perbaiki kualiti tanah. Oleh sebab itu, kualiti hasil tanaman sayuran dan buahan juga dah tak sebaik dulu.

 

2. Proses Pengurusan Hasil Tanaman Yang Mengurangkan Zat Sayur Dan Buah

Hasil tanaman yang dah dituai, akan melalui pelbagai proses sebelum akhirnya boleh dimakan. Bermula dengan proses memetik, mengumpul, mengangkut, penyimpanan, pembersihan, memasak dan sebagainya. Setiap proses boleh mengurangkan nutrien dan zat sayuran dan buah-buahan tersebut. Proses memasak misalnya boleh memusnahkan sebahagian vitamin akibat pemanasan pada suhu tinggi.

 

3. Pencemaran Bumi

Dunia kita sudah makin tercemar. Pencemaran telah menyebabkan pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air sungai dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada pelbagai jenis agen pencemaran samada melalui pernafasan, sentuhan, pemakanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan sebagainya. Ini mempengaruhi kesihatan kita. Termasuklah juga kualiti hasil tanaman yang kita makan.

Udara kita tercemar!
Kita menyedut udara tercemar setiap hari dan partikel radikal bebas masuk melalui rongga pernafasan dan merosakkan sel tubuh.

 

4. Teknologi Makanan Segera

Pada zaman dulu nenek moyang kita kebanyakannya berkebun dan memperolehi makanan daripada hasil tanaman sendiri. Baja yang digunakan adalah baja asli. Tanaman yang dituai dan dimasak sendiri ternyata lebih bersih, segar, berkhasiat dan semulajadi. Secara tak langsung faktor inilah yang menjamin tahap kesihatan mereka agar kekal sihat dan bertenaga.

Tapi zaman sekarang ni teknologi makanan membolehkan makanan segera boleh diperolehi dengan mudah. Makanan ini dah melalui pelbagai proses daripada penuaian hinggalah penjualan. Macam-macam bahan pengawet, pewarna, perasa dan sebagainya yang dah dimasukkan semasa peringkat pemprosesan makanan. Bahan-bahan ini sebenarnya sangat tidak bagus untuk kesihatan.

 

5. Amalan Gaya hidup Kurang Sihat

Gaya hidup masyarakat sekarang yang sentiasa sibuk dan selalu nak cepat menyebabkan lebih ramai orang yang cenderung memilih makanan segera. Ada juga yang selalu ‘skip’ makan ataupun makan saja apa-apa pun asalkan tak lapar. Ini juga menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak seimbang. Ditambah lagi dengan sikap kurang bersenam dan kurang minum air menyebabkan tahap kesihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan. Senyap-senyap tau-tau je dah ada penyakit!

Kurang bersenam punca penyakit
Budak-budak sekarang lagi suka tengok tv, main ipad dan games berbanding bermain di luar.

 

Jadi, pengambilan vitamin dapat memberikan kelebihan dengan meningkatkan tahap kesihatan dalam badan setiap individu. Sebab vitamin dapat menampung kekurangan nutrien dalam pengambilan diet harian. Walaupun kita cukup makan, tapi belum tentu lagi makanan yang dimakan cukup zat dan cukup seimbang.

Dan walaupun kita sihat, masa inilah kita perlu pelihara kesihatan sebagai pencegahan supaya tak jatuh sakit. Sebab bila dah sakit kita terpaksa bergantung dengan ubat. Melabur untuk vitamin adalah lebih baik daripada terpaksa bayar bil hospital dikemudian hari.

Setuju tak? Jadi, belum terlambat kalau nak cuba amalkan mengambil supplement sekarang. Memang macam-macam jenis ada dalam pasaran. Kalau tak tau mana satu nak ambil, boleh hubungi saya untuk nasihat dan cadangan. Sebaiknya pilihlah yang semulajadi sebab lebih selamat dan bukannya daripada bahan kimia sintetik.

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu