Kebaikan Khasiat Asid Lemak Omega 3 Dalam Minyak Ikan Terhadap Kesihatan Tubuh

Asid Lemak Omega 3 (EPA & DHA) dalam minyak ikan merupakan sejenis asid lemak penting yang kaya dengan kebaikan khasiat dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia.  Omega 3 tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Oleh itu, kita perlu mendapatkannya melalui diet harian atau pengambilan makanan tambahan.

Asid Lemak Omega 3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Ia juga dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Khasiat Omega 3
Kalau tak nak jadi cepat nyanyuk atau pelupa, kena amalkan makan minyak ikan!

Kebaikan Khasiat Asid Lemak Omega 3

Antara manfaat dan faedah utama pengambilan minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 ialah:

Kebaikan Asid Lemak Omega 3
Kebaikan Omega 3 kepada tubuh badan!

 

1. Menyokong Kesihatan Jantung

Peranan penting Asid Lemak Omega 3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA didalam Asid Lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolestrol baik dan tahap tekanan darah normal.

 

2. Menggalakkan Fungsi Otak Yang Sihat

Asid Lemak Omega 3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas Asid Lemak Omega 3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan boleh membantu dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

 

3. Menyokong Fungsi Sendi Sihat

Asid Lemak Omega 3 juga dapat menyokong kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sendi bergesel, asid lemak ini boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu sendi bergerak secara bebas.

 

Sumber Omega 3 Terbaik, Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

 

Omega Guard Shaklee merupakan supplement minyak ikan yang berkualiti tinggi dan bergred farmaseutikal. Bagi setiap satu hidangan, Omega Guard memberikan 1000mg Asid Lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA.

 

Minyak Ikan Ultra Tulen Dan Berkualiti Tinggi

 

Ikan laut dalam kaya dengan Omega 3 namun ia dicemari dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran air laut. Namun, Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul pelbagai peringkat.

Proses ini dapat memekatkan Asid Lemak Omega 3 tulen yang berkhasiat dan dalam masa sama dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam kebanyakan ikan.

 

Dalam memilih supplement minyak ikan dalam pasaran, pastikan anda pilih yang selamat dan tak mengandungi bahan logam berat yang bertoksik kepada sel badan dan memberi kemudaratan dalam jangka panjang.

Minyak ikan Omega Guard Shaklee adalah berkualiti tinggi. Disebabkan tahap keselamatannya yang terbukti, kami anak beranak memang amalkan supplement ni. Daripada anak-anak seawal usia 4 tahun hinggalah kepada datuk dan nenek saya!

Memang minyak ikan kaya dengan khasiat untuk semua golongan. Boleh hubungi saya untuk dapatkan minyak ikan terbaik yang dihasilkan daripada minyak ikan tulen ni 🙂

 

Klik sini! Untuk terus membuat pembelian dan pembayaran secara online melalui sistem eSell Shaklee.

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

This Post Has 5 Comments


  1. Info yang menarik mengenai minyak ikan Omega-3. Memang pengambilan minyak ikan Omega-3 banyak mendatangkan manfaat kesihatan. Namun pengambilan minyak ikan Omega-3 boleh juga mendatangkan kemudaratan sekiranya ianya diambil dalam dos yang berlebihan. Antaranya ialah ia boleh mendatangkan ‘reversal effect’ iaitu sistem imunisasi badan yang sepatutnya menjadi lebih kuat dengan pengambilannya akan menjadi lemah. Akibatnya seseorang itu akan mudah mendapat penyakit berjangkit dan penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Selain itu, kesan terlebih dos minyak ikan Omega-3 juga ialah darah kita akan menjadi terlalu cair lalu meningkatkan risiko perdarahan luaran dan dalaman.

    Muhammad Akbar bin Abdullah recently posted…7 Tips Rawatan SenggugutMy Profile

    1. Terima kasih atas perkongsian menarik. Betul tu apa2 pun kalau ambil berlebihan boleh beri kesan yang buruk. Sebaiknya ikut saranan dos yang dah dicadangkan 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu