Haid Tidak Teratur, Punca Dan Cara Mengatasinya Agar Tak Ganggu Hubungan Suami Isteri

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh orang perempuan ialah haid tidak teratur. Haid tak lancar boleh beri banyak kesan kepada kehidupan seorang wanita terutamanya bagi wanita berkahwin yang cuba nak dapatkan anak. Mengenalpasti punca haid tak teratur dan pilihan cara rawatan yang tepat boleh membantu mengatasi masalah haid tak datang daripada terus berpanjangan.

Saya belum pernah alami masalah ni. Cuma ada lah sekali 2 itu pun selepas melahirkan anak. Mungkin sebab hormon masih belum stabil jadi ambil masa nak kembali kepada normal. Tapi saya ada beberapa kawan yang memang mengalami masalah haid tak teratur. Ada yang yang tak datang berbulan-bulan lamanya tapi tak mengandung. Ada juga yang haid terlalu kerap dan selalu berpanjangan sampai selalu kekurangan darah.

Cara atasi haid tidak teratur
Haid tak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai punca dan boleh memberikan kesan buruk.

 

Bagi kedua-dua situasi kebetulan pula kawan-kawan saya ni dah berkahwin. Yang seorang ni masih belum ada rezeki nak timang cahayamata sendiri. Yang sorang lagi pula susah sangat nak dapat anak tapi Alhamdulillah nasib lah dah ada anak sorang. Dah beberapa kali keguguran. Tak boleh buat kerja berat-berat sebab cepat penat dan mudah tumpah darah. Muka pun pucat saja. Selalu kena ambil MC.

Jangan main-main kalau ada masalah haid. Haid penting untuk bolehkan seorang wanita berfungsi dengan baik. Kalau tak… aduh huru-hara juga kalau jadi macam cik puan dalam video ni. Suami pun pening. Kalau tak sabar memang boleh kacau-bilau rumahtangga.

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

 

Punca Haid Tidak Teratur

 

Punca period tak datang selalunya adalah disebabkan kehamilan. Orang pregnant dalam situasi normal tak akan alami haid hingga habis tempoh pregnancy. Melainkan kalau ada masalah semasa mengandung, pendarahan boleh berlaku. Ibu yang menyusukan anak juga walaupun tak semua, tapi ramai ibu yang tak datang period sepanjang tempoh breastfeeding. Ini juga selalunya adalah normal.

Tapi selain daripada 2 sebab di atas, ada banyak punca kenapa masalah haid tak teratur ni berlaku. Ada yang serius dan ada yang tak. Ada yang perlu dirawat dengan rawatan pakar perubatan. Ada juga yang boleh diperbaiki dengan sedikit pertolongan ubat atau nutrien tertentu ataupun hanya dengan mengubah gaya hidup ke arah lebih baik. Sampaikan untuk beberapa tempoh masa, masalah boleh hilang dengan sendirinya.

Tapi apa punca-puncanya ya yang menyebabkan period tak stabil ni?

1. Penambahan berat badan secara mendadak ataupun penurunan berat badan secara mendadak. Obesiti juga boleh menyumbang kepada masalah menstruasi/ haid.

2. Penyakit gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa.

3. Pertambahan rutin senaman. Sangat selalu berlaku dikalangan atlit sukan.

4. Tekanan emosi disebabkan masalah peribadi dan sebagainya.

5. Kesakitan atau mengalami penyakit seperti kanser.

6. Perjalanan jauh. Terutamanya yang memakan masa panjang, perlu menghadapi perubahan persekitaran yang mendadak, perubahan zon waktu dan sebagainya.

7. Pengambilan ubat contohnya pil perancang kehamilan yang boleh sebabkan period jadi sedikit, jarang-jarang, lebih kerap, haid tak hadir ataupun langsung tak datang.

8. Masalah hormon. Ini menyebabkan hormon yang mengawal kitaran haid terjejas.

9. Penggunaan dadah terlarang.

10. Masalah pada organ pelvik seperti imperforate hymen (tiada lubang bukaan faraj yang menyebabkan haid tidak dapat keluar), polycystic ovary syndrome ataupun PCOS (masalah ketidakstabilan hormon yang mengganggu ovulasi), Asherman’s syndrome (masalah pada dinding uterus) ataupun uterine fibroid (ketumbuhan dalam rahim).

 

Period tak teratur sebabkan emosi tak stabil
Irregular period boleh sebabkan mood swing!

 

Kesemua punca yang menyebabkan haid tak stabil ni sememangnya mempengaruhi hormon seseorang wanita. Keadaan hormon yang tunggang-langgang menyebabkan emosi jadi tak stabil. Masa tu mula lah asyik nak marah-marah. Sekejap happy sekejap sedih. Sensitif betul. Diri sendiri pun susah nak kawal perasaan sendiri. Ini memang mengganggu kehidupan harian, produktiviti dan semestinya memberi kesan kepada keluarga terdekat.

Macam dalam video di atas tu. Kalau tak tengok lagi cuba dengar sendiri teruknya kesan masalah haid yang dihadapi cik puan ni.

 

Tips Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur

 

Selalunya kalau ada kawan-kawan yang ada masalah berkaitan haid, saya akan sarankan berjumpa dulu dengan doktor untuk kenal pasti punca sebenar. Bila dah tau baru lah mudah untuk ambil tindakan susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memerlukan rawatan perubatan pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Bagi kawan-kawan yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:

1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang – Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat – Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat – Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress – Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual – Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) – GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

 

GLA Complex Shaklee Membantu Melancarkan Haid

 

Kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tapi GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO! GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E supaya lebih berkesan.

 

GLA atasi haid tak teratur
GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.

 

Kebaikan Dan Manfaat GLA Complex

 

Bagaimana GLA Complex membantu memperbaiki dan melancarkan haid? GLA Complexc kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini adalah apa yang diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid ini. Antara fungsi utama GLA Complex ialah:

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

Selain itu, faedah lain yang boleh didapati dengan mengamalkan GLA Complex ialah:

3. Memperbaiki masalah prostatomegaly

4. Menentang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5. Menghalang komplikasi diabetes

6. Membantu pelangsingan dan mengelakkan pertambahan berat badan

7. Menghalang tekanan darah tinggi

8. Memperbaiki tekstur rambut

9. Memperbaiki inflamasi kulit

 

Kesan Haid Tidak Teratur

 

Haid tak teratur boleh memberikan kesan yang tak baik kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang mesti akan memberikan kesan kepada kesihatan. Tak mustahil juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara akibat daripada period tak stabil ni ialah:

1. Kemandulan – Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

2. Ketidaksuburan dan susah hamil – Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

3. Masalah kesihatan seperti anemia – Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

 

Ada banyak lagi kesan akibat masalah irregular period ini. Sebaiknya bertindaklah daripada awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. GLA Complex adalah supplement terbaik yang dapat membantu memperbaiki masalah ini. Walaupun masalah tak serius, sebaiknya cegah sebelum parah. Lebih baik mengambil makanan tambahan terlebih dahulu daripada terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan dikemudian hari.

GLA Shaklee selamat tanpa bahan kimia bahaya. Sebotol mengandungi 60 biji dan harganya kurang RM100 sebotol. Boleh hubungi saya untuk cuba berikhtiar dengan GLA Complex ni. Semoga dengan bantuan supplement ni, rumah tangga akan jadi lebih ceria dan bahagia 🙂

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Selangor,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak tambah pendapatan? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

This Post Has 84 Comments

  1. Thank for information … Sy Dah x dtg haid nk masuk 4 bulan Dah.. Harap2 XDA penayakit yang serious.amin.insyaAllah

    1. Sama2 🙂 Kadang2 hanya sebab hormon tak seimbang sikit. Cuba check balik mungkin ada perubahan rutin mendadak cthnya macam stress, sibuk melampau, tak cukup tidur, perubahan berat badan mendadak yang sebabkan hormon terganggu.

    2. Salam,,,awak xdtg haid 4bulan, test pregnant awak mngandung x?? Isteri saya dh xdatang haid slama 3bulan lbih…hrap awak sudi tlong saya

  2. terima kasih atas information. kalau haid tak menentu, macam mana nak tahu waktu subur ye?

    1. Sama2 sis 🙂 Untuk tentukan waktu subur orang yang period irregular, boleh cuba guna ovulation predictor kit (selalunya ada jual di farmasi). Boleh juga kesan dengan check cervical mucus, dan guna kaedah basal body temperature.

  3. Sya mgalami haid tak tratur. Bkan itu sahaja, sya jga sering lmbat haid iaitu kdang² 2 or 3 blan mcm tu dtg. Drah sya htam n beku. Pa mslh nie sbnarnya?😔

    1. Haid tak teratur ni disebabkan hormon yang tak stabil. Hormon tak stabil ni pula ada banyak punca kenapa boleh terjadi. Cadangan saya lebih baik sis buat checkup dengan doktor pakar sakit puan untuk tahu lebih lanjut apa masalah sebenarnya.

      1. tq utk info..umur sy dlm 20 an، dan sy slah seorg yg dtang haid tk tratur.kdang2 blh blang brape kali sy dtang haid utk setahun..yg pling skit 2 kali setahun،iaitu enam blan sekali. sy prnah pergi klinik 2 kali brtanyekn hal ini،first pergi dr ckap yg sy ni hormon tk stabil،n yg scond plak dr ckap yg haid sy ini adalh stbil sbb drpd dlu lg mmg haid sy kluar sdikit dan dtang pn dlm 3 atau 4 kli stahun..bile prgi brurut plak،bidan ckap rahim sy ok je dan tk de mslah lgsung.itu la yg sy plik..sy prnah makan GLA، tp ttap tk de sbarang effect. kalau dlu،ble je dtang bulan drah yg keluar ni bnyak sngat.dalam sehari dlm 5 hngga 7 pad sy prlu tukar dan ada yg sampai lbih dari 15 hari drah keluar.tp skrang sikit sngat drah kluar.dlm sehari atau 2 hari je lpas tu tk de da..mcm2 da sy try mkn utk ksburan tp ttap same..kdang2 sy trfikir jgk adakah brat bdan sy pnyebab sy jd cm ni?tp tk jgk sbb bmi sy adalah ideal dgn brat bdan n ktinggian..adakah sy akan mnopous d usia muda?pernah nk pergi jmpe pkar،tp tiap kali nk pergi psti ada hlangan pd wktu itu.

        period sy ni adlh normal sbb dr dlu lg

        1. Sama2 sis. Kalau amalkan supplement macam GLA Complex perlu ambil berterusan secara konsisten. Kesannya tak nampak sehari 2. Sebab ini bukan ubat tapi supplement semulajadi. Memang ambil masa untuk buat pemulihan drpd dalam dan kesannya berbeza-beza ikut individu. Selain tu supplement ni bantu tingkatkan kesihatan dan bantu cegah masalah drpd jadi makin teruk. GLA boleh juga lambatkan simptom pra menopause. Saya cadangkan juga sis liyana buat checkup dengan doktor pakar untuk periksa lebih lanjut. Kita tak tau apa masalah sebenar kat dalam. Kadang-kadang memang perlukan medical intervention sebab ambil supplement saja tak cukup. Usahakan jumpa doktor segera ye.

      2. Tq sis.. sya sdh checkup dgan doctor hri tu. doctor ckp mungkin dsbbkan kurang berat bdan or trlmpau kurus.. doctor da bgi sya ubat tmbah drah. sdh try mkn. tpi x brksan jga.. sya xnk mkn lgi.. Lpas mkn ubat tu.. Apbla buang air bsar, rasa sakit sgat.. sya tkut haid ini blh mnggu rahim sya.. Kelak di kmdian hri sya x dpt hamil…..

        1. Sama-sama. Sis boleh cuba ikhtiar dengan supplement shaklee kalau nak. Dalam masa sama amal gaya hidup sihat. Boleh wassap saya untuk lebih info.

  4. Saya lambat dtng haid smpai 4 bulan.saya pikir hamil.tpi blum juga.

    1. Untuk kepastian lebih elok check dengan doktor dulu. Doktor boleh bagitau apa masalah sebenar dan apa perlu buat. Semoga ada rezeki untuk hamil tak lama lagi.

  5. Saya tinggi 169 berat sekitar 80, sudah setahun haid saya tidak datang. Dulu ada check dgn doktor, doktor bagi pil hormon, sekali datang saya perlu tukar sampai 4 kali sehari dan lebih dari 14 hari…apa yang perlu saya lakukan? Boleh kah saya hamil nanti?

    1. Salam. Kalau period datang regular setiap bulan insyaAllah boleh hamil. Tapi saya cadang puan dyana buat follow up dengan doktor pakar sakit puan untuk pemeriksaan dalaman untuk check sebab kenapa period berlanjutan lama. Kalau boleh cuba kurangkan berat badan sampai bmi normal, amalkan pemakanan sihat yang seimbang dan bersenam. Kalau nak berikhtiar dengann produk shaklee, boleh ambil gla complex untuk seimbangkan hormon, set kesuburan, dan set detoks juga sesuai untuk buang toksin drpd dalam badan.

  6. Assalamualaikum sis..saya last period awal bulan januari 2016..smpi skrg x jgk period..dah jmp pakar swasta..buat ujian upt..2line masa tu 24march 2016..tp scan x nmpk apa2 pn..lps tu buat rawatan susulan 9/4/2016 pn sama jugak..2line masa buat ujian upt..cuma line kedua tu agak kabur..scanning pn x nmpk apa2..doktor tu pn trus ambil darah saya utk d hantar ke lab..dlm masa y sama rujuk saya ke pakar d hospital..doktor d hospital pn buat ujian upt..negatif plk..n utk kepastian ujian tu d hantar ke lab..dlm 2jam mcm tu dpt keputusan mmg negatif..tp smpi skrg period saya langsung x keluar dan perut saya ni mcm org pregnant 4bulan..rawatan susulan pakar seterusnya 11/5/2016 ni..harap2la xda penyakit serius..Insha ALLAH..Aamiin..takut sangat saya bila memikirkannya..sis rasa ada tak supplement apa2 y blh saya ambil memandangkan doktor pn xda bagi apa2 ubat utk menstabilkan hormon saya ni memandangkn saya ni x pregnant..
    terima kasih..

    1. Waalaikumussalam sis. Untuk seimbangkan hormon boleh ikhtiar dengan GLA Complex. Kalau merancang untuk hamil boleh ambil set kesuburan. Boleh wassap saya untuk info lanjut 019 269 2301. Dalam masa sama saya sarankan juga teruskan check up dengan doktor pakar supaya doktor dapat pastikan betul-betul apa masalah sis. Sebab agak pelik kalau tak pregnant tapi ada 2 line. Jadi elok kalau doktor check sampai habis.

  7. saya suda 6 atau 7 tahun tidak period..dokter suru ambil ubat hormon,,tapi side efek dia tu yg spoil..klau mkn ubat hormon tidak la dpt pregnant..naaa,,,apa la mau bt??ambil rugi tidak ambil sakit..

    1. Mungkin puan Pikka boleh cuba minta doktor suggest ubat lain kalau tak tahan dengan side effect ubat yang diberi sekarang. Dalam masa sama boleh cuba ikhtiar dengan GLA Complex atau lebih baik lagi Vivix. Vivix boleh bantu perbaiki keseluruhan sistem badan dan tak terhad kepada sistem reproduktif saja.

  8. salam sy nak tany,bile kite gune pregnant test tu mmg betol ke

    1. Selalunya betul. Pastikan guna pregnant test kit ikut arahan. Lepas dah test sendiri di rumah check dengan doktor untuk betul2 confirm.

  9. Salam puan .. sy ada masalah period ..kalau sy makan gla complex x de ape2 side effect ke ? Nak beli dekat mana ye gla complex tu ?

    1. Salam puan Riri. Produk Shaklee dibuat daripada bahan semulajadi takde bahan kimia bahaya. Boleh dapatkan daripada saya. Whatsapp di nombor 019 269 2301.

  10. salam puan, bulan ni period saya lewat 5 hari tak datang2 pon. tpi bulan saya ada jatuh. bile pergi urut peranakan saya jatuh. then esoknya saya period. tetapi bulan period lewat sgt. kdang dlm mase sebulan ni saya punya perut sakit macam tak selesa. adakah effect jatuh haritu mnybabkan period tk datang ?

    1. Selalunya period tak datang disebabkan hormon tak seimbang. Hormon tak seimbang ni boleh disebabkan pelbagai punca. Kalau peranakan jatuh selalunya memang boleh sebabkan rasa tak selesa pada abdomen. Tapi kaitannya dengan period sebaiknya puan rujuk daripada doktor pakar berkenaan ni.

  11. Hi puan, sy ada mslh kitaran haid.. Kitaran sy tak menentu kdng 35 hari,37 @38 hari. Skrng dh 40 hari sy belum period lg. Adakah mslh hormon tak stabil puan.?

    1. Hi puan. Saya cadangkan boleh rujuk dengan doktor pakar dulu untuk tau apa masalah sebenar. Kalau hanya sebab hormon tak seimbang boleh cuba amalkan GLA Complex.

  12. hello puan, selepas kahwin period saya tidak teratur 2 bulan sekali. bulan 2 hari tu I mula makan GLA COMPLEX 2bulan berturut kitaran period saya 30 hari tapi bulan 5 ni tak de period check upt negative. keliru kenapa tak datang period. any suggestion ke

    1. Hi puan, pendapat saya kitaran period biasa pun ambil masa 6 bulan minimum untuk betul-betul stabil. Kalau memang ada masalah hormon tak seimbang mungkin ambil lebih masa. Cadangan saya cuba teruskan konsisten amalkan gla complex. Sebab fungsi dalam badan ambil masa nak dibetulkan. Lagipun gla complex cuma supplement semulajadi dan bukannya ubat. Supplement cuba perbaiki drpd dalam secara slowly. Jaga pemakanan dan amal gaya hidup sihat ye. Teruskan follow up dengan doktor juga so that boleh monitor from time to time.

      1. Saya masih teruskan makan GLA COMPLEX sampai sekarang . period lewat 52 hari check upt 2 kali negative . jadi ini masalah hormon nak jumpa doctor rasa macam kecewa pula.

  13. saya berumur 19 tahun tapi haid dah setahun takde dtg , last pun tahun lepas masa bulan pose , emm apa jalan penyelesaian ye ?

    1. Boleh amalkan GLA Complex untuk bantu seimbangkan hormon. Dalam masa sama sebaiknya jumpa doktor juga untuk pemeriksaan lanjut.

  14. assalamualaikum puan, boleh saya tau tak harga ? then untuk ikhtiar mengandung boleh x makan tu?

    1. Waalaikumussalam. GLA Complex memang salah 1 vitamin yang termasuk dalam set kesuburan Shaklee. Vitamin paling penting untuk wanita yang merancang nak hamil. Sebotol 60bj RM91.25 belum termasuk pos.

  15. Saya berusia 20 tetapi hnya dntng haid sebulan untuk setahun
    APA masalah pada diri sya ???

    1. Saudari Kiza, the best is elok berjumpa dengan doktor pakar untuk kenal pasti masalah sebenar. Masalah haid ni ada banyak punca. Kadang2 berat badan berlebihan pun boleh sebabkan hormon tak stabil. Kalau perlu doktor akan suggest rawatan. Dan sebagai ikhtiar sampingan boleh amalkan supplement Shaklee.

  16. as.salam, anak saya umur 17 tahun mengalami masalah period yang tidak teratur, iaitu period berpanjangan hingga lebih dr 15 hari…ada berjumpa dgn pakar sakit puan, mendapati ada cyst dan berat badan berlebihan…sekarang baru sebulan amal GLA complex tp period masih lebih dr 15 hr jg, period stop dlm 2 @3 hari lepas tue datang balik…macam mna ye puan, masih boleh teruskan makan GLA complex ke jika period masih berterusan…

    1. Waalaikumussalam. Saya cadangkan teruskan makan GLA Complex. GLA ni makanan tambahan semulajadi kaya antioksidan yang boleh bantu seimbangkan hormon dan kecutkan cyst. GLA bukan ubat. Jadi memang ambil masa untuk buat kerja pemulihan dalam badan. Cyst terhasil bukan sehari 2 tapi bertahun-tahun. Jadi kalau boleh amalkan GLA konsisten berterusan. Dalam masa sama teruskan follow up dengan doktor. Kalau dah sihat nanti pun digalakkan teruskan makan GLA sebab memang bagus untuk kesihatan dalaman.

  17. Salam.. sy ikah brumr 20an..blum brkhwin .. period slalu nya tratus tetpi skrg dah 15hri tak period.. ttapi ad bnda2 putih aja yg keluar dan berbau .. apakah puncanya.. apa benda yg putih tu..

    1. Salam. Mungkin ada keputihan. Kalau makin teruk sampai gatal eloklah jumpa doktor. Cuba tengok balik apa2 perubahan sejak sebulan lepas. Kadang2 faktor pemakanan, perubahan berat badan mendadak, stress melampau dll boleh sebabkan hormon tak stabil dan period pun tak teratur.

      1. Yea ad gatal2.. tiada kah cara lain selain brjumpa doktor..

        1. Tak perlu risau. Doktor bakan bagi ubat insert untuk matikan kuman. Kalau biar boleh jadi jangkitan lebih teruk. alternatif lain boleh amalkan garlic complex shaklee. Garlic boleh bertindak seperti antibiotik semulajadi. Sebotol 60 biji RM47.50 saja

  18. salam sis, saya period tak tentu … skrg nih sy skjp period skjp tp sy pelik period sy nih selang bulan tp tak tntu jgk kdng2 due bulan ade 3bulan jgk… sy cume nk tahu knp period sy mcm nih ? sy wanie umur bru 20

    1. Salam Sis Wani. Most probaby sebab hormon tak stabil. Punca kena jadi macam tu hanya doktor boleh check kenapa. Sebaiknya jumpa doktor ye. Dalam masa sama amal pemakanan seimbang, elakkan stress, jaga berat badan, bersenam dan amalkan supplement macam GLA Complex.

  19. skrg period skrg* belom kahwin lgi

  20. skjp period skjp tak *

  21. Salam kalau x jumpe doktor pun x pe kan? Cume buat perkara yg dekat atas.

    1. Salam. Yang terbaik adalah jumpa juga doktor. Sebab kita taktau apa sebenarnya berlaku di dalam. Dalam masa sama penting juga amalkan gaya hidup sihat dan berikhtiar dengan supplement. Perlu seiring 🙂

  22. Salam sya 19thun dah 7 tahun xdtang period.last sya period ketika umur 12 thun bulan 1 slapas tu lngsung xdtg..adakah disebakan berat bdan sya? Cemana yer 🙁

  23. Asssalamulaikum,,, sy telah melahirkan ank ke-2 dn menyusu badan selama 6bln lebih. Selepas 2bln baru haid pertama sy datang sekali shj. Sehingga sekarang sy tidak dtg haid lg. Test upt pn didapti negatif. Sepanjang tempoh berpantang sehingga 6bln sy mengambil pil sembelit di farmasi dgn tujuan utk mlembutkn najis kerana sy menghadapi buasir teruk slepas bersalin tempoh hri.diharap ada sesiapa yg dapat membantu masalah saya ini. Sekian terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat saya memang common ada ibu yang menyusu badan tak datang period sebab faktor hormon. Puan boleh ambil GLA Complex kalau nak seimbangkan semula hormon. Kalau memang ada masalah kesihatan atau penyakit, elok check dengan doktor juga. Sebab hormon tak stabil ni boleh disebabkan punca lain juga contohnya berlebihan berat badan, stress, pemakanan dll.

  24. Salam sis. Saya mengalami masalah haid tidak teratur. Saya sudah 3 bulan tidak datang haid sejak september yg lepas. Sebelum saya period pada September juga saya tidak period selama 2 bulan. saya period pada awal jun dan august baru period lagi. Saya sudah membuat pregnancy test pada baru2 ini dan tidak Hamil.

    1. Salam sis. Boleh cuba amalkan GLA Complex. Mungkin ada masalah hormon tak stabil. Amalkan sekurang-kurangnya 3 bulan.

  25. Assalamualaikum sis, sy bru saje kahwin 3 bln lepas. Tapi sy agak risau dgn haid sy. Dtg terlalu awal dr masenye. Lepas tu makin singkat tempoh haid tu, darah pon x normal. Perut selalu rasa x sedap. Walaupon x dtg haid. Bila check x preg2 pon. Boleh sis bg advice.

    1. Waalaikumussalam sis. The best is better jumpa doktor dulu supaya doktor boleh check apa masalah sebenar. Kadang2 ada masalah mg perlu rawatan doktor. Dalam masa sama jaga pemakanan, elak stress, exercise, rehat secukupnya, minum air kosong banyak, jaga berat badan dan dalam masa sama boleh ikhtiar ambil supplement GLA Complex atau lagi bagus Set Kesuburan Shaklee yang lengkap. Supplement dia bantu baiki daripada dalam dan bantu seimbangkan hormon.

  26. Hey. Sya kris.. Umur 19.. Period sya tk teratur hampir sebulan dh.. Dan masalah keputihan saya datang lagi datang.. Sya alami ni 2 kali.

    1. Hye kris. Boleh cuba amalkan GLA Complex. Kalau ada budget lebih boleh tambah Vivix. Sangat bagus untuk seimbangkan hormon dan baiki masalah haid. Boleh wassap saya di 019 269 2301 kalau berminat ye.

  27. assalamualaikum…saya mengalami masalah haid x teratur bulan ini…saya period 2 kali sebulan..dan ini pertama kali sy menghadapinya..adakah ini di sebabkan hormon x stabil atau kesan ubat hormon yg sy ambil..

    1. Waalaikumussalam. Kalau ambil ubat hormon mmg besar kemungkinan boleh bagi kesan pada kitaran period. Better rujuk semula dengan doktor samada tu kesan biasa. Boleh amalkan GLA Complex dan Vivix kalau nak perbaiki masalah period dengan cara semulajadi.

      1. nak order mcm mna?ada agent tak kt sarawak?

        1. Boleh order dengan saya di 019 269 2301. After payment saya submit order dan shaklee pos dgn gdex atau citylink. Saya akan bagi konsultasi cara makan lepas dh dpt barang.

  28. sy period 13/2/20175( hari sahaja)..lepas tu 25/2/2017 ( 4hari sahaja)…dan hari ini 3/3/2017 sy datang lagi….setiap kali mesti senggugut dan menyebabkan rasa mual2..perut pon rasa x selesa…

  29. hai…sya ada maslah haid tidak teratur…januari lalu datang haid lebih dari 20 hari…bulan februari pun begitu juga…sy ada buat checkup di hospital dan perlu refer dgn pakar sakit puan…tapi appointment tu lambat lagi…jika sy ambil GLA dalam tempoh sebelum appointment ok x…sbb hospital x beri apa2 ubat ??

    1. Ya boleh ambil GLA Complex sebab ni supplement saja bukan ubat. Dalam masa sama dia bantu seimbangkan hormon dan baiki secara perlahan daripada dalam. GLA bagus juga untuk kecantikan, minda, kawal berat badan etc. Tapi check up dengan doktor tetap kena teruskan ye jangan tinggal. Boleh contact saya kalau nak dapatkan GLA Complex. Saya boleh beri panduan cara makan dan konsultasi berterusan 🙂

  30. assalammualaikum…sya nak tanya pendapat.anak sya 17th masalah haid tak teratur.kadang2 5bulan sekali,4bulan sekali.paling lama 9bulan.jumpa doktor bagi ubat hormon,lepas makan ubat datang sekali lepas tu berhenti.3atau4bulan sekali baru datang.baru2ni dtg haid tak hnti2 smpai jumpa dktor.smpai darah kurang dlam bdan.dktor suruh tungu 3 bulan nak tngok kptusan.anak saya tkut kna kanser.

    1. Waalaikumussalam. Masalah haid tak teratur ni berpunca daripada hormon tak seimbang. Kenapa jadi macam tu ada banyak sebab. Saya cadang teruskan buat follow up dan ikut nasihat doktor. Doktor akan check lebih detail terutamanya kalau masalah berulang. Bagi kes haid tak berhenti tu perlu beri perhatian lebih lagi. Dalam masa sama boleh juga kalau nak amalkan GLA Complex. GLA Complex ni hanya supplement semulajadi bukan ubat. Dia bantu seimbangkan hormon secara perlahan-lahan daripada dalam. Yang terbaik sekali adalah Vivix. Vivix ni tonik antioksidan daripada bahan botani. Vivix bantu perbaiki fungsi sel seluruh badan supaya badan boleh berfungsi dengan normal. Supplement semulajadi memang ambil masa nak nampak kesan. Tindak balas bergantung juga ikut badan individu. Ada orang sebulan dah ada kesan positif. Ada orang sampai 6 bulan atau lebih. Sebaiknya amal berterusan. Boleh hubungi saya kalau berminat nak cuba.

  31. salam. sy salah sorang yg sering alami haid xtratur. malah, sy prnah xdtg haid smpai 7 bulan. sy dh prgi ke hospital tpi doktor kata xda apa2 mslah. sy dh pening dh. sy dh cuba mcm2 supplement tpi xjugak haid dtg. nk kata sy ni dh menopause, xjugak. umur pun bru je 20. apa sy prlu buat kak.?

    1. Salam. Masalah haid ni ada macam-macam punca. Kalau boleh usahakan juga teruskan follow up dengan doktor. Lagi bagus kalau jumpa pakar sakit puan. Minta doktor check detail. Dalam masa sama boleh amalkan GLA Complex dan Vivix untuk bantu seimbangkan hormon dan perbaiki fungsi sel dalam badan. Tapi produk Shaklee ni bukan ubat dan hanya daripada bahan semulajadi. Jadi kesannya depends on badan individu dan ambil masa. Sebab dia perbaiki slowly daripada dalam. Sebaiknya amalkan minimum 3-6 bulan. Cuma kita tak risau sebab takde bahan kimia sintetik yang bahaya. Kalau dah baik pun digalakkan teruskan ambil untuk manfaat kesihatan jangka panjang. Kalau berminat boleh hubungi akak.

  32. Hello uhm,Saya remaja 14 tahun
    saya sudah tdak alami period
    untuk beberapa lama
    saya rasa 3 atau 4 bulan gitu,
    adakah saya mempunyai masalah kesuburan?
    apa cara yang boleh saya lakukan untuk
    memperbaiki masalah ini?..

    1. Umur 14 tahun masih muda. Kadang-kadang kitaran period ambil masa untuk stabil bagi remaja yang baru alami period. Untuk kepastian elok jumpa doktor pakar. Dalam masa sama boleh jaga makan, berat badan, elakkan stress dan amalkan supplement GLA Complex.

  33. Assalamualaikum, sya umur 19 tahun tahun ni tapi period sya selalu tak teratur. Saya kerap datang period dan banyak. Dari mula period darjah 5 saya dah pernah period lebih 15 hri. Waktu sekolah menengah period saya masih sama dan makin teruk berlanjutan sampai lebih 2 bulan. Sekarang saya period dlm 10 hari tapi gap untuk period seterusnya seminggu sahaja. Ada masalah ke tu ? Sebab sya dh pernah check doktor bnyak kali katanya mungkin hormon tapi check okay je. Last check form5,2tahun lepas. sya dapat ubat perancang tpi keluarga sya tk benarkan makan kerana sya masih remaja tidak sesuai. Macam mana ye ?

    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah kalau dah check doktor. Selalunya memang doktor akan bagi ubat hormon cthnya pil perancang. Ini rawatan biasa masalah chormon tak stabil. Kalau tak ok juga baru doktor check lanjut step by step. Saya cadangkan cuba amal gaya hidup sihat, jaga pemakanan dan makan seimbang, elakkan stress, rajin bersenam, banyakkan minum air kosong, jaga berat badan. Boleh amalkan GLA Complex. GLA Complex ni supplement saja bukan ubat. Dia bantu seimbangkan hormon. Tapi ambil masa sebab dia baiki slowly drpd dalam. Kalau dah baik pun boleh teruskan sebab baik untuk kecantikan, awet muda, kesihatan dalaman, minda dll. Kena sabar lah dan konsisten. Dalam masa sama boleh teruskan ikut nasihat doktor.

  34. Hai , salam. Saya umur baru 20 , saya ada masalah kitaran haid selalu setiap sebulan atau dua bulan tidak datang. Baru² ni saya tidak datang dari bulan 2 dan cek prgnent negatif. Bulan 7 baru datang balik. Sebab sya makan shaklee vtamin b with asid folic.

    1. Salam. Hi Carolin. B Complex memang bagus diamalkan setiap hari dan memang banyak manfaat. Boleh ambil prenatal set Shaklee kalau plan nak hamil. Dan kalau masih ada masalah haid boleh amalkan GLA Complex. Bagus untuk kesuburan juga.

  35. Assalamualaikum..
    Saya berumur 52thn. 2 thn sudah saya alami period pain yg amat teruk dan utk hari ke2 & ke3 haid yg amat byk. Hari2 seterusnya tidak byk lagi. Tetapi mslh saya haid saya akan keluar berselang hari hingga ke haid yg akan dtg. Saya pernah melakukan endoscopy dan keputusannya hya ada polyp yg byk dirahim saya. Sehingga sekarang darah coklat muda masih keluar . Saya tidak ada ape2 mslh atau sakit2 perut kecuali darah itu sahaja.

    1. Waalaikumussalam Puan. Bagus kalau dah check dengan doktor. Saya sarankan ikut apa saranan doktor. Dalam masa sama ikhtiar juga dengan set supplement untuk wanita yang kaya antioksidan seperti GLA Complex,Omega Guard, Vivix, Vitamin E untuk bantu perbaiki dan cepatkan lagi proses pemulihan dalaman. Kalau keadaan makin baik, dah tak perlu bergantung sangat dengan ubatan dan boleh teruskan makan supplement saja.

  36. ASSALAMUALAIKUM..SY ADA MSLH HAID TIDAK TERATUR..SUDAH 7 BLN XDTG HAID..JUMPA DOKTOR,DOKTOR CKP OK XDE MSLH..SY SBLM NI MMG SELALU XTERTUR TP XLAMA MCM NI..PLG TDK PON 3 BLN..TP NI DH LAMA SGT.APAKAH YG HRUS SY BT?

    1. Waalaikumussalam. Boleh teruskan follow up dengan doktor. Dalam masa saja jaga pemakanan. Amal pemakanan seimbang, jaga berat badan, exercise, elakkan stress etc. Boleh ambil GLA Complex dan Vitamin C secara konsisten untuk bantu baiki keseimbangan hormon dalam badan. Boleh wasap saya untuk info detail dan order. 🙂

  37. sebelum ni period saya teratur. tetapi bulan 4 tu sy period masuk p bulan 5. period bulan 5 belum dtg lg firstime ni haid saya lewat dtg selalunya hujung bulan dah dtg..

    1. Kadang-kadang memang kitaran period lari beberapa hari. Mungkin faktor pemakanan, stress, berat badan dll. Cuba biasakan tanda dan kira kitaran hari period di kalendar. Kalau berbeza 1 hingga 7 hari tu masih normal.

Leave a Reply to kris Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu