4 Tips Kekal Cergas Puasa Masa Mengandung Dan Hukum Wanita Hamil Berpuasa Dibulan Ramadhan

Bulan Ramadhan 1436H akan bermula dipenghujung bulan Jun 2015. Ada tak yang bakal berpuasa semasa hamil? Membayangkannya saja mungkin ada yang dah terbayang kepanasan, kepenatan, lembik dan lemahnya badan. Kalau usia kandungan dah mencecah trimester ke 2 apatah lagi trimester ke 3 tu beratnya nak bawa perut yang memboyot. Lagi letih membayangkan kalau masih mengalami pregnancy sickness ataupun morning sickness.

Macam dasyat sangat je ye bunyinya berpuasa semasa hamil di bulan Ramadhan. Tapi betul ke teruk sangat?

Tips kekal bertenaga berpuasa semasa hamil
Ada cara untuk ibu hamil kekal bertenaga walaupun berpuasa masa bulan Ramadhan.

 

Hukum Wanita Hamil Berpuasa Dibulan Ramadhan

 

Sebenarnya Islam agama yang memudahkan umatnya. Kebanyakan ulama berpendapat, tidak perlu berpuasa sekiranya ianya boleh memudaratkan kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ada sesetengah ibu alami simptom kehamilan yang sangat teruk. Bayi dalam kandungan pula perlukan zat dan nutrien daripada ibu, kalau tak mungkin boleh berlaku komplikasi.

Dengan penilaian tahap kesihatan dan nasihat daripada doktor pakar, ibu boleh ukur kemampuan diri dan ambil lah pilihan yang lebih membawa kebaikan. Secara ringkasnya, hukum bagi wanita hamil berpuasa dibulan Ramadhan ni boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

 

1) Hukum Pertama – Wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa.

Untuk keadaan ini, ulama sependapat mengatakan wanita ini hanya wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa perlu membayar fidyah kerana sekiranya berpuasa itu boleh memudaratkan dan membahayakan kesihatan diri wanita tersebut.

 

2) Hukum Kedua – Wanita hamil yang sihat tetapi bimbang akan kesihatan dan keselamatan bayi dalam kandungan.

Untuk keadaan ini, ulama sependapat mengatakan wanita ini wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan dan wajib membayar fidyah.

Memang ada ramai orang yang alami tahap kesihatan yang teruk masa mengandung. Teringat lecturer saya dulu sepanjang mengandung berbulan-bulan kerjanya admitted di hospital. Bukan sekejap-sekejap pula tu. Jadi kalau dah tak larat sangat jangan dipaksa kemampuan diri.

Saya memegang hukum di atas sebab itu yang diajar oleh ustaz dan ustazah di sekolah dulu berkenaan wanita hamil berpuasa. Namun ada juga hukum-hukum lain. Sebaiknya hormat-menghormati antara sesuatu hukum dan rujuklah ulama yang pakar dalam bidangnya.

 

Pengalaman Peribadi Berpuasa Dibulan Ramadhan Semasa Mengandung

 

Walaubagaimanapun, memang ramai ibu yang ‘risau’ sikit bila kena berpuasa masa pregnant. Saya salah seorang daripadanya. Nak-nak pula kalau tengah musim panas. Belum apa-apa dah fikir macam-macam hihi. Alhamdulillah saya dikurniakan kesempatan 2 kali berpuasa dibulan Ramadhan dalam keadaan hamil. Kali pertama masa mengandung anak sulung. Kali ke 2 masa mengandung anak ke 3.

Syukur sangat saya mampu cukupkan puasa sebulan. Lengkap 30 hari. Yang bestnya of course lah tak perlu susah-susah nak fikir kena ganti puasa ūüėÄ Sebaliknya masa anak ke 2, saya bersalin masa 1 Ramadhan! Haaa macam mana nak ganti puasa sebulan? Dengan gigihnya saya ganti puasa sikit demi sikit lepas tu. Kedua-dua pengalaman pun bagi saya ada kelebihan dan hikmah tersendiri. Alhamdulillah saya OK je dan enjoy the moment.

Macam Kak Haridah dalam video ni, masih mampu kekal cergas masa bulan puasa walaupun tengah hamil. Apa rahsia dia agaknya?

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni… from iReach HD on Vimeo.

 

Tips Kekal Cergas Berpuasa Semasa Hamil

 

Ibu-ibu tak perlu terlalu risau dengan cepat rasa letih, penat, tak larat, tak bermaya dan sebagainya. Ibu-ibu yang tiada masalah kesihatan serius dan sekiranya kandungan dalam keadaan kesihatan yang baik, InsyaAllah takde masalah nak puasa penuh. Ramai ibu bekerja yang hamil masih boleh pergi office, dah balik uruskan rumahtangga pula tapi puasa markah penuh!

Macam mana caranya? Ok saya kongsikan 4 tips ni untuk kekal cergas masa mengandung.

 

1. Bersenam!

Haa dah lah puasa orang nak jimat tenaga lagi nak suruh habiskan tenaga ke? hihi. Ok bukan macam tu. Walaupun puasa, ibu hamil masa boleh buat senaman ringan dengan cara:

  • Be on the move! – Banyakkan pergerakan dengan aktiviti harian. Buat kerja pejabat atau kerja rumah seperti biasa, bila banyak bergerak metabolisme meningkat dan badan jadi cergas.
  • Jadikan Waktu Rehat Lebih Produktif – Kalau tengok tv atau sekadar duduk-duduk, masih boleh buat senaman ringan. Buat regangan tangan, badan atau kaki atau sekadar goyangkan badan. Senaman dapat meningkatkan oksigen, darah dan nutrien dalam sel badan. Seterusnya menjadikan badan rasa lebih aktif.
  • Jadikan Waktu Bersenam Menyeronokkan – Wanita hamil tak digalakkan buat senaman lasak. Tapi ada banyak jenis floor exercise yang sesuai dan selamat untuk wanita hamil. Boleh pasang music yang digemari dan menenangkan masa bersenam.
Senaman wanita mengandung
Saya buat senaman regangan ringan ni masa pregnant dulu. Memang lega sangat!

 

2. Tidur

Untuk kekal cergas, lebih peka, bertenaga dan bersemangat, wanita mengandung mesti dapatkan rehat yang betul-betul cukup. Ikut kajian, kita perlu tidur 8-9 jam sehari untuk rehat secukupnya. Tapi zaman moden sekarang, kebanyakan orang tidur 6 jam saja sehari. Jangan paksa diri kalau letih. Ibu hamil kena banyak berehat.

Tidur yang selesa untuk wanita hamil
Untuk tidur yang selesa masa mengandung, tidur mengiring sambil letak bantal dicelah kaki.

 

3. Pemakanan Sihat

Makanan dapat memberikan tenaga kepada badan. Amalkan makan makanan yang menyihatkan dan mengandungi nutrien yang berfaedah kepada tubuh. Brokoli mengandungi beta carotene dan Vitamin C  untuk beri rasa lebih bertenaga. Buah blueberries pula mempunyai antioksidan untuk merangsang otak.

Untuk tingkatkan proses pemulihan badan dan badan lebih sihat, makan makanan yang mengandungi Vitamin B6. Vitamin ni bantu badan hasilkan serotonin yang dapat memberikan rasa tenang. Ayam, kentang dan pisang kaya dengan Vitamin B6. Selain tu jangan lupa minum air secukupnya. Elakkan minuman kafein dan minuman bergas.

Namun begitu, ibu hamil disarankan ambil vitamin kehamilan untuk pastikan semua zat penting diperolehi dengan cukup. Sebab tu lah kalau pergi hospital kerajaan nurse akan bagi prenatal vitamin obimin yang warna pink tu dan vitamin-vitamin lain kalau perlu.

Masa mengandung, saya amalkan ambil set vitamin kehamilan lengkap Shaklee. Saya makan Soya Protein ESP, mutivitamin Vita-Lea Iron Formula, B Complex, Vitamin C, kalsium Ostematrix dan minyak ikan Omega Guard. Saya pilih amalkan set ni sebab bahan-bahannya daripada bahan semulajadi bukannya daripada bahan kimia sintetik, tiada pewarna dan perasa. Lebih selamat dan baik untuk bayi dan ibu.

Set vitamin kehamilan bantu ibu kekal cergas
Set vitamin untuk ibu mengandung bantu ibu kekal bertenaga masa puasa.

 

4. Ketenangan Fikiran

Mempunyai akal fikiran dan emosi yang tenang adalah sangat penting masa hamil. Ini dapat mempengaruhi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Ada beberapa cara untuk tingkatkan keseimbangan emosi dan fikiran:

  • Meditasi Melalui Solat – Hamil masa bulan Ramadhan adalah satu bonus kepada ibu terpilih. Ada banyak hikmahnya. Antara hikmah terbesar ialah orang berpuasa tergolong sebagai orang yang mustajab doanya. Begitu juga doa daripada ibubapa.¬†Ibu hamil dapat bersolat lengkap setiap hari. Waktu solat boleh dijadikan sebagai waktu bermeditasi.

Bila bersolat dan berdoa, tutup mata, kosongkan fikiran, fokuskan fikiran dengan membayangkan kepada perkara-perkara yang kita harapkan. Proses meditasi dalam beberapa minit ni dapat menurunkan tekanan darah, meningkatkan sistem imun dan menghasilkan lebih bekalan tenaga untuk sepanjang hari.

Selain tu, bernafas lah dengan tenang. Lepas solat dan berdoa boleh buat tekbik pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar perlahan-lahan dalam sela masa 2 minit. Ini membantu menenangkan tubuh, minda dan mengumpul tenaga.

  • Have Me Time – Kadang-kadang ibu hamil mudah tertekan. Jadi ambil sikit masa untuk diri sendiri. Ini dapat turunkan tekanan darah dan kekalkan tenaga. Kalau rasa letih tak bermaya sangat, tidur sekejap untuk kumpul tenaga badan. Atau buat apa-apa aktiviti yang disukai macam membaca buku, mengait, dengar hafazan Al-Quran atau muzik.
  • Luangkan Masa Dengan Yang Tersayang – Meluangkan masa dengan orang tersayang dapat menggalakkan penghasilan hormon yang membuatkan rasa gembira, tenang dan bertenaga. Bercakap-cakap dengan suami dan luahkan kegusaran ataupun bermain-main dengan anak-anak dan ketawa bersama-sama.
Hebatnya doa ibu
Masa hamil adalah peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh sebanyak mungkin. Doa seorang ibu sangat power!

Ibu hamil adalah golongan istimewa dan dikasihani. Sedangkan Islam sendiri memahami cabaran ibu hamil hinggakan dihadiahkan kemudahan rukhsah puasa diatas. Setiap kehamilan adalah unik dan tak semua ibu dikurniakan rezeki mendapat kehamilan yang lancar dan mudah.

Bagi kebanyakan ibu, kehamilan adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Each moment is fully cherished. Wanita dijadikan seorang yang kuat dan mampu untuk melalui kehamilan selama 9 bulan 10 hari. Dengan kesihatan diri dan bayi yang baik, tak mustahil untuk kekal cergas walaupun terpaksa berpuasa masa mengandung.

Amalkan 4 tips yang saya kongsikan di atas dan jangan lupa ambil bekalan nutrien berkhasiat untuk menyokong kesihatan tubuh serta perkembangan dan tumbesaran sihat bayi dalam kandungan. Hubungi saya untuk dapatkan Set Vitamin Kehamilan yang menyediakan vitamin, zat dan mineral lengkap serta membekalkan tenaga untuk bantu ibu kekal cergas sepanjang hari.

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Kesempitan wang dan berminat nak jana duit? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah dengan modal rendah.

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu