13 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Lepas Travel Balik Kampung

Cepat letih ataupun cepat penat lepas travel memang dah dijangka. Tak kira lah samada perjalanan jauh sebab pergi dan balik kampung ataupun jalan-jalan makan angin. Walaupun kita berjalan tu naik kereta je. Tapi duduk berjam-jam tu pun boleh buat sakit sendi, sakit pinggang, sakit tengkuk ehh lenguh-lenguh la badan.

Apatah lagi kalau melancong luar negara, backpacking ataupun trekking. Guna pula pengangkutan awam macam bas, keretapi ataupun kapal terbang. Dah tu bawa anak-anak pula lagi! Boleh bayangkan tak macam mana keadaan dan situasinya? Kalau saya lah selalunya belum pun mula lagi perjalanan, baru start packing barang dalam rumah pun memerlukan semangat yang kuat.

Tips hilangkan rasa letih lepas travel
Boleh cuba tips hilangkan rasa letih ni lepas travel.

 

Sebelum tinggalkan rumah tu nak kena settlekan urusan-urusan terbengkalai dulu. Nak kena kemas rumah dulu. Kemas-kemas dulu segala apa yang patut. Nanti dah balik rumah takdelah teruk sangat nak mengemas kan. Kain baju sah-sah lah menimbun nak basuh nak kena lipat. Badan pun dah letih tak larat nak buat banyak kerja. Rumah kemas otak pun rasa tenang nak relax dan rehatkan badan yang sengal.

 

Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.

 

Tapi, pernah terfikir tak macam mana ada orang boleh jadi kaki travel? Dengan anak-anak pula tu kan macam Cik Puan Lyna dalam video ni. Kita mak-mak yang jaga anak dirumah seharian pun dah mengeluh letih! Inikan lagi nak backpacking macam ni. Tapi tak mustahil sangat lah kan kalau kita tau caranya. Berjalan-jalan pun best juga boleh release tension daripada mengadap rutin harian je.

Sebelum tu para ibu sekalian harus lah kena tau tips macam mana nak elakkan rasa cepat letih dan kembalikan tenaga segera supaya perkataan travel, outing, balik kampung, jalan-jalan, bercuti-cuti tidak lagi memberi bayangan awal kepenatan diminda. Silap-silap pantang je suami announce kata jom pergi bercuti! Dengan semangatnya terus meompat nak packing baju. Dah jadi kesukaan pula kan 😀

Jauh perjalanan luas pemandangan! Tak serik nak pergi bercuti berkali-kali. Hari ni balik rumah, esok masih boleh tersenyum pergi kerja. Tak payah ambil MC.

 

Tips Hilangkan Atau Kurangkan Rasa Letih Dan Penat Lepas Travel

 

Sebenarnya penat atau cergas ni bergantung kepada keupayaan tenaga badan seseorang. Tambah-tambah kalau umur makin meningkat, memang dapat rasa tenaga kita tak sama macam muda-muda dulu. Tapi macam mana ye kalau kita nak kekalkan tenaga ke paras optimum walaupun usia makin bertambah?

 

1. Jaga Pemakanan

Amalkan makan makanan yang segar, berkhasiat dan seimbang. Lengkapkan juga dengan makanan tambahan contohnya seperti CoQ10, B Complex, multivitamin, Vitamin C dan minuman tenaga protin soya. Dengan ini tubuh mendapat zat dan nutrien yang diperlukan sel badan untuk bekalan tenaga yang mencukupi, memperbaiki sel-sel yang rosak dan seterusnya menggalakkan pengaliran tenaga yang sempurna.

 

2. Kurangkan Pilihan (Option) Sekiranya Perlu Buat Keputusan

Dalam keadaan letih, kadang-kadang otak susah nak buat keputusan yang rational dan tepat. Badan pula dah tak larat nak buat kerja-kerja ‘research’. Proses berfikir tu sendiri memakan banyak tenaga. Jadi elakkan perlu buat keputusan-keputusan besar masa letih. Kalau perlu pun, hadkan pilihan yang ada supaya tak susah sangat nak fikir lama-lama.

 

3. Cuba Praktikkan Terapi Warna

Untuk tingkatkan tenaga, boleh cuba pakai baju-baju ataupun melihat persekitaran yang berwarna panas seperti kuning, merah dan oren boleh memberi efek menyegarkan berbanding warna-warna yang sejuk. Warna-warna panas ni menarik perhatian minda dan mencergaskan aktiviti otak.

 

4. Berhubung Dengan Orang Lain (Bersosial)

Berhubung melalui media social contohnya seperti Facebook dan Twitter. Menurut kajian saintis, bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang rapat seperti rakan dan saudara, tubuh akan hasilkan hormon oxytocyn yang menyebabkan rasa lebih tenang dan gembira.

 

5. Bersenam

Bersenam boleh bantu tingkatkan stamina dan ketahanan badan. Jadi kalau dah selalu bersenam, walaupun terpaksa travel lama masalah penat tu kurang. Tak lah letih sangat sebab badan dah biasa berada dalam keadaan aktif dan cergas.

 

6. Minum Air Yang Mencukupi, Air Sejuk Boleh Menyegarkan

Pastikan bendalir badan mencukupi untuk pastikan sel tubuh dapat berfungsi dengan baik. Menurut kajian saintis bila badan didedahkan kepada air sejuk, kita akan jadi lebih peka. Ini kerana tubuh melepaskan hormon noradrenaline iaitu hormon yang membuatkan rasa lebih segar.

 

7. Makan Dan Minum Yang Menyegarkan

Makan makanan yang sedap dan disukai seperti buah-buahan, ais krim, kuih muih, minuman jus dan sebagainya. Makanan dan minuman ni rasanya sejuk dan manis serta memberi tenaga. Membuatkan rasa lebih menyegarkan.

 

8. Buang Rasa Kesal Dan Maju Ke Depan

Kadang-kadang masa travel berlaku perkara yang tak menyeronokkan. Contohnya sebab tempat yang dilawati tu tak best ke atau kereta rosak ke. Perkara dah lepas, jadi sebaiknya kita lupakan je benda-benda tak best tu. Ingat momen-momen yang seronok je. Tapi boleh lihat pengalaman lepas daripada sudut positif dan jadikan ingatan untuk masa akan datang. Elakkan perkara-perkara yang boleh buat rasa stress!

 

9. Ketepikan Urusan Kerja Seketika

Bila badan tengah letih, otak pun susah nak berfikir. Elakkan buat urusan peribadi ataupun hal kerja ketika ataupun selepas travel. Contohnya balas email pejabat ataupun hantar report. Kalau tak urgent, tutup dulu laptop dan ketepikan handphone. Buat perkara-perkara yang kita suka dan menyeronokkan contohnya bermalasan tengok movie, baca majalah, pergi berurut dan sebagainya. Senang cakap, berehat lah dulu ok!

 

10. Senaraikan Kejayaan Dan Pencapaian

Kadang-kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Nasib tak baik ada je pula benda tak kena kan. Silap-silap rasa menyesal pula pergi travel. Kalau tau jadi macam tu baik tak payah pergi! Haa pernah rasa macam tu? 😀 Kalau ada, ingat tips No. 8. Kemudian ambil kertas dan pen dan senaraikan kejayaan ataupun perkara yang berjaya dicapai. Biarpun perkara kecik, tapi bersyukur lah atas nikmat yang Allah beri.

 

11. Lompat!

Melompat melawan graviti adalah senaman yang bukan saja meningkatkan degupan jantung segera, tapi juga mengepam oksigen ke seluruh badan dan memberi kesan positif pada minda. Mengikut kajian saintis, melompat atas katil ataupun melompat macam orang gembira boleh membuatkan rasa seronok dan mengeluarkan diri daripada rutin biasa.

 

12.Gunakan Produk Berasaskan Daun Pudina

Kajian menunjukkan bau mint ataupun pudina membuatkan individu bekerja dengan lebih cepat dan tepat atau bersenam dengan lebih lama. Bau ini membuatkan kita rasa lebih peka dan membawa kepada tenaga yang lebih banyak.

 

13. Rehat Dan Tidur

Kalau dah letih, ubatnya satu je. Kena rehat! Jadi jangan risau untuk ketepikan sementara perkara lain. Utamakan dulu untuk berehat pulihkan badan. Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang berkualiti tanpa gangguan walau sekejap dah cukup nak kembalikan fokus kepada urusan harian yang menunggu lepas tu. Daripada ditahan-tahan rasa letih tu menganggu prestasi dan kualiti kerja. Buat rasa moody pun ye juga.

 

Penat dan letih ni besar skopnya. Penat bekerja, letih buat kerja rumah, selalu rasa mengantuk, tak bermaya, asyik tidur je, rasa lemah ehh banyak lagi lah! Jangan jadikan sebab dah jadi ibu bapa, usia dah meningkat kurang tenaga ataupun ada anak kecil membuatkan kita susah nak travel.

Semuanya bermula dengan cara kita setting minda kita. Jom kita cuba lawan semua keletihan ni dengan 13 tips di atas. Tips ni bukan saja sesuai untuk travel melancong atau balik kampung tapi juga berkesan untuk para ibu yang letih buat kerja rumah.

Kaki travel dan orang yang cepat letih, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan dapatkan vitamin yang boleh bantu tingkatkan kecergasan tenaga. Ikhtiar untuk nikmati dan jalani hidup dengan rasa lebih sihat, cergas, ceria dan produktif! 🙂

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu