Berpantang Dengan Jamu Atau Vitamin? Pilihan Mana Lebih Baik Untuk Ibu Lepas Bersalin?

Ingat lagi masa mengandung dulu awal-awal lagi dah survey dan fikir set berpantang apa nak ambil masa lepas bersalin nanti. Nak fokus pemulihan dalaman badan dengan jamu atau vitamin? Mana satu pilihan yang lebih baik dan sesuai untuk ibu dalam pantang? Samada harga, rasa, cara pengambilan, kesesuaian dengan badan sendiri, cara bersalin, tahap kemudahan pengambilan dan yang paling penting fungsi serta kebaikan setiap produk tu mesti nak kena ambil kira.

Bila dah masuk trimester ketiga tu selalunya memang nak kena beli dan standby siap-siap dah set berpantang. Kalau ikut pengalaman peribadi, saya pernah ambil jamu dalam bentuk minuman akar kayu, dalam bentuk kapsul yang dah diproses, dan juga makanan tambahan. Personally saya lebih prefer vitamin ataupun makanan tambahan untuk pemulihan dalaman lepas bersalin. Walaupun ambil jamu dan vitamin, pengambilan makanan segar yang seimbang dan berkhasiat pun sangat saya titikberatkan.

 

Kelebihan mengamalkan vitamin berbanding jamu semasa berpantang.
Samada jamu atau vitamin setiap satu ada kelebihan masing-masing.

 

Nak Pilih Jamu Atau Vitamin?

 

Bagi saya samada jamu atau vitamin, dua-dua ada kebaikan dan manfaat tersendiri. Tapi pengambilan set berpantang untuk fokus pemulihan dalam ibu dalam pantang dalam bentuk vitamin mempunyai lebih banyak kelebihan. Antaranya ialah:

 

1. Lebih selamat, semulajadi, berkesan dan bersih.

Setiap vitamin dihasilkan daripada bahan semulajadi yang semestinya lebih selamat dan diproses di pusat pemprosesan khas untuk mempastikan kualiti setiap produk adalah terjamin. Malah sebelum dihasilkan, setiap produk terlebih dahulu dikaji sebagai bukti ianya dapat memberikan kesan atau manfaat kebaikan kepada pengguna dan tidak mendatangkan kesan buruk.

Setiap kapsul atau tablet juga sudah diformulasi dengan dos dan bahan-bahan yang menepati standard yang telah ditetapkan. Dan sebelum dijual dipasaran, setiap produk akan melalui proses pemeriksaan dan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Berbanding dengan jamu terutamanya daripada perusahaan kampung, kebanyakan produk dihasilkan daripada dapur atau kilang secara kecil-kecilan. Dan tidak melalui banyak proses yang ketat seperti penghasilan vitamin tadi. Bahan-bahan dan dos yang ditetapkan tidak dapat dipastikan adakah benar-benar selamat untuk kegunaan jangka panjang pengguna.

 

2. Lebih mudah dimakan atau consume.

Vitamin yang sudah diproses tidak mempunyai rasa pahit dan bau busuk. Malah, ianya dihasilkan dalam bentuk yang dapat memberikan tindakan paling efektif dalam badan pengguna. Setiap kapsul, tablet atau cecair vitamin yang diambil, telah diformulasi dengan kepekatan ataupun dos yang seimbang dan mencukupi untuk keperluan badan.

Jadi kita tak perlu makan atau minum banyak berbanding dengan mengambil bahan sebenar yang belum diproses. Semudah menelan atau minum sehari sekali atau 2 kali saja dah selesai. Tak perlu na reneh lama-lama di dapur. Jimat masa dan tenaga. Tiada bau busuk dan rasa pahit.

 

3. Lengkap dengan semua vitamin dan nutrien diperlukan badan.

Setiap vitamin yang dihasilkan dalam set berpantang, telah melalui kajian saintifik oleh para saintis dan pakar yang berkaitan. Setiap vitamin dalam set berpantang yang dicadangkan, adalah satu pakej lengkap untuk memenuhi keperluan nutrien ibu lepas bersalin. Yelah, sepanjang mengandung sampailah melahirkan, ibu dah kehilangan banyak vitamin dan mineral dalam badan.

Jadi, nutrien daripada vitamin set berpantang tersebut membantu pemulihan dalaman para ibu dengan memenuhi kelompongan nutrisi, menyeimbangkan nutrien dalam badan, memperbaiki sel-sel badan yang lemah, mempertingkatkan fungsi dalaman badan, menggalakkan pemulihan luka dan tenaga dan seterusnya membantu menyeimbangkan emosi serta mengurangkan stress etc.

Bila dalaman lebih sihat, secara tak langsung ibu kelihatan lebih segar dan rasa lebih gembira. Ini boleh mengurangkanb risiko Post-Partum Depression (PPD), meroyan ataupun tekanan perasaan dikalangan ibu.

 

4. Mesra bayi.

Vitamin yang dicadangkan dalam set berpantang adalah selamat untuk kegunaan ibu yang menyusukan bayi dan bayi yang mengalami Jaundice (kuning). Sebab vitamin-vitamin yang dicadangkan cuma multivitamin, protein, kalsium, Vitamin C dan lain-lain yang merupakan nutrien asas yang diperlukan pun oleh badan setiap individu setiap hari. Memang badan gunakan vitamin-vitamin dan mineral ini untuk menjalankan pelbagai fungsi dalaman badan.

Jadi ibu bersalin cuma ambil vitamin ni untuk make sure badan ibu yang dah kehilangan tenaga dan pelbagai nutrien, boleh dapat bekalan vitamin-vitamin penting ni semula. Barulah badan dapat top up balik vitamin dan mineral yang hilang dan seimbangkan semula apa yang patut supaya sistem badan berjalan dengan efisyen. Kalau kita harapkan daripada makanan fresh saja, sebenarnya sukar untuk kita dapat nutrien yang berkenaan pada jumlah yang mencukupi.

 

5. Tiada kesan sampingan.

Salah satu kelebihan vitamin daripada sumber semulajadi tanpa bahan kimia bahaya, pewarna, perasa dan pengawet tiruan, ianya ibarat kita mengambil makanan fresh, tapi dalam bentuk yang sudah diproses dan pada kadar yang optimum. Berbanding vitamin sintetik, vitamin semulajadi boleh bertindak balas dengan mesra dan lembut terhadap sel-sel dalam badan sebab tidak mengandungi bahan kimia bahaya dan selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Vitamin untuk berpantang tidak menyebabkan panas, cirit-birit atau menyebabkan ketidakselesaan lain terutamanya kepada bayi sebab produk yang terkandung dalam set yang dicadangkan hanyalah nutrien asas diperlukan badan dan bukanlah jamu atau herba sebarangan yang bersifat keras dan panas. Malah kalau ada terkandung herba dalam vitamin yang dicadangkan, ianya adalah dalam dos yang sangat selamat serta boleh menggalakkan keseimbangan hormon dan penghasilan susu badan.

 

Ini antara sebab kenapa bagi saya, vitamin adalah lebih baik dan lengkap untuk pemulihan kesihatan dalaman ibu yang sedang berpantang.

 

Pengalaman Sendiri Ketika Berpantang

 

Selain pengambilan jamu dan vitamin, saya ambil juga set berpantang untuk kegunaan dan penjagaan luaran. Contohnya macam param, pilis, peramping perut, mandian herba, minyak urut herba, herba pembersih wanita dan bengkung. Masa saya guna tu ada lah dalam 5 hingga 8 tahun lepas. Saya guna jenama Tropical Herbs daripada Amway. Kalau tak salah saya sekarang set bersalin ni ada tambahan macam-macam lagi produknya.

Saya memang suka bau herba traditional ni. Walaupun nak guna tu agak leceh sebab kena bancuh, sapu ke badan, kena selalu bersihkan rumah sebab bila dah kering herba-herba ni akan berterabur, tapi saya suka sebab rasa sangat selesa seolah badan dimanjakan. Alah lagipun bukan selalu nak merasa tempek macam-macam kat badan. As like terapi spa untuk saya juga lah sepanjang tempoh berpantang tu.

Sekarang ni dah ada macam-macam produk penjagaan luaran untuk ibu dalam pantang yang lebih moden contohnya krim atau gel. Bau pun tak lah macam herba sangat. Cara penggunaan pun mudah sangat just sapu je. Tak mengotorkan baju dan rumah. Nak cuci pun mudah dan pantas. Tapi bagi saya memang tak sama dengan produk ala-ala traditional. Memang lain sangat rasanya. Tapi yelah, ikut atas badan dan keselesaan masing-masing lah kan.

Masa anak pertama dan ke dua saya beli set lengkap. Masa anak ketiga saya beli loose. Lebih jimat dan tak membazir sebab boleh pilih apa je yang kita nak, estimate dan beli sebanyak mana kita nak guna saja. Kadang-kadang dalam satu set lengkap tu tak semuanya sesuai dengan kita.

Begitu juga dengan produk penjagaan dalaman. Ada banyak faktor nak kena ambil kira. Tambah-tambah kalau kita berpantang sendiri, bukannya bersalin anak sulung, ada pulak anak-anak lain yang dah besar nak kena jaga, jauh pulak daripada keluarga dan saudara-mara, suami pulak tak dapat bercuti lama, luka bersalin pun teruk juga, ehh macam-macam lah nak kena pertimbangkan.

Kalau dah macam ni, ambil saja produk yang lebih praktikal, mudah, cepat dan yang paling utama cukup lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan badan untuk pemulihan kesihatan keseluruhan seperti set berpantang premium yang pernah saya ceritakan sebelum ni dalam entry ini, Set Bersalin Untuk Pemulihan Dalaman Secara Semulajadi Ibu Dalam Pantang. Bagi saya ini pilihan yang terbaik bagi ibu atau bakal ibu yang akan melahirkan tak lama lagi atau tengah berpantang.

Bukan saja sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan (caesarean) ataupun normal, tapi boleh diteruskan pengambilan hingga habis tempoh penyusuan penuh 2 tahun. Sebab setiap vitamin memang diperlukan untuk menyokong setiap peringkat perubahan badan ibu. Jadi, memang jimat kan?

Tapi apa-apa pun semuanya terpulang atas diri masing-masing. Situasi dan keadaan masing-masing pun tak sama. Sebelum membuat keputusan mana satu nak pilih, dapatkan sebanyak mungkin maklumat, fahami bagaimana setiap produk bertindak dan boleh membantu memperbaiki dan memelihara kesihatan ibu yang baru lepas melahirkan bayi, buat perbandingan dan akhir sekali barulah buat pilihan mana satu yang memudahkan dan memberi manfaat kepada kita.

Okay setakat ni dulu entry kali ni. Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin, semoga selamat melahirkan. Dan kepada ibu-ibu yang sedang berpantang, tahniah dan selamat menyusukan bayi dengan susu ibu!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu