10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun, Tanpa Perlu Top Up Susu Formula

Alhamdulillah πŸ™‚ Sedar tak sedar sekarang saya dah ‘graduate’ dengan cemerlang penyusuan susu ibu sehingga umur anak dah 2 tahun. Kalau difikirkan balik, banyak tips yang diamalkan secara konsisten untuk menjayakan breastfeeding ni tanpa perlu top up susu formula.

Syukur sangat saya dapat lengkapkan penyusuan anak secara exclusive semasa 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kemudiannya memperkenalkan solid food dan meneruskan breastfeeding sehingga umur anak 2 tahun demi memastikan anak saya mendapat khasiat daripada susu terbaik.

 

Fully breastfeeding tanpa formula milk
Tak mustahil nak jayakan azam susukan baby sampai 2 tahun kalau kena caranya.

 

Terus terang saya cakap sebenarnya bukan lah mudah. Tapi tak lah susah sangat kalau kita tau macam mana caranya kan. Jadi kepada ibu-ibu yang berazam nak susukan bayi dengan susu ibu sampai umur 2 tahun, saya nak kongsikan 10 tips penting yang anda perlu ambil tahu kalau nak berjaya lengkapkan penyusuan macam saya, insyaAllah!

 

Pengalaman Saya 2 Kali Menyusukan Anak-Anak Selama 2 Tahun

 

Ingat lagi masa mula-mula menyusukan anak dulu selalu terfikir…

‘Wah baru 6 bulan. Lagi setahun setengah nak habis ni’

Lepas tu terfikir plak…

‘Yes dah setahun!’

Lepas tu rasa macam baru je semalam terfikir-fikir…

‘Eh 3 bulan je la lagi’

Sekarang…

‘Eh… besar dah budak ni?!’

 

Sebelum kali pertama mengandung lagi saya dah mula belajar pasal breastfeeding. Sejak tu memang saya azam nak susukan anak sampai umur 2 tahun. Tapi hajat tak kesampaian sebab anak pertama meninggal dalam perut di minggu 38 kehamilan/ 9 bulan setengah (stillborn). Jadi lepas bersalin doktor terus bagi ubat untuk stop penghasilan susu. Sedih sangat masa tu tengok susu mengalir tapi takde baby nak bagi minum.

Alhamdulillah saya dapat manfaatkan ilmu dan teruskan niat breastfeeding lepas kelahiran anak ke 2. Syahdu betul waktu tu maklumlah sebab sebelum tu dah merasa kehilangan. Anak ke 2 ni lelaki. Saiz kecil je tapi pattern menyusu dia fuhhh sungguh demanding! Dia menyusu setiap 2 jam selama 6 bulan! Lepas 6 bulan baru lah jarak menyusu tu lama sikit. So selama 6 bulan tu memang saya jarang dapat tidur nyenyak huwa huwa huwa

Anak ke 3 saya ni perempuan. Just like my 1st breastfeeding journey, this 2nd experience has been wonderful. Pattern menyusu dia sangat lah berbeza dengan Abangnya. Malam-malam dia jarang minta susu dan selalunya tidur straight sampai pagi. Saya pula susah hati kenapa dia tak nak menyusu? Tak lapar ke? Ok ke? Jadi dengan si Adik ni memang saya dapat rehat banyak sebab dia menyusu in bulk gitew hihi πŸ˜€

exclusive_breastfeeding
Semoga khasiat susu ibu yang Adik dapat akan menjadikan Adik anak bijaksana solehah yang membesar dengan kaya berjaya jiwa dan harta. InsyaAllah, amin!

 

Ini lah anak ketiga saya berumur nak masuk 2 tahun 6 bulan yang sedang mengalami proses weaning-off. Belum betul-betul berjaya lagi bercerai susu dengan beliau. Mencabar juga nak stop breastfeeding ni. Serba tak kena mood jadinya. Kalau tak dapat, resah gelisah lah dia. Especially waktu nak tidur malam jenuh berperang. Waktu ni peranan husband sangat membantu untuk mudahkan proses berhenti menyusu.

Sekarang ni it’s a mixture of feelings bila nak hentikan penyusuan (wean-off breastfeeding). Pahit, manis, masin, masam, kelat macam-macam perasaan ada. Lepas ni tak tau lah ada lagi tak rezeki nak merasa susukan anak lagi. Perlahan-lahan ini lah titik pertama sebagai Mama saya perlu mula belajar ‘melepaskan’. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah besar dah baby saya ni :’)

 

10 Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

 

Pada pendapat saya breastfeeding ni sangat lah mudah, jimat, cepat, selamat dan terbaik! Tak susah pun. Tapi kalau tak kuat semangat memang awal-awal lagi dah surrender! Support system yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, saya cadangkan bersiap-sedia secukupnya mental dan fizikal.

 

1. Buat Persediaan Mental Dengan Tanamkan Niat Dan Azam

Saya dan suami memang merancang. Jadi bila dah bersedia nak ada anak sebelum mengandung lagi saya dah study berkenaan kehamilan. Dalam proses study tu saya terjumpa berkenaan breastfeeding. Sejak daripada situ lah saya jadi teruja dan semangat nak susukan anak. Pernah seketika saya jadi fanatik hihi πŸ˜€ Tapi sekarang dah matang, rasanya bersederhana tu lebih baik.

 

2. Tambah Ilmu

Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi saya pun mula lah tambah ilmu breastfeeding. Saya baca artikel-artikel di internet, refer blog-blog ibu menyusu, tanya kawan-kawan dan juga join forum penyusuan susu ibuΒ SusuIbu.ComΒ dan jugaΒ babycenter.com.Β Saya juga beli buku Mayo Clinic Guide To A Healthy Pregnancy sebagai buku rujukan. Bila ada ilmu saya rasa lebih faham dan yakin. Contoh kalau ibu bekerja tu mesti nak kena tau macam mana nak urus stok susu perahan EBM dah sebagainya kan.

Pregnancy book
Buku ni sangat membantu saya menambahkan ilmu berkaitan sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

 

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga

Saya bagitau suami dan keluarga. Diorang tak berapa tau pun pasal susu ibu ni. Tapi diorang menyokong niat saya dan serahkan kepada saya untuk buat pilihan terbaik. Dalam masa sama saya kongsi juga sikit-sikit ilmu breastfeeding dengan diorang. Tujuannya supaya bila ada masalah timbul, diorang tahu macam mana nak bantu saya. Sekurang-kurangnya bila kita dah ada ilmu dan mental yang kuat, lebih senang nak kuatkan hati, pekak kan telinga, tepis segala kata-kata orang dan cabaran negatif yang langsung tak membantu.

 

4. Persediaan Material

Antara barang penting yang perlu ada kalau nak menyusu baby ialah breastfeeding-pump set, breast pads, nursing pillow, nursing bra dan macam-macam lagi. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa. Barulah seronok dan feeling je kan nak menyusukan anak. Masa mula-mula dulu saya excited sangat sampaikan segala mak nenek saya beli. Sudahnya banyak tak guna. Dah lah mahal. Membazir! Jadi beli apa yang penting saja dulu. Lepas baby lahir boleh tambah mana-mana yang perlu.

Nursing pillow
Nursing pillow macam ni sangat helpful untuk bantu saya susukan baby. Selesa sangat dan tak sakit badan. Jadi tak banyak guna tenaga untuk tampung baby masa baby kecil. Kalau menyusu sambil tidur duduk pun still OK πŸ˜€

 

5. Persediaan Rohani

Masa mengandung sampai lah anak saya umur 2 tahun saya sentiasa doa semoga Allah permudahkan saya untuk susukan anak, cukupkan dan banyakkan susu untuk anak supaya anak dapat membesar dengan baik dan macam-macam lagi lah saya doa. Tapi antara amalan penting yang saya amalkan secara istiqomah untuk ikhtiar banyakkan susu ialah:

  • Zikir Ya MatinΒ – Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70x. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
  • Surah Al-HujuratΒ – Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.

***Tips eksklusif masa menyusukan anak, kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah. Ini untuk pastikan aura-aura positif saja yang sampai kepada anak dan membantu membentuk peribadi anak yang baik, insyaAllah. Tak mudah nak-nak pula kalau tengah letih dan anak baru lepas menyepah hihihi πŸ˜› Tapi jangan tak cuba ya πŸ™‚

 

6. Persediaan Fizikal

Ibu menyusu perlu sangat jaga kesihatan fizikal. Sebabnya kalau badan penat, nak menyusukan bayi tu sendiri akan rasa sangat mencabar! Apatah lagi kalau sakit. Jadi nak dapatkan kesihatan yang baik saya jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu happy dan positif. Mula-mula anak lahir rasa susah juga nak rehat. Tapi bila dah biasa dengan rutin baru, ok lah. Tips untuk dapat rehat yang cukup ialah bila anak tidur, ibu pun tidur sekali.

Menyusu baring
Bila baby tidur, kita pun tidur la sekali. Tapi baby tidur lama. Jadi kalau kita dapat rehat sekejap pun dah cukup. Boleh bangun dan sambung buat apa-apa kerja yang terbengkalai.

 

7. Pemakanan Sihat Dan Seimbang

Saya amalkan makan secara sihat dan seimbang. Saya pastikan setiap kali waktu makan mesti ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi. Saya kurangkan dan elakkan makan makanan proses dan tak berkhasiat. Setiap hari saya minum lebih kurang 3 liter air dan saya amalkan makanΒ makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.

 

8. Makanan Tambahan

Masa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke baby melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting sebagai ibu menyusu saya kena pastikan badan saya dapatΒ nutrien lengkap yang pentingΒ supaya badan saya boleh hasilkan susu dengan baik, kesihatan saya terjaga sebab nutrien penting yang diperlukan badan saya dapat diganti balik dan baby pun boleh dapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. Yang penting sekali saya pun rasa lebih bertenaga.

Kurma sebagai milk booster
Buah kurma kaya dengan khasiat boleh bantu bagi tenaga dan pekatkan breastmilk.

 

9. Elakkan Stress

Tertekan ni biasa lah kan. Ada banyak punca tertekan. Tambah-tambah bila baru saja bersalin tu susah nak dapat rehat berkualiti. Tapi apa yang penting kena pandai manage tekanan. Jangan terlalu ikut kan hati. Kadang-kadang penghasilan susu merudum. Saya risau juga. Tapi selalunya saya tak suka nak fikir sangat. Saya buat relax je.

Saya kerapkan direct feeding dengan baby dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang galactogogue (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Untuk ibu bekerja mungkin kena tau cara buat power pumping supaya stok EBM tak susut.

 

10. Tawakal

Saya perasan ramai ibu menyusu yang suka fikir ‘risau susu tak ada’. Personally saya jarang fikir macam tu. Bagi saya apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha buat yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan. Selebihnya kita serah bulat-bulat kepada Allah. Yang penting kita dah buat kerja/ bahagian kita.

Mustajabnya doa seorang ibu
Berdoalah semoga dipermudahkan dan dijayakan penyusuan hingga cukup 2 tahun.

 

Ini lah tips yang menjadi faktor-faktor penting dalam menyumbang motivasi dan membantu saya menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Pokok pangkalnya mental kena kuat. Tapi kalau badan letih, emosi pun terganggu, fikiran pun dah tak fokus, semangat apatah lagi dah hilang entah ke mana. Jadi sangat penting untuk pastikan badan sihat.

 

Nutrien Penting Mencukupi Membantu Memudahkan Kejayaan Breastfeeding

 

Ini Puan Dilla Jalil salah seorang ibu yang menyusukan anak dengan susu badan. Jom kita tengok video ni dan dengar perkongsian daripada beliau.

 

Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Saya rasa ramai mak yang dah berpengalaman bersetuju dengan perkara ni. Jangan main-main dengan badan letih dan cepat penat bila menyusu badan. Kebanyakan kita merasakan benda yang sama betul tak? Termasuklah peer counselor laktasi, Puan Dilla Jalil seperti dalam video di atas. Ibu ini amalkan set vitamin penyusuan Shaklee untuk bantu diri dia rasa lebih bertenaga dan tak cepat letih.

 

Cadangan Vitamin Set Penyusuan Yang Saya Amalkan

 

Sama macam Puan Dilla saya juga, sepanjang menyusukan anak saya amalkan set vitamin seperti di bawah:

Vitamin Set Breastfeeding
Ini vitamin-vitamin daripada set mengandung, bersalin dan berpantang seterusnya set menyusu Shaklee. Memang jimat sangat sebab sama je vitamin-vitaminnya.

 

1. ESP –Β Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C –Β Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex –Β Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix –Β Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex –Β Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea –Β Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.

Ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ni antaranyaΒ testimoni seorang ibu yang dapat hasilkan banyak susu dan boleh buat banyak stok EBM.

 

Never Give Up!

 

Akhir kata, all the best untuk ibu-ibu yang baru nak tanam azam, yang baru nak mula dan juga yang sedang berjuang. Apa pun pilihan yang ibu buat, semestinya anda tau apa yang terbaik untuk anak anda. Setiap anak dah ditetapkan rezeki mereka masing-masing termasuklah zat susu ibu. Tahniah sebab sentiasa berusaha untuk buat dan beri yang terbaik.

Setiap ibu nak beri yang terbaik selagi mampu. Tapi hanya Allah juga lah yang tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada setiap hambaNya. Saya bersyukur Alhamdulillah diberikan rezeki dan peluang ini. Ibu-ibu jangan mudah putus asa ya! Sentiasa berdoa Allah akan bantu anda capai matlamat. Selalu lah bersangka baik.

Sekiranya anda memilih untuk berazam susukan anak sehingga umur 2 tahun dengan mengikut 10 tips yang saya kongsikan bersama bantuanΒ set penyusuan Shaklee,Β boleh segera hubungi saya di 019 269 2301. Saya bersedia untuk membantu dan memberikan konsultasi. Jangan mudah berputus asa dengan terus memberi susu formula. Sayangnya kalau tak berikan khasiat terbaik susu ibu selagi belum cuba sehabis baik kan?

Saya sangat memahami kerisauan dan tekanan anda daripada sebelum hamil, selepas bersalin sehinggalah semasa menyusukan anak sebab saya sendiri pernah mengalaminya. Anda boleh luahkan permasalahan anda dan insyaAllah saya akan cuba berikan bimbingan dan info berguna eksklusif khas untuk pelanggan saya. Pokok pangkalnya atas diri sendiri. Mesti yakin, anda boleh!

 

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat dan boleh membantu kenalan anda yang hamil, baru bersalin, ataupun sedang mengalami masalah penyusuan, anda boleh tekan button share di bawah. Semoga ianya memberi kebaikan.

 

Klik sini! Untuk terus membuat pembelian dan pembayaran secara online melalui sistem eSell Shaklee.

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has 17 Comments

  1. Nice sharing sis, yang penting kuat semangat dan consistent serta sentiasa positive utk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun πŸ™‚

    1. Betul sis. Nak breastfeed memang mental kena kuat. Bila mind setting kuat insyaAllah secara praktikalnya lebih mudah πŸ™‚

  2. TAWARAN HEBAT BUAT IBU2 YANG SEDANG MENCARI PAM SUSU!
    Jemput ke kedai baby Mothers First Choice di Seksyen 16 Shah Alam dan di Kuantan Pahang.
    Pelbagai promosi barangan keperluan ibu dan bayi, bandingkan harga kami dijamin harga kami antara termurah dipasaran…
    Kami pakar PAM SUSU, terdapat lebih 30 pilihan pam susu, baju new born, bedung & barut baby, pelbagai pilihan botol susu antaranya avent, tomme tippee, mam, nuk, pegion, nursing bra pula terdapat lebih 10 pilihan.
    Produk kekabu pun ada semuanya pada harga super woww… anda pasti berpuashati. oh ya stroller dan carseat pun ada tau, harga preorder gitu walaupun ready stock..
    Kami bukan sahaja menjual pam susu, MFC juga menawarkan khidmat SERVIS pam selepas warranty. Technician kami sangat berpengalaman membaiki pam.
    Kami turut menyediakan khidmat rundingan mengenai pemilihan breast pump terbaik yang memenuhi keperluan anda dan kami mempunyai LAKTASI KAUNSELOR BERTAULIAH yang boleh membimbing ibu dalam penyusuan susu ibu.
    Masih buntu nak memilih pam, jangan risau kami mempunyai pakar pam susu dapat membantu anda?
    Nak cuba dulu sebelum beli? Boleh jer sis… just walk in ke cawangan kedai kami.
    Mencari sparepart pam?? Kami ada sparepart pam pelbagai jenama bawa je sparepart yang rosak tu senang nak cari nanti supaya tak salah membeli..
    ***Apa yang best di kedai kami ada ruang menunggu untuk bapa & anak kecil bebas bermain di ruang mini playground. (Shah Alam)
    *** Free breastfeeding kelas diadakan setiap sabtu jemput whasapp 0167447093 untuk temujanji.
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    TAK NAK POS? NAK AMBIL @ SELF COLLECT?
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    βœ“ Jika tidak mahu dipos, boleh walk in ke kedai kami di Kuantan Pahang dan di Alam Avenue 2 Shah Alam Selangor.
    ⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆⋆
    SHAH ALAM SELANGOR
    MOTHERS FIRST CHOICE
    C 11-1,ALAM AVENUE 2,
    JALAN SERAI WANGI L 16/L,
    SECTION 16,
    40200 SHAH ALAM,
    SELANGOR.
    (Kedai tingkat 1 atas kedai Nippon, sebelah Arise Farmasi, berhampiran PUSPAKOM, Mee Tarik Warisan Asli, Sebaris Ar-Rahnu. kedai facing jalan ke padang jawa, seksyen 16 dekat dengar seksyen 7 jemput ke kedai kami boleh ke Jakel sekali)
    (dibuka setiap hari jam 10am – 8.30pm)
    Office: 03-55232283. HP: 010-2493880 ( WA sahaja)
    CAWANGAN KUANTAN
    Mothers First Choice Kuantan (dibuka setiap hari 10am – 9pm)
    A53 Lorong IS 2,
    Taman Indera Sempurna,
    25150 Kuantan, Pahang.
    (Phone: 09-5124445 Whatsapp:010-9119013)
    Anda juga boleh membuat pembelian di website kami:
    –>> http://www.mothersfirstchoice.com.
    Googlemaps / Waze jer….–>> Mothers First Choice

  3. assalamualaikum.. anak saya baru 3 weeks, memang kuat niat nak susu kan sampai 2 tahun.. persoalan saya, kena guna pump ke? atau direct feed selalu dah mencukupi.. tolong share tips dan pengalaman 😊

    1. Waalaikumussalam. Depends kepada keadaan. Kalau kerja, selagi belum masuk kerja boleh direct feed aje. Tapi kalau susu sangat meria boleh la pam. Boleh mula kumpul stock susu utk buat EBM sebagai persediaan sebelum masuk kerja. Dah nak dekat habis cuti nanti boleh latih baby minum susu EBM dalam botol. Kalau tak bekerja maybe tak perlu pam atau buat EBM. Cumanya kena rajin direct feed dan bawak anak sama2 kemana2 saja selama 2 tahun. Macam saya dulu bukan jenis yang rajin pam. Ada la beberapa kali saja. Tapi sebab saya tak kerja dan tak suka basuh botol segala. So mana-mana pergi memang anak berkepit sekali.
      Hazrina Nasir recently posted…Kurus Cara Sihat Dan Selamat Dengan Produk Pelangsingan Cinch Inch Loss SetMy Profile

  4. Saya akui ibu breastfeeding baby ni sangat mencabar.terutama jika bekerja.syukur Ada set menyusu

    1. Betul. Supplement sangat-sangat membantu. Badan kuat, emosi sihat, semangat pun tinggi.

  5. Nice sharing. sayapun tengah berazam untuk full BF baby saya. Dah menjangkau setahun beberapa minggu.

    1. Best kan? Badan tak rasa cepat penat, emosi pun lebih stabil πŸ™‚

  6. Terima kasih sharing. Info yang sangat bermanfaat.

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu