6 Tips Atasi Masalah Jerawat Dan Hilangkan Parut Yang Hodoh Di Muka

Jerawat oh jerawat. Saya faham sangat perasaan dan konflik dalam diri macam mana seksanya hadapi masalah jerawat. Betapa desperatenya orang berjerawat mencari tips nak atasi masalah jerawat. Jenuh fikir nak hilangkan parut yang hodoh tu lagi. Alhamdulillah sekarang walaupun umur dah masuk 30an dan masih ada jerawat tapi tak lah macam zaman anak dara dulu. Mungkin sebab faktor usia jadi jerawat pun dah segan-segan nak keluar.

Dah tengok video di atas? Haa Puan Farizan dalam video ni terseksa 7 tahun sebab jerawat sebelum jumpa penyelesaian kepada masalah beliau. Ni saya share pula kisah saya dan cuba lah kira agak-agak berapa lama dah saya terseksa? Muka saya betul-betul OK rasanya bermula tahun 2008 *Nangisss!*

 

Kisah Jerawat Dan Saya

 

Kisah sejarah jerawat saya ni bermula masa di Tingkatan 3 iaitu tahun 1998. Saya percaya perubahan hormon yang pesat masa umur 15 tahun tu yang jadi punca pimples dan acne breakout yang berleluasa. Lagipun masa tu stress dengan nak peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan badan tengah alami tumbesaran yang pesat. Perubahan hormon tengah rancak kata orang. Jadi jerawat tumbuh subur dimuka.

Sepanjang tempoh tu macam-macam benda saya dah cuba. Ada yang ok dan ada yang tak. Pengalaman buruk pun ada menyebabkan saya terpaksa tanggung kesan jangka panjang sampai sekarang. Apalagi kalau bukan parut kekal. Saya pun tak sangka jadi macam tu. Andai lah masa tu boleh diputar balik.

Tip rawat masalah jerawat dan hilangkan parut jerawat
Kalau tak nak muka berparut, hentikan habit suka picit jerawat.

 

Tapi benda dah jadi. Kesal kemudian tiadalah gunanya. Nasib baik lah exboyfriend saya yang kenal saya masa tu terima saya adanya. Entah celah mana dia rasa saya ni comel agaknya. Dan sebab tak kisah dengan parut-parut jerawat tu lah dia boleh kahwin dengan saya. Nasib baik mak andam pandai tutup cela bekas-bekas jerawat.

Sebab tu saya semangat sangat nak kongsi dengan mereka-mereka yang senasib dan juga terutamanya adik-adik yang masih muda. Sekurang-kurangnya maklumat yang saya kongsikan ni dapat bantu anda buat keputusan yang betul untuk elakkan keadaan jadi lebih teruk. Pilih cara yang yang selamat, jimat, tak memudaratkan dan akhirnya buat anda gembira.

 

Rawat Masalah Jerawat Dengan Hati-Hati

 

Memandangkan dalam adik-beradik, saya saja anak perempuan tunggal, mak ayah saya pun banyak juga lah berhabis nak rawat masalah muka saya ni dulu. Terutamanya masa saya masih belajar. Antara rawatan untuk jerawat yang saya pernah cuba ialah:

1. Guna macam-macam produk penjagaan wajah – Saya bertukar daripada satu produk ke satu produk. Pernah terguna produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya macam hidroquinon dan menyebabkan kulit menggelupas teruk.

2. Ambil ubat jerawat di klinik dan makan antibiotik – Tapi lepas beberapa bulan saya berhenti sebab tak nak bergantung dengan ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.

Makan ubat untuk jerawat
Bagi masalah acne yang teruk pakar kulit mungkin akan suggest untuk makan antibiotik

3. Buat chemical peeling di klinik swasta – Sekali rawatan saja kosnya dah beratus-ratus sedangkan waktu tu saya cuma student university! Masa buat tu pedihnya. Dan kena makan ubat juga. Jadi lepas 3 kali saya berhenti.

4. Lap dan tuam muka dengan kain suam dan air panas, pakai mask putih telur, letak limau, letak rempah-rempah tertentu – Ada yang ok dan ada yang tak ok. Tapi sebenarnya tak lah membantu sangat dan akhirnya kulit jadi makin radang. Mungkin cara saya tak betul atau over-doing it.

5. Guna sabun jerawat yang dibeli di farmasi – Untuk seketika ianya membantu tapi lama-lama sangat mengeringkan dan menipiskan kulit.

Dan kesilapan saya yang paling besar ialah:

6. Buat rawatan wajah atau facial dengan orang yang tak mahir – Saya pernah buat rawatan di saloon tapi malangnya beautician tersebut bukan seorang yang mahir menyebabkan muka saya bengkak dan penuh dengan bintik-bintik parut. Kulit saya jadi merah dan radang macam udang kena bakar. Parut ni kekal berbulan-bulan dan mana-mana saya pergi, orang pandang. Tak tipu!

Produk kecantikan yang digunakan pula rupanya sangat kuat dan bagi kesan pada jangka masa panjang. Pernah sekali masa jalan-jalan di pasar malam ada mamat nakal tiba-tiba keji saya kata muka saya buruk! Waaa! Housemate saya terus peluk dan pujuk saya. Tapi saya masa tu dah pasrah tahap langit ke lapan. Huk huk!

Tapi mana lah saya tau nak jadi macam tu kan. Nasi dah jadi bubur, tak boleh nak patah balik!

 

Parut Makin Hilang, Harapan Nak Cantik Kembali Bersinar!

 

Tapi entah macam mana satu hari saya ditakdirkan berjumpa dengan beautician di sebuah salun kecantikan. Aunty tu kesian tengok saya. Siap offer nak buatkan rawatan dan bagi diskaun. Dia lah banyak nasihatkan saya. Katanya muka berjerawat ni kalau banyak blackhead dan whitehead ni kena buat facial. Buang keluar kekotoran. Ibarat longkang tersumbat. Kalau dibiarkan akan terus kotor walaupun kita cuba tutup.

Longkang katanya…

Tapi Alhamdulillah lepas beberapa kali rawatan memang muka saya makin baik. Parut kehitaman dah makin nipis. Pori-pori besar, blackhead dan whitehead makin kurang. Ya Allah of course lah saya happy sangat! Katanya lagi muka ni pun perlu maintenance. Produk kita guna ikut keadaan dan progress muka. Macam bangunan lah. Bila kotor kita cuci guna berus. Lepas tu bila dah bersih guna penyapu saja untuk maintain bersih.

Bangunan pulak dah…

Produk yang digunakan adalah daripada Canada dan takde dijual di kedai-kedai di Malaysia ada di pusat rawatan wajah terpilih je. Salun yang saya pergi ni di Kota Kinabalu, Sabah. Masa ni keluarga saya menetap di sini. Jadi lepas beberapa tahun saya stop guna produk tu sebab tinggal di luar negara dan susah nak beli. Lagipun boleh tahan mahal harganya.

 

6 Tips Atasi Jerawat Yang Perlu Diutamakan

 

Orang-orang muda dan anak-anak remaja terutamnya mesti stress tahap gaban bila tiba-tiba ada masalah jerawat ni. Tapi dalam keadaan terdesak jangan terburu-buru buat tindakan yang memburukkan lagi keadaan. Sepanjang pengalaman merawat jerawat, tips utama yang sangat membantu ialah:

1. Pilih Produk Penjagaan Kulit Wajah Yang Sesuai – Saya pernah cuba nak beli set penjagaan muka yang terkenal dan mahal tapi dinasihatkan oleh saleswoman tu kulit muka saya muda sangat lagi dan tak perlu guna produk yang kuat. Dia nasihatkan saya guna produk yang lembut, natural dan selamat untuk kulit remaja. Tak semestinya kena beli yang mahal!

2. Buat Rawatan Facial – Pergi ke pusat rawatan wajah ataupun spa kecantikan yang mahir dalam rawatan kulit. Kadang-kadang kita ada masalah blackhead, whiteheat, jerawat batu dicampur pula dengan resdung dan sebagainya. Jadi mereka ni akan bantu buang dan rawat jerawat tanpa memudaratkan kulit muka. Bayaran pun tak mahal sangat lebih kurang RM60 saja. Buat facial sebulan sekali saja pun dah cukup. Tapi hati-hati pilih tempat facial. Pastikan mereka memang mahir ok dan ada kelulusan bidang berkaitan.

Facial treatment di spa kecantikan muslimah
Memang besttt sangat buat facial. Rasa tenang, relax dan hilang stress masa rawatan. Silap-silap boleh tertidur!

3. Minum Air Kelapa – Saya dinasihatkan supaya rajin-rajin minum air kelapa. Dia kata tak perlu membazir duit beli macam-macam yang mahal-mahal. Minum air kelapa original sekali seminggu pun ok. Dan juga green tea. Tujuannya untuk detoks keluar toksin-toksin dalam badan yang boleh jadi punca jerawat.

4. Bertenang Dan Take It Easy! – Adalah normal bagi remaja yang sedang alami perubahan hormon mendadak alami masalah jerawat. Makin lama jerawat ni akan hilang. Enjoy proses tumbesaran semulajadi tubuh sendiri. Pandang jerawat daripada sudut positif. Tugas jerawat ialah buang keluar kekotoran dalam badan. Adalah lebih baik kotoran tu keluar daripada terkumpul dalam badan. Makin dewasa hormon makin stabil dan jerawat makin kurang.

5. Jaga Pemakanan – We are what we eat. Jerawat boleh dipengaruhi oleh amalan pemakanan. Saya elakkan dan makan secara disiplin makanan yang boleh jadi punca allergy dan jerawat contohnya makanan laut macam ketam, udang, kerang. Saya lebihkan makan sup dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Punca muka berjerawat
Orang kata suka makan coklat antara sebab punca jerawat terjadi

6. Pakai Mask Berasakan Clay – Saya dapat tau amalan guna clay mask boleh bantu kurangkan kemerahan dan radang jerawat serta kecutkan jerawat. Dalam masa sama clay ni ada bahan yang boleh serap minyak berlebihan pada kulit. Boleh amalkan seminggu 2 kali dan biarkan clay mask tu kering selama 30-45 minit setiap kali. Boleh cari di farmasi atau kedai clay mask yang berasakan tumbuhan dan lagi best kalau ada ekstrak mint yang boleh sejukkan dan tenangkan kulit.

Memang lah tak best kalau ada jerawat. Tapi dengan pendekatan yang betul boleh membantu mengurangkan masalah jerawat dan elakkan daripada jadi lebih teruk. Kalau setakat ada sikit-sikit tu biasa lah kan.

 

Shaklee Kawan Baik Kulit Muka Saya Hingga Sekarang

 

Lepas daripada tu, saya tercari-cari produk penjagaan kulit yang sesuai dan tak mahal sangat. Yang penting selamat tanpa bahan kimia bahaya. Mak saya cadangkan guna Shaklee. Saya terus beli satu set produk skincare Enfuselle Shaklee dan mula guna tahun 2006. Dalam masa sama saya amalkan makan vitamin Shaklee. Sebab bila baca, nutrien tertentu memang boleh bantu kawal pertumbuhan jerawat.

Sangat penting sebenarnya berusaha amalkan nutrien yang baik untuk kulit. Sebab kecantikan dan kesihatan bermula daripada dalam badan. Bila dalaman sihat insyaAllah akan terserlah pada luaran. Antara vitamin yang saya ambil ialah:

1. Vitamin B Complex – Memperbaiki salurah darah pada kulit dan menjadikan sel kulit lebih sihat sebab dapat bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk pemulihan. Menyebabkan kulit kelihatan lebih bermaya dan tak kusam.

2. Vitamin C – Membantu mengawal bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan radang kemerahan akibat jerawat. Ianya juga antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari dan radikal bebas.

 

Amalkan Vitamin C untuk petua awet muda
Vitamin C memang terkenal daripada dulu sangat baik untuk kecantikan kulit

3. Alfalfa Complex – Agen detoks lembut yang menyingkirkan keluar semua toksin dan kotoran daripada badan menjadikan saluran darah lebih bersih. Membantu mengurangkan masalah jerawat, sinus, resdung, alahan dan sebagainya.

4. Zinc – Kajian menunjukkan zink dapat memperbaiki radang pada kulit seperti jerawat, allergy dan luka pada kulit.

5. Garlic – Antibiotik semulajadi yang menguatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan penyakit dan serangan kuman yang menyebabkan sinus, allergy, selsema, kulat dan sebagainya.

Optional

6. GLA Complex – Membantu menyeimbangkan hormon, melegakan simptom PMS dan Menopause, memperbaiki tekstur dan penampilan kulit.

7. Vitamin E – Memperbaiki parut akibat jerawat, antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang lebih banyak akibat radikal bebas, melembutkan dan melembapkan kulit. Terbaik untuk hilangkan parut jerawat.

Vitamin E kurangkan parut jerawat
Vitamin E pula memang dah terkenal dengan kelebihannya mampu menghilangkan kesan parut.

8. ESP – Kaya dengan asid amino protein yang sangat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel, kuku, rambut yang sihat. Seterusnya menipiskan parut dan melegakan luka. Terbaik untuk gantikan sel kulit yang rosak dan nipiskan parut lama.

 

Alhamdulillah memang serasi dengan saya produk Shaklee ni. Mungkin sebab produk Shaklee memang takde bahan kimia sintetik bahaya jadi memang takde kesan buruk jangka masa panjang. Dah hampir 7 tahun dah saya guna skincare Shaklee dan vitamin untuk kulit. Parut-parut lama dah nipis dan jerawat dah tak tumbuh macam muda-muda dulu.

Jangan ambil ringan masalah jerawat terutamanya kalau ada masalah eczema dan resdung yang teruk. Sebab kalau dibiarkan boleh jadi lagi teruk dan tak mustahil terjadi parut kekal pada wajah. Tambah-tambah lagi kalau suka picit jerawat. Tu yang ada orang muka berlubang-lubang. Jangan korek! Cuba amalkan tips yang saya share tadi dan kalau mengalami jerawat kronik ataupun radang kulit, segera jumpa pakar kulit.

Saya faham sangat sebab saya pun pernah alami. Rasa buntu, frust. Semua dah pernah rasa. Jangan susah hati kalau ada jerawat. Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi dan info lanjut tentang produk Shaklee yang sesuai. Bila cuba vitamin untuk jerawat bagilah sikit masa untuk nampak perubahan positif. Dalam masa sama kena lah disiplin dan amalkan gaya hidup sihat.

Amalkan minum banyak air kosong dan elakkan stress. Dan rajin-rajin lah cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebab kebersihan penting untuk kulit yang sihat 😉

 

 

You Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651),

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has 11 Comments

  1. Anda memiliki masalah kulit? bingung harus konsultasi dengan dokter? Silahkan konsultasi di Website dokterkulitdhelya.com

    Anda ingin tampil lebih cantik tanpa masalah di kulit wajah? kunjungi dokter kulit dhelya widasmara di Malang. Informasi buka website dokterkulithelya.com

    Ingin baca artikel seputar kecantikan kulit? atau tanya jawab seputar kesehatan? Buka dokterkulitdhelya.com

  2. Saya juga ada masalah yg sama dgn sis..boleh tahu di mana tempat facial yg sis cadangkan tu..

    1. Tempat facial tu di Kota Kinabalu Sabah. Saya pun dah tak ingat apa nama tempatnya. Kali terakhir pergi lebih 10 tahun lepas. Ada banyak tempat facial yang bagus. Pastikan pusat kecantikan tu staffnya beautician terlatih dan produk yang dia guna adalah selamat.

  3. Assalam, boleh saya tahu nama tempat facial tu? Sebab saya tinggal kat kk

    1. Salam. Tempatnya di Centre Point KK. Saya tak ingat apa nama tempat tu sebab dah 10 tahun tak pergi sana. Tapi dia guna produk Labaratoire Dr Renaud.

      1. Terima kasih!! 🙂

  4. Nama facial tu Helen Beauty Reflexology ka?

  5. leceh kan bila jerawat keluar…bebekas lagi

    1. Haah tak selesa. Kalau yang besar tu sakit pulak lagi hehe

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu