7 Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Cara Semulajadi

Orang kata kalau kena chicken pox, lagi selamat kena masa kecil. Sebabnya bila kena masa dah besar parutnya susah nak hilang. Jenuh la menggagau cari petua sana sini nak hilangkan parut chicken pox. Orang Melayu kita ni lebih suka guna cara semulajadi tanpa bahan kimia. Memang bagus pun sebenarnya kan.

Alhamdulillah saya dah kena chicken pox masa kecil. Kalau tak salah 2 kali kena. Tapi anak-anak saya belum kena lagi. Alhamdulillah sihat sampai sekarang. Hopefully tak kena terus lah sampai bila-bila, insyaAllah amin! Mesti gatal sangat. Saya sendiri takut dengan kesan parut tu.

Tips hilangkan parut chicken pox menggunakan bahan semulajadi
Boleh cuba kaedah semulajadi ni untuk hilangkan parut akibat chicken pox, jerawat, luka dan sebagainya.

 

Kadang-kadang kesian tengok orang yang kena chicken pox ni. Ada yang kena teruk sangat. Parut kehitaman, dah lah besar-besar, rapat-rapat pula tu. Kalau parut kecil halus-halus nipis takpe lah lagi. Tapi kalau dah kena nak buat macam mana kan. Kena lah usaha hilangkan parut-parut yang hodoh terutamanya di muka tu. Kalau di badan atau tempat-tempat lain tak kisah lagi. Macam Puan Nur Hidayah ni lah. Dah besar baru kena 🙁

Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

 

Cara Hilangkan Parut Dengan Bahan-Bahan Semulajadi

 

Tapi jangan risau! Kulit kita ni sentiasa bertukar setiap hari. Sel-sel kulit yang mati akan digantikan dengan sel-sel kulit yang baru. Tambahan pula kalau parut yang nipis, tak mustahil untuk hilang jadi nipis ataupun hilang terus. Sebelum ni saya pernah share cara atasi masalah jerawat dan hilangkan parut hodoh. Ada banyak punca parut dan ada banyak cara nak hilangkan parut. Yang penting kena rajin cuba dan sabar untuk lihat hasilnya.

 

1. Vitamin E Daripada Sumber Semulajadi

Vitamin E sangat baik untuk kulit sebab ianya kaya dengan antioksidan untuk menyokong proses pembaikan pada sel kulit. Antioksidan ini bantu melindungi kulit daripada radikal bebas, bakteria, kekotoran dan juga ancaman persekitaran yang boleh merosakkan sel kulit dan kolagen. Sebaiknya guna Vitamin daripada sumber semulajadi seperti Vitamin E Complex Shaklee.

Boleh pecahkan capsule dan sapukan pada kulit. Buah  betik, bayam, avokado, badam juga kaya dengan Vitamin E. Kalau rajin, boleh buask mask avokaco. Picit avokado bersama  madu dan cuka epal (apple cider vinegar) dan sapu pada kulit. Biar selama 20 minit sebelum basuh.

 

2. Minum Dan Sapu Air Kelapa

Khasiat air kelapa
Air kelapa ada 1001 kegunaan.

Dalam air kelapa terdapat pelbagai nutrien termasuklah vitamin, mineral dan zat galian. Kaya dengan magnesium, kalsium, potassium, sodium, fosforus dan banyak lagi. Dalam air kelapa terdapat asid laurik dan sitokina (cytokines) yang sangat baik untuk memperbaiki masalah berkaitan kulit seperti parut, kedutan, kulit kering dan sebagainya.

Cytokines membantu menggalakkan pertumbuhan sel dan keseimbangan pH  yang seterusnya memelihara tisu penghubung. Air kelapa juga bersifat agen anti-viral, anti-microbial dan anti-fungal yang membantu menyembuhkan dan melembutkan kulit. Jadi bila guna air kelapa setiap hari, parut dan kawah yang terbentuk disebabkan chicken pox boleh dikurangkan.

Caranya ialah, minum air kelapa, sapu pada bekas parut chicken pox dan boleh juga mandi dengan air kelapa yang dicampur dengan air mandian.

 

3. Bijirin Oat Bantu Lembabkan Kulit

Oat boleh bantu percepatkan proses pemulihan parut yang makin nipis. Bukan saja bantu kekalkan kelembapan kulit tapi bantu kurangkan kemerahan dan secara lembut menipiskan tona kulit tak sekata. Boleh sapu paste oat yang dicampur dengan air atau yogurt ke kulit dan gosok perlahan-lahan. Biarkan kering sebelum basuh.

 

4. Baking Soda

Baking soda boleh guna untuk hilangkan parut
Baking soda bukan je untuk buat kek tapi ada banyak kegunaan.

Baking soda yang bersifat alkali, membantu mengekalkan pH pada kulit. Baking soda bantu kurangkan kerengsaan dan kegatalan dan dalam masa sama bantu elakkan kita menggaru bekas chicken pox tu yang boleh jadi punca utama parut pada kulit. Baking soda juga bertindak sebagai agen penggelupasan lembut pada kulit. Boleh bancuh paste baking soda dengan sedikit air dan gosok selama 1-2 minit pada bekas chicken pox sebelum dibasuh.

 

5. Jus Lemon

Parut terbentuk semasa proses pemulihan kulit yang terluka atau rosak. Tubuh menghasilkan protein kolagen untuk memperbaiki kerosakan yang terjadi pada kulit dan tisu. Collagen membantu kulit kekal kuat, flexible dan kental. Jus lemon merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin C yang sangat penting dalam penghasilan kolagen.

Jus lemon juga kaya dengan asid alpha hydroxy (AHA) yang berupaya untuk menyembuhkan kulit. Dikategorikan sebagai peluntur semulajadi, jus lemon boleh bantu nipiskan parut akibat chicken pox. Boleh tuang sesudu jus lemon ke bebola kapas. Sapu pada parut. Biarkan kering selama 10 minit dan basuh. Buat pada waktu malam.

 

6. Madu

1001 kebaikan madu
Madu adalah makanan sunnah yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan!

Madu yang kaya dengan nutrien semulajadi adalah pelembab yang baik. Madu juga ada bahan peluntur yang dapat menipiskan parut. Ianya menggalakkan penghasilan kulit baru pada kawasan parut dengan menyediakan nutrien penting kepada kulit.

Melalui kesan osmotic, madu menarik darah dan nutrien ke parut dengan menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan pemulihan. Dalam masa sama, madu memberikan kesan asid (acidity) kepada parut menyebabkan oksigen dibebaskan daripada sel darah merah dan ini menggalakkan penghasilan kulit baru.

Boleh bancuh madu bersama oat dan air. Jadikan scrub kulit. Gosok perlahan dan biar kering selama 20 minit sebelum basuh.

 

7. Gel Aloe Vera

Aloe Vera ataupun orang Melayu kita panggil daun lidah buaya adalah herba yang dah digunakan turun temurun. Aloe vera sangat baik untuk menghilangkan kerengsaan, melembabkan dan memulihkan kulit yang luka akibat chicken pox, allergy dan sebagainya. Gel aloe vera baik untuk merawat kulit sebab dalamnya terdapat antioksidan dan anti mikrob.

Manakala bahan anti radang (anti-inflammatory) boleh kurangkan keradangan pada kulit yang luka dan membuang sel kulit mati. Cecair aloe vera boleh meresap masuk jauh dalam kulit untuk melembabkan kulit dan dalam masa sama meningkatkan penghasilan kolagen. Dengan itu kulit lebih cepat sembuh dan parut jadi makin nipis.

 

Selain petua hilangkan parut menggunakan 7 bahan semulajadi di atas, bahan semulajadi lain yang juga sangat baik untuk nipiskan parut ialah buah betik, cocoa butter, minyak kelapa, minyak aromaterapi lavender (lavender essential oil) dan juga campuran minyak aromaterapi seperti tea tree oil, chamomile, bergamot oil, witch hazel dan sebagainya.

Ada yang boleh dihancurkan dan dibuat paste. Ada yang boleh dicampur dan dibancuh dengan air. Boleh ikut kreativiti, keselesaan, keadaan dan situasi masalah masing-masing. Tapi kalau nak senang, saya guna saja Vitamin E Complex tu sebab Vitamin E Shaklee daripada bahan semulajadi dan bukannya daripada bahan kimia sintetik. Memang selamat sebab tu masa anak kecil saya jatuh dan luka saya tak risau pun nak sapu pada dia.

Untuk kurangkan parut sebenarnya pemulihan daripada luaran kalau disokong dengan pemulihan daripada dalam adalah lebih berkesan. Sebabnya kita terus makan nutrien penting yang diperlukan badan untuk pulihkan sel-sel dan tisu kulit untuk luka. Vitamin B Complex, Vitamin C, Protein Soya ESP, GLA Complex dan Vitamin E semuanya kaya faedah untuk kulit.

Untuk anak-anak yang kecil, boleh guna ubatan yang doktor bagi dan bila dah sembuh boleh sapu Vitamin E pada kulit. Kalau masih menyusu badan, ibu kerapkan lagi penyusuan supaya anak boleh dapat zat dan nutrien baik yang boleh bantu pemulihan parut. Untuk kes chicken pox biasa, makin anak membesar parut tu memang akan pudar. Jadi tak lah risau sangat insyaAllah.

Bila semua vitamin ni bergabung buat kerja-kerja pemulihan, insyaAllah kesihatan daripada dalaman akan memancar keluar. Kulit makin sihat, tona kulit makin sekata, kelembapan kulit terjaga, dah tak kusam dan parut pun makin pudar. Mesti cuba kalau ada masalah parut teruk. Recommended! 🙂

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Kajang,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah.

This Post Has 20 Comments

  1. Aslm..saye nk tanye klau pkai baking soda..brape hari ye nk hilang..dan satu lagi saye nk tanye..parut chicken pox saye di sebelah mate..adekah ia berbahaya apabila diletakkan baking soda ?

    1. Salam sis Nurul Annisa. Saya kurang pasti brp hari boleh hilang tapi boleh cuba. Kalau boleh elakkan kawasan dekat dengan mata.

      1. Berapa harga shaklee untuk budak 12 thun

        1. Kalau biasa untuk budak-budak supplement yang dicadangkan ialah:

          Omega Guard RM136.00 – baik untuk kesihatan minda
          Meal Shakes RM113.75 – multivitamin drink, tambah selera makan, baik untuk atasi sembelit
          Chewable Vita C RM37.50 – kuatkan sistem imun, kurangkan simptom selsema, batuk, demam
          Vita-Lea for Children RM111.00 – multivitamin tablet bentuk kunyah, kuatkan sistem imun

          Vita-Lea for Children tu ada promosi beli 3 free 1.

          Di atas adalah senarai harga untuk bukan ahli. Kalau jadi ahli lebih jimat 🙂

          Dia ada masalah kesihatan apa ye?

  2. Btol ke bleh ilang kn parut cikenpox nii???

    1. InsyaAllah. Kalau amalkan vitamin konsisten berterusan dan kalau parut tu nipis dan tak dalam. Perlu beri masa dan banyak bersabar 🙂

      1. Kalau parut tu dalam?

        1. Kalau dalam sangat mungkin boleh bantu kurangkan kesan parut tu dan maintain kesihatan bekas luka tu. So that bila usia meningkat tak nampak makin teruk. Cuba amalkan collagen powder, esp, vitamin dan vitamin e dengan konsisten berterusan.

  3. Boleh hilang ke parut chicken pox yg sudah lama 1 tahun (parut yg telah dibuang kuping) ??

    1. Kalau parut yang nipis insyaAllah boleh. Amalkan vitamin konsisten. Memang ambil masa. Boleh ambil Vitamin C, ESP, Collagen Powder dan Vitamin E

  4. Kalau untuk parut yg dlm dan lame blh berkesan ke agaknya ye ?

    1. Depends kepada punca dan jenis parut. Kalau parut di permukaan dan baru lagi insyaAllah boleh nipis. Bila usia meningkat parut tak jelas dan kulit sekeliling pun kurang rosak sebab ada vitamin untuk repair dan cegah radikal bebas daripada rosakkan sel-sel yang lemah/ injured tu.

  5. As salam sis .. nk tny klau parut jintungan yg hitam boleh hilang ke ?

  6. Maaf. Tapi yang cara kelima tu guna air apa nya?

    1. Guna jus lemon. Atau kalau nak mudah boleh amalkan Sustained Released Vitamin C. Nak hancurkan buat mask sapu ke muka pun boleh 🙂

  7. Lemon tu nak sapu kat muka or buat air lemon sis?

    1. Boleh sapu terus. Kalau tak tahan boleh dilute sikit dengan air.

  8. Kalau parut chicken pox sudah melebihi 5 tahun boleh hilang ke ?

    1. Depends kepada keadaan parut. Kalau parutnya tak dalam, mungkin boleh dinipiskan. Boleh ambil Vitamin C, ESP Soy Protein dan Collagen Powder untuk galakkan penghasilan kulit baru yang sihat. Perlu jaga makan dan titikberatkan penjagaan luaran wajah juga.

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu