Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit Dan Panduan Menjaga Bentuk Badan

Betul ke ada cara mudah untuk dapatkan perut kempis? 😀 Memiliki perut kempis adalah idaman kebanyakan orang samada perempuan ataupun lelaki. Tapi bila usia dah makin meningkat dan metabolisme pun makin turun, alahai senang sungguh perut tu membuncit. Tapi, masih ada harapan untuk berusaha kempiskan perut dengan tips yang saya kongsikan ni.

Perut buncit bagi saya memang masalah besar. Sebab bukan saja badan dah berubah saiz tapi menyebabkan banyak seluar dan baju tak muat. Takkan nak kena beli seluar baju baru kot? Paling sadis kalau orang ingatkan kita ni mengandung lagi. Nangis! Kalau betul-betul mengandung tu lain lah kan.

 

Panduan senaman mudah untuk kempiskan perut buncit.
Benci perut buncit ni. Seluar semua tak muat! huhu

 

Oleh itu menjelang hari raya yang akan datang ni, masih ada banyak masa untuk pastikan perut yang terkedepan boleh masuk balik ke dalam. Lagipun nak puasa, mesti lagi cepat perut tu kempis kalau bersenam. Silap-silap boleh bergaya dengan kebaya favorite lah nanti!

Jangan risau. Ini semuanya senaman ringan yang mudah. Kalau konsisten buat setiap hari, confirm perut ramping punya. Oklah tak perlu buang masa lagi. Boleh baca bagaimana cara nak kempiskan perut dengan senaman-senaman ringan di bawah. Lepas baca boleh terus buat, yeah!

 

Senaman Mudah Kempiskan Perut Dengan Senaman

 

1. Mulakan Dengan “Warm-up” Asas

  • Memanaskan badan sebelum melakukan senaman lebih berat adalah penting. Cara ini membuatkan otot lebih bersedia dengan sebarang gerakan (lebih aktif) yang bakal dilakukan. Bahkan, ia juga mengaktifkan kadar denyutan jantung dan memastikan tubuh mendapat lebih faedah daripada aktiviti yang dilakukan.

 

senaman_warm_up_panaskan_badan
Ada banyak gerakan untuk senaman panaskan badan yang boleh kita buat. Boleh pilih senaman regangan macam dalam gambar. Tak susah pun 😉

 

2. Bahu

  • Untuk menggerakkan otot bahu dengan leher, berdiri tegak dan renggangkan kaki. Kemudian, bahu kiri ke depan dan belakang (buat dalam pusingan membulat) sebanyak 10 kali. Ulang dengan bahu kanan pula.
senaman_bahu
Senaman bahu ni kalau dibuat secara betul, otot abdomen pun turut bergerak sekali dan boleh galakkan pengempisan perut.

 

3. Lengan Dan Lutut

Gerakan ini adalah yang paling sesuai untuk postur badan secara kesuluruhannya. Berdiri tegak dan tekankan perut ke dalam sedikit. Angkat kedua-dua tangan ke atas. Kemudian, ayunkan lutut kiri ke atas dan cecahkan dengan siku kanan. Ulangi dengan lutut dan siku yang sebelah lagi. Ulangi langkah ini selama 15 kali.

 

senaman_ringan
Senaman siku ke lutut juga baik untuk perut.

 

4. Ke Sisi

  • Berdiri tegak dan jarakkan kaki. Letakkan tangan di pinggang. Kemudian, perlahan-lahan rebahkan kaki ke arah kiri dan kanan berulang-ulang. Pastikan badan kamu juga turun mengikut arah kaki yang diturunkan. Condongkan badan sejauh yang kamu mampu (sebelum beralih ke arah yang seterusnya, pastikan badan ditegakkan terlebih dahulu).

 

senaman_pemanasan_badan
Senaman ni boleh tackle bahagian lower abdomen dan memberi tekanan kepada perut.

 

5. The Crunch

  • Gerakan ini bagus untuk menguatkan abdominal bahagian atas.
  • Berbaring dan luruskan bahagian belakang badan. Bengkokkan lutut dan bukakan kaki sedikit (menyamai jarak bahu).
  • Letakkan tangan di belakang telinga (di belakang kepala atau leher).
  • Kemudian, fokuskan mata di tengah-tengah siling. Kemudian, angkat perlahan-lahan bahagian kepala, leher dan bahu ke atas. Pastikan juga otot perut turut bergerak. Apa pun, jangan angkat badan melebihi paras lutut.
  • Kemudian, perlahan-lahan rendahkan bahagian bahu ke lantai semula. Satu lagi, jangan lupa bernafas setiap kali menaikkan badan dan menghembus nafas setiap kali turun.

 

6. Isometric Abdominal Curl

  • Gerakan ini pula bagus untuk menguatkan otot abdominal.
  • Duduk tegak dan luruskan belakang badan.
  • Ratakan tapak kaki di lantai dan tumit, rapatkan ke punggung.
  • Keraskan otot abdominal dan dalam masa yang sama tolak bahagian belakang tubuh ke atas lantai
  • Apabila belakang tubuh sudah rebah di atas lantai, angkat kaki perlahan-lahan ke atas, dan kekalkan keadaan ini selama kira-kira 10 saat.

 

Senaman kempiskan perut buncit.
Senaman perlukan banyak tenaga daripada otot perut!

 

7. Senaman Untuk Kekuatan (Endurance Exercise)

Adalah baik untuk mencuba kesemua jenis senaman khusus untuk menguatkan tubuh badan. Senaman begini penting bagi anggota badan yang sentiasa bergerak aktif. Boleh mulakan kira-kira lima hingga 10 minit dan apabila sudah biasa, boleh tambah sehingga 20 minit. Bila dah kerap buat senaman ni, lama-lama tubuh akan terbiasa dengan sendirinya.

cara_mudah_kempiskan_perut
Ini semua adalah senaman kekuatan yang menguatkan otot perut dan bantu kuruskan bahagian perut dan pinggang.

 

8. Menyejukkan Badan

  • Jika tubuh perlu melalui gerakan pemanasan ataupun warm up sebelum sesuatu aktiviti senaman, badan juga perlu disejukkan ataupun warm down sesudah senaman. Boleh cuba ikut senaman di bawah. Dan akhir sekali boleh tamatkan senaman dengan tarik dan hembus nafas dalam-dalam.

 

warm_up_exercise
Senaman sejukkan badan. Jangan lupa akhiri senaman dengan lepaskan nafas sambil bunyi hah! 😀

 

Untuk tingkatkan lagi keberkesanan usaha mengempiskan perut, boleh cuba ambil supplement Herb-Lax, Alfalfa Complex dan juga Lecithin. Untuk lebih lengkap, boleh tambah vitamin Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea Mix, ESP dan Omega Guard dah boleh dapat vitamin set kurus yang lengkap.

Dengan rutin senaman yang disiplin, bukan saja perut boleh kempis, tapi vitamin boleh jalankan fungsi masing-masing dan ambil tindakan mengurangkan inci bahagian-bahagian tubuh tertentu contohnya peha, lengan dan keseluruhan badan.

 

5 Tips Panduan Menjaga Bentuk Tubuh

 

Bentuk tubuh yang baik bukan setakat membuatkan diri kita sihat, bahkan turut membuatkan kita kelihatan cantik. Boleh ikut panduan mudah di bawah untuk mendapatkan postur tubuh yang baik.

  • Apabila berjalan, pastikan bahagian belakang badan lurus dan bahu sentiasa dibelakangkan. Tekan perut dan punggung ke dalam. Dengan kata mudah, jalan tegak!
  • Apabila duduk di atas kerusi pula, amalkan duduk tegak dan jangan menyilangkan kaki.
  • Apabila menulis atau bekerja menggunakan meja, pilihlah tempat duduk yang selesa dan tidak menyebabkan rasa lenguh pada belakang pinggang dan tengkuk.
  • Jangan pakai kasut tinggi. Kasut yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk tulang belakang.

 

Ok selamat mencuba kempiskan perut yang buncit dengan cara-cara yang sihat dan selamat berserta dengan vitamin semulajadi untuk membantu memudahkan dan meningkatkan keberkesanan senaman seperti yang saya kongsikan di atas. Elakkan mencuba produk yang belum terbukti keberkesanan dan keselamatannya yang bersepah-sepah di pasaran.

Jangan nanti nak ramping dan cantik punya pasal, kesihatan dan nyawa tergadai! Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan dapat vitamin kempiskan perut buncit dan juga set kurus Shaklee.

 

 

Hubungi saya untuk pembelian mudah dan cepat secara online. Konsultasi dan bimbingan berterusan khas untuk pelanggan saya.

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Berminat nak jana pendapatan? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya buat duit secara online daripada rumah dengan modal serendah RM69.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu