13 Cara Kurangkan Gastrik, Punca Pedih Ulu Hati Dan Sakit Perut

Penghidap gastrik teruk mesti nak tau cara kurangkan gastrik kan? Saya ada ahli keluarga terdekat yang menghidap gastrik. Pernah sekali tu pedih ulu hati dan sakit perut teruk sangat. Semua yang dia makan kena tolak keluar balik termasuklah ubat. Muntah pun kuning dan tinggal air je dah. Sebab angin dah penuh dalam badan. Dengan sakit kepalanya. Memang lembik badan.

Masa tu tak tau dah nak tolong macam mana. Tapi dia cuba juga makan sikit-sikit. Tolong sapu minyak angin, urut-urut dan picit-picit. Nasib baik lah ada juga saki-baki ubat yang berjaya masuk dalam badan. So eventually simptom gastrik tu berkurangan walaupun lambat. Bila umur dah meningkat. Badan pun dah tak kuat macam dulu. Sensitif sangat tak boleh tersalah makan sikit. Dalam berjaga-jaga pun kadang-kadang terkena juga.

Ni salah seorang penghidap gastrik. Dah 10 tahun. Aduh lama tu…

Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul… from iReach HD on Vimeo.

Apatah lagi kalau muda-muda dah ada gastrik macam Puan Farahana ni. Kalau tak cuba berikhtiar tak mustahil lagi teruk masa tua nanti.

 

Apakah Gastrisis Dan Punca Yang Menyebabkan Gastrik

 

Gastrisis ialah radang pada lapisan perut. Ada beberapa punca yang menyebabkan gastrik. Yang paling selalu ialah disebabkan oleh:

1. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan ulser pada perut.

2. Penyakit autoimmune.

3. Aliran semula cecair hempedu ke dalam perut.

4. Penggunaan ubat anti keradangan (NSAIDs) dalam tempoh yang lama, seperti ibuprofen.

5. Dalam sesetengah kes, lapisan perut seolah-olah ‘dimakan’ menyebabkan terjadinya peptic ulcers pada perut ataupun pada usus kecil.

 

Punca Jangkitan

Boleh disebabkan oleh:

  • Bakteria (selalunya Helicobacter pylori)
  • Virus (termasuk virus herpes simplex)
  • Parasit
  • Jangkitan kulat/ fungus

 

Punca Keradangan

Boleh disebabkan oleh:

  • Penggunaan jangka panjang ubat non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Aleve).
  • Penggunaan alkohol.
  • Menghisap rokok.
  • Muntah kronik.
  • Kopi dan minuman berasid.
  • Terlalu banyak asid perut (antaranya berpunca daripada tekanan/ stress).
  • Makan atau minum bahan peluntur atau pemusnah seperti racun.

 

Sebab lain yang jadi punca gastrik tapi jarang berlaku ialah:

  • Penyakit sistemik seperti penyakit Crohn’s
  • Sarcoidosis

 

Gastritis boleh berlaku secara mengejut (acute gastritis) ataupun secara berperingkat-peringkat (chronic gastritis). Dalam kebanyakan kes, gastritis tak merosakkan lapisan perut secara kekal.

 

Simptom-Simptom Dan Tanda-Tanda Serangan Gastrik

 

Antara simptom gastrik yang paling biasa dialami ialah ketidakselesaan dan sakit perut. Tanda-tanda lain ialah:

  • Ketidakhadaman (dyspepsia)
  • Sakit ulu hati
  • Sakit bahagian abdomen
  • Sendawa
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Muntah, darah ataupun bahan yang kelihatan seperti kopi yang dikisar
  • Najis berwarna gelap

 

Cara Kurangkan Sakit Akibat Gastrik

 

Cara hilangkan pedih ulu hati sebab gastrik
Bila kena gastrik, rasa pedih hulu hati, muntah-muntah dan perut rasa pedihnya!

 

Punca utama gastrik bermula daripada amalan gaya hidup sejak muda. Jadi untuk elakkan terkena gastrik boleh ubah gaya hidup mulai hari ni. Kalau dah memang ada gastrik pun, cara-cara kurangkan gastrik yang saya kongsikan kat bawah ni boleh bantu legakan kesakitan kalau simptom gastrik menyerang.

 

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.

2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.

3. Hentikan minum minuman beralkohol.

4.Β Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.

5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.

6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.

7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.

8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.

9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.

10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.

11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.

12.Β Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.

13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.

Untuk penghidap gastrik kronik sekiranya gastrik masih berterusan, dapatkan rawatan daripada doktor. Doktor mungkin akan cadangkan pengambikan ubat yang menghalang penghasilan asid ataupun ubat penghalang asid (acid blocker) untuk mengurangkan pembebasan asid ke dalam saluran pencernaan.

Bagi kes kronik, doktor juga mungkin akan jalankan ujian x-ray untuk melihat lapisan perut, ujian darah untuk mengenalpasti sekiranya anemia akibat pendarahan dalam perut, stool test untuk mengenalpasti sekiranya ada darah dan jangkitan bakteria dan rawatan membasmi bakteria H. pylori sekiranya sah terdapat jangkitan.

 

Kalau dah lama menghidap gastrik, saya recommend sangat untuk cuba ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Alhamdulillah ramai yang dapat kawal simptom dan serangan gastrik masing-masing. Ada yang dah lama tak sakit gastrik. Amalkan 13 cara yang saya kongsikan di atas disampaing vitamin-vitamin untuk gastrik, InsyaAllah saya yakin dapat bantu kurangkan gastrik πŸ™‚

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah dengan modal kurang RM100.

This Post Has 69 Comments

    1. Bole detail sikit sal esp?sya phidap gastrik angin

        1. Orang gastrik sebaiknya elakkan ataupun kurangkan makan pedas. Sebab boleh sebabkan pedih ulu hati dan pedih perut.

      1. ESP Soy Protein ni makanan tambahan daripada serbuk protein soya tulen. Boleh bancuh dan minum. ESP bantu kurangkan pedih dan radang pada lapisan perut. Dalam masa sama ESP bagi banyak manfaat lain untuk kesihatan keseluruhan juga. Kalau ada masalah angin teruk boleh tambah Peppermint Ginger Plus untuk buang angin pada sistem penghadaman atau Garlic untuk buang angin pada saraf dan seluruh badan. Boleh wassap saya untuk info lanjut di 0192692301 πŸ™‚
        Hazrina Nasir recently posted…12 Tips Berhenti Merokok Cara Semulajadi Yang Selamat Dan BerkesanMy Profile

    2. Kan? Serbuk ESP halus sangat. Kalau amal konsisten memang boleh bantu kurangkan gastrik. Lagi baik dalam masa sama jaga makan dan gaya hidup kan πŸ™‚

    3. macam mane yerr kak ?? ubat ap tu ??

  1. So camna cara nk dpt kan ESP ini?saya phidap gastrik angin skrg ni…blurr dah nak cari ubat lg

    1. Boleh SMS/ Whatsapp saya di 019 269 2301. Boleh order melalui saya dan nanti Shaklee pos saja terus ke rumah. 2 hari je selalunya dah sampai insyaAllah

    1. Terima kasih Dr. Kalau ada info tambahan boleh kongsi πŸ™‚

      1. Masih ada lagi ubat untk gastrik tu kalau ada bleh bg detail tak

        1. Encik/ Puan Aire, supplement untuk gastrik ada. Kalau nak boleh dapatkan daripada saya. Nanti Shaklee pos terus ke rumah. Saya email detailnya ye. Ataupun boleh sms/whatsapp saya di 019 269 2301 πŸ™‚

    1. Alhamdulillah kan berkat tak putus asa ikhtiar. Jumpa yang serasi dengan badan πŸ™‚

    2. ade cara lain x doc klau dah sakit tpi waktu tuh xde ubat antasidπŸ˜–

      1. Shahidah Shahidan, saya bukan doktor dan produk Shaklee bukan ubat. Produk Shaklee hanya makanan tambahan tapi boleh bantu cegah dan kawal masalah gastrik. Untuk gastrik saya suggest ESP Soy Protein, peppermint ginger plus, garlic dan alfalfa complex. Selain tu jaga pemakanan dan amal gaya hidup sihat. Kalau sakit teruk sangat dan kerap jadi elok jumpa doktor untuk buat check up lanjut.

        1. Mcm mna nak dptkan ESP tu? Adakah ada dijual di farmasi?

          1. Produk Shaklee takde jual di farmasi. Boleh dapatkan daripada saya πŸ™‚

  2. Saya mngndung 8 mggu,dan ada tanda2 gastrik..saya sakit dada kiri,bermula dr atas perut ke dada..rasa pedih dan mual2..nak tanya,adakh ubat yg boleh dmkn?

    1. Orang mengandung memang biasa kalau rasa pedih ulu hati. Tambah pulak perut makin besar dan ruang perut sempit. Penghadaman jadi lambat jadi asid mudah naik ke atas. Cadangan saya boleh ambil Peppermint Ginger Plus dan ESP Soy Protein boleh bantu kurangkan rasa pedih dan mual dan bagi rasa selesa sikit.

  3. saya kerap ulang alik ke klinik akibat gastrik . doktor selalu nya berikan suntikan dan ubat untuk tahan sakit , shaklee ni mampu merawat 100% ke gastrik ? saya bru dalam 3 minggu menghidap gastrik ni. kadang2 bila datang jer rasa angin dan pedih ulu hati saya rasa cuak dan nk muntah akibat angin .gastrik ni merbahaya ker? boleh bawak maut tak ? maaf saya baru jer menghidap gastrik ni , jadi rasa takut and rnsing sngt . boleh sapa2 bagi pendapat?

    1. Cadangan saya seeloknya mohon kpd doktor untuk buat checkup lanjut. Sebab mungkin betul hanya gastrik. Tp gastrik juga boleh jadi simptom kepada penyakit lain. Produk Shaklee hanyalah supplement. Kalau diamalkan berterusan dan konsisten insyaAllah boleh bantu kawal gastrik. Tapi perlu jaga pemakanan dan gaya hidup juga dengan disiplin. Produk Shaklee bukan ubat. Sekiranya berminat boleh ambil esp soy protein, alfalfa, peppermint ginger plus dan garlic.

    2. Saya pon baru kena…. Whatshap bole kongsi masalah gastrik… 0127695110

  4. Lavender dikenali sebagai herba untuk mengurangkan asid perut dan rawatan gastrik yang popular. Lavender adalah herba yang popular dan terkenal dengan ciri-ciri penyembuhan ke atas seluruh badan.

  5. saya da amalkan esp ni.. cume masih sakit…. rase perut kembung akibat mkn terlalu byk.. tetapi saya makan sedikit sahaja… mcm mne pengambilan esp yang sebetulnya?????

    1. Cara pengambilan ESP encik macam mana ye dan dah berapa lama amal? ESP hanya supplement saja bukan pengganti makanan sebenar dan bukan ubat. ESP kurangkan pedih perut dan bagi tenaga. Orang gastrik kena disiplin jaga makan on time dan pantang makanan yang sensitif. Makan kerap tapi sikit2 untuk elak perut kosong. Ada orang berangin bila ambil ESP. Tapi teruskan amal konsisten dan minum byk air. Bila kesan healing crisis makin kurang, masalah angin tu tu berkurang.

  6. Saye haritu dah cuba minum esp tapi malang nya tekak saye tak boleh nk trima / nak minum air tu tak kene dengan tekak rase loya nk muntah.lepastu dh tak minum2.

    1. Sukatan masa bancuh tu macam mana ye? ESP ni versatile boleh bancuh ikut selera masing-masing. Kalau bancuh dengan milo, oat, buat milk shake, buat smoothies, fruitshake, juice dan sebagainya sebenarnya tak rasa pun ESP tu. Boleh rujuk balik drpd pengedar yang sis beli ESP tu dan minta resepi ESP.

  7. sesiapa yang terasa nak Penawar medu dari saya Ni. Penawar Ni dari akar kayu. rasa Takla pahit sagat. utuk berubat takan takboleh tahan pahit sikit kot. rasa nak boleh col atau pm saya di 0104178377

  8. Assalam, saya tak pasti saya sakit gastrik tapi di hulu hati belah kiri dan pening kepala sblh kiri, saya juga kerap sendawa. Tetapi sebelum sakit hulu hati saya demam panas secara tiba2,suhu naik turun, muntah dan kerap ke tandas.period juga tak menentu. Patutkah saya ke hospital atau teruskan dengan tips untuk gestrik? terima kasih

    1. Salam. Sebaiknya check dulu dengan doktor apa masalah sebenar. Dalam masa sama boleh teruskan tips untuk gastrik. Untuk masalah period tak stabil boleh amalkan GLA Complex Shaklee.

    1. Alhamdulillah Master Nini. Shaklee insyaAllah boleh membantu kalau konsisten makan dan amal gaya hidup sihat kan πŸ™‚

    2. Mcmmn nk hilangkan pedih perut..x tahan rasa…

      1. Yang paling penting perlu jaga pemakanan. Elak makan lewat, pedas, berminyak dan berangin. Perlu juga amal pemakanan sihat dan seimbang. Boleh ambil set gastrik Shaklee untuk bantu kawal gastrik.

  9. Saya tak pastilah saya sakit apa. Tp rasanya gastrik. Kalau mkn lewat je selalu sakit perut, pening, mual dan loya. Adakah itu simptom gastrik?

    1. Boleh jadi juga. Certain orang perutnya lebih aktif. Asid perut lebih cepat terhasil dan hakis dinding usus yang sensitif. Cuma amalkan makan on time. At least makan kerap tapi sikit-sikit.

  10. klu gastrik reflux bolehkah guna supplement yg sama?

    1. Ya boleh. Sebab produk Shaklee cuma makanan tambahan berasaskan bahan semulajadi. Takde bahan kimia bahaya. Kalau dah sihat pun boleh teruskan sebab setiap vitamin ada banyak manfaat untuk kesihatan keseluruhan. Boleh wassap saya di 0192692301 kalau nak tau lanjut ye.

  11. Kurang faham..sya hidap gastrik angin..sakit sngat..umur sya 15 thun

    1. Kalau angin mungkin sebab lambat makan. Cuba makan on time. Elakkan makan lewat. Elakkan juga makanan yang berangin, berminyak dan pedas. Amalkan pemakanan seimbang.

      1. As Salam… Saya xtahu punca masalah sy sama ada sakit perut gastrik atau ulser…kadang2 sakit di bhgn kiri perut kadang2 di tengah .. Sakit perut n sebu n memulas setiap kali terjadi apabila selepas minum air n kurang selera nk makan n minum…muntah xde..Pernah ada sejarah cyct n batu karang bole ke amalkan esp ni

  12. Gatrik blh menyebabkan susah nafas ke

  13. Sya hari2 skit gstrik cmner nk bwt er..dh xthan

    1. Dah jumpa doktor? Boleh cuba amalkan supplement Shaklee. Kalau berminat hubungi saya 019 269 2301. Dalam masa sama jaga makan, ambil breakfast, elak stress, elak merokok dan amal gaya hidup sihat juga.

  14. Sy mengidu gastrik yg teruk sdh masuk 5 bln.perasaan takut,jantung bedegup,lemah bdn,sakit otot,asid perut Naik.adakah ini dinamakan gastrik angin.fikiran bercelaru.sangat terseksa

    1. Puan dah jumpa doktor? Gastrik ni kadang-kadang simptom kepada penyakit lain. Elok kenal pasti punca sebenar puan ada masalah kesihatan apa. Dalam masa sama boleh ikhtiar dengan produk Shaklee untuk bantu kurangkan masalah. Boleh hubungi saya di 019 269 2301.

  15. Sa dh mdrta sakit gastrik selama 4 bln mmg teruk sakit mcm2 nk fkir hrap ada yg tolong sa

  16. Sape2 yg ble tlg sa…sa mdrta sakit gastrik angin

    1. Boleh hubungi saya di wassap 019 269 2301. Saya akan terangkan lebih lanjut.

  17. Saya mengidapi gastrik..perut saya selalu ada angin.kadang2 bila terasa lapar,kepala mula terasa loya(pening).so saya nak tanya mcm mana nak mengubati penyakit saya ni

    1. Untuk masalah gastrik perkara paling utama perlu amal gaya hidup sihat. Iaitu jaga pemakanan (makan awal, makan on time, amalkan pemakanan sihat dan seimbang, elakkan makanan berminyak, berangin, pedas, berperisa, berpengawet etc). Elakkan stress. Kurangkan merokok dan alkohol. Saya cadang biasakan makan sebelum lapar. Bawa bekal biskut kosong bersama ke mana-mana saja. Kalau nak cuba set gastrik Shaklee boleh amalkan Peppermint Ginger Plus, Garlic Complex dan ESP Soy Protein untuk buang angin.

  18. mmm…..harga ubat tu brapa yee .sebab sya slalu menghidap penyakit seperti berikut πŸ˜€

    1. Boleh whatsapp saya ye 0192692301 untuk konsultasi dan info yang lebih tepat πŸ™‚

  19. Saya dedulu pun gastrik teruk. Dan juga m=penghidap migrain yang agak kronik, Normally lepas kena migrain, mesti disusuli dengan gastrik. Salah satu puncanya ialah pain killer tu la which I just noticed recently.

    Cuma sekarang dah takde kena gastrik dah. Alhamdulillah ‘ala kulli hal
    Jazilah Ilyas recently posted…Legakan Gastrik Dengan Protein ESPMy Profile

    1. Alhamdulillah. Semoga kesihatan makin baik. Biasa juga dengar salah satu side effect jangka ubat makan certain ubat boleh kena gastrik.

  20. Saya tegok orang gastrik ni sakit sangat.. Orang yang melalui lebih faham.. Tapi setakat ni alhamdulillah xpernah lagi kena gastrik..

    1. Alhamdulillah. Elok jaga pemakanan dan amal gaya hidup sihat untuk cegah gastrik. Memang sakit dan seksa kalau kena. Terutama kalau yang gastrik kronik.

Leave a Reply to Hazrina Nasir Cancel reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu