Apakah Kolagen Dan Kepentingannya Kepada Tubuh Badan?

Ada banyak produk berasaskan kolagen dipasaran. Tapi sebenarnya apakah kolagen ni? Adakah ianya untuk orang-orang muda yang nak awet muda dan jaga kecantikan saja? Sebenarnya tidak! Ok jom saya cerita sikit apa benda collagen yang orang selalu sebut tu sampaikan semua produk pun nak letak collagen sekarang ni. Krim kolagen, lipstik kolagen, losyen kolagen dan banyak lagi lah.

 

Apakah Kolagen?

 

Apakah kolagen dan kepentingannya?
Kolagen sangat penting untuk keseluruhan fungsi dalam badan!

 

Kolagen adalah  sejenis protin. Ianya bersifat seperti gentian fiber yang berfungsi menyambung dan menyokong tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, tendon, otot dan tisu-tisu penyambung sendi. Ia juga terdapat dalam organ dalaman dan dalam gigi. Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi dalam badan.

Kolagen adalah salah satu protin yang paling banyak terdapat dalam badan mamalia termasuklah manusia. Malah, 25% daripada jumlah protin dalam badan terdiri daripada kolagen. Sesetengah orang mengaitkan kolagen sebagai gam yang melekatkan anggota badan antara satu sama lain. Tanpa kolagen, anggota badan akan terpisah.

Kolagen mempunyai daya kekuatan, yang mana membuatkan fungsinya berbeza berbanding protin-protin jenis lain. Kolagen bekerjasama dengan elastin dalam menyokong tisu-tisu badan. Secara asasnya ia memberikan sokongan bentuk kepada tisu badan dan memastikan keutuhan dan kekuatan. Manakala elastin pula memberikan fleksibiliti yang diperlukan badan.

Kolagen bekerjasama dengan keratin untuk memberikan kekuatan dan fleksibiliti pada kulit. Semakin meningkat usia, kolagen akan  mula berkurangan menyebabkan kedutan. Oleh itu, kolagen adalah bahan penting dalam melawan  kesan penuaan pada kulit. Sesetengah pakar kulit selalunya menasihatkan individu tentang cara bagaimana untuk meransang penghasilan kolagen dalam kulit.

 

Kebaikan Dan Kegunaan Kolagen

 

Selain memainkan peranan penting dalam badan, kolagen mempunyai banyak kebaikan dari sudut perubatan. Ia digunakan dalam prosedur pembedahan plastik dan dijual sebagai supplement yang dicipta untuk kesihatan sendi. Ia turut digunakan dalam merawat kesan melecur yang serius. Untuk tujuan ini, ia digunakan untuk menghasilkan kulit tiruan.

 

Kepentingan kolagen dalam tubuh badan.
Pengambilan supplement kolagen bantu mengurangkan kesan kekurangan kolagen dalam badan.

 

Kesan Kekurangan Kolagen

 

Disebabkan kolagen adalah sangat penting dalam badan, kekurangan kolagen dalam badan akan menimbulkan masalah. Malah terdapat beberapa penyakit genetik yang dikaitkan dengan kesan kekurangan kolagen.

Contohnya, osteogenesis imperfecta, yang selalunya disebut sebagai penyakit tulang rapuh adalah disebabkan oleh kekurangan kolagen yang mendadak. Ia juga boleh disebabkan oleh penghasilan kolagen yang rendah kualiti berbanding normal.

 

Kolagen Dihidrolisis

 

Disebabkan kolagen memainkan peranan besar dalam kesihatan badan, dipercayai supplement berasaskan kolagen mungkin boleh menjadi jawapan terbaik dalam membantu menangani penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, osteoporosis dan auto-immune. Walau bagaimanapun, kolagen terhidrolisis tidak boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang serius.

Minuman berasaskan kolagen boleh diperbuat daripada pelbagai bahan. Kebanyakannya mengandungi kolagen terhidrolisis dan disamping itu terdapat bahan lain seperti kombinasi asid amino, antioksidan, dan vitamin yang dapat membantu mengembalikan kekenyalan kulit.

Semakin usia meningkat, kolagen makin berkurangan. Untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan baik, makanan tambahan berasaskan kolagen seperti Collagen Powder Shaklee adalah sumber kolagen terbaik. Ini kerana, kolagen Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan premium dan terbukti berkesan secara klinikal selepas penggunaan dalam 8 minggu.

Boleh segera hubungi saya untuk mencuba Collagen Powder Shaklee. Saya jamin, nilai harga kolagen Shaklee adalah berbaloi-baloi dengan kualiti produk yang bukan saja selamat, semulajadi tapi berkesan!

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor & Side Income Mentor,

Hazrina Nasir (Add saya di Facebook)

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

Berminat nak jana pendapatan sampingan? Sertai saya dalam group rahsia kami untuk ketahui bagaimana saya buat duit secara online daripada rumah dengan modal serendah RM69.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu