Selamat Tahun Baru Masihi 2018 Kepada Semua Pembaca Dan Pelanggan Shaklee Mama Widad

Asaalamualaikum! Alhamdulillah dah masuk minggu ke 3 tahun baru 2018 pun. Sesi persekolahan pun sama dah masuk minggu ke 3 selepas lebih kurang sebulan bercuti hujung tahun 2017. Rasanya kebanyakan orang dah boleh mula adapt dengan rutin baru. Antaranya para bapa yang mula bekerja lepas habiskan cuti tahunan dengan keluarga, ibu yang kembali dengan tugas menyupir ataupun menghantar dan mengambil anak-anak daripada sekolah, anak-anak yang mula masuk tadika atau darjah 1 pun mungkin dah kurang menangis dan ramai lagi. Senang cakap, semua orang pun mungkin dah dapat rentak masing-masing.

Apa-apa pun, semoga kita dapat meneruskan misi merealisasikan azam dan impian tahun baru 2018 ni dengan lebih bersungguh-sungguh. Apa saja yang kita kerjakan semoga semuanya dengan niat dan dengan jalan yang baik serta membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Kita lakukan yang terbaik dan malah lebih baik berbanding tahun yang lepas-lepas. Jangan toleh lagi dah ke belakang. Jeling-jeling saja apa yang ada di kiri kanan. Dan wajib pandang straight jauh ke depan!

2017 memberikan 1001 kisah pahit dan manis yang sarat dengan pengalaman, pengajaran, ingatan dan ilmu berharga. Semoga 2018 membawa lebih kebahagiaan, kegembiraan, kejayaan, ketakwaan yang tinggi dan tercapai segala impian. Harapnya masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pembaca dan pelanggan MamaWidad.Com.

 

Selamat Tahun Baru 2018 Semua!

 

Happy New Year 2018
Selamat Tahun Baru 2018

 

Saya kongsikan doa tahun baru yang menarik ini yang berlegar-legar di alam maya untuk bacaan dan manfaat bersama. Doa ini saya dah olah sikit. Terima kasih kepada penulis asal yang tidak diketahui siapa orangnya. Semoga Allah memberi setinggi-tinggi ganjaran.

 

Doa Tahun Baru Masihi 2018

Bismillahirrahmanirrahim.

Yа Allаh Tuhаn Yаng Mаhа Pеmbеrі Hаrараn bаgі ѕеtіар hаmbа-NYA. Sеmоgа dі tahun 2018 іnі Engkаu јаdіkаn kami іnі рerіbаdі уаng ѕеmаkіn bаіk dаrі ѕеbеlumnуа dаlаm ѕеgаlа hаl уаng ѕіfаtnуа bаіk. Engkаu ѕеnаntіаѕа mеmbеrіkаn kеѕihаtаn, kеѕеlаmаtаn, kеmudаhаn dаn kеbеruntungаn kераdа kami, sahabat-sahabat kami dаn јugа kaum kеluаrgа kami.

Yа Allаh Tuhаn Yаng Mаhа Pеngkаbul Dоа. Kаbulkаnlаh ѕеtіар dоа kami уаng bаіk, samada іtu dоа untuk dіrі kami ѕеndіrі, mahuрun dоа untuk оrаng lаіn, оrаng-оrаng уаng kami hоrmаtі dаn kami ѕауаngі.

Sеmоgа kаmі ѕеmuа ѕеnаntіаѕа Engkаu bеrіkаn kеbаіkаn dаn kеbеruntungаn ѕеrtа kеbаhаgіааn, bаіk dі dunіа, mаhuрun dі аkhirаt kеlаk.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.

Ya Allah, ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat, muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Engkaulah Ya Allah, yang dahulu dan yang akhir tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.

Sahaja kami memulakan tahun baru Masihi 2018 kerana Allah SWT.

Amin.

 

Akhir kata daripada saya, terima kasih kepada semua pembaca dan pelanggan MamaWidad.Com sejak tahun 2015 hingga kini. Teruskan menyokong serta memperoleh manfaat daripada artikel-artikel yang dikongsikan. Selamat memelihara kesihatan rohani, mental dan fizikal dalam usaha menjaga amanah tubuh badan dan fikiran yang dianugerahkan kepada kita. Be the best version of you and good luck for 2018! 😉

 

Pengedar & Mentor Bisnes Online Shaklee,

Hazrina Nasir

http://www.wasap.my/+60192692301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu