Tips Penjagaan Kulit Wajah Agar Kelihatan Mulus, Cantik Dan Anggun

Ramai wanita ingin memiliki kulit wajah yang kelihatan mulus, cantik dan anggun. Ini adalah tak mustahil kalau kita tau tips penjagaan kulit wajah yang betul. Bukan saja orang yang berkulit putih tapi yang semulajadi berkulit kuning langsat, sawo matang ataupun hitam manis pun boleh memiliki kulit yang gebu kalau mengikuti dengan betul panduan harian merawat muka.

Tapi fenomena sekarang ramai orang nak kulit wajah yang putih. Eh bila sebut putih ni teringat tagline Qu Puteh.

Putih putih, barulah putih.

Hihi 😀

Memiliki kulit wajah yang putih, gebu dan mulus menjadi dambaan setiap gadis. Sampaikan yang berkulit gelap pun berlumba-lumba cari tips dan maklumat mengenai pemutihan kulit. Ada banyak lambakan produk pemutihan dipasaran. Hati-hati dalam memilih dan jangan consume produk pemutihan kulit yang sebarangan. Sebab dikhuatiri boleh merosakkan kulit atau lagi teruk, mengancam nyawa.

 

Cara penjagaan asas kulit wajah
Langkah penjagaan kulit muka yang betul bermula dengan perlu rajin mencuci muka!

 

Sebelum ambil keputusan nak cantikkan kulit, samada nak putihkan ke, licinkan ke, lembutkan ke mahupun gelapkan (eh minah salleh kan suka tanned kan kulit!) mula-mula sekali kenali dulu jenis kulit wajah masing-masing dan bagaimana cara terbaik untuk memberikan lebih kesegaran agar kecantikan lebih terserlah.

 

Panduan Asas Rawatan Kulit Wajah Di Rumah

 

Ada beberapa langkah asas untuk kita ikuti dalam menjaga kesihatan dan keserian kulit di bahagian muka terutamanya. Kenapa muka? Sebab bahagian ni penting! Itulah yang first orang tengok iaitu muka. Sebab tu lah ada pepatah dari mata jatuh ke hati. Yelah mata tu kan dekat wajah 😀

 

Adakah anda tahu bahawa kulit wajah merupakan jaringan kulit yang paling sensitif daripada bahagian tubuh yang lain. Ia mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Setiap satu ini memiliki lapisan yang berbeza-beza. Umur 20an membuatkan hormon endrogen berkurang dalam sistem tubuh badan kita. Disebabkan itu, lemak dan minyak banyak berkumpul pada kulit wajah hingga menyebabkan timbulnya jerawat.

Penjagaan yang betul sebenarnya adalah asas rawatan kulit wajah yang kita boleh buat sendiri di rumah. Ok apakah cara-caranya untuk merawat kulit?

 

1. Kenali Jenis Kulit

Saya memang jealous dengan orang yang berkulit normal. Sebab apa tau, gadis yang mempunyai kulit normal selalunya tak banyak masalah. Memang bertuah sangat sebab kulit kurang berminyak dan kelihatan berseri setiap masa waima tanpa sebarang solekan.

Kalau yang berkulit kering pula kulit macam ni selalunya mengalami masalah kulit menggelupas dan mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia. Kalau tersalah pilih produk penjagaan wajah, kulit mudah jadi kemerah-merahan dan wajah terasa panas atau pun gatal. Memang perlu berhati-hati dengan pemilihan produk.

Saya pula kulit saya jenis yang berminyak. Majoriti gadis di luar sana menghadapi masalah kulit berminyak. Ini disebabkan faktor cuaca dan paling utama pemakanan. Tapi nak kata saya tak jaga makan pun tak juga. Memang dah jenis macam tu kan. Yang tak bestnya kulit begini jerawat senang tumbuh.

 

2. Produk Pencucian Wajah

Ok lepas dah kenal dengan jenis kulit wajah masing-masing, kita kena kenalpasti pula apa produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit kita. Sepanjang hari dengan macam-macam aktiviti, menyebabkan kulit wajah terdedah pada kotoran degil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seelok-eloknya cuci wajah dengan pembersih muka khas dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur.

Dalam memilih produk yang sesuai, sebaiknya pilih lah yang bebas daripada bahan kimia merbahaya contohnya yang boleh menghakis kulit wajah. Kalau rajin guna make-up, jangan lupa guna pencuci khas ataupun make-up remover untuk bersihkan bahagian kulit sensitif seperti mata dan bibir. Penjagaan rapi diperlukan kerana tempat-tempat ini mudah terdedah kepada bahaya bahan kimia yang tidak terkawal.

 

3. Rawatan Awal

Kulit wajah orang muda masih lagi bertenaga dan berupaya untuk menjana semula sel-sel baru. Jadi kulit sentiasa bertukar. Kulit wajah mengalami perubahan setiap dua atau tiga minggu sekali. Amalkan rutin rawatan wajah yang melibatkan penggunaan pembersih, toner, pelembap dan diikuti dengan urutan lembut, scrub dan masker mengikut waktu yang ditetapkan.

Rutin ini berfungsi membuang sel kulit mati. Dalam masa sama proses ini mampu membuka ruang pori dan memudahkan kekotoran dibuang, mengekalkan kesegaran, menyeimbangkan kelembapan, menyihatkan kulit dan wajah nampak lebih cantik.

 

Kalau tercari-cari produk untuk pemeliharaan kulit wajah yang lengkap luaran dan dalaman, boleh cuba amalkan set vitamin untuk kulit dan menggunakan produk Enfuselle atau NutriWhite Shaklee. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, boleh hubungi saya segera untuk cadangan produk yang bersesuaian dengan bajet.

 

 

Pengedar Shaklee Semenyih & Kajang,

Hazrina Nasir

ID 951651

SMS/ Whatsapp 019 269 2301

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu