Introducing Blog MamaWidadDotCom Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah sempena hari Jumaat yang mulia ni 23 Rabiul Akhir 1436 Hijrah saya dengan gembiranya memperkenalkan Blog MamaWidadDotCom. Blog ni adalah kesinambungan daripada blog Blossom Widad sebelum ni. Semoga dengan perpindahan ke platform WordPress dengan domain sendiri mamawidad.com membolehkan saya terus berkongsi ilmu untuk memberi lebih banyak manfaat dan kebaikan kepada ramai orang.

 

Bismillahirrahmanirrahim semoga Allah memberkati setiap pekerjaan.
Bismillahirrahmanirrahim semoga Allah memberkati setiap pekerjaan.

 

Oleh itu saya mulakan penulisan saya dalam blog ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah memberi ruang dan peluang kepada saya daripada segi kesempatan masa, idea, tenaga dan bantuan semasa menulis. Dan semoga Blog MamaWidad dipenuhi dengan unsur positif sebagai salah satu cabang sumber ilmu yang berguna untuk semua yang membaca. InsyaAllah.

Ya Allah berkatilah usaha ini. Bimbinglah aku di jalan yang benar. Permudahkanlah segala urusan dan usaha dalam mencapai kejayaan. Amin!

Selamat membaca 🙂

 

 

Admin Blog MamaWidadDotcom,

Hazrina Nasir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu