Vitamin Untuk Minda Kanak-Kanak Dan Pelajar Agar Lebih Fokus Serta Cerdas Dalam Pelajaran

Apakah vitamin terbaik untuk menyokong perkembangan minda agar golongan kanak-kanak dan pelajar lebih fokus serta cerdas dalam pelajaran? Mak ayah sekalian mesti nak tau kan? Ataupun ada adik-adik student universiti yang tengah tension sebab study bagai nak gila untuk exam yang akan datang?

Diwaktu kritikal ni juga lah mula rasa tak sedap badan macam nak demam, batuk dan selsema. Tapi banyak lagi tak ulangkaji ni. Hati tak tenang, susah nak tidur malam. Alang-alang paksa juga diri berjaga malam untuk stay up dan akhirnya tidur lewat malam.

Nak lah dapat CGPA 3.85 paling kurang kalau boleh. Tapi seboleh-bolehnya nak lah dapat 4 flat. Kalau anak-anak yang kecil tu mesti mak ayah kat rumah yang paling stress sebab anak nak exam kan? Jangankan anak sekolah rendah. Soalan exam tadika sekarang pun dah advanced!

 

Vitamin untuk perkembangan otak anak agar bijak
Kalau tak dapat tumpukan perhatian dalam kelas, boleh ketinggalan dalam pelajaran.

 

So, apakah vitamin yang paling ideal untuk menyokong fungsi otak yang optimum dan dalam masa sama boleh beri kebaikan untuk kesihatan keseluruhan? Jawapannya ialah minyak ikan! Dan minyak ikan yang terbaik semestinya ialah Omega Guard Shaklee.

Kenapa saya katakan terbaik? Teruskan membaca.

 

Kenapa Omega Guard Shaklee Adalah Minyak Ikan Terbaik Di Dunia?

 

Ada banyak supplement minyak ikan dipasaran. Tapi adakah minyak ikan tersebut memenuhi ciri-ciri minyak ikan yang berkualiti tinggi? Kalau nak beli supplement minyak ikan, pastikan ambil kira perkara-perkara di bawah:

 

1. Minyak Ikan Paling Tulen

Minyak ikan Omega Guard Shaklee diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Ianya 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding minyak ikan jenama lain, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis Asid Omega Lemak 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg Asid Lemak Omega 3 EPA dan DHA.

 

2. Proses Penyulingan Proprietari 3 Molekul 

Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultra tulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengesktrak Asid Lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi.

Kaedah ini dapat menyingkirkan bahan-bahan bahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl – merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

 

Vitamin yang bagus untuk student
Minyak ikan Omega Guard Shaklee memang recommended untuk student!

Kenapa Omega Guard Dihasilkan Menggunakan Ikan Air Laut Dalam?

 

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis.

Manakala, Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan, ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombosus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Berbeza dengan certain supplement minyak ikan lain, ada yang diperbuat daripada hati ikan. Hati adalah organ pengumpulan bahan buangan sistem tubuh, tempat di mana toksin tersimpan. Dan ada juga yang diperbuat daripada lemak ikan.

Kedua-dua sumber ni tak dapat memberikan faedah terbaik untuk kesihatan terutamanya untuk anak-anak yang sedang pesat membesar. Kita tak nak ada bahan lain yang boleh menggangu perkembangan saraf otak dan minda anak-anak kita.

 

Kebaikan Omega Guard Shaklee

 

Khasiat minyak ikan bukan saja baik untuk anak-anak dan pelajar yang sedang mengalami perhubungan neuron-neuron otak yang pesat tapi juga baik untuk seluruh ahli keluarga. Antara manfaat yang boleh diperolehi ialah:

 

1. Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan

  • Oleh itu kita perlu mengambilnya daripada makanan. Omega-3 daripada asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.
  • Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

 

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok

  • DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
  • Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam darah, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

 

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori

  • DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.
  • DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg Asid Lemak Omega-3 EPA dan DHA.

 

4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

  • Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

 

5. Menentang kanser

  • Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

 

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)

  • Paras Asid Lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

 

7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

  • Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, kanak-kanak hiperaktif, autism dan penyakit schizophrenia.

 

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan air laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak Omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

 

Stress study sebab nak exam
Ini study atau stado?

 

Tak Tahan Sendawa Bau Hanyir Ikan?

 

Minyak ikan Omega Guard ni mempunyai bau yang sangat minima. Ramai kanak-kanak termauklah anak saya yang berumur 2 tahun boleh makan dan kunyah minyak ikan ni macam tu je. Sedap sangat dan memang favorite anak-anak.

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan lepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk ambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

 

Siapakah Yang Patut Ambil Supplement Minyak Ikan?

 

Minyak ikan sesuai diambil untuk semua peringkat umur:

  • Ibu hamil
  • Ibu menyusukan bayi
  • Kanak-kanak
  • Remaja
  • Pelajar
  • Dewasa
  • Golongan berusia

Minyak ikan melancarkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

 

Harga Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

 

Sebotol minyak ikan Omega Guard mengandungi 90 biji kapsul soft gel dan harga sebotol hanya RM136. Harga yang berpatutan dengan kualiti dan teknologi yang diguanakan untuk menghasilkan minyak ikan. 1 kapsul sehari untuk anak, membantu memberikan faedah optimum untuk perkembangan minda dan kesihatan keseluruhan.

Dalam 1000mg Omega Guard Shaklee membekalkan 545mg EPA, 360mg DHA. Dan bergred farmaseutikal. Omega Guard Shaklee adalah sangat efektif kerana 3 kapsul membekalkan 1000mg Omega-3 Asid lemak tidak tepu setiap hari. Cuba bandingkan dengan minyak ikan jenama lain, boleh dapat bekalan Omega 3 pada jumlah optimum yang diperlukan badan?

Memang best kan minyak ikan Omega Guard ni? Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi supplement terbaik untuk kanak-kanak dan pelajar. Perkembangan minda dan keseimbangan emosi yang terpelihara boleh membantu meningkatkan fokus dan kecerdasan. Imun sistem yang kuat dan kesihatan yang baik juga seterusnya membantu pelajaran.

 

 

Your Preferred Shaklee Independent Distributor & Side Income Mentor,

Hazrina Nasir 

ID: 951 651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu