6 Tips Elak Sembelit Dalam Pantang Supaya Tak Serik Nak Hadapi Pengalaman Selepas Bersalin

Sembelit teruk selepas bersalin adalah pengalaman yang paling menyeksakan bagi saya dalam tempoh berpantang. Terus-terang cakap masa menghadapi tu buatkan saya terfikir rasa serik nak mengandung dan bersalin lagi. Seksa sangat! Saya dah bersalin 3 kali jadi dah 3 kali tu juga lah saya alami masalah sembelit teruk. Walau macam mana pun pengalaman kali ke 2 dan ke 3 tak lah teruk sangat sebab saya dah ada pengalaman sebelum tu.

Masa kali pertama bersalin adalah paling teruk sebab saya alami luka episiotomy yang besar. Disebabkan itu kelahiran stillbirth, jadi ambil masa lama sangat nak lahirkan baby. Bukaan saya kena seluk berkali-kali. Teran banyak-banyak sehabis tenaga pun baby tetap tak keluar. Dengan menahan sakitnya lagi. Tapi akhirnya bila kepala baby dah berjaya keluar, doktor potong dengan gunting untuk keluarkan badan baby yang tersekat.

Sembelit dalam pantang
Memang risau, sakit, pedih, terkejut, seriau rasanya bila sembelit dalam pantang. Berpeluh-peluh menahan seksa dalam bilik air tu.

 

Lepas bersalin tu kalau nak pergi toilet memang rasa susah hati. Bayangkan lah sebab luka saya besar jadi memang ambil masa 2 minggu juga nak OK. Sepanjang tempoh tu nak duduk pun saya kena berhati-hati sangat dan alas dengan bantal lembut. Inikan lagi kalau terpaksa buang air besar. Saya terpaksa bertapa dalam tandas sampai kaki rasa kebas! Membuang sambil ketap-ketap bibir berharap sangat seksaan cepat berakhir.

Memang suatu mimpi ngeri lah pengalaman tu. Tapi Alhamdulillah syukur sangat-sangat pengalaman kali ke 2 dan ke 3 jauh lebih OK daripada tu. Sembelit juga tapi tak teruk sangat lah. Saya nak share tips apa yang saya buat sampai berjaya kurangkan masalah sembelit masa bersalin anak ke 2 dan ke 3. Tapi sebelum tu jom tengok video ibu ni cerita pengalaman dia hadapi sembelit teruk masa berpantang.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

 

Tips Elak Sembelit Dalam Pantang

Masa berpantang saya tak lah strict sangat ikut cara orang Melayu kita. Sebab mak saya pun tak ajar berpantang dengan ketat. Lagipun masa kali pertama dan kedua berpantang saya tinggal di Jepun. Cara orang Jepun berpantang simple je. Bagi diorang, makan je semua sebab ibu perlukan tenaga dan makanan kaya khasiat. Sepanjang di hospital diorang bagi makan macam-macam termasuklah buah nenas, timun, susu kotak sejuk, jelly dan lain-lain.

Kalau orang tua-tua dulu mesti dah bising kalau makan benda-benda tu kan. Tapi cara saya senang je. Makan je semua tapi sikit-sikit. Rasa dulu sikit, kalau OK makan. Kalau rasa tak OK elakkan. Yang saya perasan timun, makanan berubi, makanan berangin dan makanan pedas kurang sesuai dengan saya sebab buatkan saya rasa sakit perut berangin, lagi sakit nak buang air besar dan pedih!

Tips elak sembelit teruk
Huhuhu sembelit memang mimpi ngeri yang menyeksakan.

 

Tapi ada beberapa tips yang memang saya amalkan dengan tekun masa pantang dan memang sangat membantu kurangkan sembelit teruk:

1. Dahulukan Makanan Kaya Fiber Sebelum Waktu Makan Sebenar – Masa pantang saya makan 6 kali sehari. Saya makan kerap tapi sikit-sikit. Tiap kali sebelum makan berat, saya akan makan dulu buah pisang, prune dan susu. Sebab makanan-makanan ni kaya fiber yang membantu melembutkan najis dan melancarkan pembuangan. Selain ni makanan utama saya yang lain ialah kismis, buah oren, betik, epal dan kurma.

2. Banyakkan Minum Air – Selalu dalam pantang kita dengar orang tua dulu-dulu tak bagi minum air banyak sebab nanti asyik nak ke toilet je dan luka lambat sembuh katanya. Tapi saya memang kerap minum air tapi dalam kuantiti yang sikit-sikit. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras. Lagipun saya menyusu badan, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan susu.

3. Elakkan Tahan Rasa Nak Membuang – Uhuhu memang lah dalam hati rasa malasnyaaa nak masuk toilet. Tapi sebenarnya kalau lagi ditahan, boleh memburukkan lagi sembelit yang sedia ada. Najis yang ditahan akan jadi lagi keras dan boleh buatkan luka lagi teruk bila dipaksa untuk keluar nanti. Memang mula-mula rasa takut nak buang air besar. Tapi sakit tu akan berkurangan lepas beberapa kali berjaya ke tandas.

4. Cuba Berjalan Dan Bergerak – Walaupun ada luka episiotomy ataupun alami kelahiran secara pembedahan c-section tapi cuba bangun untuk berjalan seawal yang boleh. Sebab pergerakan boleh membantu bahan buangan dalam usus untuk turun dengan baik ke dubur dan tak tersekat dalam usus. Alhamdulillah semua kelahiran saya adalah normal. Tapi memang takut nak teran. Slow-slow aje.

5. Dapatkan Ubat Pelembut Najis – Kalau anda alami buasir, alami luka episiotomy yang sangat besar, ada mengambil vitamin zat besi untuk masalah anemia ataupun ubat tahan sakit narkotik, boleh dapatkan nasihat doktor untuk guna ubat pelembut najis. Boleh juga beli di farmasi. Sebab sesetengah orang mungkin alami sakit lepas bersalin yang teruk dan ada pelbagai masalah. Jadi takde masalah juga kalau nak guna ubat sembelit.

6. Makan Jamu Moden – Masa berpantang anak ke 2 dan ke 3 saya amalkan set berpantang dan menyusu Shaklee. Antara yang best ialah jamu moden Alfalfa Complex. Alfalfa ni sangat kaya dengan macam-macam fungsi. Antaranya sangat membantu lawaskan pembuangan, galakkan penghasilan susu, baik untuk pemulihan dalaman rahim dan lain-lain. Jadi saya tak perlu dah makan macam-macam jamu yang pahit, kelat, busuk dan panas.

 

Set Bersalin Shaklee

 

Sejak sebelum mengandung anak ke 2, saya mula amalkan set vitamin Shaklee secara konsisten. Jadi masa dalam pantang memang saya sambung guna set vitamin yang ada. Lagipun vitamin set hamil dan bersalin tu berbeza sikit-sikit je. Jadi memang jimat sangat. Tak membazir banding kalau makan jamu bersalin.

Saya guna set bersalin Shaklee yang lengkap sekali dengan set breatfeeding masa dalam pantang iaitu:

1. Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)

  • ESP kaya dengan protein yang baik untuk pemulihan sel yang rosak terutamanya rambut, kuku dan kulit. Jadi ESP bantu legakan luka akibat proses melahirkan anak.
  • Pemberi tenaga berpanjangan dan bantu elakkan cepat letih.
  • Bantu bekalkan sumber protein untuk proses penghadilan susu ibu.
  • Ada kalsium yang bantu legakan urat-saraf dan mudahkan proses buang air besar.

2. Zinc Complex

  • Zink membantu mempercepatkan penyembuhan luka samada luka episiotomy ataupun kelahiran c-section.
  • Juga baik untuk menguatkan sistem imun tubuh dan tubuh yang kuat bantu elakkan luka dijangkiti kuman dan cepat baik.

3. Vita-Lea Iron Formula

  • Lepas bersalin kita banyak kehilangan darah, muka dan kulit pun pucat je. Jadi multivitamin dengan zat besi ni bantu bina hemoglobin dalam darah.
  • Vita-Lea bantu tampung balik kehilangan nutrien penting dalam badan masa proses mengandung dan menyusukan anak. Ibu hamil dan breastfeeding mesti dapat lebih nutrien untuk salurkan zat berkhasiat mencukupi untuk bayi.

4. B-Complex

  • Masa lepas bersalin memang tak cukup tidur jadi vitamin ni bantu kurangkan stress dengan menggalakkan keseimbangan emosi.
  • Baik untuk sistem saraf dan kelancaran sistem kardiovasular untuk banti sel dapat bekalan oksigen dan nutrien mencukupi.
  • Membantu dalam metabolisma tenaga membuatkan ibu rasa lebih cergas dan bermaya.

5. Vitamin C

  • Antioksidan yang baik untuk menguatkan sistem imun tubuh. Bayi yang minum susu ibu boleh dapat manfaat yang sama daripada ibu.
  • Baik untuk kesihatan tulang, otot dan tulang rawan bayi

6. Ostematrix

  • Sumber kalsium yang baik untuk melegakan urat saraf dan keseimbangan emosi.
  • Membantu melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit teruk.
  • Membantu ibu dapat tidur yang nyenyak dan bangun pagi dengan rasa lebih segar.

7. Alfalfa Complex

  • Saya gelarkan Alfalfa sebagai jamu moden yang kaya manfaat antaranya pemulihan kesihatan dalaman ibu lepas bersalin dan kesihatan wanita.
  • Bantu tubuh detoks toksin dan kotoran daripada tubuh serta bantu untuk kurus.
  • Kaya dengan fiber yang baik untuk kelancaran sistem penghadaman dan mengelakkan masalah sembelit.
  • Bertindak sebagai milk booster yang bantu galakkan penghasilan susu ibu yang mencukupi.

 

Saya pernah juga beli jamu minum dan pill khas untuk ibu berpantang masa bersalin anak pertama tapi bila makan dan minum tu buat saya rasa sakit perut. Mungkin jamu tu yang panas sangat atau tak serasi dengan saya. Bila cuba kali ke 2 dan ketiga pun macam tu. Jadi saya stop. Sudahnya membazir je sebab tak habis makan. Dah lah mahal. Jadi waktu berpantang seterusnya saya dah tak beli jamu.

Cuma beli produk berpantang luaran je macam pilis, param, peramping perut, minyak panas untuk urut, herba mandian, pencuci wanita, bengkung dan minyak telon baby. Itupun pakai lebihan daripada berpantang sebelum tu. Tambah mana yang dah habis je. Saya memang suka pakai bengkung dan ramuan herba semulajadi. Memang badan rasa relax sangat bila dipakaikan benda-benda tu.

Atasi sembelit selepas bersalin
Pengalaman berpantang boleh jadi sesuatu yang sangat indah dan berharga untuk ibu dan baby kalau kita tahu cara nak elakkan kemungkinan cabaran-cabaran yang mungkin timbul.

 

Bila gabung dengan set berpantang Shaklee bagi saya memang perfect kombo! Set luaran ni tak kisah sangat pun guna apa. Tapi untuk dalaman ni penting untuk kesihatan dalaman. Bila badan sihat insyaAllah jadi lebih kuat, cergas, kurang stress, cepat sembuh dan of course lah happy. Pengalaman berpantang 40 hari akan jadi sesuatu yang sweet dan memorable. Alhamdulillah saya memang enjoy berpantang bila takde sembelit teruk.

Untuk para ibu yang bakal bersalin, kalau masih tercari-cari set bersalin yang sesuai boleh consider guna Shaklee. Memang saya highly recommend! Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang set lengkap dan kebaikan setiap produk. Dapatkan dengan harga menarik daripada saya 🙂

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu