Hilangkan Rasa Loya Dan Nak Muntah Akibat Mabuk Hamil Tanpa Asam Boi

Macam mana nak hilangkan rasa loya tekak, pahit dalam mulut, perut melugai, nak muntah, mual dan pening, pedih di ulu hati dan yang seangkatan dengannya akibat mabuk hamil tanpa asam boi? Haa asam boi ni kudap-kudapan legend daripada zaman dulu dan memang jadi kegemaran ramai ibu mengandung untuk bantu kurangkan morning sickness. Tapi masalahnya asam boi ni sebenarnya kurang nutrisi menyihatkan melainkan rasanya tu diakui memang syok dan boleh buat ketagih.

Selain asam boi, antara kudap-kudapan lain yang common dinikmati ibu-ibu hamil ialah mangga muda cicah dengan asam boi, cicah garam, cicah kicap atau cicah belacan. Perghhh menaip ni saja pun dah mengences! Bukan tu je, gula-gula, jeruk buah-buahan dan makanan-makanan lain terutamanya yang ada rasa masam masin manis, memang mengjadi pilihan untuk kurangkan rasa alahan mengandung ni.

 

Alternatif untuk ibu hamil hilangkan rasa loya dan nak muntah masa mengandung tanpa asam boi
Siapa lah yang tak suka asam boi kan? Tapi untuk ibu hamil, ada pilihan kudapan yang lebih baik.

Kredit: Google Image

 

Sebenarnya tak salah pun nak ambil makanan ni semua. Tapi adalah lebih baik kita pilih makanan yang lebih berkhasiat, bersih, fresh dan bermanfaat untuk kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Lagipun kan biasa kita dengar, we are what we eat. Jadi masa hamil, sebahagian apa yang kita makan ni lah yang tutut akan menjadi darah daging anak dalam kandungan.

Antara tips untuk mendapatkan anak soleh solehah ialah memperbanyakkan amalan rohani, menjaga tingkah laku dan tutur kata, mengamalkan gaya hidup sihat, memelihara kesihatan, mengamalkan pemakanan seimbang dan lain-lain. Dan kalau nak tau daripada segi tips mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan yang disebutkan tadi, sebaiknya kita jaga betul-betul sumbernya.

Contohnya, beli makanan menggunakan sumber pendapatan yang halal, pastikan makanan tu segar dan berkualiti, dihasilkan dengan cara yang suci dan bersih, dimasak oleh tukang masak yang menitikberatkan kebersihan, menutup aurat dan berselawat semasa penyediaan makanan dan makanan tersebut tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak bermanfaat untuk kesihatan seperti perisa, pewarna dan pengawet sintetik.

Senang cakap, halalan toyyiban lah. Kalau kita dapat ambil makanan yang memenuhi kriteria di atas sebenarnya adalah lebih baik. Tapi mungkin kekangan keadaan dan situasi menyebabkan kita sukar untuk ikut 100%. Jadi satu cara yang mudah ialah, masa nak beli makanan, selain disebabkan rasa yang sedap, pilih lah mana satu yang lebih berkhasiat dan memberi manfaat untuk kesihatan.

Actually bukanlah tak boleh nak ambil kudap-kudapan ataupun jajan lain. Tapi pilihlah yang menyihatkan. So, sesekali waktu di rumah boleh selang selikan dengan buah-buahan ataupun salad campuran fresh yang dimakan dengan sos dressing macam Kewpie sesame dressing. Sedap tau! Tak percaya, kenalah cuba dulu. Ok?

Selain tu, boleh juga buat sendiri jeruk halia atau jeruk mangga yang diperap hanya menggunakan garam dan gula. Ehh, kerepek pisang, kerepek ubi, keropok ikan goreng, ikan bilis goreng, buah-buahan kering macam aprikot, kismis dan prune pun sedap dan berkhasiat untuk dimakan. Memang layan!

Ada banyak cara sebenarnya tips untuk ibu hamil kurangkan rasa mual dan pening, boleh baca entry saya yang lepas, 12 Tips Ibu Hamil Kurangkan Rasa Mual Dan Pening Akibat Alahan Mengandung.

 

Cara Hilangkan Morning Sickness Tanpa Asam Boi

 

Elakkan makan asam boi untuk hilangkan morning sickness semasa mengandung
Asam boi memang sedap tapi sayangnya sangat rendah nutrisi baik.

 

Tapi kalau nak senang lagi untuk hilangkan rasa mual atau loya sepanjang mengandung tu, boleh pilih dan simpan Chewable Vitamin C atau Peppermint Ginger Plus atau kedua-duanya sekali. Chewable Vitamin C ni rasa masam-masam buah dan senyap dikunyah memang boleh hilangkan rasa pahit lidah tu. Peppermint Ginger Plus pula rasa berangin dan kurangkan rasa mual dan pening-pening. Yang lagi special, dua-dua ni kaya dengan nutrien berkhasiat tau!

 

Kudapan sihat untuk hilangkan rasa mual dan pening akibat alahan mengandung
Jajan sihat untuk hilangkan rasa mual dan pening akibat alahan mengandung

 

Chewable Vitamin C dan Peppermint Ginger Plus ni bukan saja berguna untuk ibu mengandung. Tapi sesuai juga untuk semua golongan daripada kanak-kanak hinggalah dewasa, samada lelaki atau perempuan. Nak standby dalam beg masa perjalanan jauh pun sesuai sangat. Ada orang tak tahan naik kereta, bas, bot atau ferry lama-lama. So boleh kemam 2 jenis tablet ni.

 

Keistimewaan Vitamin Chewable C Plus

 

Chewable Vitamin C ni mempunyai rasa sitrus yang enak. Ditambah pula dengan serbuk rosehips, bioflavonoid sitrus dan hesperidin menjadikan fungsi Vitamin C ni sangat berkesan. Vitamin C memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan keseluruhan termasuk kesihatan gigi, gusi, tulang, darah, kulit dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh badan kita. Bila ibu makan Vitamin C, khasiatnya akan diperolehi oleh bayi dalam kandungan juga.

 

Vitamin C sebagai ganti gula-gula untuk hilangkan rasa loya masa mengandung
Vitamin C baik untuk kesihatan darah, kulit, tulang dll ibu dan bayi dalam kandungan

 

Lagi 1 habit orang mengandung ni kan suka makan gula-gula, tapi sayangnya gula-gula pun hampir tiada khasiat bermanfaat. Jadi lebih bagus hisap Chewable Vitamin C ni.

 

Vitamin C sebagai ganti gula-gula untuk hilangkan mual masa mengandung
Vitamin C dalam bentuk kunyah ni rasanya masam-masam buah. Memang layan!

 

Keistimewaan Peppermint Ginger Plus

 

Kalau Cheeable Vitamin C tadi mempunyai rasa sitrus, Peppermint Ginger Plus ni pula mempunyai rasa pudina dan berangin. Seperti yang kita tau, halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil boleh dihisap, kunyah atau juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas sebagai minuman herba semulajadi. Nak best lagi, perahkan madu dan lemon. Sure sedap!

 

Peppermint Ginger Plus baik untuk hilangkan pedih ulu hati dan rasa mual atau pening-pening
Peppermint Ginger Plus mempunyai rasa berangin dan beri keselesaan pada tekak dan badan.

 

Waktu mengandung, ada ibu hamil yang tak suka nak ambil ubat-ubatan. Jadi kalau selsema tu kadang-kadang rasa tak selesa sangat. Tapi dua-dua vitamin ni boleh bantu kuatkan sistem imun dan kurangkan simptom-simptom akibat demam, batuk, selsema dan ketidaklancaran penghadaman juga. Nak jalan-jalan pun senang letak je botol-botol comel tu dalam handbag. Very handy dan cepat. Bukan saja baik untuk kesihatan dan keselesaan ibu, tapi banyak manfaat jugak untuk bayi dalam kandungan.

Sebotol Chewable Vitamin C hanya berharga RM51.25 untuk 90 biji. Manakala Peppermint Ginger Plus hanya berharga RM47.50 untuk 90 biji. Untuk harga lebih jimat, boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan order di www.wasap.my/60192692301Mudah-mudahan, anda dapat nikmati tempoh kehamilan yang selesa, gembiran, tenang dan lancar, insyaAllah.

 

Ina Nasir

ID 951651

0192692301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu