Apakah Punca Anemia Dan Cara Mengatasi Hb Rendah Semasa Mengandung

Bila mengandung, adalah jadi kebiasaan bila ibu hamil berkemungkinan mengalami Hb rendah dalam darah. Hb yang rendah boleh menyebabkan anemia dan ini boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi untuk memastikan bilangan sel darah merah kita berada pada paras yang mencukupi, adalah penting untuk kita ketahui apakah punca, simptom, kesan dan rawatan anemia ini. Dengan kita kita boleh mengambil langkah pencegahan agar tidak terjadi anemia semasa mengandung.

Masa mengandung dulu saya pun pernah juga alami bacaan Hb  rendah. Tapi syukur lah tak sampai ke tahap anemia. Itupun doktor dah bising dan terpaksa datang pregnancy check up lebih kerap hinggalah paras Hb kembali normal. Saya buat macam-macam juga untuk naikkan paras Hb. Nasib baiklah apa yang saya buat tu berkesan. Sampaikan nurse puji kata, ‘Cantiknya Hb!’. Lega betul rasa dalam hati masa tu. Sebab tak kena bebel dan tak perlu ambil ubat untuk tambah darah merah.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jom kita ketahui apakah Anemia dan bagaimana ianya terjadi.

 

Ketahui apa punca anemia semasa mengandung, simptom, kesan dan cara mengatasi yang paling selamat.
Ketahui apa punca anemia semasa hamil, simptom, kesan dan cara mengatasi yang paling selamat.

 

Apakah Anemia?

 

Anemia adalah keadaan dimana darah dalam badan ibu hamil tidak mengandungi sel darah merah yang sihat dan mencukupi untuk mengangkut oksigen kepada sel tisu dalam badan dan bayi dalam kandungan. Semasa mengandung, badan ibu menghasilkan lebih banyak darah tambahan untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim. Jika ibu tidak mendapat zat besi ataupun nutrien penting tertentu yang secukupnya, badan ibu tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk darah tambahan ini.

Memang biasa kalau ibu hamil alami anemia ringan semasa mengandung. Tapi ibu juga boleh mengalami anemia serius akibat kekurangan zat besi, kekurangan vitamin, ataupun atas sebab yang lain. Anemia menyebabkan ibu berasa letih dan lemah. Kalau tidak dirawat terutamanya bagi kes anemia serius, mungkin boleh menyebabkan komplikasi serius kepada bayi dalam kandungan contohnya kelahiran pra matang.

 

Jenis-Jenis Anemia Semasa Mengandung

 

Ada beberapa jenis anemia yang boleh terjadi semasa mengandung iaitu:

1. Anemia Akibat Kekurangan Zat Besi (Iron-Deficiency Anemia) – Terjadi apabila badan tidak mengandungi zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah hemoglobin yang yang mencukupi. Iaitu sejenis protein dalam sel darah merah yang bertugas membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Dalam iron-deficiency anemia, darah tidak dapat mengangkut oksigen mencukupi ke kepada tisu badan. Ini adalah jenis anemia yang paling biasa terjadi kepada ibu hamil.

2. Anemia Akibat Kekurangan Folate (Folate-Deficiency Anemia) – Folate adalah sejenis vitamin dalam kumpulan Vitamin B. Ianya banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau. Badan memerlukan Folate untuk untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah yang sihat. Semasa mengandung, ibu memerlukan lebih banyak Folate. Tapi kadang-kala mereka tidak dapat jumlah Folate yang mencukupi daripada pemakanan harian.

Akibatnya, badan tidak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan. Kekurangan Folate boleh menyumbang peningkatan risiko kepada kecacatan kelahiran spina bifida dan kelahiran bayi dengan kekurangan badan. Sebab itu lah penting bagi ibu hamil, mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Asid Folik. Asid Folik adalah supplement Folate buatan.

3. Kekurangan Vitamin B12 – Badan kita memerlukan Vitamin B12 untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Sekiranya badan tidak mendapat Vitamin B12 secukupnya, badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur, lebih berisiko mengalami kekurangan Vitamin B12 yang seterusnya meningkatkan lagi risiko kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kelahiran pramatang.

 

Faktor-Faktor Penyebab Anemia

 

Semua ibu hamil berisiko mengalami anemia kerana masa mengandung mereka memerlukan lebih Asid Folik dan zat besi berbanding sebelum mengandung. Tapi ada ibu hamil yang lebih berisiko mengalami anemia disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

  • Mengandung anak kembar (lebih daripada seorang)
  • Mengandung pada jarak terlalu rapat antara anak-anak sebelumnya
  • Muntah dengan banyak atau terlalu kerap disebabkan morning sickness
  • Mengandung pada usia remaja
  • Tak mengambil makanan yang kaya zat besi
  • Telah mengalami anemia sejak sebelum mengandung

 

Simptom-Simptom Anemia Semasa Mengandung

 

Antara simptom-simptom anemia yang biasa dan kerap dialami ibu hamil ialah:

 

  • Kulit, bibir, kuku yang pucat
  • Berasa penat dan lemah
  • Rasa pening-pening
  • Rasa tak cukup nafas atau nafas pendek
  • Degupan jantung yang laju
  • Suka untuk fokus

Oleh itu, adalah penting untuk menjalani ujian darah sepanjang tempoh kehamilan untuk pastikan tak terlepas pandang sekiranya ibu mengalami anemia dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

 

Risiko-Risiko Akibat Anemia Semasa Mengandung

 

Antara risiko-risiko yang boleh terjadi akibat kekurangan zat besi yang tidak dirawat ialah:

  • Kelahiran pramatang ataupun bayi lahir tak cukup berat
  • Transfusi darah (sekiranya ibu kehilangan banyak darah semasa bersalin)
  • Postpartum Depression
  • Bayi yang mengalami anemia
  • Anak yang mengalami kelewatan perkembangan

Antara risiko-risiko yang boleh terjadi sekiranya kekurangan Folate yang tidak dirawat pula ialah:

  • Kelahiran pramatang atau bayi lahir tak cukup berat
  • Bayi lahir dengan kecacatan kelahiran yang serius seperti masalah tulang belakang atau masalah otak (neural tube defects)

Risiko kekurangan Vitamin B12 yang tidak dirawat juga boleh menyebabkan spina bifida.

Oleh sebab itu, anemia tak boleh diambil ringan. Ibu hamil perlu jalani pemeriksaan berkala ibu mengandung supaya keadaan kesihatan dapat sentiasa dipantau dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan sekiranya perlu.

 

Ujian Pengesanan Anemia

 

Masa pregnancy check up, biasanya memang akan ada pemeriksaan darah berkala. Darah akan diambil untuk dibuat pelbagai ujian dan salah satunya untuk mengenal pasti anemia. Ujian darah selalunya termasuk:

  • Ujian Hemoglobin – Mengesan paras hemoglobin dalam darah.
  • Ujian Hematocrit – Mengukur peratusan sel darah merah dalam sampel darah.

Jika ibu hamil mengandungi hemoglobin atau hematocrit dalam darah di bawah paras normal, kemungkinan ibu mengalami anemia. Doktor akan buat pemeriksaan lanjut untuk kenal pasti punca anemia. Dan selalunya kalau di trimester pertama ibu alami anemia, doktor akan buat ujian pengesanan anemia di trimester kedua dan ketiga juga.

 

Rawatan Untuk Anemia

 

Selalunya bila ibu mengandung yang buat pregnancy check up di klinik kerajaan, hospital kerajaan ataupun hospital swasta, doktor akan bekalkan vitamin untuk ibu mengandung. Antaranya multivitamin yang mengandungi Vitamin B dan Asid Folik. Sekiranya perlu, doktor akan bekalkan juga supplement zat besi. Selain tu doktor akan nasihatkan untuk ambil makanan yang kaya dengan zat besi dan Asid Folik.

Selalunya, doktor akan minta ibu mengandung datang lebih kerap untuk pemeriksaan berkala. Doktor akan check samada paras hematocrit dan hemoglobin makin meningkat atau tidak. Bagi ibu yang kekurangan Vitamin B12 dalam badan, doktor mungkin akan sarankan ambil supplement yang mengandungi Vitamin B12. Malahan, doktor juga akan minta ibu ambil lebih banyak makanan daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan produk tenusu.

 

Cara Mencegah Anemia Semasa Mengandung

 

Untuk men cegah anemia semasa kehamilan, ibu mengandung perlu menitikberatkan pengambilan makanan yang kaya zat besi, amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang. Sebolehnya dalam sehari dapatkan 3 kali hidangan yang mengandungi makanan yang kaya zat besi seperti:

  • Daging merah, produk tenusu, ikan
  • Sayuran berdaun, sayur berwarna hijau seperti bayam dan brokoli
  • Bijiran yang kaya zat besi
  • Kekacang dan tofu
  • Telur dll

Selain tu, pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C pula dapat membantu penyerapan zat besi yang lebih berkesan dalam badan. Antaranya ialah:

  • Jus dan buahan sitrus
  • Strawberry
  • Kiwi
  • Tomato
  • Lada benggala

Boleh amalkan ambil makanan yang mengandungi zat besi, serentak dengan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Contohnya, makan sarapan bijiran disertai minuman jus oren.

Manakala bagi mengelakkan kekurangan Folate, ibu mengandung boleh amalkan mengambil makanan seperti:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Buahan sitrus dan jus
  • Kekacang kering
  • Bijirin dan roti yang diperkaya dengan Asid Folik dll

 

Cadangan Supplement Untuk Membantu Mencegah Anemia Pada Ibu Mengandung

 

Untuk membantu mencegah anemia, ada beberapa supplement semulajadi dan selamat yang bagus diambil oleh ibu mengandung untuk mengekalkan paras hemoglobin pada tahap normal. Antaranya ialah:

 

Set vitamin untuk bantu naikkan Hb dan atasi masalah anemia semasa hamil.
Set vitamin untuk bantu naikkan Hb dan atasi masalah anemia ketika mengandung.

 

1. Vita-Lea Iron Formula – Multivitamin yang diperkaya dengan zat besi dan membekalkan jumlah Asid Folik yang diperlukan oleh ibu mengandung setiap hari. Juga bertindak sebagai pelengkap nutrisi dan penambah tenaga segera.  Menggalakkan pemulihan sel tubuh. Membantu melancarkan fungsi sistem dalaman badan. Menguatkan sistem imun dll.

2. B-Complex – Membekalkan kumpulan lengkap Vitamin B iaitu 8 jenis Vitamin B yang diperlukan untuk kerja penyelenggaraan dan pemulihan badan. B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dna karbohidrat kepada tenaga. Asid Folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.

3. Sustained Release Vitamin C – Vitamin C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan yang diperlukan tubuh. Ia membantu menyokong kesihatan tulang, gigi, gusi, darah, jantung dan sebagainya.

 

Set makanan tambahan untuk ibu hamil.
Set vitamin premium pilihan untuk ibu mengandung.

 

Untuk memastikan ibu mengandung mendapat sokongan nutrisi yang lebih lengkap, boleh ambil Set Vitamin Kehamilan Premium yang bukan saja mengandungi Multivitamin Vita-Lea Iron Formula, B Complex dan Sustained Release Vitamin C, tetapi juga Ostematrix, ESP Soy Protein dan Omega Guard.

Untuk konsultasi dan order vitamin untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu mengandung, boleh hubungi Ina di www.wasap.my/60192692301 sekarang.

 

 

Pengedar Shaklee SeMalaysia,

Ina Nasir

ID 951651

019 269 2301

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu