9 Tips Mudah Ibu Dalam Pantang Elak Kena Bentan Selepas Bersalin

Teringat pengalaman sendiri bentan masa lepas bersalin anak pertama. Itulah kali pertama dan terakhir saya kena bentan. Nasib baik lah tak lama. Walaupun tak teruk sangat tapi memang badan rasa serba tak kena dan sangat tak selesa. Syukur sangat kejadian sama tak berulang masa lepas bersalin anak ke 2 dan anak ke 3. Sebab dah kena masa anak sulung, saya pun lebih berhati-hati lah dan amalkan tips mudah masa berpantang kali yang seterusnya untuk elak kena bentan ni.

Punca utama saya kena bentan lepas bersalin anak sulung dulu adalah kerana tak cukup rehat. Perasaan pula dalam keadaan terkejut, buntu, sangat tertekan dan teramat sedih. Yelah mana tak nya. Masa tu anak saya tiba-tiba meninggal dalam kandungan masa minggu ke 38 kehamilan. Memang sangat tak sangka sebab rekod kehamilan OK saja sampai masuk trimester ke 3. Saya pun memang hanya menunggu hari so dah excited sangat tak sabar nak tengok baby. Tiba-tiba perkara yang langsung tak diduga terjadi. Of course sangat terkejut.

 

Tips elak bentan selepas bersalin
Cara elakkan kena bentan sewaktu berpantang

Kredit imej: parenting.firstcry.com

Macam Mana Rasa Bentan Tu?

 

Masa kena bentan tu saya pun mula-mula tak perasan. Tapi tiba-tiba badan rasa seram sejuk macam nak demam. Kepala rasa berat dan sakit. Urat-urat seluruh badan rasa tegang. Perut rasa sakit dan pinggang rasa lenguh sangat. Kaki pun sejuk dan rasa sengal-sengal. On top of that, badan saya menggigil-gigil. Saya cuba lawan perasaan dan tahan keasakitan tu semua sebab ada beberapa perkara penting terpaksa saya uruskan waktu tu. Tapi akhirnya saya tidur juga sambil mengerekot sebab dah tak tahan sangat.

Tapi syukur lah by the time saya bangun tidur tu rasa bentan tu dah hilang. Cuma masih rasa letih saja yang tinggal. Kalau berterusan juga memang saya ambil ubat tahan sakit lah jawabnya.

 

Tips Mudah Elakkan Terkena Bentan Masa Dalam Pantang

 

Jadi bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan nak elakkan daripada terkena bentan, boleh ikuti beberapa tips mudah ni.

1. Dapatkan rehat secukupnya dan elakkan buat kerja-kerja rumah terutamanya kerja-kerja berat supaya tidak memberi tekanan kepada bahagian abdomen ataupun rahim.

2. Banyakkan tidur, berbaring atau duduk saja dan elakkan terlalu kerap berjalan-jalan terutamanya turun-naik tangga sebab urat-saraf kita masih dalam proses pemulihan. Jangan langgar pantang sepanjang tempoh berpantang kalau boleh hingga 40 hari.

3. Elakkan makan makanan yang sejuk, tajam, berangin, berminyak, pedas, makanan berperisa dan berpengawet, makanan segera dan makanan terproses. Sebaliknya ambil makanan yang fresh serta masih panas baru lepas dimasak. Pilih makanan yang seimbang dan menyihatkan untuk menggantikan vitamin dan mineral yang telah hilang daripada badan.

4. Elakkan banyak berfikir perkara-perkara yang berat sebab hormon pun masih belum stabil. Jadi kalau perkara tersebut tidak terdesak untuk diselesaikan dan boleh tunggu, fokus rehatkan emosi dan fikiran terlebih dahulu.

5. Banyakkan minum air kosong untuk menjaga paras bendalir badan. Air membantu sistem badan berfungsi dengan lebih efisyen dan boleh detoks toksin beracun keluar daripada badan.

6. Ambil makanan tambahan yang baik untuk memperbaiki fungsi dan mengurangkan ketegangan urat saraf, menstabilkan emosi, melegakan rasa sengal-sengal, kebas-kebas dan lenguh-lenguh anggota badan. Serta menggalakkan badan untuk lebih relaks, lebih mudah untuk tidur, memberi kecergasan dan mengelakkan sembelit.

7. Sapu minyak panas pada anggota badan dan kaki terutamanya dan pakai pakaian yang sesuai seperti stokin, bengkung dan sweater supaya badan rasa sedap, selesa dan tak mudah masuk angin. Lagi bagus kalau bertungku dan manjakan diri dengan memakai herba pilis, peramping dan param di kepala, perut dan badan. Boleh juga tuam guna hot water bag atau hot pack.

8. Makan makanan yang baik untuk memanaskan badan, memulihkan rahim dan buang angin seperti bawang putih, halia dan lada hitam.

9. Sekiranya terkena bentan, untuk elakkan keadaan makin melarat, jangan keberatan untuk dapatkan nasihat doktor pakar dan ambil ubat sekiranya perlu.

 

Hilangkan Bentan Dengan Cara Semulajadi

 

Saya kongsikan pula pengalaman ibu ini yang mengalami bentan selepas bersalin dan apa yang dia lakukan untuk membantu merawat bentan tersebut.

Pasa satu malam, saya alami sengal-sengal badan buat kali kedua. Saya ambil Vivix dan Ostematrix dan bentan hilang keesokan harinya. Bila kali ketiga kena bentan, saya ambil lagi vitamin yang sama dengan cara yang sama dan memang bentan tu hilang. Lepas tu kena lagi di bahagian pinggang dan tangan, saya teringat untuk ambil lagi Vivix dan Ostematrix. Esoknya bangun tidur badan rasa fresh dan rasa sengal-sengal tu dah takde lagi dengan izin Allah.

Antioksidan dan kalsium dalam Vivix dan Ostematrix bantu menghilangkan kesakitan akibat bentan semasa lepas bersalin
Vivix dan Ostematrix yang kaya antioksidan dan kalsium membantu memperbaiki fungsi urat saraf dan seterusnya menghilangkan bentan

 

Untuk pengetahuan anda yang membaca, Vivix adalah tonik tinggi antioksidan yang boleh bertindak hingga ke peringkat DNA sel. Jadi, Vivix membantu memperbaiki dan memelihara kesihatan keseluruhan badan. Vivix melindungi sistem saraf, meredakan keradangan, memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan.

Manakala Ostematrix pula adalah supplement kalsium yang lengkap dengan magnesium, Vitamin D, mangan, kuprum dan zink menjadikan ianya supplement kalsium yang sangat efisyen diserap oleh sel badan. Ostematrix membantu meredakan ketegangan urat saraf, menggalakkan sistem saraf berfungsi dengan lancar dan mengurangkan rasa sakit.

Berminat untuk dapatkan Vivix sebagai persediaan bersalin dan berpantang nanti? Boleh hubungi saya di Whatsapp 019 269 2301 untuk pertanyaan dan menempah Vivix segera. Dapatkan Vivix pada harga promosi yang lebih jimat, berserta keahlian percuma, postage percuma dan cash rebate. Memang untung sangat. Untuk sokongan nutrisi yang lebih optimum semasa berpantang, boleh ambil Vivix bersama set bersalin premium yang lengkap.

Ibu yang bakal bersalin atau sedang dalam pantang, boleh segera order daripada saya ye. Ataupun adik, kakak, kawan atau para suami terutamanya yang baca ni juga boleh cepat dapatkan Vivix bersama sert bersalin premium untuk yang tersayang supaya dapat elakkan kena bentan dan membantu pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin.

 

 

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia,

Hazrina Nasir

ID 951651

019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu