B Complex Bantu Kurangkan Stress, Migraine Dan Sakit Kepala Berdenyut

Pernah rasa stress, tertekan, tension ataupun teruk lagi depression? Lepas tu sakit kepala berdenyut-denyut macam kena migraine. Yang saya sebut tu semua berkaitan dengan saraf. Vitamin B Complex adalah vitamin yang baik untuk meredakan ketegangan saraf dan seterusnya boleh bantu kurangkan sakit-sakit tadi.

Bukan tu je, banyak kelebihan dan faedah B Complex ni untuk sel tubuh. Sebab tu vitamin B Kompleks ni sebenarnya, ia salah satu vitamin asas yang semua orang sepatutnya amalkan. Ada banyak vitamin B Kompleks dalam pasaran tapi apa perbezaan vitamin jenama Shaklee ni berbanding brand lain?

 

B Kompleks bantu kurangkan migraine, stress dan sakit kepala berdenyut.
B Complex baik untuk bantu hilangkan migrain, stress dan sakit kepala berdenyut-denyut!

 

Kepentingan Pengambilan B Complex

 

Disebabkan asid folik semulajadi daripada makanan tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% acid folic yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. Oleh itu, saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi pertama didunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B Kompleks Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Vitamin B adalah vitamin larut air. Vitamin yang terlebih tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah penting untuk kita mengambil vitamin B Kompleks setiap hari. B Kompleks Shaklee tidak menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria yis aktif seperti B Kompleks yang diekstrak daripada yis bir.

 

Kebaikan Dan Manfaat B Kompleks Shaklee

 

B Complex Shaklee sumber Asid Folik terbaik
Vitamin B Complex membekalkan Asid Folik mencukupi yang diperlukan badan.

 

Antara fungsi B Complex untuk kesihatan ialah:

 

1. Menukar makanan kepada tenaga – Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan.

2. Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3. Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

4. Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

5. Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus.

6. Mencegah anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang kuat, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

7. Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8. Mencegah perleche – Dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth cheilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.

9. Detoksifikasi – Meredakan alahan.

 

Ciri-Ciri B Kompleks Terbaik Shaklee Berbanding Jenama Lain

 

Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih supplement B Complex ialah:

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil dalam masa yang sama).
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  • Elakkan pengambilan B Kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release).

B Complex Shaklee dicipta dengan mematuhi kualiti di atas.

 

Siapa Patut Ambil B Complex?

 

Individu yang digalakkan mengamalkan B Complex Shaklee ialah:

  • Pasangan yang merancang untuk hamil
  • Ibu hamil
  • Ibu bersalin dan menyusukan anak
  • Mempunyai penyakit darah tinggi, jantung dan berkaitan kardiovaskular
  • Menghidap kencing manis
  • Selalu letih dan lesu serta pucat
  • Kuat bekerja, kurang rehat dan selalu tidur lewat
  • Kurang selera makan
  • Ingin kurus atau tambah berat badan
  • Nak cantikkan kulit
  • Dan lain-lain

 

Sebotol B Complex Shaklee mengandungi 120 biji tablet yang berbentuk bujur dan mudah ditelan. Harga sebotol hanya RM53.75 dan boleh tahan selama 4 bulan. Siapa kata vitamin Shaklee mahal? Jimat sangat kan? Boleh hubungi saya untuk dapatkan vitamin ini dan cuba rasai faedah kesihatan yang lebih baik 🙂

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor & Side Income Mentor,

Hazrina Nasir 

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has 2 Comments

    1. B Complex ni memang vitamin basic yang semua orang patut amal.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu