Produk Penjagaan Bayi Organik Shakleebaby, Selamat Dan Mesra Pada Kulit Lembut Si Manja

Kalau nak tau minggu ni produk penjagaan bayi organik Shakleebaby mula dijual di pasaran Malaysia! Produk pembersihan kulit baby ni sangatlah selamat dan mesra pada kulit lembut si manja. Mana tidaknya, produk Shakleebaby ni dibuat daripada bahan berasaskan semulajadi dan bebas daripada bahan kimia bahaya. Sesuai sangat lah untuk kulit baby kita yang sangat delicate. Apatah lagi bagi baby yang sememangnya ada masalah kulit yang sangat sensitive atau alahan pada bahan tertentu.

Set Shakleebaby memahami keperluan bayi dan hanya menggunakan bahan-bahan yang selamat, lembut dan organik untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja tersayang. Shakleebaby terdiri daripada 3 produk iaitu Shakleebaby Gentle Wash, Shakleebaby Soothing Lotion dan Shakleebaby Massage Oil. Kombinasi 3 produk dalam 1 set lengkap ni, cukup untuk membersihkan, memelihara dan melindungi kulit bayi yang sangat lembut dan sangat membantu mencegah masalah ruam, gatal-gatal, kemerahan, kerengsaan dan sebagainya.

 

Bertukar lah ke produk penjagaan kulit Shakleebaby yang organik dan bebas bahan kimia bahaya.
Pilihlah produk penjagaan bayi yang selamat tanpa paraben dan bahan kimia bahaya.

Kredit: Google Image

 

Keistimewaan Shakleebaby Berbanding Produk Penjagaan Bayi Jenama Lain

 

Sememangnya prinsip asas penghasilan setiap produk Shaklee adalah mesti berasaskan bahan semulajadi, selamat digunakan, terbukti berkesan membantu menyihatkan. Jadi penghasilan Shakleebaby ni semestinya lebih berhati-hati dan teliti memandangkan ianya akan digunakan keatas baby yang sememangnya masih fragile. Antara fakta yang ingin saya kongsikan meyakinkan kita semua betapa Shakleebaby adalah produk yang sangat berkualiti ialah:

 

Selamat

  • Dihasilkan daripada bahan-bahan tulen dan selamat.
  • Diuji oleh pakar pediatrik.
  • Diuji secara klinikal.

Lembut

  • Sesuai untuk kulit sensitif.
  • Tidak menimbulkan kerengsaan.
  • Hipoallergenik.
  • Tidak memedihkan mata.
  • Mempunyai pH seimbang.

Organik

  • Menggunakan bahan semulajadi dan organik.
  • Kaya dengan nutrien berasaskan tumbuhan seperti chamomile, lavender, aloe vera, minyak rosemarry, minyak vanilla, minyak bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter.

Selain itu, apa yang paling penting ialah produk Shakleebaby ini diformulasi bebas daripada karsinogen dan bahan kimia bahaya seperti:

  • Paraben
  • 1,4-dioxane
  • Natrium Lauryl Sulfate (SLS)
  • Pewarna dan pewangi tiruan
  • Phthalates
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Formaldelhaid

 

Shakleebaby terdiri daripada shampoo baby, lotion baby dan baby oil yang mengandungi ekstrak tumbuhan.
Shakleebaby terdiri daripada syampu bayi, losyen bayi dan minyak bayi yang diformulasi daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan.

 

Manfaat Bahan-Bahan Tumbuhan Semulajadi Dalam Set Penjagaan Bayi Shakleebaby

 

Berikut adalah bahan-bahan tumbuhan semulajadi utama yang terkandung dalam produk Shakleebaby:

 

1. Lavender – Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi.

2. Aloe Vera – Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air – Menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif.

3. Chamomile – Tinggi dengan antioksidan. Menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

4. Minyak Vanila – Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar.

5. Shea Butter – Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayi.

6. Minyak Biji Jojoba – Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.

7. Minyak Rosemarry – Mempunyai bahan antiseptik semulajadi yang bertindak melindungi dan memastikan kulit bayi sentiasa bersih.

8. Minyak Bunga Matahari – Efektif dalam membantu mencegah jangkitan, kerengsaan dan keradangan pada kulit lembut si manja.

 

Kebaikan & Kelebihan Set Penjagaan Kulit Bayi Shakleebaby

 

1. Kebaikan Gentle Wash

 

Kelebihan Gentle Wash Shakleebaby
Kebaikan Gentle Wash Shakleebaby

 

Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkan – Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik. Mandian yang lembut ini membantu mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Diformulasi agar tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti agar tidak merengsakan kulit bayi. Sangat sesuai dijadikan mandian untuk memastikan waktu mandi bayi terasa seperti kulit dibelai dengan penuh lembut dan kasih sayang.

 

Shampoo organik Gentle Wash untuk baby khas daripada Shaklee
Shampoo organik terbaik Gentle Wash daripada Shaklee

 

Kelebihan Gentle Wash

  • Diuji untuk sensitiviti
  • Lebih lembut
  • Formula tidak memedihkan mata

 

2. Kebaikan Soothing Lotion

 

Kelebihan Soothing Lotion Shakleebaby
Kebaikan Soothing Lotion Shakleebaby

 

Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif – Membantu mengekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang diformulasi lembut ini. Soothing Lotion ini mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik. Lotsyen lembut ni juga membantu mencegah masalah ruam, kulit kering, kegatalan dan seterusnya memberi lebih keselesaan kepada bayi.

 

Organic lotion untuk baby ini sesuai untuk anak yang mempunyai masalah kulit yang ringan seperti eczema, ruam, gatal-gatal dan lain-lain
Losyen organik yang mesra kulit, sesuai untuk bayi berkulit sensitif, ruam, kemerahan dan sebagainya.

 

Kelebihan Soothing Lotion

  • Mengekalkan kelembapan optimum
  • Menenang dan melegakan kulit
  • Mengembalikan nutrien kulit

 

3. Kebaikan Massage Oil

 

Organic baby oil Shakleebaby ini selamat digunakan untuk sesi urutan bayi.
Baby oil organik daripada Shaklee ini sesuai digunakan untuk baby massage.

 

Minyak urut yang sangat lembut ini sangat sempurna untuk digunakan bagi mengurut bayi pada bila-bila masa ataupun digunakan sebagai pelembap kulit selepas mandi. Massage Oil ini mengandungi minyak bunga matahari, lavender dan chamomile yang menjadikan sentuhan lembut ibu semasa sesi urutan bayi ibarat terapi kasih sayang penuh kelembutan. Bayi yang diurut akan berasa lebih tenang dan kurang meragam. Bayi juga akan lebih mudah tidur nyenyak tanpa gangguan kerana berasa selamat. Malahan sentuhan semasa baby massage juga bagaikan terapi dan ransangan awal yang baik untuk perkembangan saraf bayi.

 

Baby oil Shakleebaby sangat selamat dan memberikan ketenangan kepada bayi terutamanya semasa sesi urutan bayi.
Pilihan baby oil yang organik dan selamat boleh digunakan sebagai minyak telon dan semasa membuat urutan bayi.

 

Kebaikan Massage Oil

  • Melembapkan dan melegakan kulit
  • Membelai kulit
  • Campuran minyak organik khas

 

Produk Penjagaan Bayi Premium Dengan Harga Mampu Milik!

 

Set Shakleebaby yang berkualiti premium ini dihasilkan menggunakan teknologi dan formulasi khusus dengan objektif untuk menyediakan produk yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan bayi tanpa kompromi. Jadi, harga setiap produk dalam set Shakleebaby ini adalah mampu milik setanding dengan faedah yang diperolehi bayi.

Harga retail bagi setiap produk ialah:

Shakleebaby Gentle Wash 252ml = RM131.18

Shakleebaby Soothing Lotion 252ml = RM145.75

Shakleebaby Massage Oil 118ml = RM104.68

Jumlah harga set lengkap Shakleebaby tidak termasuk pos = RM381.60.

Untuk terus membuat pembelian, boleh order sekarang. Klik sini!

 

Semua ibu yang ada baby patut order set penjagaan kulit bayi Shakleebaby yang terbaik ni sekarang.
Order set penjagaan kulit bayi Shakleebaby yang terbaik ni sekarang.

 

Ibu-ibu yang ada baby atau bakal bersalin mesti suka sangat kalau dapat beli barang baby kan? Saya tau lah sebab saya pun macam tu! Bila shopping barang baby tu rasa enjoy dan sangat therapeutic. Maklumlah lah barangan bayi ni kan semuanya comel-comel belaka. Geram tengok! Bila nak dapat baby, ada macam-macam persediaan yang perlu kita buat.

Dan kalau boleh semuanya nak beri yang terbaik untuk si comel kan? Termasuklah set mandian dan penjagaan kulit macam Shakleebaby ni yang sangat selamat dan harganya pun sangat berbaloi dengan kualiti produk. Tahan lama pulak tu sebab baby guna sikit-sikit je bukannya banyak pun.

Bagi yang berminat boleh cepat-cepat hubungi saya di www.wasap.my/+60192692301 dan order untuk baby tersayang. Sangat sesuai juga untuk dibuat baby gift set kepada kawan-kawan ibu yang bakal melahirkan atau sedang dalam pantang. Kalau nak harga lebih jimat, boleh daftar sebagai ahli dan dapatkan set Shakleebaby ni pada harga ahli! 😉

 

 

Pengedar Shaklee SeMalaysia,

Ina ID 951651

www.wasap.my/+60192692301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu