25 Jenis Makanan Baik Untuk Naikkan Paras Hemoglobin (Hb) Ibu Hamil Dengan Cepat

Kurang hemoglobin atau Hb rendah mahupun anemia, adalah risiko yang mudah dialami oleh ibu hamil semasa tempoh kehamilan 9 bulan 10 hari. Walau bagaimanapun bagi ibu hamil yang mempunyai tahap kesihatan yang stabil, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat boleh memperbaiki dan menormalkan paras hemoglobin dalam darah dengan mudah. Dalam artikel kali ni saya kongsikan jenis makanan yang baik untuk bantu naikkan paras Hb ibu hamil dengan cepat.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan paras Hb jatuh atau anemia berlaku antaranya pemakanan yang kurang berkhasiat dan tak seimbang, mengalami muntah-muntah akibat alahan mengandung yang teruk, mengandung di usia remaja, mengandung kembar atau lebih daripada seorang bayi, mengandung lagi dengan jarak yang rapat dengan anak sebelumnya dll.

Oleh itu, disamping amalkan gaya hidup sihat di rumah, penting untuk ibu hamil sentiasa jalani pemeriksaan berkala ibu mengandung agar masalah Hb rendah dan tahap kesihatan dapat dipantau serta rawatan sepatutnya dapat diberikan sekiranya perlu.

 

Jenis Makanan Baik Mudah Didapati Bagi Membantu Naikkan Paras Hb Dengan Cepat

 

25 Makanan untuk bantu atasi masalah low Hb dan anemia semasa mengandung.
Ada masalah Hb rendah masa hamil? Boleh cuba amalkan 25 makanan yang kaya dengan zat besi, Vitamin c dan Asid Folik ni.

Kredit gambar: workingmother.com

 

Untuk menaikkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah, ibu hamil perlu ambil makanan yang kaya dengan terutamanya nutrien zat besi, Asid Folik ataupun Folate dan Vitamin B12. Begitu juga dengan Vitamin C untuk membantu menggalakkan penyerapan zat besi dengan lebih berkesan ke dalam darah.

Dalam masa sama, menjarakkan pengambilan makanan yang kaya kalsium dengan makanan-makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien yang disebutkan di atas tadi supaya tidak mengganggu penyerapan zat besi dengan lancar. Kafein dan alkohol juga perlu djarakkan atau dielakkan terus daripada diambil serentak dengan nutrien-nutrien penting tadi.

Berikut adalah makanan-makanan yang mudah didapati dan baik diamalkan untuk membantu menaikkan paras Hb dalam darah dengan cepat:

1. Hati Haiwan – Hati mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Hati ayam mengandungi zat besi yang lebih tinggi berbanding hati lembu.

2. Daging Merah – Daging lembu mengandungi zat besi heme yang tinggi. Badan manusia menyerap zat besi lebih tinggi daripada zat besi heme berbanding zat besi non-heme. Kebanyakan sumber zat besi non-heme adalah daripada sumber tumbuhan.

3. Daging Ayam – Daging ayam juga merupakan sumber zat besi heme yang baik.

4. Telur – Telur mengandungi zat besi heme dan non-heme yang seimbang. Selain membekalkan zat besi, kuning telur juga mengandungi Vitamin B yang penting untuk perkembangan sistem saraf dan saraf tunjang bayi dalam kandungan.

5. Ikan – Ibu yang sukar makan daging lembu atau ayam, boleh dapatkan sumber zat besi heme daripada ikan. Salmon contohnya sangat kaya zat besi dan dalam masa sama sumber Omega 3 yang baik untuk kesihatan kardiovaskular, minda, saraf, sistem imun bukan saja bagi ibu yang sedang hamil tapi juga bayi dalam kandungan.

6.  Kerang – Kerang mengandungi kandungan B12 yang tinggi. Selain itu kerang juga membekalkan, zat besi, iodin, selenium, fosforus, kuprum dan protein. Dengan kandungan karbohidrat yang rendah, kerang baik untuk membantu mengawal berat badan. Namun begitu kalau nak beli kerang, pastikan beli kerangnya segar, bersih dan daripada kawasan penternakan yang terjaga. Elakkan memberi kerang sebarangan keranan dikhuatiri kerang telah tercemar. Pastikan juga kerang betul-betul dah masak sebelum makan.

7. Bayam – Kalau dikalangan kita orang Malaysia, bayam memang terkenal dan menjadi menu yang sangat penting untuk bantu naikkan paras Hb ibu mengandung dan bersalin. Bayam kaya dengan zat besi, protein, fiber, kalsium, Vitamin A dan Vitamin E. Sayur bayam sedap dibuat sup. Boleh masukkan bebola ikan untuk beri kelainan rasa. Memang sedap dihidangkan panas-panas.

8. Labu – Labu sangat kaya dengan Vitamin A. Dalam masa sama juga membekalkan banyak Vitamin C yang sangat membantu sel badan menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Dalam labu juga terdapat sejumlah zat besi.

9. Tomato – Zat besi tidak dapat diserap dengan baik oleh badan dan ianya memerlukan medium untuk membantu penyerapan yang berkesan. Untuk proses ini, kehadiran Vitamin C sangat penting. Tomato kaya dengan Vitamin C yang diperlukan.

10. Brokoli – Brokoli kaya dengan zat besi. Selain itu, brokoli juga membekalkan nutrisi asas seperti magnesium, Vitamin a dan Vitamin C.

11. Beetroot Ataupun Ubi Bit – Ubi bit mengandungi kandungan Folate yang tinggi. Ianya juga kaya dengan zat besi dan Vitamin C. Ibu hamil patut consider dan cuba amalkan ubi bit ni dalam usaha menaikkan paras Hb dengan cepat.

12. Pisang – Pisang kaya dengan zat besi dan potassium. Boleh cuba makan pisang sebelum ambil heavy meal ataupun pada hari yang tak makan heavy meal. Badan akan serap nutrisi daripada pisang dengan segera. Boleh cuba kaedah ini bagi buah-buahan jenis lain, sayur-sayuran dan sup juga.

13. Tembikai – Tembikai kaya dengan zat besi sama macam bayam juga. Selain tu, tembikai juga terbukti kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C, pigmen semulajadi bermanfaat dan antioksidan.

14. Jambu Batu – Buah jambu adalah satu buah yang sangat kaya dengan Vitamin C. Jambu batu boleh bekalkan 3 kali ganda keperluan Vitamin C yang diperlukan badan setiap hari. Ianya sangat membantu dalam penyerapan zat besi ke dalam badan.

15. Limau Dan Lemon – Limau dan lemon juga adalah sumber Vitamin C yang baik. Untuk penyerapan zat besi yang berkesan daripada makanan ataupun supplement zat besi, adalah sangat digalakkan minum jus limau ataupun lemon ketika makan.

16. Delima – Buah delima kaya dengan zat besi, kalsium, fiber dan protein. Nilai nutrisi dalam buah delima membantu menaikkan paras hemoglobin dan melancarkan peredaran darah dalam badan.

17. Kurma – Kurma adalah bebas kolestrol dan lemak serta merupakan sumber zat besi yang baik. Kurma juga boleh memberi tenaga kepada ibu mengandung.

18. Kismis – Kismis sebenarnya adalah buah anggur yang telah dikeringkan. Kismis juga sumber zat besi yang baik dan membantu memberikan tenaga.

19. Prune – Prune sebenarnya adalah buah plum yang telah dikeringkan samada dengan cara semulajadi di bawah matahari ataupun melalui proses dehidrasi. Buah prune tinggi dengan serat dan zat besi. Boleh makan macam tu saja ataupu  blend buat jus.

20. Aprikot – Buah aprikot kaya dengan zat besi dan antioksidan. Buah aprikot kering lebih mudah diperolehi disepanjang musim. Aprikot juga kaya dengan fiber dan membekalkan gula ke dalam darah secara berperingkat seterusnya membantu mengawal kadar gula dalam darah.

21. Buat Tin – Buah tin kaya dengan zat besi dan boleh dimakan fresh ataupun yang sudah dikeringkan. Untuk naikkan paras hemoglobin, adalah lebih baik ambil buah tin yang dikeringkan sebab ianya lebih kaya dengan nutrien.

22. Madu – Madu mengandungi jumlah zat besi yang baik, kuprum dan magnesium yang boleh membantu menaikkan hemoglobin. dalam badan.

23. Kekacang Dan Bijian – Kekacang dan bijian juga kaya dan zat besi. Walaupun ibu mengandung menjalani rutin harian yang aktif dan menggunakan banyak tenaga, kekacang dan bijian boleh membantu meningkatkan paras hemoglobin dengan segera.

24. Oat Dan Bijirin – Oat dan bijirin juga adalah pilihan yang baik untuk membantu meningkatkan paras zat besi dalam badan. Dalam masa sama, oat dan bijirin yang slow release carbohydrate, membebaskan gula sedikit demi sedikit ke dalam darah. Seterusnya membantu mengekalkan tenaga berpanjangan serta mengelakkan rasa cepat lapar.

25. Minuman Protein Soya – Tumbuhan legum seperti soya juga sangat membantu menaikkan paras hemoglobin dalam badan. Contohnya minuman protein soya tulen ESP yang membekalkan asid amino penting yang diperlukan badan untuk menghasilkan sel-sel baru termasuklah sel darah merah.

 

Selain  25 jenis makanan di atas, terdapat pelbagai jenis makanan lain lagi yang boleh membantu mencegah situasi paras Hb rendah dalam darah dan juga anemia. Pendek kata, amalkan je secara konsisten pengambilan pelbagai jenis kumpulan makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang seimbang setiap hari.

Jarakkan pengambilan kafein dan kalsium serta ubatan dengan makanan kaya zat besi, Vitamin C dan Asid Folik untuk penyerapan yang berkesan. Malah, banyakkan bersenam supaya lebih banyak hemoglobin dihasilkan dan amalkan pengambilan vitamin prenatal bagi mengisi kelompongan nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil.

Okay, ibu-ibu yang sedang mengandung boleh lah cuba makanan-makanan yang disenaraikan di atas dan amalkan tips-tips yang dikongsikan. Semoga paras Hb sentiasa normal  dan kesihatan ibu dan bayi stabil sehinggalah selamat melahirkan. Have a smooth pregnancy and enjoy the moment!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu