Panduan Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja, Elak Stok EBM Tak Cukup Sebelum Mula Kerja

Ibu bekerja yang berazam nak menyusukan anak dengan susu badan, adalah digalakkan untuk buat persediaan dari awal sebelum bersalin lagi. Antara yang paling penting, perlu ambil tahu panduan persediaan penyusuan susu ibu. Ini penting supaya dapat elak situasi stok EBM tak cukup sebelum mula kerja. Selalu sangat kita dengar ibu risau susu tak cukup, susu tak keluar, takde susu, anak lapar, baby tak cukup susu dan banyak lagi.

Isu ni selalu timbul dalam kalangan ibu-ibu baru. Kalau ibu yang dah berpengalaman tak risau sangat sebab dah tau caranya. Bagi ibu surirumah pula mungkin tak perlu fikir sangat soal buat stok EBM sebab boleh direct feeding je. Walau macam mana pun ibu berkerjaya memang kena usaha lebih sikit kalau bercadang nak fully breastfeeding. Jadi takdela panik dan kelam-kabut sebab dah sediakan ‘gudang makanan’ untuk baby ­čśÇ

cuti_bersalin_berpantang
Semua ibu akan buat dan beri hanya yang terbaik demi anugerah terindah dalam hidup ini. Kan? ­čÖé

 

Nak-nak pula kalau kerja ikut shift, long hours ataupun selalu out station. Memang ibu yang bekerja sebegini perlukan kekuatan mental dan fizikal yang kuat. Kalau tak kuat semangat mungkin agak mencabar kalau nak fully breastfeeding. Tapi kalau ikut tips yang┬ápernah saya kongsikan, 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya Sehingga 2 Tahun, Tanpa Perlu Top Up Susu Formula┬áni,InsyaAllah boleh ­čÖé

Macam Puan Farah Wahida dalam video ni dulu kerja sebagai jururawat, tapi macam mana dia buat boleh susukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

 

Bila Patut Mula Buat Stok Susu?

Tapi sebenarnya tak lah mustahil. Sebab ramai sangat ibu bekerja yang berjaya menyusukan anak hanya dengan susu ibu hingga lah lengkap 2 tahun tempoh penyusuan. Dengan syarat kena lah tau caranya. Syarat utama ialah mesti rajin pam, pam dan pam susu untuk buat stok susu simpanan EBM seawal daripada dalam tempoh pantang.

Dah bersedia daripada awal tak lah kelam kabut nanti. Masa beberapa hari lepas melahirkan susu mungkin baru nak ada. Tapi lepas tu ramai ibu yang alami kebanjiran susu. Sampai basah lencun baju. Sayang sangat susu yang kaya dengan colostrum berkhasiat tu terbazir macam tu je. Jadi tak salah kalau terus je kumpul buat stok EBM.

Sambil menyusukan anak, sebelah lagi boleh guna milk collector shell. Boleh juga kalau nak guna pam susu. Selalunya masa dalam pantang susu mencurah-curah. Tapi untuk persediaan menghadapi situasi susu merudum ataupun lambat ada, boleh praktikkan teknik marmet iaitu memerah susu menggunakan tangan. Ataupun gunakan teknik power pumping iaitu memerah dengan meniru pattern baby menyusu.

 

Panduan Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja

 

Sekiranya bercadang nak susukan anak fully dengan susu ibu, bagi ibu bekerja perlu buat beberapa persediaan. Sebaiknya buat persediaan ini seawal sebelum mendekati tarikh bersalin. Di bawah saya kongsikan senarai persediaan menyusukan anak dengan susu badan bagi ibu yang bekerja. Kredit kepada Supermama Shoppe untuk info.

Buat stok ebm mencukupi sebelum masuk kerja
Panduan persediaan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja sebelum habis cuti bersalin.

 

1. Dapatkan Ilmu Dan Maklumat Yang Mencukupi

  • Ibu bekerja perlu tahu cara penyimpanan susu ibu, tempoh dan suhu yang betul untuk pastikan kualiti susu badan dapat dikekalkan.
  • Ibu perlu belajar cara membuat stok susu perahan (EBM) dan cara pengurusan EBM.
  • Sedari cabaran-cabaran yang mungkin dan bakal timbul berkaitan penyusuan susu ibu. Dapatkan sokongan suami, keluarga dan orang-orang yang terdekat.
  • Pelajari apa itu power pumping, teknik marmet dan sebagainya.
  • Sertai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di facebook contohnya SusuIbu.Com,┬áKumpulan Ibu-Ibu Menyusu Muslim┬áblog-blog penyusuan, forum susu ibu, website SusuIbu.Com dan sebagainya.

 

2. Pemilihan Pam Susu/ Breastpump Yang Sesuai

  • Ada banyak pam susu dipasaran. Pilih yang bersesuaian dengan situasi kerja, masa, budget dan keselesaan.
  • Ada pam manual, pam elektrik, pam bateri dan duo fungsi (manual dan elektrik).
  • Boleh pilih pam single atau double.
  • Boleh buat perbandingan harga dan uji keselesaan di kedai-kedai seperti Fabolous Mom, Dunia Susu Ibu dan lain-lain.
Pam susu
Ada bermacam-macam jenis breastpump dipasaran. Saya guna Avent Manual ni untuk kedua-dua anak saya.

 

3. Pilih Cooler Bag Yang Sesuai

  • Pilih cooler bag ikut situasi kerja, budget dan kualiti.
  • Pilih yang penebatnya tebal kalau perlu berada di luar lebih lama.
  • Pilih ikut saiz yang diperlukan.
  • Ada banyak jenama yang boleh dipilih contohnya Autumnz, Jingle Jungle, Dr Brown dan lain-lain dan boleh beli di kedai seperti di LittleWhiz.com.┬á

 

4. Pilih Storage Bottle BPA Free

  • Kalau anda buat frozen stock, memadai menggunakan 8 botol untuk dihantar ke pengasuh atau taska dan 8 botol lagi untuk mengepam di tempat kerja.
  • Pilih botol yang sepadan dengan jenis pam yang anda gunakan untuk memudahkan proses mengepam dan menyimpan susu perahan.
Botol ebm
Ada banyak jenis, jenama dan saiz botol untuk simpan EBM.

 

5. Pilih Storage Bag Untuk Frozen Stock

  • Pilih yang ada BPA Free.
  • Tak macam storage bottle, storage bag tak boleh digunakan semula. Selalunya guna sekali saja dan terus buang. Melainkan memang ada dinyatakan sebaliknya.
  • Pilih yang ada double zip lock supaya tak mudah tumpah.
  • Ada banyak jenis jenama yang biasa digunakan untuk simpan susu perahan antaranya Bumble Bee, Autumnz, Avent dan lain-lain.
  • Boleh juga guna breastmilk storage bag contohnya jenama Bubbles, Malish, Jingle Jungle, Medela dan lain-lain.

 

6. Pilih Reusable Icepack

  • Lebih berat, lebih tahan lama penyejukannya.
  • Perlu dibekukan dahulu dan boleh ulang-ulang guna.
  • Gantikan bila bocor atau dah tak sejuk lagi.
  • Antara jenama yang ada ialah Jingle Jungle, Autumns, MLO, Techni Ice dan lain-lain.
Icepack autumnz
Icepack ni digunakan dalam cooler bag untuk pastikan stok EBM sentiasa sejuk.

 

7. Amalkan Supplement Penyusuan Untuk Lengkapkan Keperluan Nutrisi

  • Bukan ibu hamil saja yang perlukan lebih zat daripada biasa untuk tampung keperluan nutrisi sendiri dan bayi tapi juga ibu menyusu. Ibu yang menyusukan anak perlu lebih tenaga dan zat supaya badan ibu cukup sihat untuk berupaya hasilkan susu yang mencukupi buat bayi. Susu ibu yang dihasilkan pula kaya dengan manfaat zat yang diperlukan bayi untuk berkembang dan membesar.
  • Set menyusu Shaklee mengandungi beberapa vitamin penting yang ┬ádapat membantu menampung kelompongan nutrien daripada diet harian. Sebab kadang-kadang apa yang kita makan mungkin tak seimbang atau kekurangan zat tertentu akibat daripada nutrien yang musnah masa proses memasak.
  • Vitamin Set Penyusuan Shaklee:

a) ESP Energizing Soy Protein – Protein bantu ibu rasa lebih bertenaga dan tahan lapar. Protein diperlukan untuk penghasilan susu ibu. Ia baik untuk sokong pertumbuhan tisu dan sel yang sihat terutamanya rambut, kuku dan kulit.

Energizing soy protein Shaklee
ESP milk booster terbaik!

b) Alfalfa Complex – Alfalfa adalah makanan galactogogue iaitu penggalak penghasilan susu ibu sejak bertahun-tahun dulu. Dalam masa sama Alfalfa kaya dengan 1001 manfaat untuk kesihatan antaranya untuk detoks dan cuci usus, pelangsingan, kesihatan dalaman wanita, mengelakkan sembelit dan banyak lagi.

Alfalfa banyakkan susu
Alfalfa Complex adalah makanan penggalak susu (milk booster).

c) Ostematrix – Sumber kalsium ini penting untuk pastikan ibu menyusu dapat gantikan semula kalsium yang hilang sepanjang tempoh breastfeeding. Ini supaya ibu dapat elakkan risiko osteoporosis ataupun tulang rapuh iaitu sangat sering berlaku dikalangan wanita. Bayi juga boleh dapat sumber kalsium mencukupi untuk pertumbuhan tulang.

d) Vitamin C – Adalah antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun tubuh dan mengelakkan tubuh daripada mudah diserang penyakit. Vitamin C disalurkan kepada bayi melalui susu ibu dan membantu melindungi bayi kita yang sangat fragile dan mudah diancam penyakit.

e) Vita-Lea Iron Formula – Multivitamin ini membantu bayi menyerap zat besi dengan mudah melalui susu ibu. Zat besi diperlukan bayi untuk penghasilan sel darah merah yang sihat yang berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan, penting untuk fungsi otot dan pembinaan sel tubuh.

f) B Complex – Ibu menyusu selalunya cepat penat dan mudah stress terutamanya bagi ibu bekerja. Jadi B Complex penting untuk membantu metabolisme tenaga agar ibu lebih cergas dan dalam masa sama membantu keseimbangan emosi dan perasaan supaya lebih tenang.

 

8. Pilih Tempat Penyimpanan Susu EBM

  • Jika anda seorang surirumah, adalah memadai menyimpan sedikit stok dalam peti ais biasa.
  • Tapi bagi ibu bekerja mungkin perlu sediakan ruang penyimpanan khas yang lebih besar untuk simpan stok EBM yang banyak.
  • Ibu bekerja boleh consider beli deep freezer untuk simpan susu. Ada 2 jenis deep freezer iaitu chest freezer dan juga drawer freezer. Boleh pilih ikut budget, saiz, design dan ruang dapur.
  • Kelebihan guna deep freezer ialah susu tahan hingga 6 bulan dalam simpanan.

 

Sememangnya perjalanan menyusukan anak sepenuhnya hanya dengan susu badan memang banyak cabarannya. Apatah lagi bagi ibu yang bekerja. Tapi dengan ilmu yang mencukupi, disertai dengan niat dan azam yang kuat serta sokongan padu daripada segi moral dan kelengkapan material mencukupi, boleh membuatkan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerja jadi sangat mudah!

Bagi saya, apa yang penting sekali ibu perlu jaga kesihatan diri sebaik yang mungkin. Bila kesihatan tubuh badan tiptop insyaAllah ibu tak mudah kalah dengan permainan emosi dan fikiran negatif. Penjagaan pemakanan dengan sokongan nutrisi yang tepat contohnya supplement set menyusu Shaklee boleh bantu ibu sihat mental dan fizikal pada tahap optimum.

Sekiranya anda perlukan nasihat dalam membuat persediaan sebelum memulakan penyusuan susu ibu tak lama lagi, boleh hubungi saya untuk lebih maklumat. Saya sentiasa menyokong dan sedia membantu ibu-ibu yang berniat memberikan khasiat susu terbaik untuk anak tersayang.

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu