Sakit Sendi, Kenali Simptom Dan Penyakit Berkaitan Sendi

Updated 17 Julai 2017 – Produk Joint Health Tablet (AJHT) kehabisan stok dipasaran sejak tahun 2015. Boleh klik artikel 6 Tips Kekalkan Tulang Yang Kuat Bantu Hindari Lenguh Kaki Dan Sakit Lutut untuk cadangan set vitamin yang lengkap dan terbaik untuk masalah sendi, tulang, lutut, ligamen, saraf dan yang berkaitan.

 

Ramai orang mengalami sakit sendi tapi tak sedar sendi mengalami masalah. Mengenali simptom-simptom dan penyakit berkaitan sendi dapat sedarkan kita untuk buat sesuatu bagi mengelakkan masalah ketidakselesaan sendi menjadi lebih buruk. Sebahagian penyakit berkaitan sendi boleh dielakkan daripada awal sekiranya kita mengamalkan penjagaan untuk kesihatan sendi tubuh.

Keselesaan dan kelancaran pergerakan bergantung kepada sebaik mana sendi-sendi pada badan berfungsi. Sendi terdapat pada bahagian siku, bahu, pergelangan tangan, lutut, pinggul dan buku lali. Sendi yang sihat berfungsi seperti sebuah mesen yang disaluti dengan minyak pelincir yang secukupnya. Disamping itu terdapat tulang yang dikusyenkan oleh bendalir sendi.

 

Simptom-simptom sakit sendi
Simptom-simptom sakit sendi yang perlu kita kenalpasti supaya dapat buat rawatan dan cegah keadaan makin teruk.

 

Manakala tisu penyambung pula membolehkan otot dan tendon serta setiap anggota tubuh untuk berkoordinasi dengan baik supaya pergerakan menjadi lancar. Dalam badan normal, tisu penyambung sentiasa dihasilkan dan diganti baru.

Tahukah anda 1 daripada 5 orang Malaysia akan menghidap arthritis? Ramai tu! Tapi berapa ramai yang betul-betul tahu sendi dia ada masalah? Selalunya ramai yang bila dah selalu sakit dan tak tahan sangat baru tersedar.

 

Cabaran Pada Sendi Yang Menyebabkan Ketidakselesaan Sendi

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan tekanan terhadap sendi bertambah. In menyebabkan dalam jangka masa panjang kesihatan tisu penyambung sendi merosot. Dalam keadaan sebegini, kadar pembentukan semula tidak dapat mengatasi kadar kerosakan yang cepat pada tisu penyambung. Ini lah yang menjadi permulaan punca kepada masalah sendi yang lebih teruk.

 

Ciri-ciri Sendi Yang Sihat

 

Ini adalah rupa sendi yang sihat. Terdapat beberapa komponen yang memainkan peranan penting pada setiap bahagian sendi.

 

1. Tulang Rawan

  • Bertindak sebagai kusyen dan pelindung terhadap sendi.
  • Membenarkan tulang-tulang untuk menggelunsur antara satu sama lain.

 

2. Bendalir Sinovia

  • Sebagai pelincir dalam sendi.
  • Memberi khasiat kepada tulang rawan.

 

3. Komponen Lain

  • Tendon – Struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang.
  • Ligamen – Serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama ketika pergerakan.

 

Struktur sendi tulang yang sihat
Ini adalah rupa struktur sendi pada tulang kita.

 

Ciri-Ciri Sendi Yang Tidak Sihat

 

Ini adalah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan sendi yang biasa dihidapi oleh ramai orang. Antaranya ialah:

 

1. Rheumatoid Arthritis (RA)

  • Radang berlaku apabila bendalir sinovia diserang sel sarah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
  • Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA ini.

 

Keadaan sendi pada pesakit rheumatoid arthritis (RA)
Kerosakan sendi pada pesakit rheumatoid arthritis

 

 

2. Osteoarthritis (OA)

  • Kesihatan tulang rawan yang merosot menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain.
  • Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

 

Kerosakan sendi pada pesakit osteoarthritis (OA)
Keadaan sendi pada pesakit osteoarthritis (OA)

 

3. Seliuh

  • Kecederaan pada sekitar ligamen sesuatu sendi.
  • Bila ligamen diregangkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.

 

Kaki bengkak dan tulang tergelincir disebabkan kaki terseliuh.
Keadaan kaki terseliuh sebabkan bengkak dan tulang tergelincir.

 

4. Tendinitis

  • Ialah keradangan, kegatalan dan bengkak pada tendon.
  • Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

 

Bengkak pada tendon menyebabkan tendinitis.
Tendinitis adalah bengkak pada tendon.

Simptom- Simptom Sendi Yang Tidak Sihat

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, berkemungkinan besar sendi anda ada masalah. Adalah lebih baik segera membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor. Antara simptom-simptom sendi yang tak sihat ialah:

  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriuk atau berbunyi

 

Antara tanda-tanda sakit sendi ialah sakit bahu, sakit tengkuk, sakit belakang, sakit lutut dan sakit tumit.
Sakit bahu, sakit tengkuk, sakit belakang, sakit lutut dan sakit tumit adalah antara tanda-tanda sakit sendi.

 

Mereka Yang Berisiko Mengalami Sakit Sendi

 

Antara golongan yang mudah diserang sakit sendi ialah:

  • Wanita yang selalu memakai kasut tumit tinggi
  • Ahli sukan
  • Golongan berusia ataupun warga emas
  • Mereka yang mempunyai berat berlebihan ataupun obesiti
  • Mereka yang mengamalkan senaman secara berlebihan
  • Kanak-kanak sekolah yang membawa beg sekolah berlebihan had dan lain-lain lagi

 

Situasi sakit sendi yang disebabkan oleh penuaan:

  • Semakin meningkat usia, tulang-tulang kehilangan kalsium dan mineral menyebabkan kepadatan tulang turut berkurang.
  • Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis dan mampat.
  • Sendi-sendi menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi mungkin berkurang dan tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain menyebabkan kesakitan.

 

Simptom-simptom yang menyebabkan ketidakselesaan sendi dan menyukarkan pergerakan boleh dikurangkan dengan pengambilan set vitamin untuk sendi. Makanan tambahan ini dapat membantu membekalkan sendi dengan nutrien penting tertentu yang boleh menggalakkan pemulihan akibat sakit berkaitan dengan sendi. Adalah penting untuk berikhtiar supaya keadaan tak menjadi semakin kronik.

Supplement yang dicadangkan untuk penghidap masalah sakit sendi ialah Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan juga Ostematrix. Ketiga-tiga vitamin ini membantu memelihara kesihatan sendi dan melindungi sendi secara keseluruhan. Ini membantu mempertingkatkan kelancaran pergerakan dan seterusnya kehidupan boleh dijalani dengan lebih produktif.

Boleh segera hubungi saya sekiranya ada mengalami simptom-simptom seperti di atas. Saya sedia membantu memberikan maklumat lanjut dan konsultasi berterusan bagi setiap pembelian. Hentikan ketidakselesaan sendi sebelum kesakitan ini yang ‘menghentikan’ pergerakan anda!

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih dan Kajang,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Ingin tingkatkan ekonomi keluarga dengan buat side income? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya menjana pendapatan secara online daripada rumah dengan modal serendah RM69.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu