12 Tips Ibu Hamil Kurangkan Rasa Mual Dan Pening Akibat Alahan Mengandung

Bila sebut mengandung apa yang  mula-mula sekali terlintas difikiran? Kalau saya lah, selain rasa gerun nak hadapi sakit bersalin, nak menghadapi fasa alahan mengandung tu pun rasa sangat mencabar juga. Dalam entry kali ni saya kongsikan tips untuk ibu hamil boleh cuba untuk kurangkan rasa mual, pening, loya tekak dan nak muntah akibat morning sickness. Morning sickness ni namanya je pagi tapi sebenarnya boleh jadi pada bila-bila masa sepanjang hari termasuk lah waktu malam.

Cara yang paling famous untuk hilangkan rasa mual masa mengandung dikalangan orang Malaysia terutamanya Melayu ni ialah makan asam boi kan? Benda yang rasanya masam masin manis ni unbelievable sangat membantu mengurangkan rasa pahit tekak dan nak muntah tu. Selain asam boi, yang biasa kita dengar ialah buah mangga muda, jeruk, buah epal hijau, air limau dan banyak lagi.

 

Ibu mengandung boleh cuba tips ini untuk kurangkan morning sickness.
Tips untuk kurangkan morning sickness untuk ibu hamil.

 

Kredit imej: Mum’s Grapevine

 

Tips Kurangkan Rasa Mual Dan Pening Akibat Alahan Mengandung

 

Punca morning sickness ni terjadi ialah sebab perubahan hormon dalam badan yang mempengaruhi kekuatan deria bau dan rasa. Jadi selalunya ada bahagian deria kita yang jadi terlebih sensitif atau kurang sensitif. So macam mana nak kurangkan rasa morning sickness ni?

 

1. Makan Lebih Kerap Tapi Sikit-Sikit

Masa mengandung selalunya kita jadi tak lalu makan. Kalau makan banyak pula rasa nak muntah. Tapi, janganlah sampai tak makan pula. Kalau tak nanti angin masuk perut lagi lah bertambah-tambah rasa mual dan loya  tu. Silap-silap kalau lambat makan, angin dah masuk kepala, boleh jadi pening pula. Jadi, make sure makan dengan lebih kerap tapi sikit-sikit.

 

2. Makan On Time

Makan on time ni penting supaya perut kita tak kelaparan dan angin tak masuk dalam badan. Lagipun masa mengandung penghadaman jadi lambat. Kalau lewat makan, boleh timbulkan rasa ketidakselesaan. Silap-silap boleh kena gastrik atau pedih ulu hati kalau selalu amalkan makan lewat. Kita pun susah nak jalankan aktiviti atau berehat. Pembuangan juga boleh jadi tak teratur dan boleh sebabkan sembelit.

 

3. Kunyah Sesuatu Dalam Mulut

Saya perasan, kalau mengunyah something dalam mulut mesti rasa loya tu hilang. Jadi saya selalu sediakan tidbits macam biskut, kuih, buah, gula-gula  atau apa-apa makanan ringan dan dibawa ke mana-mana. Lagipun rasa daripada makanan tu boleh kurangkan rasa pahit di tekak. Jadi mulut kita rasa lebih selesa.

Yang paling glamour asam boi lah kan yang ramai orang suka. Saya pun makan juga kadang-kadang. Tapi Vitamin C Chewable dan Peppermint Ginger Plus adalah pilihan yang lebih menyihatkan sebab terdapat nutrien yang baik untuk badan. Kalau asam boi tu ada perasa, pewarna, pengawet dan tiada zat yang berfaedah pun.

 

4. Sediakan Minyak Angin Atau Bauan Yang Sesuai

Masa mengandung saya tak suka bau-bauan apatah lagi minyak wangi. Tapi bau minyak angin memang sangat memberikan keselesaan dan melegakan rasa pening-pening tu. Pilihan saya selalunya Vicks Vapor Rub ataupun Minyak Cap Kapak. Kena sentiasa ada dalam handbag. Sapu je sikit di hidung bila-bila perlu. Boleh juga hidu buah lemon atau apa-apa bauan kegemaran. Sekarang ni dah ada essential oil. Boleh lah cuba.

 

5. Banyakkan Minum Air Kosong

Minum air yang mencukupi sangat penting supaya sistem dalaman badan dapat berfungsi dengan baik dan berjalan dengan lancar. Terutamanya di antara waktu makan, boleh minum sikit-sikit supaya penghadaman menjadi lebih lancar. Selain tu, minum air secukupnya dapat mengurangkan simptom-simptom ketidakselesaan yang dialami.

 

6. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Stress dan kelesuan boleh menyebabkan morning sickness jadi lebih teruk. Jadi sebolehnya dapatkan rehat yang mencukupi dan elakkan punca-punca tekanan.

 

7. Minum Teh Halia Atau Jus Lemon

Teh halia bagus untuk buang angin dalam badan. Manakala lemon pula beri rasa yang lebih selesa dalam mulut. Boleh minum panas atau sejuk ikut keselesaan. Lagi sedap kalau campurkan madu dan daun pudina. Kedua-dua minuman ni boleh mengurangkan rasa loya tekak. Nak senang, boleh ambil Peppermint Ginger Plus, rendam dalam air panas dan minum macam teh herba. Nak sedap lagi perah lah lemon dan campurkan madu.

 

8. Makan Makanan Seimbang Dan Menyihatkan

Masa awal-awal pregnancy selalunya kita jadi tak lalu makan. Tapi macam saya cakap tadi, mesti makan ikut waktu dan kalau tak boleh makan banyak, ambil sikit-sikit tapi kerap. Make sure makan makanan yang lengkap dengan semua kumpulan makanan seperti karbohidrat, protein, sayuran dan buah-buahan. Ambil dalam jumlah yang mencukupi yang diperlukan seorang dewasa setiap hari.

Pemakanan yang terjaga boleh beri rasa lebih bertenaga, penghadaman dan pembuangan yang lancar dan perut yang selesa. Kalau tak lalu makan, senaraikan dan usahakan untuk dapatkan makanan yang anda rasa suka nak makan. Tak apa lah makan benda yang sama pun hari-hari. Janji seimbang dan menyihatkan.

 

9. Elakkan Makanan Berangin, Pedas, Berempah, Berminyak, Berpengawet Dan Terproses

Makanan-makanan ini boleh menjadi punca ketidakselesaan seperti pedih ulu hati, angin, pedih perut, sembelit dan lain-lain. Kalau boleh elakkan pada waktu awal pagi atau lewat malam dan sewaktu fasa morning sickness masih dikemuncak.

Kalau dah tak ada morning sickness, boleh lah nak makan. Rasa sikit-sikit dulu tengok macam mana badan bertindak balas. Kalau rasa tak OK, ambil sikit saja atau jangan makan dulu. Namun cara masak yang sihat seperti rebus, grill, steam atau sup adalah lebih baik untuk kesihatan.

 

10. Berurut

Ahaa… orang mengandung ni hormonnya agak haywire. Waktu ni fikiran boleh jadi tak menentu, emosi boleh jadi tak stabil dan fizikal boleh jadi penat sangat. Memanjakan diri juga boleh membantu meredakan ketegangan urat saraf di badan dan bantu minda untuk lebih relax. Legalah sikit lenguh-lenguh kaki dan pening-pening kepala tu.

Boleh cuba dapatkan perkhidmatan urutan untuk ibu mengandung atau buat aromatherapy. Selain tu, suami jangan lupa beri lebih perhatian kepada isteri. Perlu lebih kerap beri kata-kata yang menyenangkan hati dan sentuhan serta belaian kasih sayang.

 

11. Ambil Makanan Tambahan

Makanan tambahan seperti prenatal vitamins sangat penting untuk pastikan ibu dapan bayi dalam kandungan dapat nutrien penting yang mencukupi contohnya seperti protein untuk kesihatan rahim, kalsium untuk pembentukan tulang, asid folik dan zat besi untuk penghasilan sel darah merah dan lain-lain.

Kalau tak cukup nutrien dan tak amalkan pemakanan seimbang, kesihatan mungkin boleh terjejas dan boleh timbulkan lebih banyak ketidakselesaan. Ambil makanan tambahan selepas makan di waktu yang sesuai. Kalau selalu muntah-muntah waktu pagi, ambil waktu tengahari atau petang.

 

12. Berkomunikasi Dengan Teman Rapat

Bercakap dengan pasangan atau teman rapat boleh membantu ibu meluahkan apa yang terbuku difikiran dan dihati. Seterusnya boleh menimbulkan perasaan selesa dan lebih gembira. Bila berkongsi, mungkin secara psikologi boleh mengurangkan rasa terbeban disebabkan kesihatan yang tak menentu akibat morning sickness dan membantu ibu rasa lebih sihat.

 

Oklah cukup dulu 12 tips ni. Siapa-siapa ibu mengandung yang sedang mengalami alahan kehamilan yang teruk, boleh lah cuba ye. Harap-harap dapat membantu memberi keselesaan dan ibu boleh jalani tempoh kehamilan dengan rasa lebih bertenaga, sihat, positif dan gembira. Kalau kenal siapa-siapa yang sedang merancang nak mengandung atau sedang mengandung, boleh kongsikan artikel ini dengan mereka.

Ohh jangan lupa kongsikan dengan pasangan juga! Harap-harap suami dapat lebih memahami dan tahu bagaimana nak bantu isteri masa tak sihat akibat morning sickness. Sokongan daripada orang-orang sekeliling insyaAllah dapat membantu memudahkan dan melancarkan ibu untuk menjalani proses kehamilan. Enjoy your pregnancy!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu