Minuman Multivitamin Untuk Anak Kurus Kering, Susah Makan Dan Selalu Sakit

Situasi anak kurus kering sebab susah makan, cerewet memilih makan ataupun picky eater adalah permasalahan common dikalangan mak-mak. Bila makan tak seimbang, imun sistem badan lemah dan anak mudah jatuh sakit. Memang dilema betul. Jenuh fikir macam mana nak buat. Saya faham perasaan tu sebab saya pun pernah merasa betapa seksanya menghadapi anak tak nak makan ni.

Anak-anak saya masa kecil agak memilih makanan. Sampaikan masa saya banyak habis waktu bagi anak makan. Berjam-jam! Belum campur lagi dengan adegan anak lari-lari. Dah dapat suap diluahnya pula. Habis lantai bersepah sisa makanan. Kalau kita paksa, dah menangis terjerit-jerit macam kena dera. Kalau time dia nak makan, lega sikit. Tapi memang ada yang dia kuis ketepikan.

 

anak_kurus_kering_tak_nak_makan
Ni bila nak habis makan ni?

 

Bila dah makan, nak membersihkan segala sisa makanan yang berterabur lagi. Bila kita nak rehat, diorang bising nak makan itu ini pulak. Anak-anak bila perut tak kenyang memang banyak ragamnya. Disebabkan perangai susah makan ni juga sikit sebanyak mempengaruhi tumbesaran anak. Macam anak lelaki saya, dulu-dulu kurus sangat. Kalau tak sihat tu, boleh nampak gitar di badan. Cengkung!

Kurusnya!

Keciknya!

Itu adalah komen yang biasa saya terima setiap kali jumpa sedara-mara ataupun kawan-kawan. Saya pernah tanya doktor macam mana nak buat? Doktor kata selagi anak sihat dan takde masalah, tak perlu risau kalau dia kurus. Lagipun dia tetap membesar. Kalau kecik sangat dan tumbesaran lambat, baru perlu risau.

Tapi doktor tekankan juga, kena bagi makan secukupnya dan seimbang yang mungkin supaya sistem imun dia kuat dan anak pun boleh membesar dengan baik. Kalau dia tak suka makan pun tapi kalau masih menyusu, pastikan cukup minum susu tiap-tiap hari. Ataupun pelbagai kan diet dalam hidangan makanan dia.

Kesimpulannya memang ibu kena kreatif. Kena sabar dan lebih rajin daripada biasa.

Nak tak nak, memang saya kena risau. Walaupun anak saya jarang sakit teruk tapi tiap-tiap bulan mesti kena demam tak pun selsema. Untuk selesaikan perkara ni, saya mesti asuh anak saya untuk terima pelbagai jenis makanan dan dalam masa sama saya perlu support pemakanan dia dengan memberi vitamin.

Tujuannya supaya sementara dia nak pandai makan macam-macam tu, badan dia tetap dapat semua zat-zat penting yang perlu untuk tumbesaran badan dan badan dia kuat menentang jangkitan penyakit. Antara banyak-banyak vitamin yang saya bagi, salah satunya ialah minuman multivitamin Meal Shakes.

Bagi saya Meal Shakes ni mempunyai ciri-ciri multivitamin drink yang sangat bagus dan meyakinkan saya untuk bagi anak-anak.

 

Kebaikan Dan Manfaat Minuman Multivitamin Meal Shakes

 

Minuman multivitamin Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee

 

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan, sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes yang berperisa vanilla adalah versatile sebab boleh diminum mengikut selera anak-anak. Boleh bancuh dengan air sejuk saja, buat smoothie ataupun milk shake! Meal Shakes Shaklee boleh dijadikan snek yang bukan sahaja sedap tetapi penuh berkhasiat.

 

 

Pengambilan Meal Shakes secara konsisten dapat memberikan beberapa manfaat:

  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi Kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Antioksidan – Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen antioksidan yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan keserian wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi. Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Semua faedah ini boleh didapati dalam 1 canister Meal Shakes seberat 544 gram dengan harga hanya RM113.75!

 

Sekarang jom tengok apa kata ibu-ibu prihatin ni yang risaukan kesihatan anak-anak masing-masing.

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Alhamdulillah saya sendiri juga lepas amalkan Meal Shakes untuk anak, kesihatan diorang lebih baik dan saya tak risau anak-anak terkurang zat penting dalam badan sebab Meal Shakes tolong tampung kekurangan vitamin dan mineral penting tu. Saya belum berjaya menggemukkan anak saya. Tapi at least tak lah kurus kering macam dulu.

 

Meal Shakes Bukan Untuk Kanak-Kanak Saja

 

Yang bestnya, Meal Shakes sesuai untuk semua golongan. Jadi boleh minum sesama seisi keluarga. Mereka yang boleh minum Meal Shakes ialah:

  • Bayi (2 tahun ke atas)
  • Pelajar
  • Kanak-kanak membesar dan ingin menambah ketinggian
  • Ibu mengandung
  • Para atlet
  • Pengamal sayuran (vegetarian)
  • Individu yang sakit dan susah menelan makanan
  • Individu yang sibuk bekerja dan tak sempat nak makan lama-lama
  • Individu yang selalu mengambil makanan segera dan makan tak seimbang
  • Kanak-kanak dan individu yang ingin menambah selera makan dan naikkan berat badan
  • Individu yang ingin menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan

Meal Shakes sesuai dijadikan sarapan pagi yang penuh berkhasiat dan cepat.

 

Cara Bancuh Dan Saranan Pengambilan Meal Shakes Shaklee

 

Untuk menikmati Meal Shakes Shaklee dengan lebih sedap dan penuh berkhasiat, campurkan 2 sudu besar Meal Shakes bersama Energizing Soy Protein Shaklee dan Performance Shaklee semasa perut masih kosong. Penyerapan nutrien berkhasiat oleh badan akan berlaku secara maksimum.

Boleh juga dicampur atau dikisar bersama buah-buahan atau apa-apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk ataupun panas. Ataupun Meal Shakes Shaklee juga sedap diminum begitu sahaja tanpa campuran lain.

Untuk ibubapa yang risaukan pemakanan, tumbesaran dan kesihatan anak-anak, saya recommend untuk cuba bagi Meal Shakes ni. Tak perlu berperang nak bagi anak vitamin bentuk tablet ataupun pill. Tak perlu risau anak-anak susah nak telan atau tercekik. Rasanya sedap ala-ala macam milk shakes. Saya yakin anak-anak mesti suka! Dan yang paling penting, kesihatan anak lebih baik, insyaAllah 🙂

Boleh segera hubungi saya dinombor di bawah untuk dapatkan Meal Shakes hari ni!

 

 

Pengedar Shaklee Semenyih & Kajang,

Hazrina Nasir

ID: 951651

SMS/ Whatsapp: 019 269 2301

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu