Soft Tissue Injuries, Suami Kuat Bersukan Hadapi Risiko Hampir Lumpuh

Soft tissue injuries (STI) adalah risiko biasa dihadapi oleh orang yang kuat bersukan. Tapi kalau suami beriya sangat bersukan sampai hampir lumpuh uishhh itu berita yang sangat menakutkan. Bersukan ni memang bagus. Saya sendiri memang suka dan menyokong suami amalkan gaya hidup cergas.

Tapi kalau sampai memudaratkan diri sendiri, susah juga. Apa-apa yang terjadi kepada suami mesti anak-anak dan isteri patah kaki! Macam brader ni, aktif bersukan. Tapi tiba-tiba 1 hari… Eh tengoklah video tu. Dengar sendiri dia cerita.

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Hmm kena beware ye para suami yang gemar bersukan. Para isteri pun, perlu ingatkan suami tu untuk berpada-pada.

 

Apakah Soft Tissue Injuries (STI)?

 

Kecederaan akibat bersukan
Bersukan secara berlebihan boleh menyebabkan kecederaan soft tissue injuries

 

Soft Tissue Injury ialah kecederaan yang melibatkan ligamen, tendon dan otot. Ligamen adalah tali pengikat yang kuat terdiri daripada tisu-tisu fiber yang mengikat satu tulang ke tulang lain dan menstabilkan sendi. Tendon pula adalah tali penyambung berfiber yang menyambung otot ke tulang.

Kecederaan boleh berlaku akibat penggunaan kerap tisu-tisu dibahagian berkenaan ataupun tercedera akibat terjatuh ataupun terseliuh. Boleh juga berlaku akibat kemalangan dan sebagainya.

 

Jenis-Jenis Soft Tissue Injuries

Secara umurnya terdapat 5 jenis kecederaan soft tissue injuries ini:

 

1. Contusion/ Lebam – Kecederaan perlanggaran disebabkan tekanan pada otot dan tulang. Menyebabkan bengkak, sakit lebam dan kulit bertukar warna.

2. Strain/ Ketegangan – Cedera pada tendon atau otot. Terjadi disebabkan regangan dan kontraksi melampau.

3. Sprain/ Tergeliat – Cedera pada ligamen. Berkaitan dengan sendi.

4. Tendonitis – Radang pada tendon itu sendiri akibat tekanan berterusan pada tendon.

5. Bursitis – Radang pada cecair synovial dan menyebabkan tekanan pada bahagian tersebut.

 

Setiap jenis kecederaan STI ini ada tahapnya masing-masing. Ada yang mild (minor), moderate (sederhana) malahan severe ataupun teruk. Jenis rawatan juga bergantung kepada peringkat kecederaan.

 

Cara Merawat Soft Tissue Injuries (STI)

 

Dalam keadaan biasa dan tak membimbangkan ataupun sekiranya mengalami kecederaan minor, aplikasi rawatan R-I-C-E boleh digunakan.

Rawatan RICE
Langkah awal rawatan untuk kecederaan ketikan bersukan.

 

1. Rest (R) – Melegakan dengan merehatkan anggota yang cedera.

2. Ice (I) – Menggunakan ais untuk membuat tuaman (buat 20-20 minit setiap 2 hingga 3 jam).

3. Compress (C) – Membuat balutan keatas kecederaan.

4. Elevate (E) – Meninggikan bahagian anggota yang tercedera.

 

Walau bagaimanapun sekiranya kecederaan nampak teruk, rasa sakit sangat, tak boleh bergerak atau disentuh, ataupun patah, sebaiknya terus dapatkan rawatan pihak yang lebih pakar. Doktor mungkin akan nasihatkan untuk berehat daripada melakukan pergerakan aktif ataupun kerja-kerja berat.

Tapi untuk kes yang kronik, mungkin perlukan pembedahan, rawatan fisio, pengambilan ubat, pemakaian alatan sokongan dan sebagainya. Leceh kan bila dah jadi macam ni? Tapi yelah kadang-kadang malang tak berbau. Sedangkan tengah berjalan pun boleh jatuh dan cedera ye tak?

 

Risiko Akibat Soft Tissue Injuries

 

Macam dalam video ni, brader ni berisiko untuk lumpuh. Bila lumpuh maksudnya memang hilang terus fungsi anggota bahagian berkenaan. Semestinya lah ini risiko paling teruk dan ditakuti. Kalau dah berkeluarga, macam mana lah nasib anak-anak dan isteri.

Yelah dah susah nak pergi kerja dan ke sana ke mari. Daripada aktiviti suka-suka dah jadi susah hati. Tak salah pun hobi bersukan tapi langkah-langkah pencegahan dan perlindungan mesti ada. Pemanasan badan sebelum bersukan dan penggunaan alatan dan pakaian sukan yang sesuai boleh bantu elakkan kecederaan yang tak diingini.

Tapi kalau dah terkena berikhtiar lah untuk cuba perbaiki dan merawat kecederaan yang ada. Jangan dibiarkan saja. Tak rugi cuba. Macam brader dalam video ni, dia cuba ambil supplement untuk Soft Tissue Injuries yang dicadangkan isterinya.

Alhamdulillah dengan izin Allah, ianya membantu memulihkan dan sekarang dah boleh bersukan balik. Para isteri memanglah selalu sayang dan risaukan suami. Tapi para suami kena ingat, kalau sayangkan isteri dan anak-anak, kena lah sayang dan jaga diri sendiri sebaik-baiknya! 🙂

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu