Healthy Kids Set, Suplemen Terbaik Untuk Kuatkan Imun & Tingkatkan Fokus Kanak-Kanak & Pelajar

Semua ibu bapa mahukan anak-anak selalu sihat, aktif, bijak dan gembira kan? Pemberian suplemen seperti Healthy Kids Set bukan saja terbaik untuk bantu kuatkan sistem imun, tapi juga boleh bantu tingkatkan fokus kanak-kanak dan pelajar. Healthy Kids Set terdiri daripada vitamin-vitamin penting yang membantu menyokong keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar dan masih belajar.

Bila kita melabur dengan memberikan anak-anak tersayang makanan tambahan, sistem pertahanan badan dan kesihatan dapat dipertingkatkan, fungsi organ dan sistem dalaman anak dapat berfungsi dengan lancar, anak akan lebih bertenaga dan cerdas, minda lebih fokus dan lebih mudah menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan seterusnya anak dapat menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.

Anda ibu ayah yang sedang mencari-cari suplement untuk bantu anak lebih fokus semasa belajar, kurang letih, lebih cergas, kurang kekerapan jatuh sakit, lebih kuat sistem imun dan dapat membesar dengan baik?
Mencari-cari suplement untuk bantu anak lebih fokus semasa belajar, kurang letih, lebih cergas, kurang kekerapan jatuh sakit, lebih kuat sistem imun dan dapat membesar dengan baik?

Kredit: Google Image

Ramai ibu bapa tercari-cari apa jenis atau jenama produk untuk kesihatan kanak-kanak dan pelajar yang terbaik dipasaran. Kalau nak tahu, suplemen yang berasaskan bahan semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti pengawet, perasa dan pewarna tiruan, serta suplemen yang telah diuji keberkesanannya dan dijamin keselamatannya, adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak-anak.

Sebabnya kita bukan saja nak elakkan kesan sampingan jangkamasa panjang, tapi nak pastikan kesihatan anak terpelihara ke tahap optimum hasil pengambilan suplemen dalam tempoh jangkamasa panjang. Sebab tu lah penting untuk ibu bapa jangan beli sebarangan. Tapi pilihlah suplemen yang berkualiti dan dijamin memberi manfaat kepada anak-anak, seperti Healthy Kids Set daripada Shaklee ini.

Suplemen Healthy Kids Set Khusus Untuk Anak-Anak Yang Sedang Membesar Dan Pelajar

Seperti yang dicadangkan oleh pakar nutrisi Shaklee, Healthy Kids Set ini terdiri daripada beberapa jenis produk iaitu Multivitamin Vita-Lea For Children, Meal Shakes, Chewable Vita-C Plus, Lecithin, Omega Guard dan Nutriferon. Setiap produk mengandungi vitamin dan mineral penting dan mempunyai cara tindakan serta peranan masing-masing dalam tubuh badan anak.

Gabungan suplemen ini adalah sebagai satu sistem yang bukan saja dapat melindungi anak-anak daripada ancaman penyakit, tapi juga membantu anak-anak untuk perform dalam pelbagai segi, dan capai segala apa yang diimpikan. Jom kita tengok apa kepentingan setiap suplemen dalam set ini:

Multivitamin Vita-Lea For Children

  • Menggalakkan penyembuhan luka, memperbaiki fungsi sel dan organ badan, memberikan tenaga, mengatasi masalah kekurangan zat berkhasiat dan lain-lain.
  • Mengandungi 18 vitamin dan mineral yang melengkapkan keperluan nutrisi asas yang penting untuk keperluan tubuh anak yang sedang membesar dan belajar.
  • Berperisa anggur yang sedap.
  • Mesra sistem penghadaman kerana gluten free.
  • Dan mempunyai pemanis semulajadi daripada xylitol yang tidak menyebabkan karies dan kerosakan gigi kanak-kanak.

Meal Shakes

  • Membekalkan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu yang mudah diserap oleh sel badan.
  • Membekalkan sumber protein yang penting untuk membina sel, tisu, otot, tulang, kulit rambut etc bagi anak-anak yang sedang membesar.
  • Mengandungi asid folik, biotin, dan kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dalam proses pembesaran.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan jangkitan
  • Minuman berperisa vanilla yang mudah dibancuh dan sedap diminum.

Chewable Vita-C Plus

  • Memelihara kesihatan gusi, gigi, salur darah, saraf, jantung dan lain-lain.
  • Menyokong sistem pertahanan semulajadi dalam badan
  • Mengawal simptom selsema, batuk, asthma, resdung, allergy, eczema dan lain-lain
  • Merangsang penghasilan kolagen dalam badan
  • Membantu dalam penghasilan darah dalam badan
  • Memberi tenaga dan kecergasan
  • Berperisa sitrus dan mudah dikunyah, sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang sukar menelan dan juga bagi yang mempunyai perut sensitif

Lecithin

  • Menghalang pengumpulan lemak-lemak kolestrol dalam hati dan organ
  • Memelihara kesihatan kulit, rambut dan kuku
  • Mengandungi kolina yang membantu saraf-saraf berhubung dan menguatkan memori
  • Baik untuk memelihara kesihatan kardiovaskular
  • Membantu memperbaiki fokus
  • Membantu menstabilkan emosi dan memperbaiki daya ingatan

Omega Guard

  • Mengandungi 7 spektrum penuh khasiat minyak ikan
  • Bebas daripada pencemaran logam berat berbahaya
  • Mengandungi 100% minyak ikan tulen
  • Membantu mengawal kesihatan kardiovaskular
  • Meningkatkan metabolisme tubuh
  • Bersifat anti radang dan boleh mengawal bengkak, allergy, resdung, astma, eczema dan lain-lain
  • Membantu menguatkan memori dan meningkat fokus
  • Menggalakkan keseimbangan emosi
  • Menggalakkan kecerdasan otak untuk berfikir

Nutriferon

  • Meningkatkan sistem imun badan dengan pantas dalam masa 3 hari
  • Membantu sistem pertahanan badan melawan kuman jangkitan penyakit dan melindungi tubuh daripada menjadi lebih mudarat
  • Memberi tenaga, menghilangkan stress dan kelesuan
  • Melindungi daripada influenza dan mengurangkan kesan jangkitan akibat Hepatitis B dan C

Healthy Kids Set Untuk Siapa?

Set vitamin untuk kanak-kanak, Healthy Kids Set sesuai untuk semua peringkat kanak-kanak yang sedang membesar atau masih belajar sehinggalah peringkat akhir usia remaja. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak dalam kategori di bawah, adalah digalakkan mengambil suplemen ini untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum:

  • Anak-anak yang sihat dan mahu memelihara dan mengekalkan tahap kesihatan ke paras optimum dalam tempoh jangka panjang
  • Anak-anak yang berpenyakit atau banyak bergantung kepada ubat daripada masa ke semasa
  • Anak-anak yang picky eater, cerewet, susah makan, memilih makan
  • Anak-anak yang sangat kurus dan kekurangan zat ataupun yang obes tetapi mengamalkan pemakanan tidak seimbang
  • Anak-anak yang cepat letih, lesu, kurang fokus, mudah lupa dan sukar memberi tumpuan dalam kelas
  • Anak-anak yang cergas dan banyak bersukan atau menjalankan aktiviti luar
  • Anak-anak yang selalu jatuh sakit atau baru lepas menjalani pembedahan

Labur Dan Pilih Suplemen Yang Betul Untuk Anak – Terbukti Semulajadi, Selamat & Berkesan

Bagi ibu bapa yang sedang tercari-cari suplemen apa nak beri kepada anak-anak, berikut adalah Healthy Kids Set yang merupakan pilihan vitamin terbaik untuk kanak-kanak dan anak-anak yang sedang belajar. Bukan saja vitamin-vitamin ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tapi juga selamat dan terbukti berkesan dapat memberi kebaikan kepada kesihatan jangka panjang.

Healthy Kids Set vitamin untuk kanak-kanak bantu kuatkan sistem imun badan dan tingkatkan fokus untuk mudahkan anak-anak belajar.
Healthy Kids Set bantu kuatkan sistem imun tubuh anak-anak yang mudah batuk, demam, selsema atau menghidap asthma, eczema dan allergy.

Jangan berkira untuk melabur demi kesihatan anak-anak. Membekalkan anak-anak dengan vitamin dan mineral penting setiap hari adalah salah satu ikhtiar pencegahan penyakit. Kalau anak tak sihat, mesti mak ayah juga yang sangat susah hati. Bahkan kos mengubati pun sebenarnya bukanlah murah juga. Betul tak?

Jadi bagi ibu bapa yang berminat, boleh hubungi saya di 019 269 2301 untuk pertanyaan lanjut dan order set vitamin Healthy Kids ini. Saya boleh juga sesuaikan mengikut bajet dan keadaan kesihatan anak-anak masing-masing insyaAllah.

Ina Nasir

ID 951651

019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu