Produk Penjagaan Dan Kesuburan Rambut Prosante Bantu Atasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut gugur adalah perkara common yang dihadapi ramai orang. Banyak faktor yang boleh jadi punca rambut gugur. Contohnya ibu lepas bersalin ramai hadapi masalah ni berpunca daripada perubahan hormon. Antara langkah yang boleh kita buat untuk atasi keguguran rambut ialah amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan dalaman dan guna produk penjagaan dan kesuburan rambut yang sesuai.

Atasi masalah rambut gugur
Produk penjagaan dan kesuburan rambut Prosante bebas daripada bahan kimia bahaya sesuai untuk seisi keluarga dan ibu mengandung

 

Produk Penjagaan Dan Kesuburan Rambut Prosante Shaklee

 

Selain vitamin, produk pencucian, produk penjagaan rumah dan produk penjagaan kulit wajah, Shaklee juga ada produk untuk penjagaan dan kesuburan rambut iaitu Prosante Shaklee. Prosante Shaklee dicipta dengan fokus utama untuk menjadikan kulit kepala sihat. Sebab kulit kepala yang sihat merupakan asas kepada rambut yang sihat.

Oleh sebab tu, setiap produk Prosante Shaklee mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk:

  • Rambut yang sihat
  • Rambut yang lebat
  • Rambut yang menawan

 

Set Prosante mengandungi bahan-bahan seperti:

1. Ekstrak swertia dan halia – Untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut

2. Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink dan mangan serta vitamin A dan E – Untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat

3. Minyak daun pokok teh serta ektrak teh hijau – Untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.

 

Set penjagaan rambut Prosante tidak mengandungi bahan kimia yang kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala. Untuk penjagaan yang lebih menyeluruh daripada dalam, nutrien tertentu macam Zinc, B Complex dan protein sangat baik untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan kurangkan masalah keguguran rambut.

 

Perbezaan Prosante Shaklee Berbanding Jenama Lain

 

Prosante Nourishing Scalp Treatment merupakan formula eksklusif yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semulajadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem penjagaan rambut Prosante.

 

Produk-produk yang terdapat dalam rangkaian Prosante Shaklee ialah:

1. Nourishing Scalp Treatment (59ml – Untuk semua jenis rambut)

Produk rawatan kulit kepala
Nourishing Scalp Treatment Shaklee
  • Menyelesaikan masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
  • Antioksida bagi vitamin A dan E serta Koenzim Q10 melindungi kulit kepala daripada radikal bebas.

 

2. Revitalizing Shampoo (296ml – Untuk semua jenis rambut)

Shampoo untuk rambut bermasalah gugur dan kelemumur
Revitalizing Shampoo Prosante Shaklee
  • Melembutkan kutikel rambut dan membuatkan rambut lebih beralun
  • Menyebarkan dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa penghidratan berlebihan atau pengeringan

 

3. Purifying Shampoo (237ml – Untuk semua jenis rambut)

Shampoo untuk suburkan dan lebatkan rambut
Purifying Shampoo Prosante Shaklee
  • Membersih hingga ke akar rambut, membuang baki produk gayaan rambut, pertambahan mineral dan bahan cemar alam sekitar yang yang lain
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

 

4. Replenishing Conditioner (237ml – Untuk semua jenis rambut)

Perbaiki masalah rambut rosak dan bercabang
Replenishing Conditioner Prosante Shaklee
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan (pengekal kelembapan) yang berasal dari alam semulajadi

 

5. Lightweight Conditioner (296ml – Untuk semua jenis rambut)

Melembabkan rambut dan elakkan rambut kering
Lightweight Conditioner Prosante Shaklee
  • Melicinkan dan melembabkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Membuat rambut kelihatan tebal, berkilat dan bersinar

 

6. Long Lasting Finishing Spray (237ml – Untuk semua jenis rambut)

Mengekalkan gaya rambut
Long Lasting Finishing Prosante Shaklee
  • Pegangan sederhana untuk mengekalkan gaya dan jagaan rambut
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

 

Ada macam-macam rawatan rambut dipasaran yang boleh kita cuba. Tapi kebanyakan produk yang ada mengandungi banyak bahan kimia yang kuat. Bahan kimia ni boleh meresap masuk dalam kulit. Sebaiknya pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi dan free daripada bahan kimia bahaya. Terutamanya ibu mengandung semestinya nak jaga kesihatan diri sebaik mungkin dan nak jauhkan sebarang kemudaratan semampu mungkin kan.

Produk Prosante Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur dan semua golongan tak terhad kepada rambut bermasalah saja. Formulasinya dah terbukti melalui ujian klinikal berkesan dalam membantu melebatkan rambut. Kalau nak tau dengan lebih lanjut ataupun produk Prosante yang mana sesuai untuk masalah rambut anda, boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut dan cadangan produk yang tepat 🙂

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu