Promosi Vivix Shaklee: Beli Pada Harga Lebih Jimat Dan Murah Daripada Biasa

Assalamualaikum dan hi! Saya Hazrina Nasir, pengedar produk Shaklee negeri Selangor dan seluruh Malaysia. Sempena promosi Vivix bulan ni, saya nak kongsikan tentang bagaimana anda boleh beli Vivix pada harga lebih murah dan lebih jimat daripada biasa. Malah anda juga berpeluang untuk dapat cash rebate terus dimasukkan ke akaun anda. Wahhh dah lah kita beli, tapi dapat duit pulak. Untung kan? Saya tau ramai peminat produk Vivix ni. Kalau tidak takkan lah Vivix boleh berada di tangga nombor 1 sebagai produk bestseller di Malaysia. So, sure ramai yang gembira dengar berita promosi ni kan?

Ok sebelum saya cerita lebih detail tentang penjimatan promosi Vivix bulan ni, mungkin ada yang baru nak kenal dan nak tau apa Vivix ni kan? So jom saya ceritakan secara ringkas tentang produk Vivix.

 

Apakah Vivix?

 

Dapatkan Vivix pada harga promosi yang lebih jimat dan murah!
Grab promosi Vivix beli 2 diskaun 5% atau beli 6 percuma 1 botol Vivix bulan ni!

 

Vivix ialah produk minuman botani yang tinggi antioksidan dan memberi pelbagai manfaat kesihatan. Vivix dihasilkan daripada campuran botani terpilih seperti Anggur Muscadine, Purple Carrot, European Elderberry dan Polyganum Cuspidatum. Bahan-bahan botani ini kaya dengan spektrum polifenol yang menyeluruh seperti Resveratrol dan Kuersetin.

 

Manfaat Vivix untuk kesihatan
Kebaikan Vivix untuk kesihatan

 

Resveratrol adalah sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan yang sangat luas. Kandungan antioksida dalam resveratrol ini membuatkan proses badan dalam melawan jangkitan penyakit menjadi tidak mustahil. Resveratrol juga menghalang tubuh badan kita daripada menjadi tua sebelum waktunya (penuaan pramatang) dan mencegah serta melawan penyakit kronik.

 

Vivix kaya dengan resveratrol dan polyphenols
Khasiat resveratrol dan polyphenols yang terdapat dalam Vivix

 

Cecair Vivix adalah pekat dan berwarna ungu kemerahan. Rasanya manis-manis, masam dan sedikit kelat rasa kulit anggur. Memang sedap, tak pahit, tak busuk dan sangat mudah untuk diminum.

Cara Tindakan Vivix Yang Powerful

 

Ok sebelum saya terangkan betapa istimewanya Vivix ni, saya terangkan sikit tentang biologi badan manusia. Badan kita ni terdiri daripa unit asas iaitu sel. Sel yang bergabung membentuk tisu. Tisu yang bergabung membentuk organ. Organ yang bergabung membentuk sistem contohnya seperti sistem pembiakan, sistem pernafasan, sistem perkumuhan dan sebagainya.

Dalam setiap sel yang halus ni tadi, ada DNA. DNA ni ibarat pusat kawalan bagi setiap sel. Dan sel ni terdapat pada seluruh badan kita! So boleh bayangkan tak daripada sel yang sekecil-kecil nya ni, bila bercantum-cantum seterusnya terbentuk lah paru-paru, jantung, pundi kencing dan seluruh anggota badan kita yang lain.

Jadi, kalau ada DNA sel yang rosak atau bermasalah, kerosakan ini boleh merebak ke sel-sel yang berdekatan kalau tak dihalang. Tapi, Vivix mampu membantu memperbaiki DNA sel yang rosak dan melindungi DNA sel yang lemah, seterusnya menghalang punca terjadinya penyakit, atau melambatkan kerosakan dan perebakan akibat penyakit kronik.

Disebabkan itu juga, tindakan Vivix tidak hanya fokus kepada satu-satu bahagian badan saja tapi sebaliknya, seluruh badan. Secara tak langsung, Vivix bertindak secara menyeluruh dan menyeimbangkan fungsi sistem-sistem dalaman badan kita.

Haaa nampak tak?

Kandungan utama dalam Vivix dan 4 tindakan utama Vivix dalam memperbaiki kesihatan.
Bahan-bahan botani utama yang terdapat dalam Vivix dan 4 fungsi utama Vivix.

 

Dan ini bukan saya yang reka-reka. Memang hasil daripada ujian klinikal, Vivix terbukti memperbaiki tahap kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan iaitu:

  • Membaiki sel DNA
  • Mengurangkan inflamasi
  • Meningkatkan penghasilan tenaga
  • Mengelakkan pengumpulan protein AGE

 

Vivix mencegah penuaan pramatang iaitu tua sebelum waktunya
Viviv tonik antipenuaan yang baik untuk kesan awet muda

 

Keistimewaan Vivix Berbanding Produk Lain

 

Memang ada banyak produk jus minuman kesihatan dipasaran. Tapi keistimewaan Vivix berbanding jus minuman kesihatan yang lain ialah:

  • Vivix adalah 100% daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia bahaya, pewarna, perasa dan pengawet sintetik.
  • Vivix dijamin selamat untuk faedah kesihatan jangka panjang.
  • Vivix terbukti berkesan dalam membantu memperbaiki pelbagai masalah kesihatan dan membantu mencegah penyakit kronik.
  • Vivix dihasilkan oleh saintis yang pakar dalam bidang masing-masing dan menjalani pelbagai ujian klinikal yang komprehensif dalam tempoh yang panjang sebelum diluluskan untuk dijual.

 

Vivix melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Vivix kaya dengan antioksidan yang boleh memperbaiki sel yang rosak hingga ke peringkat DNA.

 

Pelbagai produk yang ada dipasaran tempatan sekarang adalah jus kesihatan pracampuran yang dibuat di kilang-kilang GMP. Founder yang ada modal hanya perlu laburkan saja duit dan order produk macam mana yang dia nak buat. Kebanyakan produk ini mengandungi bahan kimia sintetik seperti pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Malah, kebanyakan produk juga tidak mempunyai bukti ujian klinikal. Manakala Vivix pula adalah produk premium yang mempunyai standard kualiti yang sangat tinggi.

 

Vivix tinggi antioksidan membantu memelihara kesihatan badan keseluruhan
Vivix tinggi dengan antioksidan dan membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan

 

Kebaikan Vivix Untuk Kesihatan

 

Vivix adalah makanan tambahan yang sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh diamalkan oleh mereka yang sihat apatah lagi mereka yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan. Antara manfaat Vivix untuk kesihatan ialah:

  • Membantu memelihara kesihatan jantung
  • Membantu melindungi dari luka akibat radiasi UV
  • Membantu melindungi otak daripada kerosakan
  • Membantu merencatkan pembiakan H. pylori yang menyebabkan jangkitan peptic ulcer
  • Bertindak sebagai agen antipenuaan
  • Membantu menghalang virus Herpes 1 dan 2 daripada membiak
  • Membantu melindungi dan memelihara sistem saraf
  • Membantu melindungi paru-paru
  • Membantu melindungi DNA sel daripada kerosakan dan kematian sel
  • Membantu menghalang pengoksidan LDL
  • Membantu mengurangkan pelekatan antara platlet sebagai respon antiradang, seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka
  • Membantu merencatkan sel kanser daripada menjadi lebih serius
  • Membantu mencegah kanser prostat, pankreas, gastrik dan tiroid
  • Membantu menurunkan dan mengawal paras gula bagi pesakit Diabetes
  • Membantu memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan
  • Membantu menguatkan sistem imun
  • Membantu memelihara dan mempertingkatkan kesihatan ke paras optimum

 

Kelehihan dan faedah Vivix untuk kesihatan
Kebaikan dan manfaat Vivix untuk kesihatan

 

Banyaknya kan manfaat Vivix ni? Memang betul apa-apa pun semuanya adalah dengan izin Allah juga. Tetapi jika anda sememangnya mencari ikhtiar untuk memperbaiki kesihatan sedia ada malah berkemampuan pula, saya sangat sarankan anda cuba amalkan produk Vivix secara konsisten. Vivix bukannya produk bancuh sendiri di dapur. Dan percayalah manfaat yang diberikan Vivix adalah lebih berharga berbanding wang yang anda laburkan untuk membeli Vivix.

Oklah jom kita tengok testimoni-testimoni daripada para pengguna yang terdiri daripada pelbagai masalah kesihatan yang sudah mencuba Vivix.

 

Testimoni Vivix

 

Saya kongsikan beberapa testimoni para pengguna daripada pelbagai latar belakang masalah kesihatan untuk rujukan anda.

 

Vivix membantu mengawal dan memperbaiki simptom penyakit kronik seperti gout, kencing manis dan darah tinggi.

Vivix membantu mengawal simptom gout, darah tinggi dan kencing manis
Vivix membantu mengawal dan mengurangkan simptom penyakit kronik.

 

Vivix membantu mengawal dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Vivix sebagai usaha membantu kurangkan simptom tekanan darah tinggi
Vivix sebagai ikhtiar membantu kurangkan simptom tekanan darah tinggi

 

Vivix membantu mengawal kandungan gula dalam darah bagi penghidap Diabetes.

Vivix membantu mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit Diabetes
Vivix membantu mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis

 

Vivix membantu ikhtiar dalam melemahkan sel kanser.

Vivix bantu kawal kanser usus
Vivix bantu cegah dan kawal penyakit kritikal berkaitan usus

 

Vivix membantu memperbaiki kesihatan sistem penghadaman dan perut seperti Gerd dan gastrisis.

Vivix bantu kurangkan masalah penyakit GERD
Vivix bantu kawal masalah penyakit GERD

 

Vivix membantu memperbaiki sistem peranakan dan kesuburan.

Vivix bantu selesaikan masalah sakit period pain dan haid tak teratur berbulan-bulan.
Vivix bantu selesaikan masalah sakit perut dan tak datang haid berbulan-bulan.

 

Vivix membantu memperbaiki kesihatan sistem saraf dan tulang sendi.

Lepas amalkan Vivix, badan makin ringan dan sakit tengkuk kurang.
Badan makin ringan dan sakit tengkok kurang lepas amalkan Vivix.

 

Vivix membantu memperbaiki dan mengurangkan masalah sakit sendi, tumit dan lutut.

Lepas berterusan amalkan Vivix dan kolagen, sakit tumit mencucuk terus hilang.
Sakit tumit mencucuk terus lega lepas konsisten amalkan Vivix dan kolagen.

 

Vivix membantu meningkat pemulihan dalaman dan tenaga.

Luka bersalin cepat sembuh dengan Vivix
Vivix tonik kesihatan terbaik untuk pemulihan ibu dalam pantang.

 

Vivix membantu memperbaiki sel-sel rosak yang tercemar dan mengeluarkan toksin terkumpul dalam badan.

Testimoni berhaya berhenti merokok dengan Vivix walaupun sebelum tu dah cuba macam-macam!
Testimoni perokok tegar berjaya berhenti merokok!

 

Vivix membantu menggalakkan pemulihan sel yang luka dan rosak akibat kencing manis.

 

Vivix membantu memperbaiki kesihatan saraf dan penglihatan yang kabur akibat kencing manis.

 

Alhamdulillah disamping menjalani rawatan perubatan moden dengan nasihat doktor pakar, mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat, dah ramai juga dalam masa yang sama cuba berikhtiar dengan Vivix secara konsisten dan mendapat kesan yang positif. Vivix bukanlah ubat. Tetapi penjagaan secara keseluruhan dalam semua aspek disamping mengamalkan supplement antioksidan Vivix ni, insyaAllah tahap pemulihan dan kesihatan boleh dipertingkatkan lagi.

 

Promosi Vivix! Harga Lebih Jimat & Lebih Murah Daripada Biasa

 

Haa mesti dah tak sabar kan nak tau harga Vivix jadi berapa masa promosi ni kan? Okay harga biasa sebotol Vivix 150ml ialah RM475 (retail price). Tapi untuk bulan ni, ada 2 pilihan promosi yang boleh dipilih mengikut bajet masing-masing. Anda boleh:

 

Beli 2 Botol Vivix Dan Dapat Diskaun 5% Diskaun atau Beli 6 Botol Vivix Dan Dapat 1 Botol Lagi Vivix Percuma

Tapi, bukan tu saja! Anda juga layak dapat:

Keahlian Percuma (Jimat RM65), Postage Percuma (Jimat RM10), Cash Rebate (5% atau 11%) Dan Harga Ahli (Jimat 25% Berbanding Harga Retail)

 

Maknanya sekarang ni,

Kalau anda pilih untuk beli 2 botol Vivix, anda akan dapat diskaun 5% (jimat RM47.50), layak dapat keahlian percuma (jimat RM65), layak dapat postage percuma (jimat RM10), cash rebate (jimat RM34) dan terus layak beli pada harga ahli (jimat 25% berbanding harga retail).

Dan kalau anda pilih untuk beli 6 botol Vivix, anda akan dapat 1 botol lagi Vivix percuma (jimat RM475.00), layak dapat keahlian percuma (jimat RM65), layak dapat postage percuma (jimat RM10), cash rebate (jimat RM229) dan terus layak beli pada harga ahli (jimat 25% berbanding harga retail).

 

Untung sangat kan? Bekat setakat seringgit dua jimatnya tai ratus-ratus! Jadi jangan tunggu lagi. Terutama bagi anda yang dah lama berniat nak cuba amalkan Vivix atau memulakan regime pengambilan Vivix secara konsisten setiap hari atau berkongsi nikmat kesihatan dengan ahli keluarga tersayang, ini lah masa yang sangat sesuai untuk melabur dan dapatkan Vivix dengan penjimatan optimum.

Sebagai pengedar yang sudah lebih 5 tahun menjual produk Shaklee, sudah banyak botol Vivix yang saya jual. InsyaAllah dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, saya boleh beri bimbingan dan panduan pengambilan Vivix dengan cara yang betul mengikut tahap kesihatan pelanggan-pelanggan saya. Bagi anda yang baru nak mencuba-cuba produk Shaklee terutamanya Vivix, jangan risau. Saya akan kongsikan cara bagaimana anda boleh dapatkan produk premium ni dengan cara yang mudah dan selamat. Vivix juga adalah Halal dan diluluskan KKM.

Whatsapp saya di www.wasap.my/60192692301 sekarang untuk order Vivix.

 

 

Your Trusted Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir

ID 951651

019 269 2301

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu