ESP, Zinc, Multivitamin For Kids Untuk Promosi Shaklee Mac 2015

Hello March! Alhamdulillah promosi Shaklee bulan Mac 2015 diteruskan dengan Energizing Soy Protein (ESP), Zinc Complex dan juga Vita-Lea For Children With Improved Formula. Lengkap untuk manfaat seisi keluarga! Ada vitamin untuk ayah, untuk ibu dan juga untuk anak-anak. Tambahan dimusim panas luar biasa ni, memang digalakkan ambil supplement yang boleh bantu kuatkan sistem imun supaya tak mudah dijangkiti penyakit.

Okay jom saya cerita sikit apa promosi-promosi yang ada dan siapa yang perlu ambil peluang dapatkan vitamin-vitamin ni.

Promosi ESP Shaklee
Promosi Shaklee Bulan Mac 2015

 

Siapa Perlu Grab Promosi ESP? (Beli 6 Percuma 1 Atau Beli 2 Diskaun 5%)

 

Faedah protein soya Shaklee adalah sangat meluas dan boleh memberi manfaat kesihatan kepada pelbagai golongan. Antaranya ialah penghidap diabetes, penghidap sakit jantung, penghidap darah tinggi dan hypertension, wanita usia pertengahan sebelum mengalami menopause, wanita yang ingin menjaga kecantikan dan nak awet muda dan ramai lagi.

Selain daripada individu-individu di atas, individu-individu di bawah juga boleh merasai manfaat besar daripada pengambilan ESP:

1. Ibu hamil – Sumber protein ESP adalah bagus untuk menggalakkan perkembangan bayi yang baik dalam kandungan. Protein sangat diperlukan untuk pembinaan rambut, kuku dan kulit yang sihat.

Vitamin ibu hamil
Protein membantu menyokong rahim yang kuat untuk tampung perkembangan bayi yang kuat dalam kandungan.

2. Pasangan merancang untuk hamil (trying to conceive) – Protein membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat. Sel tubuh yang sihat membantu menyokong sel, tisu dan organ untuk berfungsi dengan baik dan sempurna. Organ reproduktif yang sihat membantu menyokong kejayaan proses kehamilan. Pasangan yang mempunyai masalah kesuburan digalakkan ambil ESP

3. Menguatkan sistem imun – ESP mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk menyokong fungsi dan perjalanan keseluruhan sistem tubuh agar berfungsi dengan lancar dan sempurna. Sistem tubuh yang efficient menyokong sistem pertahanan tubuh yang kuat untuk melawan serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit.

4. Ibu bersalin dan berpantang – Protein adalah sangat baik untuk pemulihan tisu-tisu yang luka atau rosak semasa proses kehamilan. Masa melahirkan anak tubuh ibu mengalami pressure yang hebat sebab bekerja keras nak lahirkan baby. Jadi ESP bantu menstabilkan hormon dan pemulihan dalaman tubuh ibu.

5. Ibu menyusukan anak (breastfeeding) – Ibu yang menyusukan anak dengan susu badan memerlukan lebih protein berbanding ibu yang tak menyusukan anak dengan susu badan. Protein penting untuk membantu penghasilan susu badan yang optimum untuk bayi. Bayi yang minum susu ibu juga boleh dapat nutrien baik untuk tumbesaran daripada pemakanan ibu.

6. Atlit sukan , penghidap gastrik, orang yang berpuasa – ESP membantu mengurangkan rasa lapar dan mengekalkan rasa kenyang berpanjangan. Ini kerana molekul protein yang panjang dan kompleks mengambil masa lama untuk dihadamkan. Jadi kita tak mudah rasa lapar. Atlit sukan, orang puasa, penghidap gastrik adalah sangat digalakkan mengamalkan ESP.

 

Siapa Perlu Grab Promosi Zinc Complex? (Beli 3 Percuma 1)

 

Zinc juga tak kurang hebatnya! Zinc sangat sinonim dengan kesihatan orang lelaki tapi sebenarnya untuk orang perempuan pun sangat baik diamalkan.

Antara individu-individu yang boleh dapat banyak faedah sekiranya mengamalkan zinc ialah:

1. Lelaki atau suami yang mempunyai masalah kesuburan – Zink membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki jika diambil secara konsisten. Sebab zink memperbaiki masalah impoten dan bilangan sperma rendah. Zink yang mencukupi penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

masalah kesuburan lelaki
Menjadi impian setiap lelaki yang dah berkahwin untuk jadi bapa. Tapi jangan biarkan impian terhalang kerana masalah kesuburan yang tak diberi perhatian.

2. Penghidap masalah prostat – Kajian menunjukan pengambilan zink secara konsisten dapat mengurangkan prostatomegaly ataupun pembengkakan prostat. Zink juga memperbaiki keadaan kerap terkencing.

3. Individu yang baru menjalani pembedahan – Zink baik untk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran.

4. Penghidp radang kulit seperti jerawat – Kajian menunjukkan pengambilan zink boleh memperbaik radang kulit seperti acne dan jerawat malahan allergy dan juga bintik-bintik dikulit.

5. Penghidap diabetes – Zink membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.

 

Siapa Perlu Grab Promosi Vita-Lea For Children With Improved Formula (Beli 3 Percuma 1)

 

Vita-Lea for Children adalah multivitamin dalam bentuk kunyah dengan perisa anggur khas untuk kanak-kanak dengan formula diperbaharui. Multivitamin dengan vitamin dan mineral lengkap ni menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat untuk anak-anak tersayang. Yang bestnya vitamin ni bebas daripada gula, pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Ia tak merosakkan gigi anak-anak tau.Jadi siapa perlukan vitamin ni?

1. Anak-anak yang sedang membesar dengan pesat – Multivitamin kanak-kanak ni lengkap dengan vitamin dan mineral perlu yang penting untuk menyokong keperluan sel, tisu dan otot anak-anak yang sedang pesat membesar dan berkembang dengan optimum.

Kuatkan imun anak
Anak sihat ibu gembira. Tapi bila anak sakit mesti ibu orang yang paling susah hati kan?

2. Anak-anak yang selalu sakit seperti demam, batuk dan selsema – Multivitamin dapat membekalkan nutrien baik yang mana dapat membantu sel berfungsi dengan lebih efisyen. Fungsi tubuh yang baik boleh kuatkan lagi sistem imun dan membantu tubuh lawan jangkitan penyakit.

3. Anak-anak yang mengidap penyakit dan bergantung dengan ubat seperti asthma – Anak-anak yang sakit mempunyai imun yang lemah dan sangat memerlukan nutrien baik sebab ianya dapat membantu proses pemulihan dengan lebih cepat dan membantu menguatkan tubuh badan.

4. Anak-anak yang kerap bersukan dan aktif dengan aktiviti luaran – Anak-anak ini terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran dan pencemaran seperti cahaya UV, udara dan air yang kotor. Semua ni boleh mendedahkan tubuh dengan serangan radikal bebas. Multivitamin membantu kuatkan imun dan lindungi tubuh daripada serangan penyakit dan bakteria serta virus.

5. Anak-anak yang ditinggalkan di nursery terutamanya yang masih kecil – Anak-anak kecil mudah terkena jangkitan sebab sistem imun mereka tak sekuat orang yang lebih besar. Jadi jangkitan sangat mudah merebak kalau tubuh anak sedia lemah dan anak akan mudah jatuh sakit. Tambah-tambah lagi anak-anak kecil belum pandai jaga kebersihan dan ramai yang memilih makan. Vitamin dapat bantu pastikan anak dapat nutrien yang secukupnya.

 

Saya dah kongsikan serba sedikit manfaat utama setiap vitamin promosi ni. Memang banyak kebaikan dan faedahnya untuk kesihatan kan? Masa promosi ni lah masa terbaik nak cuba sebab kalau didarab bahagi memang boleh jimat banyak sangat. Silap-silap boleh dapat keahlian percuma dan cash rebate lagi!

Saya tau ada yang tak tau mana satu vitamin yang sesuai untuk diambil bersesuaian dengan tahap kesihatan sendiri. Dan saya yakin ada yang nak grab vitamin-vitamin ni dengan harga promosi dan nak tau lanjut. Hubungi saya sebelum 28 Mac 2015 untuk tak terlepas dapatkan vitamin pilihan dengan harga menarik ok! 😉

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu