Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu Bayi

Kepentingan penyusuan bukan saja baik untuk bayi tapi juga memberi banyak kebaikan dan faedah kepada ibu bayi. Terutamanya daripada segi kesihatan, ibu boleh dapat banyak manfaat yang berharga. Sebab itulah dalam Al-Quran sendiri digalakkan ibu menyusukan anak dengan susu ibu. Terdapat banyak hikmah tersembunyi disebalik saranan ini.

Dalam entry sebelum ni saya kongsikan Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi. Jadi kali ni saya nak kongsikan beberapa faedah breastfeeding kepada ibu yang memilih untuk menyusukan anak dengan susu badan.

Kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu
Breastfeeding bukan je baik untuk baby tapi bagi banyak faedah kepada ibu juga!

 

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

 

1. Kurang risiko mendapat kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.

2. Kurang risiko kerapuhan tulang pinggul dikemudian hari.

3. Kurang tekanan perasaan selepas bersalin.

4. Pemulihan fizikal yang cepat selepas bersalin.

5. Mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.

6. Jalinan emosi (bonding) yang erat antara ibu dan bayi.

7. Penyusuan diwaktu malam dan semasa perjalanan yang lebih mudah.

8. Membantu penyecutan rahim dan kurang risiko pendarahan.

9. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.

10. Menjimatkan masa dan wang.

11. Mudah dan tidak perlu persediaan.

 

Sekiranya anda seorang ibu yang sedang hamil, mungkin boleh pertimbangkan untuk pilih susukan anak dengan susu ibu. Kalau belum berjaya kali ni, mungkin untuk anak akan datang. Jangan lepaskan kebaikan-kebaikan bonus yang anda boleh dapat daripada breastfeeding ni. Nak tau? Menyusu badan boleh bantu ibu untuk turunkan berat badan dan maintain kurus!

Sebab breastfeeding memerlukan tenaga yang banyak. Setiap hari ibu guna sehingga 500 kalori tenaga untuk menyusukan anak. Iaitu lebih kurang sama dengan berenang selama sejam dalam kolam renang dengan gaya bebas menggunakan tenaga sederhana tanpa henti! Banyak kan tu?

Kalau pun anda ibu bekerja, jangan risau untuk breastfeeding. Boleh ikuti Panduan Persedian Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja yang pernah saya kongsikan sebelum ni.

 

 

Pengedar Shaklee Kajang,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu