Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu Dan Bayi Tersayang

Alangkah beruntungnya menjadi seorang ibu dapat merasai nikmat kehamilan, kelahiran dan apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Terdapat banyak kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi daripada pelbagai aspek terutamya kesihatan perkembangan dan tumbesaran bayi.

 

Kebaikan Penyusuan Kepada Bayi

 

Breastfed baby
Susu ibu membekalkan antibodi kepada bayi untuk melawan jangkitan penyakit.

Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi bayi. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikan mereka boleh membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi untuk melindungi dirinya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir.

Tak macam bayi yang minum susu tepung, bayi yang minum susu ibu jarang dijangkiti penyakit seperti cirit-birit sebab penyediaan susu ibu adalah sangat mudah, bersih, segar dan cepat.

 

Kebaikan Penyusuan Kepada Ibu

 

Faedah penyusuan susu ibu
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih.

Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu disamping mengekalkan kesihatan ibu.

 

Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu

 

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya:

 

1. Multivitamin

  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

 

2. Protein

  • Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya didalam diet penyusuan ibu amat penting untuk pengeluaran susu.
  • Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu menyusu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

 

3. Vitamin C

  • Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi.
  • Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

 

4. Vitamin B Kompleks

  • Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh ibu dan bayi setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

 

5. Kalsium

  • 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi.
  • Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari untuk elakkan kekurangan kalsium dan risiko osteoporosis dikemudian hari.

 

6. Asid Lemak Omega-3

  • Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak.
  • Ia telah dibuktikan secara saintifik bahwa neuron lelih mudah berhubung apabila kandungan Omega-3 lebih banyak di dalam otak.

 

7. Alfalfa

  • Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi.
  • Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
  • Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

 

Supplement Untuk Ibu Menyusu

 

Oleh itu, Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien untuk penyusuan ibu. Supplement untuk ibu menyusu ni mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat:

 

Energizing Soy Protein (ESP) – Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu bayi untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Vita-Lea – Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Sustained Release Vita-C Plus – Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.

B Complex – B Kompleks Shaklee yang mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Ostematrix – Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.

OmegaGuard – Menyediakan potensi Asid Lemak Omega 3 ultra-tulen yang bergred farmaseutikal dengan spektrum menyeluruh.

Alfalfa Complex – Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an merupakan formula signature Shaklee. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

 

Pemakanan yang baik sangat membantu menyokong dan menjayakan kejayaan penyusuan susu ibu. Lebih-lebih lagi kalau pengambilan nutrien adalah daripada sumber semulajadi yang baik tanpa bahan kimia sintetik, pewarna, perasa dan pengawet bahaya yang memudaratkan. Nutrien ini dapat berinteraksi secara mesra dengan sel dalam tubuh ibu dan faedah optimum dapat disampaikan kepada bayi melalui susu ibu.

Sekiranya anda selalu rasa letih, kurang semangat, cepat lapar, mudah tertekan, kurang rehat, susah tidur ataupun menghadapi cabaran-cabaran lain yang berkaitan penyusuan, saya sangat sarankan untuk anda cuba amalkan supplement penyusuan. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut tentang kepetingan dan fungsi setiap produk.

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor,

Hazrina Nasir (ID 951651)

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu